Ahad, 2 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SUDAH TENTU ZAID TIDAK SOKONG HUDUD SEBAB BELIAU PERNAH SAMAN HUDUD

Posted: 02 Oct 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID Ibrahim, Presiden Parti KITA mendakwa PAS tidak bersungguh mahu laksanakan hudud melainkan hanya untuk Pilihanraya semata-mata. Cerdik-cerdik Zaid ini pun ada juga yang bengapnya bila beliau berfikir. Cuba baca apa yang dikatakan oleh orang yang pernah saman hudud di mahkamah itu di sini.

Petikan dari laman web tersebut, " Presiden parti KITA, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin hukum hudud tidak akan dilakanakan sama sekali sekalipun masih dicanangkan oleh PAS Kelantan. Beliau mendakwa PAS menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan. Katanya elok PAS menumpukan pada perkara yang lebih mustahak."

Beliau menyebut lebih baik PAS menumpukan perkara yang lebih mustahak. Ertinya, Hukum Hudud itu pada Zaid Ibrahim tidak mustahak. Jika benar PAS ingin berpolitik untuk menang Pilihanraya semata-mata, lebih baik PAS buat pengakuan tidak akan melaksanakan Hukum Hudud, bukankah itu lebih baik buat PAS? Sudah tentu DAP terutamanya Karpal Singh akan puji PAS melangit tingginya dan PAS juga mungkin mendapat sokongan dari MCA dan Gerakan yang juga sama-sama menentang Hudud. Peliknya, mengapa PAS berkeras juga untuk melaksanakan hukum Allah ini?

Zaid mendakwa PAS menyebut hukum Hudud untuk memenangi Pilihanraya, sedangkan lojiknya jika PAS mahu lebih mudah menang PAS harus gugurkan matlamat melaksanakan Hudud, bukankah begitu? Silap-silap haribulan ramai pemimpin dan ahli-ahli Umno akan menyokong PAS kerana Umno tiada beza dengan DAP, MCA dan Gerakan yang menentang hukum Hudud ini.

Betapa susahnya Zaid Ibrahim untuk berfikir mengapa PAS bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hukum Islam ini sehinggakan PAS sanggup kehilangan DAP. Di sini jelas bahawa PAS meletakkan soal menang atau kalah di dalam Pilihanraya itu perkara nombor dua, yang penting cita-cita untuk melaksanakan hukum Islam itu mesti ada disertai dengan usaha-usaha dengan berbagai pendekatan. Salah satu pendekatan PAS bagi mencapai matlamat ini adalah dengan mencadangkan agar diadakan muzakarah dengan semua pihak bagi menerangkan hukum Islam yang diwajibkan itu.

Saya harap ahli-ahli PKR yang berugama Islam jangan ragu-ragu untuk menyokong hasrat PAS itu kerana hukum hudud bukanlah hukum yang dicipta oleh PAS, tetapi itu adalah hukum Allah yang kita beriman kepadanya. Jika terdapat rakan-rakan kita di dalam PKR atau DAP yang Non-Muslim, mereka tidak boleh dikaitkan untuk memaksa mereka menyokong hukum Islam.

Apa yang penting, kita mesti tumbangkan Umno/Bn terlebih dahulu kerana merekalah sebenarnya yang menentang hukum ini sebelum DAP lagi. Bukan semua pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang agak kritikal dengan hukum Hudud. Ngeh Ko Ham contohnya berkata tidak kira apa jua hukum asalkan memberi keadilan kepada rakyat. Lim Guan Eng pula berkata, isu hukum Hudud tidak akan mampu merosakkan kerjasama PAS dan DAP. Karpal Singh menentang hukum ini pun hanya berpandukan kepada Perlembagaan negara kerana beliau pakar di dalam Undang-Undang.

Lebih 50 tahun Umno berkuasa, usahkan mahu melaksanakan hukum ini malahan tiada pendekatan atau usaha-usaha pun dibuat oleh Umno untuk menunjukkan mereka beriman dengan hukum Allah ini. Jika tidak percaya, cuba tanya mana-mana guru agama yang dibayar elaun atau gaji oleh kerajaan Umno/Bn sekarang adakah mereka boleh berbicara soal Hudud? Jika orang politik mahu bertazkirah pun perlu permit, bagaimana mahu berusaha memahamkan umat Islam dengan Hudud? Kalau isteri sendiri pun `bertelanjang' yakni tidak menutup aurat, mahu kah mereka kepada Hudud?

91 % PERATUS TERIMA MAT INDERA PEJUANG, MEREKA GAGAL DALAM ISU INI

Posted: 02 Oct 2011 12:52 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu Mat Indera timbul, saya terus membuat `poll' bagi melihat sejauh mana pengunjung blog ini mempercayai Mat Sabu atau propaganda Umno dan media haprak mereka. Meskipun tiada siapa di antara kita yang waras mahu menyokong Komunis, tetapi di dalam isu Mat Indera puak yang berperangai lebih kurang `Komunis' itu menuduh Mat Sabu atau PAS menyokong Komunis.

Soalan di dalam Poll (undian) pengunjung blog ini berbunyi, " MAT SABU ANGGAP MAT INDERA PEJUANG MENENTANG PENJAJAH, ADAKAH ANDA BERSETUJU?".

Daripada sejumlah 2, 402 pengunjung yang berakhir tengah malam tadi, seramai 91 % bersetuju dengan Mat Sabu, hanya 5 % yang tidak bersetuju dan 4 % memberi jawapan tidak tahu.

Oleh sebab itulah isu Mat Indera kini kurang kedengaran lagi kerana mereka faham bahawa tidak mudah untuk memperbodohkan rakyat yang sudah semakin cerdik dan bijak. Kini, mereka bermain dengan isu hukum Hudud pula. Isu ini sudah lapok kerana mereka telah lama mendendangkan isu ini dahulu lagi tetapi mereka mahu menunjukkan bahawa mereka juga sependapat dengan MCA, Gerakan dan DAP yang Non-Muslim itu bahawa mereka juga menentang Hukum Allah ini.

Jika MCA, Gerakan atau DAP menentang hukum ini, kita sudah faham lama bahawa mereka itu bukan Islam yang tidak diwajibkan untuk beriman jauh sekali untuk menyokong Hukum Hudud ini. Adakah kita mahu Non - Muslim juga berpuasa atau menunaikan ibadah Haji seperti kita yang berugama Islam ini. Sudah tentu tidak.

Sekarang sudah tidak pelik lagi jika terdapat umat Islam yang sependapat dengan golongan Kafir ini. Mereka bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Allah tersebut walaupun kuasa di tangan mereka lebih 50 tahun, malahan mereka menentang dan menyekat orang lain yang mahu melaksanakannya. Tentulah mereka ini lebih zalim dari Non-Muslim.

Apakah tergamak kita menyokong golongan zalim terhadap hukum Allah ini? Fikirkan sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: