Ahad, 9 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukankah lebih baik kita guna Proton sahaja?

Posted: 09 Oct 2011 12:48 AM PDT

Saya menerima komen dari seorang pembaca yang menamakan dirinya 'kekura' seperti berikut :

kenapa tidak mahu guna kereta proton sahaja? bukankah lebih baik guna proton yg merupakan produk orang islam? kalau kita semua betul2 nak tolong orang islam, kompeni orang islam, kita belilah barang orang islam. buat apa nak tolong orang kafir? fungsi dia sama saja. utk bawa kita dari satu tempat ke tempat lain. toyota vios tempoh hari ada banyak masalah tp di malaysia disenyapkan saja. kereta proton yg selalu ada masalah adalah power windownya.

jangan cakap saja, brader, orang islam tak keluar produk lah, itu lah ini lah. ini produk ada depan mata. tak nak beli sudah.

tidakkah anda pernah membaca bagaimana pula sifat tamak haloba syarikat2 kenderaan besar (toyota, honda, dll) yg ada banyak kesilapan design tp mereka tetap keluarkan juga? bila dah sepuluh orang mati baru nak tarik balik.

saya tak delah beli kereta proton tp saya kena faham keadaan proton. kompeni kereta yg besar boleh charge murah pasal production dia lagi besar dan market dia lagi luas.

dulu tahun 1970an, amerika tak benarkan kereta luar dijual, dan industri kereta mereka pun berkembang. kini setelah saingan dari luar masuk, industri kereta mereka mati.
fikirlah.

Harap 'Kekura' dapat menikmati gambar-gambar kereta mewah berikut.Mudah-mudahan 'Kekura' sendiri menyedari betapa 'Kekura' sendiri selama ini hanya lena dengan dendangan dan gurindam palsu pemimpin Umno yang suruh kita beli barangan tempatan dan menyokong buatan tempatan.

Saleman kereta Hummer cawangan Johor


Tukang Supir? bukan ini Mokhzani s/o Mahathir
bersama kereta mewahnya


Pagani Zonda - sebuah lagi kereta mainan
Dato Mokhzani s/o Mahathir


Pemborong kereta mewah yang terkenal di Malaysia
-Datuk Azalina Osman


Kereta 'KJ' - Menteri Mundar Mandir tanpa potpolio


Menteri Pertahanan Zaid, dengan motosikal Modenas

Kepada 'Kekura, sila sampaikan pandangan patriotik saudara itu kepada pemimpin Umno/BN saudara yang kononnya prihatin dengan nak tolong orang islam, kompeni orang islam, kita belilah barang orang islam seperti apa yang kamu katakan itu.

Kalau mahu lihat lagi gambar-gambar bagaimana pemimpin-pemimpin 'Islam' menunjuk nunjuk semangat patriotik kemewahan yang mereka laung-launkan selama ini, sila klik di sini dan di sini .

Tiada ulasan: