Isnin, 17 Oktober 2011

Era Pasca

Era Pasca


BARANGAN JIJIK DAN MENJIJIKAN TERJUAL DI MYDIN dan KEDAI 1Malaysia!!

Posted: 16 Oct 2011 11:07 PM PDT

Ini belum cukup jijik lagi.. pasai once kita buang hati senang, perut selesa, otak pun waras... so tak bape jijik... kikiki tapi tahukah anda di MYDIN terdapat penjualan yang pada aku cukup jijik... tahukah menatang apa aku maksudkan??? kahkahkah

EEeeeEEeeee.... Jijik siut... mana taknya... walaupun korang dah buang mereka macam di 5buah negeri sebelum nih... tapi depa masih dok ngaco takleh nengok orang senang... tak boleh terima depa dah kene buang.. kahkahkahkah JIJIK tak kawan-kawan semua!?

gambar dihantar oleh seorang pengunjung la...
Di ambil di MYDIN MELAKA

Baca selanjut nya di SINI

Aku rasa kalau pangai dah macam UTUSAN kita boikot depa AMACAM?!



[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!


Kenyataan Dr Mahathir melucukan

Posted: 16 Oct 2011 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt ─ Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah "agak melucukan."

"Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan... saya tidak tahu nak kata apa... tengok siapa yang bercakap," kata Aziz dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno.

"Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini... kita tahu siapa beliau," kata beliau sambil menambah, semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja.

"Saya hanya sentuh mengenai kaedah tindakan sultan, dan jika kita melihat ucapan dan kenyataan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ia menjangkaui aspek itu, beliau telah menyentuh asas institusi diraja... tengok balik kenyataan dan ucapan-ucapan beliau," kata Aziz.

Semalam Dr Mahathir menyifatkan kenyataan Aziz berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama "sebagai kurang ajar."

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Dr Mahathir dipetik Bernama.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya semalam, Aziz ada memberitahu bahawa beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.
"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir, Aziz berkata, kemungkinan negarawan itu sudah lupa dengan apa yang beliau telah lakukan semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

"Beliau sudah lupa, mungkin sudah tidak ingat... sudah lupa," katanya dengan merujuk kepada perkembangan kes meminda Perlembagaan Persekutuan tahun 1983 dan 1993 selain respons berkaitan dengan krisis politik Perak 2009 dan isu berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.




CABARAN DEBAT TERBUKA: JINGGA 13

Posted: 16 Oct 2011 02:03 PM PDT

Akhir akhir ini kita dikejutkan dengan perselisihan antara 2 Kumpulan Cybertrooper Pakatan Rakyat, Jingga 13 (J13) dan Road To Putrajaya (RTPJ). Pertikaian bermula apabila RTPJ menyerang Timb. Presiden PKR YB Azmin Ali dan beberapa YB lain di selangor dan negeri2 lain dan Jingga 13 sebagai sebuah kumpulan penggerak PKR dan juga Pakatan Rakyat diserang kerana mengambil langkah mempertahankan pimpinan PKR dan menyelar tindakan RTPJ yang keterlaluan dan disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak cukup dengan itu, Penyelaras Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan beberapa seketeriat J13 juga diserang peribadinya melalui blog blog dan facebook group milik RTPJ hingga menimbulkan FITNAH. Jingga 13 menyifatkan sebagai satu PENGHINAAN dan FITNAH dan dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan dikalangan cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat. Dan apabila berlanjutan, Atas nasihat Senator Saiful Izham , Jingga 13 telah membuat gencatan dalam masa 24 jam pada 14 oktober lepas bermula 12 tengah malam, namun gencatan itu digunakan oleh Admin RTPJ untuk menyerang semula Jingga13 dan menabur dakyah FITNAH kononnya Jingga13 telah mengkhianati rakyat dan bersetongkol untuk menjatuhkan MB Selangor YAB Dato Seri Khalid Ibrahim melalui beberapa BLOG dan ID Facebook kepunyaan RTPJ. 




Justeru itu, Penyelaras Jingga 13 telah mencabar Pengasas RTPJ Yob Tualang Sekah berdebat secara terbuka mengenai isu yang mengelirukan ramai pihak, siapa sebenarnya pengkhianat? Sehingga waktu thread ini ditulis, masih tiada jawapan dari Yob Tualang Sekah dan hanya ada jawapan dari ID yang bernama Raymond Tan yang cuba mengelak dari berdebat. Di fb, mereka dari RTPJ suka komen dan apabila terkantoi, mereka akan delete komen mereka tak kita di wall group RTPJ sendiri ataupun di wall group Jingga 13. Ini mainan yang sering dimainkan oleh mereka yang membuat kenyataan tanpa guna akal. Ada antara komen itu amat mengejutkan sehingga sanggup menggunakan kenyataan dari Pimpinan Pakatan Rakyat dan di 'putar' untuk kepentingan RTPJ. Malah ada yg berani dengan secara terang terangan mengaku DSAI menghubunginya melalui telefon dan menyuruh memperhebatkan lagi serangan. Siapa dia? Itu nanti kita ceritakan dilain kali. Bukti semua telah ada.




Mereka di RTPJ kononnya mengamalkan konsep KEBEBASAN BERSUARA. Konsep yang mereka perjuangakan itu agak berlainan kerana mereka bebas bersuara apa sahaja walaupun berbentuk FITNAH dan serangan PERIBADI pemimpin yang mereka rasakan TIDAK BAGUS. Adakah ini yang diamalkan? Jika begitu tidak salah bila ada masanya nanti PAS dan DAP juga akan jadi mangsa kumpulan RTPJ yang kononnya berjuang untuk Pakatan Rakyat, mewakili suara rakyat. Rakyat mana yang diwakilinya hingga boleh menjadi PENDESAK penentu CALON PILIHANRAYA sesebuah DUN dan juga PARLIMEN? Dan apabila ada yang mempertikaikan 'kebebasan bersuara' mereka ini akan dianggap UMNO? Mana punya ilmu dia belajar? Siapakah mereka sebenarnya?


Akhirkata, jangan terkejut jika mereka baca senarai siapa dalam RTPJ dan siapa di belakang RTPJ. Alam cyber, sesiapa pun bolej jadi sesiapa yang dikehendaki, mampu menulis apa sahaja yang dikehendaki tanpa kira FAKTA atau AUTA. Jangan hanya jadi JUARA dalam facebook atau blog. 




Soalan untuk pihak ADMIN RTPJ: 
Dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, menangani isu isu semasa dan penentangan Jingga 13 terhadap Kerajaan UMNO-BN, dimanakah RTPJ selain dari hanya bercerita meletup letup dalam dunia cyber?




[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

Tiada ulasan: