Blog-list Malaysia |
- Ahmad Maslan Yang Terlebih Sudu Dari Kuah
- Hahaha... Lu Pikir Laa Sendiri..
- Rang Undang-Undang Kg. Baru Ciptaan Raja Bersiong Ditarik Balik
- Mangkuk Jamban Ni Keluar PAS Kerana Umno Tak Buat Jalan Tar..
- Zambry Kadir Akan Menangis Tak Berlagu..
- Jangan Hairan.. Memang Kerja Perempuan Ni Hina Islam..
- Jadi Nujum Pak Belalang Pulak Orang Tua ni..
- DAP Tetap Bersama Pas Lawan BN
Ahmad Maslan Yang Terlebih Sudu Dari Kuah Posted: 03 Oct 2011 12:05 AM PDT 'Lim mesti menghadap Sultan, buktikan keikhlasan' Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor dengan menghadap baginda setelah membuat kenyataan memburuk-burukkan negeri itu, kata ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. "Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui suratk khabar sahaja," katanya di petik Utusan Malaysia hari ini. Lim didakwa memburuk-burukkan Johor pada satu lawatan kerjanya ke Singapura dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat kepada pelancong dan seseorang mungkin diculik di negeri itu berbanding di Pulau Pinang. Beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar yang melahirkan rasa kecewa baginda berhubung kenyataan itu. "Beliua kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian," kata Ahmad. Berikutan rasa tidak puas hati dengan permohonan maaf itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu (PPPM) bertindak membakar patung kertas Lim di Kulaijaya, semalam. - Malaysiakini |
Hahaha... Lu Pikir Laa Sendiri.. Posted: 02 Oct 2011 11:58 PM PDT |
Rang Undang-Undang Kg. Baru Ciptaan Raja Bersiong Ditarik Balik Posted: 02 Oct 2011 09:42 PM PDT KUALA LUMPUR:Pakatan Rakyat mengisytiharkan kemenangan awal terhadap perjuangan menentang Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru (RUUPPKB), selepas menteri bertanggungjawab menarik balik undang-undang yang dicadangkan itu. Ahli parlimen Batu Tian Chua berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menarik balik rang undang-undang itu pada sidang parlimen ke-12 yang bersambung hari ini. "Ini maknanya kerajaan mengaku terdapat kelemahan di dalam Rang Undang-Undang tersebut dan tidak boleh menafikan suara penduduk Kampung Baru," katanya dalam komen ringkas kepada Keadilandaily.com Bagaimanapun, Tian Chua berkata Nong Chik mengumumkan penarikan undang-undang baru itu akan diganti dengan versi baru selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak. "Saya masih meneliti dan membacanya semula," kata Tian Chua. RUUPKB dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua dalam sidang Parlimen yang bermula hari ini. Pada minggu lalu, Penasihat undang-undang SPKB, Zulhazmi Shariff berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan RUU PPKB 2010 mendapat bantahan dan tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah. Penduduk juga katanya mempersoalkan ketelusan borang kaji selidik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan sebanyak 93.8 peratus pemilik bersetuju dengan rang undang undang berkenaan. Sebelum ini, Pengerusi SPKB, Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi turut memaklumkan bantahan keras daripada penduduk berhubung kaedah penyerahan hak milik tanah kepada kerajaan untuk pembangunan. Ia termasuk penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan perbadanan tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan MAS dan keanggotaan perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampung Baru. SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat kosmetik dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21134 |
Mangkuk Jamban Ni Keluar PAS Kerana Umno Tak Buat Jalan Tar.. Posted: 02 Oct 2011 07:10 PM PDT SIAPA yang tengok Buletin Utama di TV3 Al-Musyrikin semalam mesti perasan berita lawak ni. Kisah Ahli PAS Penaga, Kepala Batas menyertai Umno. Kononnya sempena perhimpunan PAS menyambut ulang tahun ke 60, hampir 40 orang ahli PAS cawangan Penaga, Kepala Batas Kedah keluar parti dan menyertai Umno. Salah seorang yang didakwa sebagai remaja Penaga memberikan alasan keluar PAS kerana permintaannya untuk mendapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit gagal diperolehi. Umum mengetahui Kepala Batas adalah kubu kuat Umno. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Malah DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim seorang ADUN dari Umno. Mangkok hayun yang didakwa sebagai Remaja Penaga oleh TV3 ini meminta bantuan dari ADUN Umno, Datuk Azhar Ibrahim dan gagal ditunaikan, maka dia pun keluar PAS masuk Umno kah kah kah. Bodoh betul berita ni. Dipetik dari Milosuam |
Zambry Kadir Akan Menangis Tak Berlagu.. Posted: 02 Oct 2011 06:43 PM PDT Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat setiap kali sidang media Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sering disebut tentang kedudukan kerusi dan juga calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Adakah kali ini Datuk Seri Zambry turut akan menangis sepertimana Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali ketika menjadi Pengerusi BN Perak ketika menjelangnya PRU 12 tahun 2008 dahulu kerana terpaksa menggadai kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan. Walaupun Datuk Seri Zambry yakin kerusi Parlimen Gerik akan dikembalikan kepada Umno, apa pula jaminan tiada gantian kerusi Parlimen lain yang kini menjadi milik Umno? Ini tidak termasuk mengambil kira kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz yang mendesak agar 6 kerusi yang ditandingi oleh MIC diserahkan kepada Umno. Pelbagai kemungkinan akan berlaku walaupun Datuk Seri Zambry cuba memberikan keyakinan bahawa pertukaran kerusi yang ada tidak akan menjejaskan peruntukan kerusi setiap Parti Komponen BN yang lain. Dalam bab calon pula Datuk Seri Zambry menjadikan modal kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengambilkira aspek 'likeable' dan 'winnable' sebagai garis panduannya dalam membuat pilihan. Namun ianya dilihat masih masih gagal untuk mengenepikan penyandang sekarang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Manong, Lintang, Pengkalan Baru termasuk di dua DUN di Parit Buntar yang pernah kalah. Kini Datuk Seri Zambry dilihat cuba mempertahankan faktor senioriti pula dalam penentuan setiap calon-calon BN, seolah-olah beliau masih lagi belum menyenaraikan calon-calon pilihannya PRU 13 kali ini. Satu lagi ungkapan Datuk Seri Zambry tentang calon adalah 'calon helikopter' yang pernah berlaku di Parlimen Bukit Gantang iaitu bekas Bendahari BN, Dato' Seri Abdul Azim Zabidi yang tewas ketika itu. Persoalannya, mampukah Datuk Seri Zambry menghalang kemasukan 'calon helikopter' seperti ini lagi pada pilihanraya akan datang? Yang paling sukar tentunya tentang kedudukan Tan Sri Tajol Rosli pada PRU 13 nanti sama ada dia akan masih dicalonkan atau sebaliknya. Ini termasuk percubaan untuk menaikkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ke kerusi Parlimen yang mengundang persoalan siapakah pula yang bakal tertendang nanti? AHMAD NURI AL-AMIN Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. |
Jangan Hairan.. Memang Kerja Perempuan Ni Hina Islam.. Posted: 02 Oct 2011 05:15 AM PDT Zainah Anwar (Sister in Islam) Hina Hudud !!! Zainah Anwar, pengasas SIS Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia. * Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol. *Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya. *Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan. *Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol. *Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam. Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.... Sumber |
Jadi Nujum Pak Belalang Pulak Orang Tua ni.. Posted: 02 Oct 2011 05:00 AM PDT Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang JITRA, 2 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi. Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan "perpecahan masih kritikal." Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus. "Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. "Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus. Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat." "Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya dipetik Bernama Online. Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." "Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara. "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil. "Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama," kata beliau lagi. "Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis. "Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," tambahnya. Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. |
DAP Tetap Bersama Pas Lawan BN Posted: 02 Oct 2011 04:50 AM PDT KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN. Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud. "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama. "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin. Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium. Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat. Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan. Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka. "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya. Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan