Ahad, 23 Oktober 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Rosmah terima anugerah selendang Tun Fatimah dari Silat Lincah

Posted: 23 Oct 2011 01:10 AM PDT



ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor bukan sahaja memiliki sifat boros tahap tertinggi, rupa-rupanya wanita yang suka masuk campur hal ehwal negara ini juga pandai bersilat.

Buktinya, Persatuan seni Silat Lincah Malaysia telah menganugerahkan Rosmah Mansor satu anugerah tertinggi pertubuhan itu, iaitu Selendang Tun Fatimah.

Nama Tun Fatimah diambil sempena nama seorang gadis cantik merangkap srikandi yang hebat ilmu persilatannya di zaman kesultanan Melayu Melaka.

Meskipun seluruh ahli keluarganya dibunuh atas titah Sultan Melaka, anak gadis Datuk Bendahara Melaka itu tetap setia kepada Sultan Melaka. Akhirnya Tun Fatimah menjadi Permaisuri Melaka.

Rosmah Mansor bukan sahaja comel dan layak dinobatkan sebagai Lady Gaga Malaysia (Lady Gajah) kerana suka membeli beg tangan mewah jenama Birkin ala Lady Gaga, malah beliau dipercayai memiliki ilmu persilatan yang tinggi.

Beliau mempelajari ilmu persilatan secara ghaib melalui beberapa orang bomoh yang hebat. Sila saksikan video "Perempuan Puaka" di YouTube.

ReJaM© "Tak lama lagi akan ada orang Silat Lincah dapat gelaran Datuk..."

Himpunan sejuta umat, Utusan buat lawak lagi!

Posted: 22 Oct 2011 04:27 PM PDT

SEMALAM berlangsung satu perhimpunan yang dinamakan sebagai "Perhimpunan Sejuta Umat" di Stadium Shah Alam. Perhimpunan tersebut berjalan lancar meskipun kurang mendapat sambutan.

Utusan Malaysia sebagai media propaganda seperti biasa tidak pernah belajar daripada kesilapan-kesilapan lalu. Kali ini angka peserta yang hadir himpunan tersebut dilihat jelas bercanggah.

Di dalam "caption" gambar yang disiarkan di laman sesawang Utusan melaporkan kira-kira 5,000 peserta hadir di perhimpunan tersebut.


Namun laporan berita portal propaganda tersebut menulis angka dua kali ganda lebih ramai iaitu 10,000. Nampak sangat wartawan yang menulis berita ni main belasah je asalkan jadi berita.


Portal Berita Harian pula melaporkan kurang dari 1,000 peserta menghadiri perhimpunan itu, malah menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang gagal, kerana tidak mencapai sasaran.



Meskipun sudah banyak kali sebelum ini Utusan diselar kerana membuat laporan berita yang tidak benar, mereka tetap meneruskan kegiatan menipu orang-orang kampung, ayam itik, lembu dan kambeng.


ReJaM© "Utusan Malaysia, baca boleh percaya jangan..."

Sumber: [Utusan], [Berita Harian] dan [Galeri gambar]

Roti canai di Restoran Rakyat 1 Malaysia murah?

Posted: 22 Oct 2011 04:10 AM PDT

SAMBUNGAN kisah lawatan ReJaM© ke Restoran Rakyat 1 Malaysia dalam artikel sebelum ini, rujuk sini [Restoran 1 Malaysia].

Kali ini mari kita lihat benarkah harga roti canai RM0.40 di Restoran Rakyat 1 Malaysia benar-benar murah?

ReJaM© sempat juga mengambil sekeping roti canai kosong di Restoran 1 Malaysia semalam. Di bawah ini gambar roti canai yang dimaksudkan.


Di bawah ini pula gambar roti canai yang biasa didapati di kebanyakkan kedai-kedai mamak di sekitar ibu kota. Bandingkan maka anda akan tahu kenapa harga roti canai di Restoran 1 Malaysia lebih murah?


Rata-rata pelanggan yang datang menjamu selera di Restoran 1 Malaysia ini akan mengambil sekurang-kurangnya dua keping roti canai. Maka harganya jadi sama saja dengan roti canai di kedai mamak biasa iaitu RM0.80.

Apa pun, tidak dinafikan bahawa kuah karinya boleh tahan sedap. Pada pendapat ReJaM© secara peribadi, tiada apa yang istimewa roti canai di sini. Kalau roti besar tu, restoran mamak pun boleh bagi harga murah.

ReJaM© "Kesimpulannya sama je dengan kedai Mamak..."

Tiada ulasan: