Rabu, 26 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


APA KHABAR ROBENGAH?

Posted: 26 Oct 2011 08:30 AM PDT

GENEVA: Media sosial perlu berperanan untuk membawa kebaikan kepada manusia dan bukan sekadar berpaksikan "pada kegemilangan dan tarikan mencipta gelombang perubahan," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Berucap pada Persidangan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) TelecomWorld 2011 di sini pada Isnin, Rais berkata media sosial mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan patut beroperasi mengikut undang-undang dan hak asasi individu.
"Apa yang sedang diperkatakan ialah mengenai peranan media sosial sebagaijentera perubahan dan pencipta permainan baru tetapi kita tidak bercakap mengenai bagaimana kita boleh menggunakannya untuk kebaikan masyarakat dan keluarga, dan untuk kita tidak kehilangan nilai-nilai positif kita," katanya.
Penggunaan media sosial, kata beliau, patut digalakkan tetapi pihak yang terbabit secara langsung dalam perkara itu patut mempunyai "konvensyen mereka sendiri mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat."
"Mereka yang terbabit secara langsung dalam media sosial ini perlu berpegang pada nilai-nilai tertentu mengenai kesesuaian amalan berkenaan," katanya.
Sehubungan itu, kata Rais wujud keperluan untuk mengetengahkan pandangan bahawa media sosial perlu bertanggungjawab kepada masyarakat.
"Jika kita menerima perkara itu, saya fikir media sosial patut digalakkan untuk terus berkembang maju, sepertimana dikatakan oleh Suvi (Linden-Duta Khas ITU ke Suruhanjaya Jalur Lebar), yang menggariskan jenis kebebasan yang kita ada, iaitu (kebebasan) dengan ketelusan," katanya pada sesi pleno mengenai "Social Media for Social Change" (Media Sosial bagi Perubahan Sosial). Turut hadir pada sesi itu ialah Presiden Agensi Persatuan Maklumat KebangsaanKorea Selatan yang juga Pesuruhjaya Jalur Lebar Dr Kim Seang Tae, dan Linden yang juga bekas Menteri Komunikasi Finland. ITU ialah agensi khusus bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu.
ITU Telecom World 2011 menyambut ulangtahun ke-40 tahun ini dalam memberikan khidmat kepada masyarakat ICT global dengan "perancangan hala tuju, merangsang program perdebatan, bengkel-bengkel, pameran teknologi baharu dan pelbagaipeluang bagi rangkaian dan perkongsian pengetahuan."
Rais turut menyentuh mengenai bagaimana media baharu boleh membawa apa yang beliau sifatkan sebagai perubahan ketamadunan, dan berkata bahawa blogger dan pengamal media sosial perlu sedar akan tugas mereka untuk mendidik keluarga mengenai pengaruh luas teknologi.
Merujuk kepada perkembangan di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen yang dikatakan dicetuskan oleh pergerakan media sosial, Rais berkata terdapat kemungkinan orang ramai berpendapat bahawa media sosial sedang dipergunakan untuk tujuan politik malah untuk tujuan-tujuan lain.
"Manusia dengan itu perlu menapis apakah kebudayaan baik yang dihidangkan kepada anda, apa yang baik untuk anak-anak anda, untuk sekolah anda... bahagian-bahagian ini masih belum dibincangkan secukupnya," katanya.
Menjadikan Facebook dan Twitter sebagai contoh, Rais berkata pencipta media sosial patut berasa gembira bahawa mereka tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mencipta platform itu.
Isunya, kata beliau ialah orang ramai patut mematuhi undang-undang apabila menggunakannya. - BERNAMA

KERAJAAN UMNO BERKAWAN SYETAN?

Posted: 26 Oct 2011 07:30 AM PDT

Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk.

"Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.

Menurutnya yang juga ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.

Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali.

"Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja "berhemah" ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi.

Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.

Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.

Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binokular marin'  atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan.

"Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.

kah kah kah TAHU MALU JUGA IBRAHIM PERKASA

Posted: 26 Oct 2011 04:45 AM PDT

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.
Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.
"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).
"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.

HIMPUN: Malunya kita
Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.
"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.
"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.

"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta," katanya merujuk kepada rusuhan yang berlaku di kota itu sebelum ini.
Dalam pada itu, Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.
"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA

Posted: 26 Oct 2011 01:29 AM PDT

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.
Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.

TLDM: Najib, Zahid PERLU JAWAB

Posted: 26 Oct 2011 12:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.
"Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka," dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.
"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya.
Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.
Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
"Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.
Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini

BAPAK KAUM INDIA?

Posted: 25 Oct 2011 10:38 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada pemilik akhbar Makkal Osai, Datuk S.Subramaniam (kanan) pada Rumah Terbuka Deepavali Makkal Osai Tamil Daily di Petaling Jaya, Rabu. Foto: Brian Moh/THE STAR

MENGAIBKAN BANGSA

Posted: 25 Oct 2011 09:07 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "kepincangan" yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengaibkan kerana melibatkan aktiviti dan projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin.

Antara projek itu, katanya, Program Pembasmian Kemiskinan di bawah bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan penyenggaraan jalan persekutuan (RM462.46 juta) yang diswastakan di Sarawak.

"Sungguhpun Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," katanya.

Katanya, program pembasmian kemiskinan mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya maakala projek jalan persekutuan itu pengauditan antara Ogos dan Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaannya kurang memuaskan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka perdana menteri," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia

POLITIK LUCAH MEMANG BUKAN POLITIK MELAYU TAPI POLITIK UMNO?

Posted: 25 Oct 2011 06:00 PM PDT

Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang tergamak melemparkan dakwaan keji serta menjijikan berbentuk seksual bagi menamatkan kerjaya politik lawan masing-masing.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak berkata permainan politik ini "desperado" itu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Lim guan eng at Buah Pala house handoverJusteru, katanya Pakatan Rakyat dan BN akan saling menuduh sesama sendiri.

Pakatan, sebagai contoh, katanya telah menuduh Umno sebagai dalang di sebalik dakwaan yang memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (berbaju hijau).

"Orang Melayu harus diyakini bahawa politik lucah dan porno bukanlah falsafah perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu di Malaysia," kata Rahmad pada sidang akhbar di Pulau Pinang  hari ini.

"Sebagai sebuah NGO Melayu yang bertapak di Pulau Pinang dan berkecuali, kami dukacita dan rasa terhina sekiranya benar isu tersebut dimainkan oleh pemimpin politik Melayu.
Sudah muak

"Tak kira pemimpin ini datang dari parti politik Melayu manapun jangan sampai meletakkan martabat kemelayuan di peringkat yang terendah," katanya.

NONERahmad juga menasihatkan pemimpin Melayu supaya jangan sampai kuasa politik mereka ditolak oleh orang Melayu sendiri atas kesilapan yang berlandaskan ketamakkan kuasa.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh penulis blog pro-Umno bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa  membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.

Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke (bawah, kiri), Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

NONEMenurut Rahmad, orang-orang Melayu juga sudah muak dan letih dengan permainan politik begini.

"Bagaimana soal ekonomi Melayu dapat dipertingkatkan jika sesama pemimpin Melayu gemar bermain politik?

"Jika benar pemimpin Melayu jadi dalang terhadap fitnah terhadap pemimpin Cina, (ini) bakal menjadi liabiliti politik yang (hanya akan) merugikan orang Melayu," katanya.

Tiada ulasan: