Isnin, 3 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PAS: Awas 'bajet morfin'

Posted: 03 Oct 2011 08:46 AM PDT

PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang "sekadar menyuntik morfin".

NONE"Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," katanya.

Tuan Ibrahim (kanan) berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
"Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun," sindirnya.

azlanKatanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yang sebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai.

"
Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, di sebalik khusyuk dengan angka berbillion ringgit yang diumumkan, keadaan sebenar menunjukkan keperluan asas rakyat yang daif dan bebanan hidup yang semakin berat.
"Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle (lingkaran) yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihan raya bertambah dekat," katanya lagi.

Tiada ulasan: