Khamis, 13 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR

Posted: 13 Oct 2011 03:00 PM PDT



Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar)  berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor."Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN.
"Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.
BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.
Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen.
Kerusi bandar
PKR pula  menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen.
Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

 
Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata,  kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.
Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar.
Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan  Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.

kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

Lelaki OKU Putus Kemaluan Terkena Mesin Rumput

Posted: 13 Oct 2011 03:00 AM PDT

Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) putus kemaluan selepas terkena jentera pemotong rumput dalam kejadian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pulau Kerengga.
Mangsa berusia 26 tahun, mengalami masalah lembam dipercayai memanjat bahagian belakang jentera berkenaan tanpa disedari oleh pemandu jentera berkenaan.
Semasa menaiki jentera terbabit, mangsa dilaporkan terjatuh sebelum seluarnya tersangkut pada bilah pemotong rumput menyebabkan pakaian mangsa koyak dan kemaluannya terputus selain mengalami lebam dan calar ada bahagian anggota badan lain.
Pengarah Cosmopal Sdn Bhd, Mohd Amir Hafiz Zainudin berkata, mangsa merupakan pelatih di pusat berkenaan sejak lebih sebulan lalu dan hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan memberi makan kambing.
Beliau berkata pada kejadian yang berlaku Sabtu lepas kira-kira pukul 12.15 tengah hari, mangsa bersama-sama beberapa pekerja lain sedang membuat kerja penanaman sawi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan pekerja lain tidak menyedari mangsa berlari mengekori jentera berkenaan.
Kejadian itu hanya disedari pemandu jentera berkenaan setelah mendengar mangsa menjerit kesakitan, kata Mohd Amir Hafiz.
Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Marang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan berikutan kecederaan parah yang dialaminya.
Sementara itu, ibu mangsa yang enggan namanya disebut ketika ditemui di HSNZ kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya dan mahu mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian pihak pengurusan tempat anaknya bekerja.
"Sebelum saya membenarkan anak saya bekerja di situ dulu saya sudah tanya jenis kerja yang macam mana anak saya akan lakukan dan saya diberitahu anak saya akan beri makan kambing," katanya.
Namun beliau tidak sangka pihak pengurusan boleh cuai dalam memerhatikan anaknya itu sehingga boleh menghampiri jentera bergerak kerana golongan seperti anaknya itu memerlukan pemantauan rapi.
Menurutnya, walaupun kemaluan anaknya sudah disambung semula melalui pembedahan, namun doktor tidak dapat memberi jaminan sama ada ia akan dapat berfungi seperti normal atau tidak.
Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik juga merupakan anak lelaki tunggal terpaksa bekerja selepas kematian ayahnya akibat penyakit lelah lima tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
- Bernama
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jais mohon waran tangkap Bob Lokman

Posted: 13 Oct 2011 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Okt - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

"Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

"Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap," katanya dipetik Berita Harian dan Harian Metro hari ini.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor."

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Sebelum ini, Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais bagi memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak agensi itu sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.

"Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah," katanya yang mempertahankan tidak melanggar peraturan agensi tersebut.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

APA PUN XBLEH...KAH! KAH! KAH!

Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT


Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, Mohd. Zunaidi Abdullah (kanan) memeriksa bonet kereta yang menempatkan dua warga Myanmar yang ditahan ketika cuba memasuki negara ini, di Bukit Kayu Hitam, Kedah.- Utusan/KAMAL BASIR

DEY MACHA!!!
MINAT SUNGGUH DEPA KAT NEGARA KITA
SAMPAI SANGGUP MENYOROK DALAM BONET
NAK MASUK JUGAK KE MALAYSIA
PASAI APA TAK TAU...
PASAI DAH DEKAT PILIHANRAYA
SENANG BOLEH DAPAT MYKAD KA?
KAH! KAH! KAH!

KALAU TAK DAPAT MYKAD
DAPAT MASUK PATRIOT PUN JADILAH
KAH! KAH! KAH!



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

Posted: 12 Oct 2011 06:00 PM PDT



SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.




Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kelab Kemboja Bakal Warnai Saingan Piala FA

Posted: 12 Oct 2011 03:00 PM PDT


PETALING JAYA, 11 Okt (Bernama) -- Liga Malaysia musim depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan sebuah kelab dari Cambodia, Preah Khan Reach FC (PKR FC), demikian menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata persetujuan rasmi mengenai penyertaan kelab Kemboja itu akan dibuat pada mesyuarat bersama kedua-dua badan bolasepak di Vientiane, Laos hujung minggu ini sempena mesyuarat Persekutuan Bolasepak Asia (AFF).

"Kerjasama ini akan meluaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara di samping mengembangkan lagi peranan FAM di luar negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM di sini Selasa.

Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.

Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama.

Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan.



--BERNAMA

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: