Rabu, 19 Oktober 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pendandan Rambut Dicekup Bersama Pasangan Di Dungun

Posted: 19 Oct 2011 12:40 AM PDT

Limbong – Tindakan dua sahabat membawa rakan lelaki menumpang tidur di rumah sewa membawa padah, apabila mereka dicekup pihak berkuasa ketika sedang tidur di rumahnya dekat sini. Gambar fail

Serbuan kira-kira jam 4.15 pagi oleh sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun itu dilakukan sebaik menerima maklumat daripada orang awam mengatakan penyewa rumah tersebut, dipercayai membawa pulang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki bukan muhrimnya.

Bagaimanapun, sebaik pintu rumah yang berkunci diketuk pegawai penguat kuasa terbabit, teman lelaki kepada salah seorang perempuan yang difahamkan seorang pelatih di salun rambut itu dikatakan cuba menyembunyikan diri di dalam bilik tidur.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati seorang remaja lelaki berusia 20-an berada dalam bilik tidur dan soal siasat mendapati mereka bukan muhrim ataupun ikatan suami isteri.

Lelaki terbabit dikatakan menumpang tidur di rumah sewa teman wanitanya sementara menunggu hari siang untuk pulang ke rumahnya di Dungun.

Ketiga-tiga suspek termasuk gadis berusia 18 dan 22 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan setelah diikat jamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu 2001.

Kesemua yang terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Syariah Dungun pada 21 November depan. -SH

WASPADA: Wanita Digigit Monyet Ketika Berjogging Di Tanjung Ketapang

Posted: 18 Oct 2011 10:30 PM PDT

Muar: Kejadian seorang wanita cedera digigit monyet ketika berjoging bersebelahan padang golf dekat Tanjung Ketapang di sini petang Jumaat lalu, menimbulkan kebimbangan mengenai jumlah hidupan liar terbabit yang semakin bertambah di kawasan rekreasi itu.

Malah, lebih menggerunkan apabila kejadian itu kes ketiga dalam tempoh beberapa hari, membabitkan pengunjung kawasan rekreasi itu digigit monyet.

Walaupun ketiga-tiga mangsa tidak cedera serius sehingga dimasukkan ke hospital, namun kejadian itu boleh menjejaskan keselamatan pengunjung terutama orang ramai yang beriadah dan kanak-kanak.

Tinjauan di sekitar kawasan hutan bakau Tanjung Ketapang mendapati jumlah monyet di kawasan rekreasi itu semakin banyak walaupun pihak berkuasa pernah memerangkap dan memindahkan haiwan itu ke Hutan Simpan Maokil akhir 2009 lalu.

Populasi yang semakin bertambah dengan tindakan orang ramai memberi makanan kepada hidupan liar itu juga mungkin menyebabkan monyet tidak takut dengan kehadiran manusia sehingga bertindak menyerang.

Kehadiran kumpulan monyet liar di kawasan rekreasi itu dikatakan menjadi antara tarikan pengunjung, malah haiwan itu juga dikatakan jinak dan banyak bergantung kepada orang ramai untuk menghulurkan makanan terutama roti serta makanan ringan.

Sebelum ini, ada sesetengah pihak yang kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa memindahkan monyet itu dengan alasan ia menjadi tarikan orang ramai yang mahu melihat gelagat monyet dengan lebih dekat, namun tindakan memindahkannya dirasakan perlu berikutan jumlahnya yang banyak menyebabkannya tidak terkawal apabila kekurangan bekalan makanan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat lalu, Chua Chin Wee, 44, berjoging di Jalan Sultanah, bersebelahan padang golf apabila secara tiba-tiba seekor monyet menggigit kaki kanannya.

Saya memukul monyet itu berulang kali dengan telefon bimbit tetapi ia seolah-olah tidak menghiraukannya. Hanya selepas menyedari kehadiran orang ramai yang mahu menolong saya, barulah monyet itu melepaskan kaki saya sebelum melarikan diri," katanya.

Kesan kecederaan itu menyebabkan Chua terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jalan Arab sebelum dimaklumkan petugas klinik berkenaan ada seorang lagi mangsa kes digigit monyet di Tanjung Ketapang turut mendapatkan rawatan di klinik sama akibat kecederaan di kaki.

Selepas itu, seorang kanak-kanak berusia kira-kira empat tahun turut cedera di kaki akibat digigit monyet di tempat meletak kenderaan kawasan berkenaan kira-kira jam 7 pagi. -Bh

[Bongkar] Pembohongan & Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas

Posted: 18 Oct 2011 08:45 PM PDT

Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!

Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .

Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:


Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada
kaitan degn isu tersebut. Klik sini

Kantoi blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!


Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," kata Lim.

Beliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam".

Lim berkata jika seteru politiknya mahu 'menghabiskan' kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

"Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini," kata Lim dengan kesal.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

"Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee," katanya. -mk


Ulasan GB

Sudah menjadi darah daging UMNO agaknya menyebarkan fitnah - dengan segala macam bentuk dan cara, dari video seks, video suara, gambar porno, gambar palsu - lansung tidak takut amaran Allah dan Rasulnya tentang mereka yang melakukan fitnah.

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh - Al-Baqarah: 191

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Posted: 18 Oct 2011 06:35 PM PDT

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

"Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

Ulasan GB

Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9

Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.

Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?

Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.

Himpunan Sejuta Umat: PAS Umum Pendirian: TIDAK TERLIBAT!

Posted: 18 Oct 2011 04:14 PM PDT

Himpun: PAS tidak terlibat

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Himpunan Sejuta: Pemuda PAS perlu patuh keputusan parti, kata SU Agung

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Pemuda PAS perlu mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu etnik menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Mereka berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider selepas sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

PAS pusat akan membuat pendirian sama ada akan menyertai kempen Himpun ataupun sebaliknya malam ini.

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Pemuda PAS berkata pihaknya menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

"Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak," kata Nasrudin.

Dr Rani yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sidang media bahawa biro politik akan melihat sama ada terdapat agenda politik di sebalik penganjuran Himpun.

"Ya, anda mesti mempertahankan akidah anda tetapi tidak harus bertindak tidak adil ke atas kepercayaan-kepercayaan lain. Ketegangan kaum tidak harus dicetuskan," kata beliau.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, PAS akan mengetuai isu itu dan perikatan akan membuat keputusan akhir selepas pertemuan biro politik komponen tersebut malam ini.

"Kami sedang mengumpulkan maklumat sama ada terdapat pembabitan Umno. Adakah mereka benar-benar mempertahankan akidah? kata Ketua Umum PKR ini.

Beberapa jam sebelum sidang media itu, penganjur Himpun menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain.

Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut.

"Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.

"Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan, itu tidak mewakili Himpun," kata beliau dalam satu kenyataan. -TMI


Ulasan GB

Majoriti ahli-ahli PAS boleh menarik nafas lega dengan penguman Presiden PAS menyentuh hal Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada pada 22 Oktober 2011 ini.

Jawapan yang diberikan adalah tepat dan bijak.

PAS tidak terlibat kerana penganjur sendiri menyatakan majlis itu tidak melibatkan parti-parti politik. Justeru tiada sebab untuk PAS sebagai sebuah parti politik perlu melibatkan diri.

Keputusan itu hendaklah dipatuhi oleh semua pihak di dalam parti. Termasuklah Pemuda PAS yang melalui Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi yang sebelum ini bertegas hendak menyertai Himpunan tersebut.

GB benar sebelum ini dan awal-awal GB sudah menyatakan bahawa tindakan Ketua Pemuda PAS itu bersalahan dengan adab dan akhlas berorganisasi. Komen-komen yang diberikan oleh pembaca blog ini rata-rata menentang sikap Ketua Pemuda PAS tersebut.

Berikut disalinkan kembali apa yang GB nyatakan sebelum ini:

Pendirian Pemuda PAS semakin pelik. Setiap kali sesuatu isu timbul, Pemuda PAS akan terburu-buru membuat pendirian sekalipun PAS Pusat belum pun memberikan lampu hijau atau membuat kata putus mengenainya.

Sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS itu tidak mengikut kaedah 'Amal Jamaiyy' dan bertentangan dengan Fiqh al-Harakah.

Mana mungkin anda boleh mmbuat dan menentukan keputusan sebelum PAS Pusat mengizinkannya? Sekalipun ada kemungkinan PAS Pusat akan membuat keputusan malam ini membenarkan ahli PAS menyertainya, Pemuda PAS tetap bersalah kerana telah melanggar adab dan akhlak tanzim. Kekalahan Perang Uhud tidak dijadikan pelajaran.

Seperkara lagi, Himpunan Sejuta Umat tidak boleh samasekali disamakan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Himpunan Sejuta Umat ada motif tersirat disebaliknya. Permit polis begitu mudah diperolehi. Sedangkan permit Bersih dulu tidak diberikan. Mengapa? Tidak mungkin polis boleh memberi permit begitu mudah kepada Himpunan Sejuta Umat jika ia tidak memberikan apa-apa menafaat kepada pihak tertentu. Hanya jauhari mengenal mutu manikam!


Pergilah berarak bersama-sama UMNO, Perkasa, Zul Noordin dan sekalian watak-watak yang menentang PAS selama ini.

Apakah PAS bakal terperangkap lagi dengan kebodohan Pemuda PAS seperti isu kenyataan Hassan Ali menyokong tindakan JAIS dan kes Hantu Bonceng?

GB teringat kata-kata Presiden PAS satu ketika dulu: "Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka."



Laporan sebelum ini
Klik untuk baca






Siapa Yang Hipokrit Sebenarnya, Khairy Atau Pengkritiknya?

Posted: 18 Oct 2011 09:37 AM PDT

Khairy pertahan serangan ke atas anak Guan Eng, dakwa pengkritik 'hipokrit'

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Khairy dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu "hipokrit" apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

"Saudara, apa yang pemipin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit," kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, "anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!"

"Puma & Cougar" merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

"Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!" kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama "whackalibabas" mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa "Tuhan sedang memerhatikan anda."

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, "usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang."

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

"Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?

"Adakah Najib/M'ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh 'cybertrooper' Umno?

Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib?

"Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?" tulis beliau. -TMI

Ulasan GB

Siapa yang hipokrit sebenarnya ni?

Khairy, kamu jangan keterlaluan. Kerana kamu cuba dedahkan hal orang lain sedang hal kamu sendiri terlalu banyak compang-campingnya dan ia akan membalikkan tuduhan hipokrit itu kepada dirimu sendiri - in fact - hypocrisy of the highest degree.

Ini, sekeping gambar, pepetah Cina menyatakan sekeping gambar lebih baik dari seribu tulisan. Buah dada siapa yang melambak di depan kamu dan air apa pula yang ada di atas meja?



Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN

Posted: 18 Oct 2011 08:24 AM PDT

Kuala Lumpur: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.

Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.

"Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.

Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini," kataya.

Himpunan di Parlimen

Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.

Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,

Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.

"Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.

"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu," katanya. -FMT


Siasat pendatang asing bebas dapat IC

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didesak menubuhkan satu badan penyiasat atau jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian warganegara asing didakwa diberikan IC dengan mudah yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Bagi tujuan itu, semua pihak terbabit mesti dipanggil termasuk pengusaha Istana Dugang Country Resort, penganjur program, warga asing terbabit, pemandu bas, Pemuda PAS dan pihak polis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam desakannya berkata, bagaimanapun pihaknya mahu satu jaminan bahawa semua pihak diberi kebebasan untuk memberikan keterangan kepada jawatankuasa bebas itu bukannya dipaksa menyatakan sesuatu yang tidak benar.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

Menurut beliau, desakan agar ditubuhkan jawatankuasa tersebut dibuat berikutan kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada 12 Oktober lalu sehingga menimbulkan kecurigaan kepada Pemuda PAS berhubung beberapa perkara.

Katanya, kecurigaan pertama timbul ekoran kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa warga asing yang berkubu di resort itu bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.

"Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dan resort itu. Malah warga asing itu hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas Pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Kecurigaan kedua, menurut beliau, tiada ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing.

Katanya, ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

"Justeru, pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku itu," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Katanya, menurut saksi kejadian, terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa menggunakan mikrofon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan kepada warga asing itu dengan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

"Menurut saksi kejadian, terdapat seorang wanita yang memakai jaket JPN telah menaiki bas dari hentian Rawat & Rehat (R&R) Kulai, Johor dan telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon, tetapi tidak bersama kumpulan warga asing itu semasa di resort tersebut.

Katanya, menurut saksi kejadian, arah perjalanan warga asing itu sering berubah-berubah, apabila mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya, kemudian ada ura-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor dan setelah sampai di Putrajaya, mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke resort itu.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR.

"Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini, bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN," tegasnya.

Menteri Dalam Negeri juga, katanya, tidak mengetahui tujuan 240 orang warga asing itu berada di resort tersebut, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ.

"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu," ujar beliau. -HD


PAS Bidas Tindakan SKMM Siasat Aziz Bari

Posted: 18 Oct 2011 07:00 AM PDT

.Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan, demikian tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di dalam satu kenyataannya hari ini.

Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Salahuddin berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan.

Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta.

"Tindakan itu dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.

"Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dr Abdul Aziz, kata Salahuddin, bercakap berdasarkan ilmu dan kelayakan akademiknya dan tindakan SKMM menyiasatnya tanpa menyatakan kepada umum kesalahan beliau di sisi undang-undang adalah tindakan yang dilihat rakyat sebagai menjijikkan.

Beliau juga mempersoalkan adalah SKMM mahu mewujudkan 'profesor kangkung' yang bercakap melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

Sebelum itu, walaupun mendakwa kenyataan Dr Abdul Aziz kurang ajar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak tahu adakah pensyarah itu melanggar undang-undang atau tidak.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," Bernama memetik Dr Mahathir berkata.

Setakat ini, kata Salahuddin, tidak ada mana-mana pihak berwibawa yang secara jelas dan terus terang menyatakan Dr Abdul Aziz melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kerana kenyataannya itu.

"Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," kata beliau.

Dr Abdul Aziz sebelum itu menyifatkan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat prof, Mkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.

"Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 (pagi) ini.

"Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Awang dalam kolumnya di akhbar Umno itu semalam berkata, ada pihak yang sepatutnya diberi tanggungjawab tidak membuat kerja dengan cekap, tegas dan berkesan.

Mengambil kesempatan menempelak kenyataan Aziz, Awang berkata isu sebegini sudah banyak kali dibangkitkan dan orang ramai bosan menunggu penyelesaiannya.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seperti biasa akan ada alasannya," tulis Awang lagi.

Ambil masa lama

Aziz memberitahu, sesi itu selesai kira-kira dua jam kemudian.

Selepas selesai memberikan keterangan, Aziz berkata, beliau dimaklumkan disiasat ekoran laporan terhadapnya yang dibuat pada Jumaat lepas.

Katanya, soalan yang diajukan padanya sekitar perkara peribadi dan kerjayanya selain ketepatan laporan Malaysiakini berhubung isu itu.

"Sesi berjalan dalam suasana tenang. Mereka tanya soalan berhubung peribadi dan kerjaya, dan bidang kajian saya.

"Mereka juga tanya soal-soal seperti telefon bimbit, kemahiran ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) saya," katanya.

Menurut Aziz, sesi itu mengambil masa lama sebab ada perkara yang dijelaskannya berkali-kali dan ada perkara yang tidak diingati dan tidak pasti jawapannya.

Sementara itu, SKMM juga petang ini menyiasat seorang wartawan Malaysiakini Jimadie Shah Othman berhubung isu yang sama di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Kenyataannya dirakamkan kira-kira 1 jam 30 minit mulai jam 3.30 petang oleh pegawai yang sama. -mk


Ulasan GB

Itu, blog-blog pencacai UMNO yang menyiarkan gambar dan video porno yang jelas bertentangan undang-undang, kenapa tiada siasatan dan tiada tindakan dari SKMM?

Rakyat Tanggung Beban: Hutang Negara Mungkin Cecah RM1 Trillion - REFSA

Posted: 18 Oct 2011 06:20 AM PDT

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi. -mk

[Video] Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga [updated]

Posted: 18 Oct 2011 05:27 AM PDT

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

"Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

"Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800," katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

"Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

"Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno," katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT



Ulasan GB

Kita mahu lihat ketelusan dan keadilan Polis menjalankan siasatan dan tindakan ke atas Pemuda UMNO ini.

Yang aneh, sejak bila adanya kutipan "wang perlindungan" ini dan sejak bila pula Pemuda UMNO diberikan hak konsesi mmbuat kutipan berkenaan?


Kulim Dilanda Ribut Lagi, 20 Rumah Rosak

Posted: 18 Oct 2011 02:30 AM PDT

Kulim: Dua puluh rumah di Mukim Padang China dan Sidam Kanan di sini rosak akibat dipukul ribut petang semalam, demikian lapor Bernama. Gambar fail.

Kejadian kira-kira 10 minit pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang dengan satu daripadanya menghempap sebuah gerai nasi kandar di Jalan Sultanah Bahiyah.

Kawasan yang terlibat di Mukim Padang China ialah Kampung Syed Sheh, Tunku Putra, Sungai Badak dan Kampung Baru (sekitar Kilang Lama) manakala di Mukim Sidam Kanan pula ialah Kampung Nesa, Kampung Padang, Taman Bunga Raya dan Ladang Victoria (sekitar Padang Serai).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakt Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff berkata 15 petugas JKM bersama kakitangan Pejabat pembangunan Persekutuan Daerah Kulim/Bandar Baharu membuat bancian kerosakan yang dialami penduduk kawasan terbabit hari ini.

"Bumbung dua rumah di Kampung Syed Sheh perlu diganti kerana diterbangkan angin," katanya.



Tiada ulasan: