Rabu, 26 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa FAM Naikkan Harga Tiket FINAL Piala Malaysia ?

Posted: 26 Oct 2011 06:25 AM PDT

Dah dua tahun berturut-turut nampaknya harga untuk tiket perlawanan final Piala Malaysia di naikkan FAM..

Tahun 2010 harga tiket Final Piala Malaysia 2010 dinaikkan sebanyak RM10 daripada harga asal RM20. Kenaikan itu bermakna harga tiket final berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka.


Tahun ini pula harga dinaikkan lagi menjadi RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Alasan demi alasan diberikan untuk mengaut untung yang lebih bila rakyat mula kembali memenuhi stadium..

Ini alasan untuk tahu 2011..

KUALA LUMPUR: Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal. - BERNAMA


Berikut pula adalah alasan untuk tahun 2010..


Tahniah!! Zul Noordin dipilih naib presiden Perkasa..

Posted: 26 Oct 2011 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.

Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.


Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Zulkifli merupakan antara wakil rakyat penggal pertama, yang memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR pada Mac 2008, tetapi telah keluar atau dipecat oleh parti itu sejak awal tahun lalu.

Zulkifli dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan antara Ahli Parlimen bebas.

Zulkifli menggantikan Datuk Mokhtar Samad, yang mengosongkan kerusinya awal tahun ini untuk memberi tumpuan sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Kerusi naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Ashraf Wajidi Dasuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.


The Malaysian Insider

Blogger UMNO tak Sekolah dakwa China Press

Posted: 26 Oct 2011 01:22 AM PDT



Artikel dari China Press ini telah diterjemahkan oleh sebuah Blog Pro UMNO.. Tahniah dan terima kasih buat beliau kerana kalau tak diterjemahkannya aku tak akan tahu apa sebabnya kebanyakkan Blogger Pro UMNO kelihatan bodoh bila menulis.

Berikutan tersiarnya terjemahan itu, ramai blogger Pro UMNO sudah marah malah ada antara mereka menulis mengatakan kononnya "Inilah masaalahnya apabila sesebuah agensi akhbar tidak mempraktikkan etika kewartawanan yang betul dan berwibawa."


"Mereka melepaskan artikel-artikel tanpa mahu menggunakan otak mereka itu mengetahui kesahihan tulisan di dalam akhbar mereka…"

Padahal Utusan Malaysia yang menjadi kebanggan mereka lebih teruk lagi, Oleh kerana editor Utusan tak menggunakan otak bila menyambung fitnah dari Blogger Pro UMNO, Utusan telah disaman oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat..

Bacalah artikel yang menyerlahkan sebab kenapa Blogger Pro UMNO kelihatan bodoh ini..


Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah
Oleh Koh Kok Wee

Kali ini blog yang memihak kepada UMNO bukan membantu UMNO tetapi sebaliknya menjatuhkan UMNO, dalam strategi serangan politik pula sememangnya memutar belitkan fakta, punyai muslihat dan fitnah menfitnah, selalunya sengketa ini hanya berkisar pada orang-orang dewasa sahaja, tidak pernah heret budak mentah masuk ke kancah perbalahan.

Apa yang dikatakan blog yang memihak kepada UMNO itu, kali ini sudah tidak ikut peraturan cara pendekar, mereka kini kaitkan anak ketua menteri Pulau Pinang cuba diwar-warkan dalam artikel-artikel mereka. Akhirnya DAP dapat membongkarnya, rupa-rupanya pelajar perempuan yang dimaksudkan itu adalah gambar budak perempuan sedang bermain chess, menyebabkan orang yang meyebarkan fitnah itu terkedu tidak boleh berbuat apa-apa.

Walaupun gambar itu tidak disolek ataupun disunting, dan mereka menggunakan serangan secara terang-terangan, sebenarnya tindakan mereka itu sedang perlekehkan anak perempuan kepada seseorang ibu bapa untuk dijadikan sasaran, selalunya memang tidak akan kesampaian dan berhasil.

Al kisah cerita lama di zaman hulubalang di negeri China, perebutan kuasa antara hulubalang Xiangyu dan hulubalang Liu Bang di zaman King of Western Chu Xi chu di wilayah Xi Chu Ba Wang, peperangan yang tiada penghujungnya. Ada seorang penasihat Xiangyu berkata, kami telah tangkap ayahanda Liu Bang, minta Liu Bang menyerah diri, jika tidak ayahandanya akan digulai, seorang anak akan tahu betapa seksanya ayahandanya digulai?

Akhirnya Liu Bang berkata: Xiangyu! Kita sejak kecil berkawan baik seperti adik beradik, ayahanda saya juga seperti ayahanda kamu, kenapa kamu hendak gulai ayahanda kamu sendiri? Jika benar-benar mahu gulai ayahanda, jangan lupa bagi separuh dagingnya kepada saya.

Liu Bang cuba megelak, cara Liu Bang mengelak itu Xiangyu tidak boleh berbuat apa-apa, akhirnya dapat selamatkan nyawa ayahandanya.

Kedudukan Akhlak Sudah Tidak Bertempat

Dahulu pada zaman The Warring States Period, Panglima negeri Wee bernama Le Yang menyerang negeri Chong Shan, kebetulan anak kepada Le Yang berada di negeri Chong Shan, maharaja Chong Shan tangkap anak Le Yang untuk dijadikan tebusan, maharaja Chong Shan ikat anak Le Yang digantung di dinding kota, memaksa tentera Le Yang berundur, jika tidak anaknya akan dibunuh.

Taktik sedemikian tidak dapat memaksa tentera Le Yang berundur, dengan itu maharaja Chong Shan bunuh anak Le Yang, gulai dagingnya dan diserahkan kepada Panglima Le Yang untuk santapan. Akhirnya menjadi kemarahan keseluruhan tentera Panglima Le yang, kota Chong Shan akhirnya tewas diserang habis-habisan.

Maharaja Chong Shan yang berlagak bijak, menerima padah apabila membunuh anak Panglima Le Yang.

Sebab itu apabila dalam persengketaan cuba menyerang keluarga seseorang, terutama sekali puak ibu bapa dan anak-anak, mengugut mereka sebagai tebusan, biasanya tiada kesan, sebaliknya yang rugi adalah diri sendiri. Yang pertama sekali kedudukan akhlak diri sudah jatuh, yang kedua sebaliknya menaikkan semangat juang kepada pihak lawan, mereka akan semakin kuat dan bertenaga untuk berjuang habis-habisan.

Kelihatan blog yang memihak kepada UMNO tidak baca sejarah China, mereka ingat jika pergunakan anak seseorang itu untuk digembar gemburkan, berkesan untuk meyerang pihak lawan, akhirnya sendiri yang kecundang, mirip dengan filem cerita "African Monk", kerana gara-gara UMNO nanti BN akan terkena tempiasnya jatuh tersungkur, dengan itu juga pihak lawan akan dapat meraih lebih banyak simpati.

Bermain politik sehingga jatuh ke martabat ini, lebih baik terima kehancuran daripada hidup cacat dan sengsara.

China Press

PKR akan anjur lawatan ke Pusat Feedlot milik Suami dan anak Shahrizat.

Posted: 25 Oct 2011 11:35 PM PDT

PETALING JAYA: PKR menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCSB) yang dimiliki oleh suami dan anak-anak kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Isu ini telah dibawa ke perhatian rakyat sejak awal tahun 2010 lagi memandangkan kedudukan strategik projek seperti yang didakwa oleh kerajaan dan peruntukan besar yang terlibat," kata para pemimpin PKR dalam satu kenyataan media bersama


Mereka yang mengeluarkan kenyataan itu ialah Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Strategi Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat Aminuddin Harun.

Menurut kenyataan itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh NFCSB diberi status Projek Berimpak Tinggi dengan sasaran memenuhi 40% permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011 satu pasukan peninjau PKR yang diketuai oleh Rafizi dan Aminuddin telah membuat kunjungan tidak rasmi ke Pusat Feedlot Kebangsaan seluas 5,000 ekar di Gemas bagi menilai prestasi pencapaian pusat tersebut sama ada dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Kata mereka, hasil dari temuramah dengan pekerja-pekerja, kami dapati sebanyak 1,000 ekor lembu yang diimport diperlihara pada satu-satu masa.

"Secara purata 20 ekor disembelih setiap hari dengan kira-kira 3,000 kg daging (anggaran 900,000 kg atau 900 tan daging lembu setahun) dipasarkan kepada Hypermarket seperti Giant, Carrefour dan lain-lain," kata mereka dalam kenyataan itu.

Mereka menerangkan bahawa prestasi operasi ini perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut dikurniakan tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas dan mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta.

Mengikut prestasi Pusat Feedlot Kebangsaan, penggunaan daging lembu setahun di Malaysia ialah sebanyak 162,357 tan manakala pencapaian Pusat Feedlot hanya 0.6% sedangkan sasaran yang perlu dicapai ialah 60%.

Sementara jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran itu ialah sebanyak 1,500 ekor sehari tetapi jumlah lembu yang dapat disembelih hanya 20 ekor sehari.

Projek gagal

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan meskipun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata mereka.

Menurut mereka, penyelidikan PKR juga menunjukkan bahawa sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar.

Selain dari aktiviti mengimport lembu, syarikat ini juga dilantik oleh kerajaan untuk membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu, membangunkan makanan lembu berkualiti dan membangunkan baja dari operasi penternakan lembu.

Ujar mereka, "PKR berpendapat bahawa isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat.

Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan kepada import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010.

"Shahrizat sebagai menteri yang berkepentingan dalam projek ini dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau tidak boleh lagi terus berdiam diri. Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini.

"Sekiranya kedua-dua mereka masih berdiam diri sehingga Isnin minggu depan, PKR akan menganjurkan satu lawatan menjejaki lembu ke Pusat Feedlot Kebangsaan di Gemas untuk mendedahkan perkara ini dengan lebih luas kepada rakyat," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Free Malaysia Today

Laporan Audit : Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

Posted: 25 Oct 2011 10:00 PM PDT

SHAH ALAM 25 OKT : Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.


Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.


TVS News

Laporan Audit : Membuktikan PR mentadbir Pulau Pinang lebih baik dari BN.

Posted: 25 Oct 2011 08:30 PM PDT

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta


Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau - Greenboc


Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pulau Pinang sila download di SINI

Laporan Audit : Memalukan negara kata Anwar

Posted: 25 Oct 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kelmarin, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," kata Anwar.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kelmarin.

Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun.

"Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat," katanya.

Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek.

"Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," katanya.

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: