Aku Budak Balun |
1Malaysia, Rakyat diperKUDAkan! Posted: 24 Oct 2011 03:51 AM PDT Wakakakaka! Humang aihhh!! Dah la beli kuda-kuda tu tanpa kelulusan kementerian kewangan! Dah beli sampai RM5.66 juta! lastnya 18 ekor kuda tak layak bertanding! beli tanpa kelulusan dan kuda tu tak boleh pakai!! berapa punya banyak kesalahan kat situ! Dah rembat macam tu punya hasil.. ada hati UMNO nak ajak berhimpun kat Stadium Shah Alam untuk lawan murtad?? Woii!! repair hati masing-masing dulu.. Buang tabiat suka rembat duit rakyat sesuka hati dulu.. baru fikir pasal Islam.. Nak perjuangkan isu murtad konon.. puiii!! lom cite hal UMNO tolak Hudud lagi! aduyaiiii!! budakbalun 24102011 Laporan Audit: 18 kuda RM4 juta dibeli MSN tak mampu tandingHanya lima ekor kuda layak untuk bersaing dalam kejohanan tersebut. Kesemua 23 kuda itu dibeli dengan kos RM5.66 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut "pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa." "Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.-Minsider |
Kompom! Pergi Haji Balik Hari! Posted: 24 Oct 2011 01:37 AM PDT Perghhh!! Kalau teman la yang dapat kontrak supply barang-barang ni pada MARA.. kompom teman boleh pergi Haji balik hari! Pagi Isnin gerak ke Mekah.. Malamnya dah balik! Pagi Selasa gerak balik ke Mekah untuk buat tawaf.. malamnya dah sampai umah balik! Pagi Rabu dah gerak balik ke Mekah untuk Jamrah.. malamnya sampai umah balik.. Pagi Khamis... bla..bla..bla.. Gitulah sampai cukup rukun haji! wakakakakaka! 'Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah!" wakakaka! Kepercayaan karut lagi khurafat! budakbalun 24102011 Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
|
Peringatan buat Rempit Malaysia! Posted: 23 Oct 2011 07:44 PM PDT Peringatan buat mat-mat motor a.k.a mat rempit sejati.. yang 100% pro dan safety pun boleh meninggal.. yang takde lori treler dan bas atas jalan pun boleh meninggal.. yang pakai jaket anti api pun boleh meninggal.. inikan pulak yang ber tshirt dan seluar jeans! inikan pulak yang berjaket kain dan seluar pendek! inikan pulak yang pakai helmet apollo! budakbalun 24102011 |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan