Ahad, 16 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lawak Bodoh - Wakil Rakyat BN Rasmi Lampu Jalan

Posted: 16 Oct 2011 12:10 AM PDT


Tu dia hebatnya UMNO sampai lampu jalan pun nak digembar-gemburkan....Kalau zaman pasca Merdeka mungkinlah lampu jalan itu sesuatu yang besar tapi selepas 54 tahun mentadbir Malaysia pun masih mahu berkata kepada seluruh dunia "Lihatlah UMNO beri lampu jalan, hebatnya UMNO memberi lampu jalan"..wei boleh jalanlah...........

Sumber disini

Bangkok Akan Tenggelam Esok

Posted: 15 Oct 2011 11:50 PM PDT

Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini.

Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut.

Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.


Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.

Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini.

-- Bernama

Mimpi Disiang Hari Umno/BN Di Pulau Pinang

Posted: 15 Oct 2011 09:08 PM PDT

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Umno tidak akan meminta kerusi ketua menteri sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat Pulau Pinang sekali lagi," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi

Posted: 15 Oct 2011 07:52 PM PDT

Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.

"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,


"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.

Katanya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1400 tahun lalu, merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan Darul Naim berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Menurutnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mernjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah, menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik dariapad agama.

"Oleh kerana nabi Muhammad (telah) meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran, al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu,

"Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah,"soal beliau.

Justeru, kata beliau, kerajaan yang memngambil bukan Ilsam sebagai dasar, yang mengambil dasar kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW.-

BulletinOnLine

Kerusi Zambry Kadir Sebagai MB Perak Hampir Pasti Akan Bertukar Tangan

Posted: 15 Oct 2011 07:39 AM PDT

FreeMalaysiaToday melaporkan:

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

"Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

"Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375," dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut

Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian. - FMT.


Blog PASPB menyebut:

Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.

Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat. - PASPB

Antara 4 orang tu, yang paling ke depan adalah Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat. Sebagai Exco kanan, memang sepatutnya pun dia dipilih kalau Zambry 'eee' Kadir perlu diganti. Kalau betul Hamidah berjaya jadi MB lepas PRU13 maknanya dia jadi MB wanita yang pertama.

Kalau temgok gambar kat atas tu, memang hebat Makcik Midah ni, ular pun selamba ja dia pegang. Silap-silap Zambry 'eee' Kadir pun tak berani macam dia.

Kalau betul Makcik Midah jadi MB, menarik jugak. Tentu keadaan politik akan jadi lebih meriah dengan pengalaman baru politik Perak bermenteri besarkan seorang wanita. Orang macam Makcik Midah pulak tu, tentu punya lagi banyak kontroversi yang akan timbul.

Apa pun, depa jangan lupa. Ada seorang lagi calon Menteri Besar yang tak kurang hebatnya. Kalau dia tak hebat takkan pemimpin tertinggi pi jumpa dia dan tawarkan dia jadi MB.

Kalau tak percaya, hangpa tengok video kat bawah ni. Takkan Ustaz pun nak tipu kot.



cenangau.blogspot.com/


BERAPA PATI INI BAYAR dR MUHYIDDIN YUSSIN UNTUK PECAT GURU?

Posted: 15 Oct 2011 07:23 AM PDT

GARA-GARA membuat kenyataan tegas di dalam Videoklip 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT' yang disiarkan di Youtube, seorang guru, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok diugut akan dipecat daripada jawatannya sebagai guru jika tidak menarik balik kenyataannya yang menuduh Haji Wahab Nonong sebagai PATI!

Mengikut maklumat yang diterima daripada rakan Hairol yang juga seorang guru di SMK Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, baru-baru ini Hairol telah didatangi Pegawai Bahagian Siasatan Ustaz Samsuddin atas arahan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Umin Haji Sadi.

"Saya dengar Ustaz Samsuddin cakap beliau diarah Pegawai Pelajaran Daerah menyampaikan pesanan kepada Hairol bahawa Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk dR. Muhyiddin Yussin mengarahkan agar membuat penafian bahawa bukan beliau yang menyiarkan kenyataan di Sabahkini.net, termasuk di dalam Videoklip yang mendakwa Haji Wahab Nonong sebagai PATI," kata Ahmad (bukan nama sebenar) yang kesal dengan campurtangan Jabatan Pelajaran Sabah.


Kata Ahmad, sebagai rakan Hairol dan anak jati Lahad Datu, beliau kesal dengan sikap pengecut dan penyibuk Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu yang hilang maruah sehingga mendesak Hairol meminta maaf kepada Haji Wahab Nonong, yang bukan sahaja telah menyerang dan mencederakan Hairol, malah mengancam keselamatan negara dengan mengugut untuk membakar rumah dan membunuh sepupu Hairol.

"Kenapa Pengarah Pelajaran mencampuri urusan peribadi Hairol, sedangkan Hairol menunaikan tanggung jawabnya kepada agama dan negara dengan mendedahkan bahawa Haji Wahab Nonong sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek dan dilindungi UMNO," kata Ahmad yang kesal kerana Pengarah Pelajaran mengelirukan orang awam bahawa beliau adalah Doktor Falsafah, sedangkan beliau hanya Doktor Hemoepathy yang tidak layak menggunakan gelaran 'DR' di hadapan namanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa agar Hairol tidak mengikuti arahan Pengarah Pelajaran Sabah yang gentar kepada ugutan anak Haji Wahab, Abdul Munap (berstatus penduduk tetap) yang telah membuat aduan rasmi berhubung kenyataan Hairol di Sabahkini.net dan Youtube, sehingga sanggup mengugut untuk memecat Hairol daripada jawatannya jika enggan menarik balik kenyataannya.

Tegas Ahmad, jika inilah mentaliti Muhyiddin, maka tidak ada istimewanya mempunyai Pengarah Pelajaran yang pengecut dan gagal menjaga kepentingan rakyat Sabah daripada anasir subversif seperti PATI yang tergamak merampas surau dan menghalau imam.

"Saya ingin bertanya Muhyiddin, berapa PATI bayar untuk mengarahkan Hairol menarik balik kenyataannya di Sabahkini.net dan Youtube; sedangkan Hairol telah membuat laporan polis beliau dipukul dan rakaman video disaksikan penduduk kampung yang sama-sama bersembahyang tarawih," kata Ahmad yang simpati dengan nasib guru-guru di Sabah yang dikekang pergerakan mereka dalam perjuangan dan jihad membela agama dan tanah air.

Dalam pada itu, penduduk kampung Lamak Bukit, Silam memaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintenden Samsuddin Mat telah datang menyiasat surau PPRT berkenaan dan menyoal siasat penduduk siapa yang membuat rakaman Videoklip berkenaan.

"Dia tidak siasat Haji Wahab Nonong yang memang jelas PATI yang mendapat kad pengenalan projek tetapi menjadi Sultan di tanah adat milik Nina Binti Gayah," kata salah seorang ahli keluarga yang meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang diserang dan dicederakan Haji Wahab Nonong.

Pengadu tidak tahu apa tujuan Ketua Polis Daerah datang ke surau berkenaan kerana sehingga kini sudah lima kali polis datang mengambil gambar surau tetapi tidak menderma walau satu senpun, sehinggalah Timbalan Pengerusi LDP, Chong Su Vun menghulurkan derma kepada Tabung Surau.

Usaha untuk menghubungi Hairol tidak berjaya kerana dua-dua talian telefon bimbit beliau tidak aktif.

Berikut salinan surat amaran dan aduan yang dihantar Abdul Munaf kepada Hairol dan disalinkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah dan semua pihak berkaitan.

Sumber di sini

Hisham akan dedah dakwaan beri kerakyatan

Posted: 15 Oct 2011 05:05 AM PDT

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menurut menteri dalam negeri yang juga ahli parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu.


"Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita di Kluang hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan di sini.

Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

"Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak," katanya.

Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan
politik mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.

"Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.

- Bernama

Tiada ulasan: