Khamis, 13 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Restoran "Obama OFC" TUKAR NAMA Selepas Dikritik & Diancam SAMAN oleh KFC

Posted: 13 Oct 2011 07:15 AM PDT


Sebuah restoran makanan segera kecil di China yang menggunakan nama  Obama OFC oleh pengguna internet telah menukar namanya kepada UFO.


Papan tanda perniagaan kedai tersebut seperti yang tertera di atas menggunakan nama OFC dan imej yang seakan-akan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Dibuka pada 8 Oktober, restoran di Beijing ini telah menukarkan namanya kepada UFO, selepas nama OFC itu mencetuskan perbincangan panas di laman forum baru-baru ini, menurut Times Beijing.


Malah, KFC mengeluarkan kenyataan bahawa OFC telah melanggar hak tanda niaga dan mengancam untuk  mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut.


"Kami telah menukar namanya kerana bimbang melanggar hak orang lain," kata Zhu Baolai, salah seorang pemilik, yang kesemuanya pelajar universiti. Mereka menjalankan restoran yang menjual hamburger ini pada masa lapang, lapor China Daily. -DCM



Awie, Zed Zaidi, Adam AF MASUK UMNO

Posted: 13 Oct 2011 06:06 AM PDT


Saya petik:
[Pulakdah!] Sebelum ini heboh diperkatakan Awie atau Ahmad Azhar Othman bersama beberapa artis lain akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO Malaysia kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Dato Onn.

Di dalam sidang media petang tadi jelas kelihatan antara artis yang bersama Awie ialah Zed Zaidi dan Adam AF. Khairi Jamaluddin turut mengumumkan pertandingan BN Youth Music 2011 di dalam sidang media tersebut. Lanjut sila ke Pulakdah!.







SKMM Batal Lebih 700 000 Nombor Telefon, Apa Sudah Jadi dengan Tujuan Asal Pendaftarannya?

Posted: 13 Oct 2011 05:01 AM PDT


Apa sudah jadi???

Jika disorot kembali tujuan pihak berkuasa mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit prabayar adalah kerana faktor keselamatan. Berdasarkan berita Bernama sekitar Jun 2006, aktiviti dan serangan puak yang dilabelkan pengganas oleh Barat serta kaitannya dengan telefon bimbit menjadi pendorong utama pihak berkuasa di serata dunia mengambil langkah mewajibkan pengguna telefon bimbit prabayar mendaftar nombor masing-masing.

Peristiwa penahanan anggota al-Qaeda melalui operasi Mont Blanc sekitar Mac 2004 seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New York Times menjadi antara peristiwa penting langkah pendaftaran nombor telefon. Pihak berkuasa AS mendakwa berjaya menjejaki mereka berdasarkan satu perkhidmatan telefon bimbit prabayar di Switzerland.

Sebulan kemudian, insiden pengeboman keganasan yang tercetus di Madrid, Sepanyol, dikaitkan dengan sebuah paket yang dilaporkan mengandungi telefon bimbit prabayar yang diikat pada plastik bahan letupan dan disembunyikan dalam beg sukan. April tahun 2005 pula, tiga pengeboman serentak berlaku di Songkhla, Thailand dan ketiga-tiga bom itu dilaporkan diledakkan menggunakan telefon bimbit, berkemungkinan dengan kad SIM prabayar.

Menyedari hakikat itulah, seperti yang dilaporkan Bernama, perkhidmatan telefon bimbit prabayar telah menarik perhatian penguat kuasa undang-undang dan pertubuhan keselamatan negara, sesetengahnya mahu melihat langkah-langkah kawalan diwujudkan bagi membendung anasir-anasir negatif yang menggunakan telefon bimbit prabayar tanpa menggunakan nama.

Justeru, beberapa buah negara yang memiliki sistem telefon bimbit prabayar seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Switzerland, Taiwan dan Thailand telah melaksanakan atau sedang melobi untuk mendapatkan keperluan pendaftaran bagi perkhidmatan itu.

Berkuat kuasa 1 Januari 2006, semua pengguna telefon bimbit prabayar yang baru atau yang sedia ada di Malaysia dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan telefon bimbit prabayar masing-masing. Para pengguna baru perlu mendaftarkan butiran-butiran mereka ketika membeli kad SIM manakala pengguna sedia ada perlu juga berbuat demikian sebelum 15 Disember 2006.

Berdasarkan prosidur, pelanggan dikehendaki mendaftar nombor telefon bimbit mereka dengan pembekal talian telefon. Hanya pelanggan prabayar berusia 12 tahun dan ke atas sahaja yang boleh mendaftar. Ibu bapa atau penjaga akan mendaftarkan untuk anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan pelanggan prabayar juga TIDAK BOLEH mendaftar untuk orang lain.

Masalahnya sekarang, mengapa proses pendaftaran ini berjaya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk lintah darat ah long? Bayangkan 741 RIBU nombor telefon dibatalkan membabitkan iklan haram dibatalkan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga 2010. Apa sudah jadi dengan tujuan asal pendaftaran nombor telefon bimbit? Jika begini halnya, maka sia-sialah kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit kerana terbukti, proses pendaftaran ini boleh diselewengkan.

Yang kita kesalkan, kerajaan melalui agensi terbabit hanya membatalkan sahaja nombor telefon itu tanpa membuat siasatan dan langkah proaktif untuk menangani masalah ini? Mengapa tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembekal talian kerana cuai mendaftarkan pengguna palsu dan sebagainya? Mengapa tiada tindakan lanjut untuk memastikan proses pendaftaran ini selamat dan tiada pihak yang teraniaya kerana dipergunakan oleh sindiket lintah darat yang tampaknya sehingga hari ini masih bermaharajalela di negara kita- DCM

Pengambilan Vitamin E Secara Berlebihan Punca BARAH Prostat

Posted: 13 Oct 2011 03:00 AM PDT


Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding dengan mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35 000 orang di Amerika Utara, petik Reuters.

Hal ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

"Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, pengambilannya secara berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat," kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland.
 
Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin yang pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

"Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberikan mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin," tambah Klein.

Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu.


P/s: Tuntasnya, jangan ambil vitamin/suplemen tambahan jika badan anda tidak memerlukannya. Lebih selamat, jika anda makan makanan yang dapat membekalkan vitamen dan mineral secara semula jadi.
 
 
 
 

[Video] Jururawat Australia KOMA Selepas Minum Koktail 'Maut" di Lombok

Posted: 13 Oct 2011 02:00 AM PDT


Seorang jururawat warga Australia mengalami kerosakan otak dan buah pinggang setelah minum sejenis minuman keras yang dikenal sebagai 'jungle juice', ketika bercuti di Pulau Lombok Indonesia.

Jamie Johnston, 25, yang kini koma, diterbangkan ke Hospital Royal Darwin dari Bali selepas memesan satu jag arak yang dicampur dengan jus buah-buahan untuk dikongsi bersama-sama dnegan ibunya.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, arak itu menganndungi metanol, sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai antibeku atau dicampur dengan cat, yang juga menyebabkan kematian empat pelancong pada tahun 2009 di Bali.

Ibu Johnston, Lyn, memberitahu akhbar itu hasil ujian mendapati anaknya keracunan metanol selepas minum minuman itu pada 20 September di Restoran Happy Cafe. Dia terus tidak sedarkan diri, tidak boleh bergerak atau bercakap dengan betul selepas mengalami kerosakan otak dan buah pinggang. 

"Kami dalam perjalanan pulang apabila dia jatuh pengsan," kata ibunya.

"Saya masih trauma. Orang ramai perlu diberitahu mengenai perkara ini. Dia boleh mati," katanya.

Video di sini.

P/s: Gila!


Awas, Mesin Basuh Boleh Memutuskan Tangan Kanak-kanak!

Posted: 13 Oct 2011 01:21 AM PDT



 Tangan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar. Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika mesin itu masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam mesin tersebut petik berita Agensi.

Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya. Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.

"Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab "Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut." 

Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: "Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar. Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran. Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.

"Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Kejadian itu sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa." 

Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Kejadian ngeri itu berlaku jam 11.30 pagi pada 11 September lalu, seminggu selepas hari jadi ketiga Lewis.

Rachel berkata: "Secara keseluruhan, Lewis semakin pulih dan dia berani.

"Dia kidal tetapi kini sudah menyesuaikan diri dengan tangan kanannya." 

Kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan lanjut dan kemungkinan dipasang dengan tangan palsu.


 P/s: Sila ambil perhatian!



Aduhai, Anu Putus Terkena Bilah Mesin Bajak!

Posted: 12 Oct 2011 09:52 PM PDT


Saya petik:
[HM] MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

"Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya," katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa kemudiannya dihantar untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung semula kemaluannya yang putus. 


Kerana Disyaki CURANG, Isteri Tanggung Derita Ditekap Seterika Panas

Posted: 12 Oct 2011 07:40 PM PDT


Saya petik:
[HM] KULIM: Gara-gara terlalu cemburu, seorang isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur di muka selepas ditekap dengan seterika panas oleh suaminya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan itu di Lunas, dekat sini, suspek yang juga anggota pasukan keselamatan berusia 50 tahun, dipercayai hilang sabar dengan kecurangan isterinya berusia 43 tahun berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu yang memendam perasaan marah serta geram dengan perangai isterinya hilang pertimbangan ketika berlaku pertengkaran lalu mengambil seterika panas dan menekapkannya pada muka isterinya sehingga melecur teruk.

Katanya, sebelum ini lelaki itu tidak tahu kegiatan isterinya sering berjumpa teman lelakinya di tempat lain.

"Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan sering bekerja syif malam memudahkannya menutup hubungan sulit dengan teman lelaki daripada suaminya.

"Ketika berada di rumah, wanita itu pandai menyembunyikan perbuatan salah lakunya itu dan berlagak seperti biasa, sehingga suaminya tidak mengesyaki apa-apa terhadap isterinya...


Bakal Jururawat Bikin Pesta Seks di Asrama

Posted: 12 Oct 2011 05:25 PM PDT


Saya petik:

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

"Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

"Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin)," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan....


P/s:  Apa punca orang Islam semakin berani melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah? Semuanya kerana hukuman yang bakal dikenakan kepada pesalah berkaitan dengan kesalahan itu hanya denda beberapa ribu dan penjara. Cuba bayangkan jika pesalah yang terbukti bersalah dikenakan hukuman sebat, beranikah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu?


Tiada ulasan: