Rabu, 19 Oktober 2011

Addin

Addin


Ini Dia Publisiti Murahan Najib!!

Posted: 19 Oct 2011 07:00 AM PDT


Lepas ni gambar apa pulak Najib?? Dulu gambar masa solat..lepas tu ambik wuduk.. kah..kah..kah.. Awok memang suke bergambo Najib lepas tu tayang kat orang.. kah..kah.. ikhlas ke Najib?? Ko tau Najib??

Hari-hari rakyat marhaen makan macam ni.. tapi lauk ko spesial sikit sebab ade orang sponsor..kah..kah!! Rakyat seperti kami kalu makan biasenya bercatu.. maklumlah bajet ciput!!Kami makan lauk tak berlambak macam ko Najib!! Macam-macam ada!! Perubahan yang ko buat dah lambatlah Najib.. nanti rakyat akan ubah ko pulak pada PRU 13 nanti...kah..kah..

Aku nak tanya satu lagi.. projek Restoran Rakyat ni sapa yang dapat?? Kroni ke?? Restoran Rakyat atau restoran keluarga Najib?? Ko tak letak album famili ke dalam restoran ni..kah..kah..


Jabatan Insolvensi Lebih Zalim Daripada Ah Long?

Posted: 19 Oct 2011 05:00 AM PDT

Ah long ke tepi, sekarang tempatnya diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Dengan berlakunya 'regim' baru untuk memenjarakan mereka yang muflis ( contohnya, yang tidak mampu membayar kerana papa kedana atau gagal/lupa mengisytiharkan pemilikan motosikal berumur lebih 40 tahun yang dah jadi besi buruk pun) rasanya nasib ratusan ribu muflis (terutama para siswazah dan kakitangan kerajaan yang diisytiharkan muflis) bakal ramai-ramai beratur ke penjara. Penjara juga perlu dibesarkan dan ditambah dan pihak penjara pula kena menganjurkan program-program (yang gagal dilaksanakan oleh JIM untuk membantu memulihkan para muflis berdikari) pemulihan bagi membantu para muflis untuk balik ke pangkuan masyarakat!

Kezaliman terbaru JIM memenjarakan para muflis yang daif ini, rasanya boleh meletakkan Malaysia ke barisan Negara-negara yang dikira zalim dan menafikan usaha-usaha bersungguh YAB Perdana Menteri selama ini./blogPPIM


'Rayu PM'

KUALA LUMPUR - "Saya merayu Perdana Menteri membantu kami, saya mengaku memang salah saya tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada wang," kata Rosnah Mohd Sailan, 43, selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara kerana gagal membayar RM100 sebulan seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan diri daripada status muflis. Menurutnya, hukuman penjara itu susulan kegagalan membayar ansuran bulanan sebuah Proton Saga dibeli pada 1994 yang kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.
"Saya merayu Perdana Menteri membantu kami, saya mengaku memang salah saya tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada wang," kata Rosnah Mohd Sailan, 43, selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara kerana gagal membayar RM100 sebulan seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan diri daripada status muflis. Menurutnya, hukuman penjara itu susulan kegagalan membayar ansuran bulanan sebuah Proton Saga dibeli pada 1994 yang kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

"Setiap malam saya hanya berfikir bagaimana mahu meneruskan kehidupan. Suami dipenjara ketika anak dalam persediaan menduduki peperiksaan malah saya juga berkemungkinan dipenjara," katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

Rosnah berkata, pihak ketiga yang membeli kereta itu juga gagal membayar ansuran mengakibatkan bank melelong kenderaan itu. "Suami diisytiharkan muflis serta diperintahkan membayar RM30,000 manakala saya sebagai penjamin diperintahkan membayar RM34,000.

"Mahkamah memerintahkan kami membayar RM100 sebulan, tetapi bermula Oktober 2004 hingga Jun 2010, kami gagal berbuat demikian sehingga hutang itu tertunggak sebanyak RM3,450," katanya. Menurutnya, disebabkan tiada kerja tetap, dia dan suami gagal mematuhi perintah itu serta dianggap menghina mahkamah.

"Suami dipenjarakan sejak 27 September lalu dan sejak itu kehidupan saya bertambah sukar kerana perlu mencari duit menampung kehidupan tiga anak yang masih bersekolah," katanya. Sementara itu, Dr Maamor berkata, PPIM memandang serius perkara itu dan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan selain mencari saluran perundangan membantu Rosnah dan keluarganya./hmetro

Rumah 103 Tahun Di Tengah Laut

Posted: 18 Oct 2011 08:30 PM PDT


Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana dibina di tengah laut. Dikatakan rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas batuan Rhode Island yang ada di tengah laut.

Rumah itu selalu disebut Clingstone. Rumah ini cukup besar dan tergolong nyaman. Rumah tersebut dibina oleh JS Lovering Wharton dengan kos sebanyak 36.000 dolar , sepupu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.

Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 dengan harga 3600 dolar AS. Kemudian dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua dasawarsa lebih.

Lagi gambar di sini.

Tiada ulasan: