Selasa, 11 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Saiful gila kuasa, panas baran

Posted: 10 Oct 2011 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.

Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Menurut seorang rakan yang mengenalinya, Saiful merupakan seorang yang gila kuasa, sukakan publisiti dan bercita-cita besar dalam politik. Malah katanya, sepanjang beliau mengenali Saiful, pemuda itu juga memiliki sifat panas baran.


"Saiful ini seorang yang panas baran dan sejak universiti lagi dia memang orang yang bermatlamat (dalam politik)," ujarnya yang pernah tinggal berhampiran pangsapuri yang didiami Saiful.

Katanya lagi, Saiful sendiri pernah menceritakan keterujaannya apabila bertemu dengan pemimpin politik tertentu.

"Dulu dia (Saiful) teruja lepas jumpa orang atasan tertentu, katanya senang, lepas ni kalau ada 'connection' masa depan lebih cerah," katanya.

Menurut sumber terdekat yang lain, personaliti Saiful berubah selepas menang dalam pemilihan perwakilan pelajar di Uniten.

Sumber itu mengatakan Saiful juga sukar dihubungi kerana kerap tidak hadir ke kelas, dipercayai kerana masalah peribadi.

Ketika ditanya apakah mudah untuk perwakilan pelajar bertemu ahli politik, sumber itu berkata ia adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang rakyat biasa seperti Saiful.

"Mustahil untuk rakyat biasa nak bertemu mana-mana Menteri inikan pula Perdana Menteri. Paling kuat pun kalau dapat jumpa hanyalah pegawai khas," kata beliau.

Minggu lalu, peguam bela Datuk Seri Anwar menampilkan bekas rakan sekampus Saiful, Mohd Najwan Halimi yang mendedahkan watak sebenar pengadu itu di mahkamah.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu Saiful merupakan pemimpin pelajar yang gilakan publisiti dan penyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum memohon bekerja di pejabat Ketua Pembangkang.

Menurut Najwan, Saiful sangat benci kepada Anwar malah telah memuat turun gambar Ketua pembangkang itu di laman sosial Friendster dengan meletakkan kapsyen 'Anwar pemimpin munafik'.

Najwan juga meberitahu mahkamah, Saiful juga banyak bergambar dengan pemimpin Umno-BN seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Saiful sebelum ini pernah bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008.

Ketika kes ini pertama kali mendapat liputan meluas media, Najib menafikan beliau berjumpa dengan Saiful sebelum mengakui ada bertemu pemuda itu menerusi pegawai khasnya, Khairul Anas.

Pada mulanya, Najib memberikan alasan Saiful datang memohon biasiswa bagi membiayai pengajian dalam kursus latihan penerbangan meskipun Saiful tidak menghabiskan pengajian di Uniten.

Kemudian Najib memberitahu bertemu saiful empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21584



Gempar - Video Syaitan Yang Berjaya Dirakam Di Terengganu

Posted: 10 Oct 2011 07:55 PM PDT




TERKINI - Bob Lokman Ditahan Kerana Menyampaikan Tazkirah Di Sebuah Surau

Posted: 10 Oct 2011 10:04 AM PDT

Berita yang dipetik dari twitter DS Anwar Ibrahim


anwaribrahim profile
anwaribrahim Tazkirah ditahan?Doakan @johanjohari7: Bob Lokman ditahan polis krn mnyampaikan tazkirah disebuah surau..mntak ... http://t.co/iyi73CRr 7 minutes ago · reply · retweet · favorite


Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..-






Poster Kurang Ajar Yang Menghina Islam..

Posted: 10 Oct 2011 09:56 AM PDT





Jawapan Faekah Kepada Penjilat Umno Selangor

Posted: 10 Oct 2011 07:53 AM PDT

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan media, Faekah berkata usaha-usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

"Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.


"Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin)," kata Faekah.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TV Selangor buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulanan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat

"Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat," katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.

Malaysiakini



Fitnah Dan Adu Domba Umno Tak Menjadi

Posted: 10 Oct 2011 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tiada cadangan daripada pihak parti untuk menggantikan tempat Khalid.

Anwar berkata demikian kepada wartawan di lobi Parlimen apabila diaju pertanyaan mengenai kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ini dibangkitkan soal yang dilaporkan kononnya ada usaha untuk minta diganti Tan Sri Khalid ini. Ini cerita tahun pertama tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid yang agak tegas dan sebagainya,"katanya.


Anwar tidak menolak menerima beberapa pandangan dikemukakan tetapi ia diselesaikan secara demokratik.

"Ahli-ahli boleh bantah, boleh minta cadangan, boleh minta ganti, baik ketua umum, presiden, menteri besar.

"Tetapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan sekarang ni kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar,"katanya.

Sebuah portal berita hari ini mendakwa PKR Selangor mahu Khalid diganti sebagai Menteri Besar setelah mendapat protes daripada sejumlah Adun PKR negeri itu.



Dakwa Ekonomi Rancak :Anwar bidas Najib

Posted: 10 Oct 2011 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu.

Perdana Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011.

Kata Anwar, beliau (Najib) hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.


"Prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan enam kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah," katanya ketika membahas belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan "FDI Global Outlook Report" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011.

Dalam laporan itu Malaysia tidak termasuk dalam senarai.

Sebaliknya lima negara dalam senarai teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah China, India, Singapura, Australia dan Thailand.

Malah kata Anwar lagi, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.

"Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia," katanya.

Tambahnya, jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.

"Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara. Sebab itu mungkin, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.

"Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia," katanya.

Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.



Tiada ulasan: