Isnin, 3 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat untuk UMNO Selangor..

Posted: 03 Oct 2011 08:08 AM PDT

Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat.

Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN.


Sememangnya ahli politik dari Tanjung Karang tiada pernah menghampakan pemerhati-pemerhati politik. Dari zaman beliau di "boo" oleh pelajar-pelajar di Universiti Malaya dalam tahun 1999 apabila beliau mengherdik mereka agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan, sehinggalah ketika beliau diasak oleh Azmin Ali mengenai dakwaan duit rakyat yang digunakan oleh ahli politik Umno yang dibelanjakan untuk majlis rumah terbuka hari raya.

Portfolio Kementerian Pertanian ini adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar, khususnya para petani, yang rata-ratanya amat memerlukan bantuan kerajaan. Di negera-negara Barat sekalipun, seperti Amerika Syarikat dan Perancis, kerajaan amat berhati-hati di dalam menyokong dan membantu para petani.

Sememangnya di Malaysia, sekiranya dilihat bilangan orang Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah amat penting bahawa polisi dan perjalanan kementerian ini dijalankan secara adil.

Akan tetapi, jika menterinya mengambil pendirian bahawa sokongan orang-orang Umno adalah diperlukan bagi memohon apa-apa peruntukan di bawah kementerian beliau, ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa.

Sebarang bentuk dana yang diperolehi oleh mana-mana kementerian adalah milik rakyat, dan Umno sendiri adalah sememangnya tidak mampu untuk menyediakan dana tersebut dari tabung mereka sendiri, dan hanya orang yang tidak berakal sahaja yang akan menganggap bahawa semua rakyat Malaysia adalah orang Umno.

Pihak pimpinan Umno perlu sedar akan masalah ini dan tidak boleh menghalalkan apa yang dilakukan oleh Noh Omar ini sebagai "strategi untuk membantu Umno".

Kita masih ingat lagi di mana pimpinan Umno Selangor juga yang bersalah yang membenarkan Datuk Harun Idris yang memerintah Selangor dengan cara "political patronage" yang akhirnya jatuh tersungkur kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Contoh "political patronage" ini adalah hanya memberikan kontrak dan bantuan kepada ahli Umno atau dengan sokongan Umno sahaja. Secara amnya, ia mungkin adalah baik untuk Umno, tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha sebegini rupa adalah hanya untuk menguntungkan yang terlibat sahaja agar mereka mempunyai pengikut setia yang terhutang-budi setelah mendapat habuan.

Benarlah kata orang, politik jenis ini hanya inginkan kuasa dan kekayaan, dan hanya menggunakan "kepentingan Umno/Melayu" sebagai slogan atau retorik kosong semata-mata.

Umno Selangor juga bersalah dalam membenarkan "Abang Z" bermaharajalela di Kelang sehingga dapat membina 'istana'. Umno Selangor dan ditolak oleh rakyat bukanlah disebabkan oleh PKR atau DAP ataupun PAS. Umno Selangor sendiri yang bermasalah. Perdana Menteri kita telah menasihati Umno Selangor baru-baru ini agar jujur dan ikhlas.

Bila lagi Umno Selangor akan jujur dan ikhlas?


Surat ini telah dikirim ke SINI

Tuduhan Liwat : Keterangan Najib penting tentukan mental Saiful

Posted: 03 Oct 2011 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Karpal Singh, peguam yang mewakili Anwar menegaskan keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor amat penting dalam perbicaraan kes Fitnah II .

Ini kerana jika mereka enggan memberi keterangan, kredibiliti saksi utama pendakwa iaitu Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan akan terus dipertikaikan di mahkamah.


Karpal berkata demikian sewaktu pembentangan hujah dalam perbicaraan hari ini yang mendengar permohonan Najib dan Rosmah mengenepikan perintah sepina terhadap mereka supaya hadir memberi keterangan.

"PM berada pada kedudukan yang menjadikan keterangan beliau relevan dan penting, dan jika perkara yang dinyatakan dalam afidavitnya benar, ia akan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti saksi utama pendakwa.

"Walaupun PM menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis dalam pertemuan pada 24 Jun 2008 itu, Saiful tidak membuat laporan polis sebaliknya membiarkan dirinya diliwat seperti yang didakwanya, dua hari kemudian pada 26 Jun 2008," kata Karpal.

Menurutnya lagi, keterangan Najib penting dan relevan untuk menentukan keadaan mental Saiful sewaktu beliau menemui Najib.

"Ia penting untuk kita dapatkan bukti daripada Najib berkenaan keadaan mental Saiful samada beliau kelihatan takut atau samada Najib menjangkakan Saiful akan mengikut nasihat beliau," kata Karpal.

Keterangan Najib juga, katanya lagi, penting kerana ia datang daripada personaliti penting yang dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan ia juga akan membantu mahkamah dan Anwar dalam perbicaraan ini.

"Bukti daripada beliau pastinya akan membantu Anwar dan mahkamah (dalam perbicaraan ini)," kata Karpal.


http://www.keadilandaily.com/?p=21182

BN boleh Menang BESAR - Utusan

Posted: 03 Oct 2011 02:27 AM PDT

Cuba baca dan perhatikan artikel dari Lidah Rasmi UMNO ini.. dan bandingkan dengan apa yang disiarkan oleh Bernama di bawah..



Berita dari Lidah Rasmi UMNO.

KUBANG PASU 2 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin dan ahli UMNO perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan kembali berpegang pada asas perjuangan parti jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli UMNO di semua peringkat mesti sedar bahawa mereka berjuang bersama parti tersebut demi agama, bangsa dan negara, bukannya kerana ingin mendapat jawatan atau habuan.

Pada masa sama, kata beliau, mereka seharusnya sentiasa bersyukur dan berpuas hati selagi kepentingan agama, bangsa serta tanah air terpelihara meskipun tidak mendapat jawatan, tidak menjadi calon atau calon pilihan mereka tidak terpilih.

"Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dengan setakat yang diperoleh, Insya-Allah UMNO akan bersatu dan boleh menang besar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 dihadiri lebih 4,000 orang di Dewan Wawasan Jitra, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah serta Datuk Mukhriz Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir, semangat perjuangan UMNO dalam kalangan pemimpin dan para ahlinya pada masa ini dilihat agak pudar akibat sikap melebihkan kepentingan peribadi berbanding parti sehingga sanggup sabotaj sesama sendiri.

Akibat sikap demikian, katanya, wujud 'penyakit' cantas mencantas yang dilihat masih kritikal dalam parti itu apabila calon pilihan atau diri sendiri tidak terpilih sehingga sanggup berusaha membuktikan senarai terpilih itu tidak menepati kriteria 'calon boleh menang'.

"Sampai sekarang ada puak-puak dalam parti. Kita tidak boleh hanya setia pada orang itu atau orang ini, tetapi perlu setia kepada parti," ujar beliau - Lidah Rasmi UMNO


Berikut adalah berita dari Bernama yang tidak disunting oleh Lidah Rasmi UMNO..




JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."

"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA


Kesian kat pencacai UMNO.. terutamanya Makcik-Pakcik di Felda dan pendalaman yang membaca Lidah Rasmi UMNO itu.. hidup-hidup ditipu oleh Lidah Rasmi UMNO itu, kerana kepada mereka dilaporkan yang indah-indah saja tentang UMNO..

Guan Eng mohon Maaf... Ahmad Maslan sakit hati..

Posted: 03 Oct 2011 12:36 AM PDT

Ahmad Maslan telah mendesak Guan Eng membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menghadap baginda, bukannya sekadar melafazkan melalui media massa.

Tak puas hati lagilah tu.. mungkin perkara yang Guan Eng lakukan itu iaitu meminta maaf secara terbuka adalah satu dosa buat pemimpin UMNO/BN ..


Seorang bekas Pegawai Tentera telah menulis "Lim Guan Eng telah membuktikan dirinya menjadi seorang lelaki yang benar-benar Gentleman, dan dengan permohonan maaf secara terbuka disiarkan di video dalam media baru, membuat dia seorang ahli politik yang dihormati dan dipandang mulia.

Jika perkara yang sama akan terjadi kepada ahli politik BN, saya tidak fikir ahli politik BN akan mahu melakukan apa yang Lim Guan Eng telah lakukan.

Saya juga berfikir bahawa ia adalah menjijikkan bagi sesetengah ahli politik untuk membuat komen yang tidak sepatutnya walaupun setelah Lim Guan Eng telah dikemukakan permohonan maaf kepada Sultan Johor...

Sepenuhnya korang sila baca di (SINI)

Berita berkaitan..

Buktikan ikhlas minta maaf

BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menghadap baginda, bukannya sekadar melafazkan melalui media massa.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, Setiausaha Agung DAP itu perlu datang sendiri ke Johor bertemu empat mata dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan seluruh rakyat negeri itu.

"Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui surat khabar sahaja.

"Beliau kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian," katanya pada sidang akhbar selepas Program Penerangan Perdana anjuran Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Beliau mengulas permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyatnya yang dibuat kelmarin setelah memburuk-burukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Tambah Ahmad, Guan Eng juga tidak sepatutnya mendabik dada dengan kejayaan penurunan indeks jenayah di Pulau Pinang kerana ia hasil usaha keras pihak polis serta agensi keselamatan yang lain.

Selain itu, ujarnya, kejayaan pelaburan ke Pulau Pinang juga adalah hasil usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sementara itu Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, Guan Eng sering menggunakan media untuk menyatakan pendiriannya dan mula menyalahkan media sekiranya ia tidak menepati apa yang dihajati.

Namun, ujarnya, apa yang terbukti adalah sikap berpura-pura pemimpin itu yang sering menyalahkan media sekiranya dihentam sedangkan perkara tersebut adalah benar.

Lidah Rasmi UMNO

PANAS!! Najib akan disepina mahkamah Perancis

Posted: 02 Oct 2011 10:16 PM PDT

LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.


"Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

"Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

"Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

"Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

"Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=21130

Berita Melayu Pulau Pinang diperbodohkan Mamak..

Posted: 02 Oct 2011 08:43 PM PDT

Kononnya sempena perhimpunan PAS menyambut ulang tahun ke 60, hampir 40 orang ahli PAS Kampung Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang telahkeluar parti dan menyertai UMNO.

Salah seorang yang didakwa sebagai remaja Penaga memberikan alasan keluar PAS kerana permintaannya untuk mendapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit gagal diperolehi.


Laporan berita sila baca di (SINI)

Umum mengetahui Kepala Batas adalah kubu kuat Umno. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Malah DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim seorang ADUN dari Umno.

Mangkok hayun yang didakwa sebagai Remaja Penaga oleh TV3 ini meminta bantuan dari ADUN Umno, Datuk Azhar Ibrahim dan gagal ditunaikan, maka dia pun keluar PAS masuk Umno kah kah kah.

Bodoh betul berita ni.



Hasil Kerja : Milo Suam

Hudud: DAP tetap bersama PAS..

Posted: 02 Oct 2011 06:47 PM PDT



KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.

Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.

Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.

"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya.

Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.


Harakahdaily

Gambar : 20,000 Hadir di Ucap Perdana sempena 60 tahun PAS

Posted: 02 Oct 2011 10:43 AM PDT



Jumlah yang hadir dalam Ucap Perdana semena 60 tahun PAS ini dianggarkan sekitar 20,000 orang, memenuhi segenap ruang Dewan Milenium malah melimpah hingga ke luar dewan.


Biarpun jumlah itu sedikit kecil jika dibandingkan dengan jumlah hadirin di Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang telah diaakan di Guar Perahu September yang lalu dimana kebanyakkan nya telah diangkut (baca di SINI).. aku bangga..



Aku bangga kerana mereka-mereka ini hadir ke majlis yang tidak menghabiskan RM1.2Juta duit rakyat..

Aku bangga kerana mereka hadir tanpa dijanjikan upah RM100 ke RM200 bila menaiki Bas tapi ada yang dapat dan ada pula yang tak dapat..

Aku juga berbangga Mereka datang tanpa diangkut dengan 60 ke 75 buah Bas yang pemiliknya telah dijanjikan akan dibayar sebanyak RM700 bagi sebuah Bas tapi yang diterima mereka hanya RM200.

Mereka datang bukan untuk menjamah 1000 Biji Murtabak yang dipesan tapi bila hari Majlis diadakan pengusahanya dibiar makan sendiri 1000 biji Murtabak itu, kerana pesanan yang dibuat tidak diambil.

Mereka juga datang bukan untuk menikmati 10,000 cucuk satay yang dipesan tapi tidak juga diambil dan pengusahanya dibiar ternganga kerugian..

Mereka datang tanpa dipaksa.. datang dengan ikhlas demi sebuah perjuangan...































Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Tiada ulasan: