Sabtu, 15 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SELANGOR BERSIH DARI PERKOSA, CERAMAH MAT SABU AMAN

Posted: 15 Oct 2011 06:38 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS



LAZIMNYA, sejak kebelakangan ini di mana-mana sahaja Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berceramah akan menarik perhatian kumpulan-kumpulan bengap dari PERKOSA. Seperti yang terjadi di Negeri Sembilan iaitu di Seremban dan Rembau, di Johor termasuk di Segamat.



Suasana di dalam dan di luar dewan, kehadiran yang menakutkan Umno dan PERKOSA

Semua program Mat Sabu diserbu oleh PERKOSA walaupun akhirnya mereka pulang begitu sahaja dengan muka bodoh.

Terbaru, baru-baru ini Mat Sabu berceramah di Shah Alam, Selangor. Ini kawasan elit, kawasan maju dan amat sukar untuk menemui penduduk di situ yang bengap. Sebelum itu, di war-warkan bahawa PERKOSA akan hadir untuk melakukan perbuatan bodoh mereka sekali lagi. Mungkin setelah mereka memikirkan bahawa adalah membuang masa untuk menunjukkan `lawak bodoh' mereka di kawasan elit yang penduduknya bijak-bijak belaka, maka tiada seekor pun ahli PERKOSA atau bekas askar pencen yang bengap hadir di dalam program Mat Sabu di Shah Alam.

Awalnya saya menjangkakan tentulah di Shah Alam, tokoh Umno yang paling kuat menyalak sebelum ini iaitu Ezam sesumpah akan mengetuai kumpulan bodoh untuk `berdemontrasi' menghalang ceramah Mat Sabu. Malangnya, Ezam sesumpah entah ke mana walaupun itu kawasan beliau semenjak beliau berada di dalam Keadilan lagi. Ezam sesumpah tiada, PERKOSA pun tiada.

Ini menunjukkan bahawa modal bodoh mereka hanya boleh dibawa di kawasan hulu sahaja, itu pun tidak pernah berjaya menghalang ceramah Mat Sabu. Jika di Selangor, mereka silap langkah dan saya fikir mereka akan membuat silap lebih besar jika datang mengacau di Negeri Kelantan. Saya nasihatkan kepada PERKOSA, cukup-cukuplah berusaha untuk melakukan laak bodoh yang menjemukan itu./wfauzdin.blogspot.com

BERGANTUNG NASIB DENGAN `DUBUR SAIFUL DAN CINCIN PUAKA"?

Posted: 14 Oct 2011 10:13 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SERANGAN terhadap `cincin 24 juta' yang menjadi misteri kini semakin diperhebatkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa `nyawa' Najib di dalam politik kini terletak pada sebentuk cincin yang kononnya menarik perhatian seorang wanita yang mengaku `First Lady Of Malaysia".



Jika `Umporno' bergantung nasib di bawah `rektum' dubur Sepol yang mengaku tidak mencuci dubur dua hari itu, cincin puaka ini pula bakal menentukan nasib Najib. Akal yang waras sudah tentu tidak boleh menerima bagaimana sebentuk cincin puluhan juta masuk ke negara ini tanpa `sebab munasabah' malahan dikecualikan dari cukai. Awalnya, kemasukan cincin puaka itu dinafikan oleh penjilat-penjilat tegar Najib, tetapi bau bangkai cincin puaka itu tidak boleh diselindung. Akhirnya, di dalam Parlimen terdedah sememangnya cincin puaka itu pernah masuk ke negara ini.

Chegu Bard punyai maklumat lengkap yang diperolehinya dari `orang dalam' yang tidak tahan lagi melihat kerakusan laki bini yang `memperabihkan' harta rakyat. Ada dakwaan yang mengatakan borang Kastam yang salinannya diperolehi oleh Chegu Bard itu berbeza dari borang Kastam yang ditunjukkan oleh beberapa blog pencacai Umporno, itu tidak memeranjatkan kita. Sejarah pernah menunjukkan bahawa nama Altantuya hilang dari senarai kemasukan ke negara ini. Altantuya mati dibunuh dengan bom C4 di dalam negara ini, beliau disdahkan memasuki negara ini secara sah tetapi nama beliau `hilang' dari senarai di Pejabat Imegresen. Jadi, setakat borang `berbeza' itu tidak pelik, apatah lagi melibatkan nama `First Lady Of Malaysia'.

Pada 16hb Okt ini, isu cincin puaka akan disebut lebih terperinci lagi dengan fakta yang lebih releven. Di dalam suatu majlis yang akan diadakan di Pejabat PKR Rantau, majlis pelancaran brosur tersebut akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke di samping Chegu Bard sendiri.

Mengikut kata Chegu Bard, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia." Amatlah ruginya barangsiapa yang tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana segala pendedahan yang bakal dibuat itu nanti mustahil akan disiarkan melalui media haprak Utusan dan TV 3 suku.

Dikhabarkan, dua tiga hari lepas banyak banner yang mempromosikan majlis berkenaan telah dicuri oleh juak-juak yang bodoh dan tidak sedar diri betapa haknya sebagai rakyat telah dirompak oleh wanita rakus ini. Kesihan sungguh puak-puak ini yang saya yakin 100% Melayu yang begitu mudah diperbodohkan.

Syabas kepada Chegu Bard yang tidak pernah serik mendedahkan penyelewengan demi penyelewengan. Jika ada pihak yang sebelum ini mendakwa mengapa Chegu Bard kerap `bersungut' tentang penyelewengan di dalam Pemilihan Parti beliau sendiri, ini lah jawapannya agar kita semua mengenali Chegu Bard dan prinsipnya. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: