Ahad, 23 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Antara TPM Malaysia Dengan Budak Perempuan 16 Tahun Ini Siapa Yang Lebih Beretika?

Posted: 23 Oct 2011 12:32 AM PDT


Kenyataan TPM Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.





Budak Perempuan mangsa fitnah

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya "dicabuli" ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

"Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.

Hehehe.. Buat malu negara saja..


Pua: TPM secara tersirat sokong kanak-kanak difitnah

Posted: 22 Oct 2011 11:49 PM PDT

Ketua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Daripada bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penipuan keji bagi memalukan keluarga ketua menteri Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi kerana mereka adalah pemimpin dan ahli-ahli Umno, (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) memilih mempertahankan mereka yang tidak sepatutnya dimaafkan itu," kata Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, bagi melindungi imej kerajaan, Najib mesti segera menghentikan kegilaan ini dengan menegur timbalannya dan ahli-ahli Umno daripada membuat tuduhan melulu terhadap anak remaja Lim.


"Jika tidak, ini akan membuktikan kepada semua rakyat bahawa Umno telah bankrap dari segi moral dalam usahanya untuk terus berkuasa, termasuk menjadikan kanak-kanak yang tidak bersalah sebagai modal politik."

Muhyiddin (berbaju biru) semalam dipetik oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Muhyiddin juga meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Usaha sengaja

Bagi naib presiden PKR N Surendran, sindiran Muhyiddin itu seolah-olah memberi gambaran terdapat kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadap anak Lim itu.

"Bagaimana seorang timbalan perdana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu apabila guru besar sekolah berkenaan dan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu telah menafikan perkara berkenaan? Ia usaha yang sengajakan oleh TPM untuk meneruskan fitnah ke atas anak Lim itu, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Surendran serentak itu, menuntut Muhyiddin membuat permohonan maaf kepada kepada ketua menteri dan anaknya itu.

Pada 18 oktober lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Penafian

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

"Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

"Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, " tulis gadis warga Britain itu.

Malaysiakini

Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri ‘watikah’ serang anak Lim

Posted: 22 Oct 2011 10:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya.

Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.


"Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

"Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

"Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata."

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

"Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.

Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi 'watikah' kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada "mutlak" kepada pemblog-pemblog Umno.

Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit.

"Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil," kata beliau.

Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

"Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa," kata beliau.

The Malaysia Insider

PANAS - Prof. Aziz Bari Hantar Notis Saman Kepada Mahathir, Zul Kulim Dan Utusex Malaysia

Posted: 22 Oct 2011 08:18 PM PDT

Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.


Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

Pakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.

Ramas Buah Dada - Kenyataan Tidak Beretika Menteri Pelajaran

Posted: 22 Oct 2011 05:49 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Mat sembab ni tak sedar diri ke, memang lu salah, lu yang buat dasar, lu yang kontrol pentadbiran, lu yang kontrol polis, lu yang kontrol majlis agama, lu yang kontrol ekonomi, lu yang kontrol duit rakyat, lu yang kontrol polis, habis kalau dah salah lu nak suruh pembangkang salahkan siapa takkan nak salahkan kambing, katak, babi atau anjing. Mesti la salahkan lu orang.


Gua naik malu pulak ada pemimpin yang bangang yang tak nak lihat salah sendiri, satu lagi gua terguling2 gelak bila baca contoh yang lu bagi pasal anak LGE, dah terang2 cerita tu fitnah lu nak orang tu mengamuk tak tentu pasal apa hal, LGE bukan macam lu bila kena kritik kelam kabut tak tentu pasal, suruh balaci2 lu cepat2 tepis, angkat sepaduk, buat laporan polis, habis lu gunakan si bangang balaci lu tu meroyan.

Lu jangan nak menyebuk cerita pasal anak orang la beb, anak lu bagus sangat melalak sana sini jual suara, dengan pakaian aurat terbuka mengharap tontonan orang ramai, bagus sangat ke, weeeiiiiii cermin la diri sendiri beb sebelum sibuk mengata orang lain.

Selama ni pun bukan ke balaci2 lu yang tiap2 hari merapu cipta fitnah kemudian sibuk suruh orang lapor pada polis la, saman la, apa lu lebih percaya pada si syaitan gomo atau memang lu yang suruh dia buat isu.
Semua orang tahu betapa kebalnya bloger2 upahan lu, dan bertapa taatnya polis kepada tuan nya, semua orang tahu kalau pemimpin Pr buat laporan tak kemana pun.

Lu sendiri boleh tengok apa da jadi hari ni bila balaci2 lusibuk nak buat Himpun, bertapa menyampahnya rakyat dan betapa rakyat sekarang sudah mula cerdik tidak mahu terperangkap dengan mainan licik lu, cuma kaki2 bodek tegar lu dan pengikut UMpas je yang termakan tektik lu. Baru2 ni gua tengok berita di TV1 balaci lu Najib pun da mula mengaku silap menanagi perhimpunan bersih. Lu pulak keanapa susah nak mengaku UMno memang banyak buat silap.

Gua malas cerita banyak2 nanti kalau gua cerita lebih2 ada pulak van putih tunggu depan rumah gua pulak,

Dipetik dari Johor Born

Bersih teruskan momentum tuntutan, kempen di luar negara dipertingkat

Posted: 22 Oct 2011 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Bersih 2.0 menggerakkan perjuangan menuntut pembaharuan pilihan raya apabila pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengunjungi empat universiti pengajian undang-undang terkenal di Australia minggu depan bagi mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia bagi mengutarakan pelbagai isu berkaitan sistem pilihan raya negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menyampaikan syarahan awam yang diaturkan oleh Asian Law Centre di Universiti Melbourne dan disusuli dengan kehadirannya di Universiti New South Wales dan Universiti Sydney (pada 31 Oktober) dan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Australia di Canberra pada 1 November.

Difahamkan majlis di keempat-empat universiti berkenaan akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara yang masih belum mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian.


Penyelaras kebangsaan bagi Bersih 2.0 Australia dan Saya Anak Bangsa Malaysia Australia (SABMoz) berkata, kempen untuk mendaftar rakyat Malaysia sebagai pengundi mendapat sambutan di Australia.

"(Kempen) Bersih 2.0 dan detik hodoh yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu telah memberi dorongan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara," kata beliau.

"Beratus-ratus rakyat Malaysia berhimpun di tujuh bandar di Australia dengan lebih 700 di Melbourne dan 400 di Sydney bagi memberi sokongan kepada Bersih 2.0," kata Teoh (gambar) lagi.

Kemunculan Ambiga di Australia minggu depan dijangka memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan berada di Perth sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Negara Komanwel (Chogm) pada 28 Oktober.

"Kunjungan oleh Ambiga akan memberi mesej kepada kerajaan Australia dan rakyatnya bahawa jiran serantau yang dekat dan rakan perdagangannya menggunakan satu sistem yang dengan sengaja menafikan hak ratusan rakyat Malaysia untuk mengundi dari luar negara," kata Teoh kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel.

Katanya, tujuan utama majlis minggu depan ialah mengingatkan kerajaan Malaysia tentang keperluan melaksanakan pembaharuan pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan menyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu turut diadakan di beberapa negara termasuk di Australia, New Zealand, England dan Amerika Syarikat.

Bersih 2.0 yang mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya mendakwa perhimpunannya di ibu negara disertai kira-kira 50,000 orang tetapi polis mendakwa ia hanya dihadiri sekitar 6,000 orang.

Hampir 1,700 orang ditahan oleh polis pada hari berkenaan.

Pada bulan berikutnya pentadbiran Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasan pilihan khas Parlimen, dianggotai sembilan wakil, untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya.

The Malaysia Insider

Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah tapi Mengapa Berbohong?

Posted: 22 Oct 2011 08:04 AM PDT

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.


HAbis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?


Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Malam Ini Hasan Ali Akan Tidur Dengan Lena Yang Teramat Nyenyak...

Posted: 22 Oct 2011 06:47 AM PDT


Exco hal ehwal agama Selangor yang ADUN PAS bagi Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan anti-murtad dengan memimpin bacaan doa.

Muhyiddin Akui BN Goyah Hadapi PRU13

Posted: 22 Oct 2011 02:06 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang.

"Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita.

Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya.

"Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang.


Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN.

Tambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri.

"Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi.

Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya.

Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya.

"Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya.

Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN".

Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia.

Dalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan.

"Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya.

Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar.

Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti.

"Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Malaysiakini

Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Posted: 22 Oct 2011 01:29 AM PDT

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"


Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

3pm: Dianggarkan hampir 5,000 orang telah mengambil tempat ei kawawan tempat duduk stadium.

3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

Tiada ulasan: