Isnin, 3 Oktober 2011

Addin

Addin


Bajet Pakatan Akan Atasi Bajet 'Morfin' BN

Posted: 03 Oct 2011 03:00 PM PDT

Pakatan Rakyat akan melancarkan Belanjawan 2012 versinya dengan nama Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 esok. Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok.Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Terdahulu, PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang "sekadar menyuntik morfin". "Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihan raya akan datang. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. "Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun," sindirnya.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yang sebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai. "Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya," katanya.

Gempar!! Kes Bunuh Ada Kaitan Dengan Anggota Polis?

Posted: 03 Oct 2011 08:40 AM PDT

Bapa mangsa bunuh, Borhan, menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi memaklumkan bahawa Polis Keningau enggan menerima laporan polis yang bakal dibuatnya untuk mendesak polis menjalankan siasatan dan mendakwa bekas teman lelaki anaknya, Inspektor Ahmad Rizal yang dipercayai suspek utama membunuh anaknya, Kartini Binti Borhan. "Mereka kata tidak perlu buat laporan kerana Inspektor Ahmad Rizal telah membuat laporan dan polis sedang menjalankan siasatan," kata Borhan yang kecewa kerana hasratnya untuk mendesak Inkues berhubung kematian anaknya tidak diendahkan polis Keningau. 

Bagaimanapun kata Borhan, beliau tidak berputus asa dan akan membuat laporan polis di Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat kerana yakin anaknya menjadi mangsa 'Cover-Up' polis.Tegas Borhan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sewajarnya menubuhkan Unit Khas untuk menyiasat punca kematian anaknya dan beliau akan mendesak agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya yang bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

"Semoga kematian Kartini akan mendedahkan rahsia yang disimpan selama ini dan kami akan menampilkan saksi untuk membuktikan bahawa Kartini dibunuh dan saspek utama ialah seorang Pegawai Polis yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan mencemar imej kepolisan di Malaysia," kata Borhan yang kesal kerana Balai Polis di Keningau sudah menjadi pejabat mafia.

Dalam pada itu, siasatan wartawan Sabahkini.net di Keningau mendapati bukan sahaja Polis Keningau cuba menutup kes berkenaan, malah ada kumpulan Mafia yang sedang memasang umpan untuk melencongkan bukti dan mencipta tertuduh baru bagi menyelamatkan Inspektor Ahmad Rizal yang disyakki melakukan jenayah berkenaan.Keningau dipercayai sedang memburu seorang bekas pesalah yang mempunyai rekod jenayah iaitu Samsuddin Abu @ Buyung untuk dijadikan sasaran bagi membebaskan Inspektor Ahmad Rizal yang turut mengalami kecederaan, kononnya ditikam ketika cuba menyelamatkan Kartini.

Tinjauan Sabahkini.net mendapati ada jiran yang terpaksa menginap di hotel atau rumah keluarga yang agak jauh daripada rumah mereka kerana bimbang polis akan menjadikan mereka 'kambing hitam' atau menjadikan mereka saksi palsu; terutama beberapa jiran yang menyaksikan kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku antara jam 12.30 hingga jam 1 pagi.

Sabahkini.net tidak dapat mendedahkan bukti yang diperolehi kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis dan mengambil keputusan tidak mendapatkan ulasan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah kerana kes masih dalam peringkat siasatan; sekalipun polis cuba menjinakkan keluarga mangsa dengan mendakwa rompakan sebagai motif pembunuh Kartini./sabahkini

Artikel asal di sini.



Tiada ulasan: