Kelab Greenboc |
- Pasangan Pelajar IPTA Berseluar Pendek Dicekup Berpeliukan
- Kaki Mertua Patah Dipijak Menantu
- Pelajar 14 Tahun Mengandung Akibat Hubungan Dengan Beberapa Lelaki
- Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah Tapi Apa Perlu Berbohong?
- Tokoh Bukan Islam Kecam Pembunuhan Kejam Gaddafi
- Telefon Bimbit, Suka bergaul Boleh Bawa Masalah Bagi Pembantu Rumah
- MasyaAllah - Bapa Perkosa Anak Sendiri Usia 8 Tahun
- WASPADA: Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran
- "Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran" - Tajuk Dari Berita Harian & Mstar
- Menyakiti Mayat Gaddafi, Rakyat Libya Sengaja Mengundang Kemurkaaan Allah
Pasangan Pelajar IPTA Berseluar Pendek Dicekup Berpeliukan Posted: 23 Oct 2011 12:24 AM PDT Sura Hujung (Dungun) – Gara-gara berpakaian menjolok mata, seorang pelajar wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima padah apabila didakwa di mahkamah berikutan kesalahan itu ketika berada di satu taman permainan di sini. Siti Nur Nadia Saparudin, 22, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut selepas ditahan Pegawai Penguat Kuasa Syariah kerana mendedahkan tubuh di tempat awam ketika berada di Taman Permainan Sura Hujung kira-kira jam 10.55 malam, 14 Februari lalu. Antara fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwa raya apabila mensabitkan kesalahan ke atasnya, ketika pegawai penguat kuasa syariah tiba di taman permainan dekat Sura Hujung, seorang lelaki dan perempuan didapati sedang berpelukan. Pasangannya yang dikenali sebagai Isa Ahmad, 24, ketika itu didapati memakai seluar pendek paras lutut manakala tertuduh memakai seluar pendek paras paha dengan baju T sendat. Siasatan awal ke atas pasangan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim sebagai suami isteri. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak sopan dan mohon dibicarakan. Kes mereka bakal disebut semula pada 6 Februari 2012. Bagaimanapun tertuduh perempuan, Nur Nadia membuat pengakuan bersalah atas tuduhan mendedahkan tubuh di tempat awam. Hakim Syarie, Shamsudin Ngah selepas mendengar rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan denda RM600 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda. Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Nor Hakimah Awang. |
Kaki Mertua Patah Dipijak Menantu Posted: 22 Oct 2011 10:02 PM PDT Melaka – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini. Gambar: IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung Pengkalan Rama, Melaka semalam. Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju. "Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua. "Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam. Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang. "Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah," katanya. Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang. Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan. -kosmo Warga emas dibelasah menantu |
Pelajar 14 Tahun Mengandung Akibat Hubungan Dengan Beberapa Lelaki Posted: 22 Oct 2011 08:29 PM PDT Padang Serai - Akibat menjalinkan hubungan seks bebas dengan beberapa lelaki menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tidak bersekolah disahkan mengandung. Mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki yang dikenali. Memandangkan mangsa pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa teman lelakinya, mangsa tidak mengetahui siapa bapa kepada kandungan itu. Rahsia perlakuan sumbang mangsa terbongkar apabila waris melihat perubahan pada dirinya. Setelah membuat pemeriksaan doktor, mangsa disahkan mengandung dan mereka membawa mangsa untuk membuat laporan polis. Oleh kerana mangsa masih di bawah umur, kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes rogol merupakan antara kes yang sering dilaporkan berlaku. Katanya, masalah perlakuan seks dalam kalangan remaja semakin serius apabila mereka mudah mendapatkan aksi ghairah melalui muat turun telefon. "Kes rogol yang berlaku hari ini adalah perlakuan seks suka sama suka. Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu. "Bagaimanapun memandangkan mangsa terlibat masih di bawah umur, kes ini akan disiasat sebagai kes rogol walaupun mangsa merelakan dirinya disetubuhi kekasih." katanya. Ghuzlan turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan. Menurutnya, kejadian yang berlaku ini kemungkinan disebabkan ibu bapa yang kurang memantau kelakuan anak. "Berikan didikan agama dan kasih sayang sempurna terhadap anak-anak," katanya. -SH Ulasan GB "Dengan beberapa lelaki". Berita yang sungguh mengerikan. |
Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah Tapi Apa Perlu Berbohong? Posted: 22 Oct 2011 07:00 PM PDT Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata: Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN "Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya. Habis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN? Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali. Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah. Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini. Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong? Tulang Besi Ulasan GB GB ada satu lagi bukti kukuh menunjukkan Dr.Hassan Ali berdusta. Ini dia:
Berita di atas MEMBUKTIKAN dengan jelas bahawa Dr. Hassan Ali menguruskan permit polis untuk Himpunan Sejuta Umat yang berlansung semalam. Bagaimana beliau boleh berkata beliau "tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak" seperti dilaporkan oleh TVSelangor? InsyaAllah GB juga amat yakin dengan apa yang GB tulis selama ini adalah kebenaran. Kerana GB tidak menulis sebelum membaca doa ini: 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. dan alhamdulillah, sungguh banyak kebenaran telah TERBUKTI hasil dari tulisan-tulisan GB sebelum ini. Gali di arkib jika tak percaya. Pendedahan di atas BUKAN fitnah seperti yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar semalam. Hujjah lawan hujjah! Kemukakan hujjah untuk membantah hujjah kami di atas. Kita mahu dengar hujjah Hassan Ali sendiri atau dari pihak yang menyokong beliau, berhujjah mengenai isu, bukan hujjah menyerang peribadi. p/s Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja.. Apa ke jadahnya pertahankan aqidah jika Solat Asar pun tercicir? Jadikan teguran ini satu peringatan sekalipun mungkin nada GB keras demi mengelakkan kita terjerumus dan menjerumuskan umat ke lembah kebinasaan . |
Tokoh Bukan Islam Kecam Pembunuhan Kejam Gaddafi Posted: 22 Oct 2011 04:14 PM PDT Desmond Tutu Kecam Pembunuhan Sadis Terhadap Gaddafi CAPE TOWN - Tokoh perdamaian Afrika Selatan Uskup Desmond Tutu (gambar kecil) mengecam tindakan pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi. "Cara mereka (pasukan Dewan Transisi Nasional) membunuh Muammar Khadafi benar-benar tidak mulia dan jauh dari nilai-nilai demokrasi," ujar Tutu, seperti dikutip AFP, Sabtu (22/10/2011). Tutu menegaskan, membunuh seseorang bukanlah suatu hal yang patut dirayakan, dan rakyat Libya sepatutnya menunjukkan sikap baiknya. Desmond Tutu merupakan salah seorang pemenang nobel perdamaian di Afrika. Presiden Afsel Nelson Mandela juga memberikan pandangan yang baik terhadap Tutu. Mandela bahkan mengatakan, Tutu merupakan seorang yang tidak pernah takut mengeluarkan pendapat. Setelah jatuhnya rejim apartheid pada 1994 silam di Afsel, pemenang nobel pada tahun 1984 ini sering menggunakan frasa kata "Rainbow Nation" (Bangsa Pelangi) untuk menggambarkan keragaman masyarakat Afsel. Uskup berasal Afrika ini bahkan sempat menyatakan cintanya pada pahlawan pro demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi pada September lalu. Tutu juga memuji sikap Suu Kyi yang melakukan perlawanan terhadap junta militer Myanmar. -okezone Gaddafi merayu: Jangan bunuh saya Ulasan GB Pemimpin bukan Islam pun tahu pembunuhan kejam yang sebegitu amat tidak awajar. Belum kita dengar mana-mana pemimpin Islam menegur mengenainya. GB sudah ulas hal ini. Petikan: Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjngkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC. |
Telefon Bimbit, Suka bergaul Boleh Bawa Masalah Bagi Pembantu Rumah Posted: 22 Oct 2011 09:42 AM PDT Telefon bimbit dan suka bergaul menjadi punca pembantu rumah tergoda dan akhirnya dinoda. Dua perkara ini tidak mudah dikawal majikan kerana ada pembantu rumah licik - pandai kelentong dan menyembunyikan rahsia hubungan cinta yang dijalin dengan lelaki pekerja asing. Encik Masri Anwar, yang telah menggajikan sekitar 20 pembantu rumah, percaya banyak majikan yang menggajikan pembantu rumah Indonesia menghadapi masalah serupa. Mengongsi masalah yang pernah dihadapinya, pesara berusia 54 tahun dan ayah tiga anak itu berkata beliau melarang seorang pembantu rumahnya memiliki telefon bimbit agar lebih fokus pada tugas. 'Tapi dia sanggup curi pakai telefon bimbit simpanan kami dari dalam almari tak berkunci dan menggunakan kad prabayar sendiri atau yang diberi oleh kenalan lelaki Bangladeshnya. 'Si amah melakukan perbuatan itu supaya senang berhubungan dan bertukar-tukar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika kami tidur atau tiada di rumah. 'Tapi setelah kesalahannya terbongkar, dia dengan serta-merta minta dihantar balik ke negaranya. Inilah dilema yang kita majikan hadapi. Dah buat tahi kita kena hantar dan tanggung dia balik,' ujar Encik Masri. Seorang lagi pembantu rumahnya, yang belum berumah tangga, juga memberi beliau banyak masalah berkaitan penggunaan telefon bimbit. 'Kami tak benarkan dia gunakan telefon bimbit tapi dalam diam-diam kekasih Bangla yang baru dikenalinya menghadiahkan sebuah telefon bimbit buruk jenis Nokia 2250. 'Akibat dilamun cinta, pembantu kami sering termenung dan mengelamun serta tak tumpukan perhatian pada tugas harian. 'Siang hari dia sering mengantuk kerana rupa-rupanya dia curi-curi keluar malam selepas kami tidur. Dia juga mencuri salinan kunci pintu untuk keluar waktu malam dan pulang hampir subuh. 'Setelah kami dapat tahu perbuatannya, kami rampas telefon bimbitnya dan telefon kekasihnya untuk ajak bersemuka. 'Kekasihnya takut dan meminta maaf dan terus menghilangkan diri,' kata Encik Masri. Beliau berpendapat telefon bimbit mendedahkan pembantu rumah kepada gejala bermain cinta dengan lelaki pekerja asing. Seorang lagi pembantu rumahnya, janda yang pernah bekerja di Dubai, suka tidur siang hari kerana sering bermain SMS dan berbual dengan temannya menerusi telefon bimbit pada waktu malam. 'Rumah kami makin kotor dan barang-barang berselerak. Akibatnya, anak-anak kami sering mengalami cirit-birit kerana dijangkiti Rota Virus. 'Bila kami tiada di rumah, si pembantu jadi mem besar. Kami akhirnya hantar dia balik,' cerita Encik Masri. Pada beliau, majikan harus melayan pembantu rumah dengan ihsan, tetapi perlu tegas. -BHS |
MasyaAllah - Bapa Perkosa Anak Sendiri Usia 8 Tahun Posted: 22 Oct 2011 08:00 AM PDT Bandar Jerantut – 'Harapkan pagar, pagar makan padi.' Itu ungkapan paling sesuai diberikan kepada seorang bapa yang disyaki merogol anak kandung sendiri berusia lapan tahun. Gambar fail Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Oktober lalu, apabila suspek berusia 32 tahun yang juga tukang masak sebuah kedai makan, dekat sini, bertindak menodai anak kandung sendiri ketika mangsa sedang mandi. Menurutnya, ketika kejadian, mangsa baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Katanya, pada masa sama suspek bertindak memasuki bilik mandi berkenaan lalu mengambil kesempatan ke atas mangsa. "Perubahan sikap mangsa disedari ibu saudaranya, lalu bertanya apa yang berlaku. Setelah dimaklumkan mangsa, ibu saudaranya itu memberitahu nenek mangsa, selain bertanyakan sendiri kepada suspek yang juga adalah abangnya. "Berang dengan aduan yang dibuat, berlaku pertelingkahan keluarga terutama antara suspek dengan adiknya itu," katanya. Zakaria berkata, mangsa kemudiannya dibawa ibu saudara dan neneknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk membuat laporan, kira-kira jam 2 petang, pada 15 Oktober lalu. Menurutnya, kira-kira jam 4 petang, hari yang sama, polis menahan suspek yang kebetulan datang ke IPD Jerantut untuk membuat laporan polis terhadap adiknya yang didakwanya bertindak agresif ketika pertelingkahan berlaku di rumah mereka. "Hasil maklumat dan butiran lanjut oleh keluarga dan mangsa sendiri, suspek ditahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan sejurus selepas dia selesai membuat laporan polis. "Suspek kini direman seminggu dan hasil siasatan mendapati suspek juga turut mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Mangsa kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan lanjut," katanya. -SH Ulasan GB Apa punya binatang bapa sedemikian. Di bawah hukum hudud, beliau sepatutnya direjam sampai mati. Jika tiada hukum hudud, esok ada lagi cerita sebegini, tak habis-habis. Sistem yang ada kini melahir bapa-bapa yang sanggup "makan" anak sendiri. |
WASPADA: Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran Posted: 22 Oct 2011 05:51 AM PDT Bapa terkilan susu tepung ada bendasing KUALA KANGSAR - Seorang pengguna, di sini, merasa terkilan apabila kuasa pengguna tidak dapat digunakan ketika membuat aduan berkenaan kewujudan bendasing berupa serpihan hitam dalam susu tepung yang dibelinya, dua minggu lalu. Mohd Hasbullah Mohd Razi, 25 berkata, susu berkenaan dibeli di sebuah kedai di pekan Kuala Kangsar untuk anaknya yang berusia enam bulan, dengan harga RM17.30 untuk satu paket seberat 650 gram. "Susu berkenaan merupakan susu berjenama agak terkenal di negara ini banyak diiklankan di kaca televisyen yang mana dikatakan mempunyai khasiat tinggi serta bagus untuk bayi. "Hajatnya mahu menukar jenama susu untuk anak dan saya telah membeli tiga paket sekali gus susu tepung berkenaan, namun tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku untuk satu jenama susu yang agak terkenal," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin. Katanya, awalnya dia menyangka serpihan hitam itu adalah sampah yang terjatuh ke dalam bekas mengisi susu tepung untuk anaknya, namun setelah diperiksa, ketiga-tiga paket susu berkenaan didapati turut mengandungi serpihan sama. Menyedari keadaan itu, Mohd Hasbullah berkata, dia merasa bimbang ia akan mendatangkan mudarat kepada anaknya kerana satu paket telah habis diminum bayi berusia enam bulan itu. "Awalnya isteri saya menyangka ia adalah sampah kecil dalam bekas susu tepung lalu menapis sehingga habis satu paket pertama untuk membuang serpihan berkenaan, namun apabila menyedari ia turut terkandung dalam paket dua paket lagi, kami mula merasa bimbang, lalu mengadukan perkara ini kepada pihak berwajib," katanya. Menurut Hasbullah, isteri dan bapa mertuanya telah mengadukan perkara itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kuala Kangsar dan Pejabat Kesihatan Daerah pada 14 Oktober lalu, namun terkilan dengan cara masalah itu ditangani. "Sikap menuding jari antara pihak berwajib sebenar membuat kami rasa terkilan, kerana sikap seperti ini membuatkan kuasa sebagai pengguna seperti tidak berguna langsung dalam situasi seperti ini. "PPDNKK kata mereka hanya memantau dari segi harga dan masalah ini perlu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah, manakala Jabatan Kesihatan pula mengatakan di sebaliknya dan keadaan ini membuatkan pihak pengguna seperti kami kecewa," katanya. Mohd Hasbullah berkata, hanya selepas bapa mertuanya berkeras baru Pejabat Kesihatan Daerah menerima sampel susu yang dibawa untuk diuji dan memaklumkan keputusan pemeriksaan akan keluar dalam masa enam minggu. "Kami harap pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam menangani perkara sebegini kerana ia melibatkan makanan bayi dan jika karenah birokrasi terus dibiarkan seperti ini, ia akan mendatangkan mudarat kepada ramai pengguna," katanya. -SH |
"Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran" - Tajuk Dari Berita Harian & Mstar Posted: 22 Oct 2011 03:18 AM PDT Shah Alam: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini. Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. -BH
foto ehsan : jalanpulang |
Menyakiti Mayat Gaddafi, Rakyat Libya Sengaja Mengundang Kemurkaaan Allah Posted: 22 Oct 2011 02:05 AM PDT Tembakan di kepala punca kematian GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya. MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala. Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap. Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi. Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya. "Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian," kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan. "Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain," katanya. Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas. Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. "Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati," katanya kepada Reuters. Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: "Belum ada keputusan lagi." Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters
Ulasan GB Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjngkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC. Jika laporan itu benar, maka bererti ia sudah keterlaluan. Apatah lagi tembakan dilakukan tatkala Gaddafi sudah mengeluarkan perkataan rayuannya "jangan tembak, jangan tembak...". Hadith Nabi saw: Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai pada balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." Riwayat Bukhari. Jika dicacimaki orang yang telah mati itu tidak dibolehkan, apatah lagi disakiti, dikasari dan diaibkan mayat Gaddafi itu. Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Mematahkan tulang mayit adalah sama halnya dengan mematahkannya dalam keadaan hidup." Riwayat Abu Dawud dengan sanad menurut syarat riwayat Muslim. Kemurkaan Allah sengaja ditempah oleh rakyat Libya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan