Isnin, 24 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selapas RBF.. MiM pula bakal disaman?

Posted: 24 Oct 2011 09:56 AM PDT



Kerana menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta', di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009. Blogger UMNO itu telah disaman sebanyak RM500,000.00 oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.


Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Adakah selepas Blogger pro UMNO RBF Online disaman kita bakal menyaksikan seorang lagi Blogger Pro UMNO turut disaman keran menyebarkan fitnah?

Ini kerana Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

****************

Ibu pertimbang semua pilihan bagi lindungi Anya

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap "cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun".

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

"Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,"katanya - Malaysiakini

Tahniah Mahasiswa!! UIA tarik balik arahan gantung tugas Aziz Bari..

Posted: 24 Oct 2011 06:56 AM PDT



KUALA LUMPUR, 24 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.

"Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang," kata Zulqarnain.

Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Dalam laporan petang tadi, The Malaysian Insider memetik Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz (gambar) esok.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

"Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya," kata Zulqarnain.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.

Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.

"Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian," katanya.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.


The Malaysian Insider

Laporan Audit Negara : Malaysia dah beli ‘binocular’ termahal di dunia.

Posted: 24 Oct 2011 04:46 AM PDT

Bijaknya kerajaan Barisan Nasional ni menghabiskan duit pembayar cukai..

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binocular marine' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.


Barangan lain termasuk:

Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)

Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)

"Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

"Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran," petik laporan itu.


Malaysiakini

Laporan Audit Negara: Silap kira kos ambil tanah, kerajaan tanggung RM375 juta

Posted: 24 Oct 2011 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.

Ekoran perkembangan itu Ketua Audit Negara mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan 'capping' yang akan diperuntukkan oleh kerajaan.

Pada awalnya syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.


Lebuh Raya Senai-Desaru merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Laluan itu menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.

Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011.

Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004.

Dalam laporannya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.

"Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atao 102.9 peratus.

"Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik," katanya.

Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak nerkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah.

"Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina," katanya lagi.

Selain itu, anggaran kos pengambilan balik tanah telah disediakan pada 2002, katanya.

"Mengikut rekod di Bahagian Pengurusan Tanah LLM, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 4 Novemver 2004 bagi Daerah Kota Tinggi dan 18 November 2004 bagi Daerah Johor Baru.

"Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah berdasarkan harga semasa pada November 2004 yang mana lebih tinggi daripada 2002 dan ini menyebabkan pertambahan kos yang ketara," kata Amrin dalam laporannya.

Katanya, bagi mengatasi isu ini berulang, jumlah peruntukan pengambil balik tanah akan ditetapkan bagi projek penswastaan lebuh raya.

"Jika kos pengambilan anah melebih 'capping' yang diperuntukkan, maka kos tambahan pengambilan tanah tersebut akan ditanggung oleh syarikat konsesi," katanya.


The Malaysian Insider

Husam saman RBF Setengah Juta RM kerana memfitnah..

Posted: 24 Oct 2011 02:43 AM PDT



Kota Bharu - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam berhubung kes saman malunya berjumlah RM500,000 terhadap blogger yang didakwa menyiarkan artikel memfitnahnya, dua tahun lalu.


Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan menuntut ganti rugi itu terhadap Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37 berikutan penyiaran artikel bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta', di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009.

Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar.

Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan Pas Pusat RM5 juta.

Plaintif mendakwa keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual dengan harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan Pas Pusat RM3 juta.

Artikel itu ternyata mahupun tersirat menuduh secara melulu bahawa plaintif adalah seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai serta menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan.

Ketika memberikan keterangan, Husam menegaskan artikel itu secara terang terangan memfitnahnya dan menafikan dakwaan itu kerana beliau bekerja keras untuk menjaga keharmonian rakyat Kelantan.

"Saya kecewa, malu, tertekan kerana artikel fitnah itu yang merosakkan nama baik saya. Kesannya saya malu kerana dipandang serong masyarakat. Saya juga tertekan kerana ramai pihak yang bertanyakan perkara itu sehingga saya sukar fokus kepada kerja.

"Kesan akibat penyiaran artikel itu masih wujud berikutan masyarakat masih memandang serong dan ada sesetengah pihak yang masih memetik artikel berkenaan dan menyiarkannya sehingga kini," katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Hisham Fauzi.

Menurutnya, tuntutan saman itu dibuat bagi memberi pengajaran setimpal kepada defendan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dan teladan kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya memfitnah seseorang.

Peguam bela defendan, Adzly Abdul Manas mempertikaikan kesahihan maklumat diberikan pihak ketiga yang membantu plaintif mendapatkan latar belakang Mohd Faisal Rohban termasuk nombor telefon, alamat dan pekerjaannya.

"Akibat artikel itu setujukah Datuk jika dikatakan kesan-kesan seperti tidak boleh fokus kerja, tertekan, dipandang serong yang dialami adalah rekaan. Tuntutan jumlah ganti rugi itu juga banyak," katanya dalam soal balas terhadap plaintif.

Dalam jawapannya, Husam berkata, sepatutnya Adzly sebagai peguam bersimpati terhadap nasibnya.

Saksi pihak plaintif yang hadir memberi keterangan semalam, Mohammad Syahfahrin Ali Rajkumar Abdullah, 40 yang menyerahkan notis saman itu kepada defendan di kediamannya di Selangor, 31 Mei tahun lalu.

"Saya diarahkan plaintif untuk ke rumah defendan, ketika tiba di rumahnya, saya dapati defendan terkejut apabila diberitahu tujuan kedatangan saya lalu beliau hubungi polis dan rakannya. Beliau juga mengaku bernama Mohd Faisal Rohban dan membaca notis writ saman yang saya berikan. Saya juga sempat mengambil beberapa keping gambar defendan menggunakan telefon bimbit saya," katanya yang mendakwa rakan plaintif dan tinggal di Dun Salor.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim kemudian menetapkan 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh sambung bicara kes itu.

Blogger berkenaan dijangka hadir memberi keterangan pada tarikh itu bersama dua saksi lain - Sinar Harian


*****************


Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar

KOTA BHARU, 23 Okt: Saksi plaintif kes saman anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa terhadap Blogger Mohd Faisal bin Rohban Ahmad memberitahu, defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010, dia (Faisal) membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.

"Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Dato' Husam.

"Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

"Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca writ saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan," katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3hb. Oktober, 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti-rugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama & membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu juga Husam juga mebuat tuntutan ganti-rugi teladan, ganti-rugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.

Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu Mahkamah, sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang Ahli Politik dan Anggota Pentadbir Kerajaan terjejas teruk.

"Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang," katanya.

Husam berkata, berdasarkan kepada pencarian dibuat melalui nombor talifon yang digunakan Faisal didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar sebaliknya menggunakan nama adiknya.

Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan banyak alamat, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.

Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan. Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)- Harakahdaily

Laporan Audit Negara : Patutlah Najib nak sorok....

Posted: 24 Oct 2011 12:24 AM PDT

Kepincangan yang pertama dilaporkan media...



KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kementerian atau jabatan telah berbelanja sejumlah RM3.73 bilion melebihi peruntukan keseluruhan yang diluluskan, demikian menurut laporan Ketua Audit Negara 2010.


Sembilan kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, perbelanjaan melebihi peruntukan berkenaan tidak dapat dielakkan berikutanpertabahan aktiviti dan bayaran sumbangan tidak berjadual yang tidak dijangka.

"Parlimen telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menampung kekurangan peruntukan tersebut dan Waran Am Peruntukan Tambahan telah dikeluarkan pada 3 Jun 2011," katanya.

Selain itu, semakan audit mendapati pembayaran berjumlah RM427.04 jutadi bawah Arahan Perbendaharaan bagi enam kementerian atau jabatan turut menyumbang kepada perbelanjaan melebihi peruntukan.

Berdasarkan laporan itu juga, pembayaran berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor seperti bil atau tuntutan lewat diterima, peruntukan tahun di mana perolehan atau perlhidmatan diterima tidak mencukupi dansurat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia lewat diperolehi.

"Pada pendapat Audit, masalah kelewatan ini perlu diatasi kerana pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun semasa dan boleh menjejaskan pelaksanaan aktiviti yang dirancang pada sesuatu tahun,"katanya - mStar Online


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN Download di SINI

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :PENYATA KEWANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Download di SINI

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010:PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN Download di SINI

Petronas anugerah projek kepada firma tidak berlesen?

Posted: 23 Oct 2011 10:07 PM PDT



Kira-kira 15 tahun dahulu, Petronas hanyalah syarikat kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso. Sehingga Petronas mendapat "sentuhan" daripada bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Marican berjaya membawa dan menempatkan Petronas dikalangan syarikat multinasional yang cukup elit di dunia.


Apabila meninggalkan Petronas (ada pihak kata beliau tidak berpuashati dengan campurtangan isteri seorang pemimpin UMNO yang mahu syarat-syarat yang ketat dalam Petronas diubah bagi membolehkan Syarikat miliknya yang tidak berpengalaman dalam bidang petroleum menguasai Kontrak-kontrak Petronas) Tan Sri Hassan Marican menyertai SembCorp Industries - sepenuhnya sila baca di (SINI)

Rupa-rupanya sangkaan aku diatas tu tidak berapa betul.. Bukan saja syarat-syarat yang ketat dalam Petronas diubah bagi membolehkan Syarikat Kroni UMNO menguasai Kontrak-kontrak Petronas.. malah Syarikat yang tak berlesen juga turut serta..


******************


Malaysia Petronas to award jobs to unlicensed firms

KUALA LUMPUR: Malaysia's state oil firm Petronas will award contracts to unlicensed energy services companies to encourage greater competition in the oil and gas industry, The Edge weekly newspaper said citing unidentified sources.

The move would be a departure from the current practice where Petronas only hands out jobs to licensed players in certain segments such as oil and gas equipment makers and offshore support vessel operators, the report said.

The liberalisation measure is aimed at drawing more foreign investment to develop Malaysia as a regional energy hub, it added.

Petronas was not immediately available for comment. The move would expose local energy services companies such as Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd , Kencana Petroleum and Ramunia Holdings Bhd to competition.

But the change would not apply to the bumiputra vendor programme, where companies controlled by ethnic Malays are given preference under a policy aimed at redistributing national wealth, The Edge said.


The Economic Times

Berita yang Tak Akan disiarkan oleh Utusan atau TV3 berkenaan Kampung Buah Pala..

Posted: 23 Oct 2011 08:58 PM PDT



Sebelum itu..

Korang ingat tak lagi akan insiden Kampung Buah Pala yang berlaku dua tahun dulu?

Dalam insiden itu ramai penduduk-penduduk Kampung tersebut telah dihasut oleh pihak yang menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan meletakkan kesalahan yang mengakibatkan penduduk di situ diusir oleh pemaju terhadap Kerajaan PR Pulau Pinang.


Ada juga pihak yang cuba menjadi hero dengan membuat tawaran sehingga RM3.2 Juta jika kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mendapatkan kembali tanah Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor dari pemaju.

Ada juga pihak yang mempertikaikan penjualan tanah tersebut dengan berkata "KENAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MENERUSKAN PENJUALAN BILA MEREKA TAHU NILAI TANAH ITU LEBIH TINGGI?"

Padahal Menurut rekod Tanah Kampung Buah Pala telah dijual oleh Kerajaan BN dan Kerajaan PR yang di ketuai oleh Lim Guan Eng pada 27 March tahun lepas hanya mengeluarkan surat untuk mengesahkan pemilikan tanah yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN dulu..

Harga asal tanah tersebut ialah RM6.4 Juta, dan diskaun 50% telah diberikan oleh Koh Tsu Koon kepada pada 09/04/2006 Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang yang membeli tanah tersebut membuat rayuan. Menjadikan kadar premium bagi luas sekaki persegi tanah itu cuma RM10. – sepenuhnya korang boleh baca di (SINI)

Ini adalah berita yang membolehkan MIC menggigit jari kaki..


******************



Penantian dua tahun berbaloi







GEORGETOWN - Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

"Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

"Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.




"Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.




"Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali," katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.

Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.

"Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

"Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

"Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

"Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini," katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.


Ramas Buah Dada : Najib bidas Muhyiddin?

Posted: 23 Oct 2011 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.

Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.


Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.

Beberapa pihak sejak pagi tadi menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.

Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," kata Muhyiddin.

Hari ini, Najib (gambar) memberitahu: "Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden di mana anda memberi tumpuan ke atas perkara-perkara berkaitan dasar."

"Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri," kata beliau selepas menghadiri perhimpunan perdana pesara polis dan bekas anggota polis di PWTC di sini.

"Anda perlu bersetuju dengan beberapa (elemen) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua sebelah.

"Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang," kata beliau.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.

"Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.

"Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.

"Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Setiausaha Publisitinya Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata."

Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

"Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.


The Malaysian Insider

Sebelas biji bag tangan 'BIRKIN' milik Rosmah tu berapa juta pulak?

Posted: 23 Oct 2011 09:46 AM PDT



Datin Seri Rosmah Mansor isteri perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan memiliki BAG TANGAN MEWAH BERJENAMA BIRKIN.


Rosmah Mansor dikatakan membeli dan memakai BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN SEBANYAK 11 (SEBELAS BIJI BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN BERHARGA SETIAP SATU US9,000 HINGGA US150,000 (DALAM RINGGIT MALAYSIA SETIAP SATU BAG TANGAN BERHARGA RM28,000 HINGGA RM472,000)



Bag tangan jenis mewah berjenama birkin adalah bag barang mewah dan keluarannya cukup ekslusif dan edisi kelurannya terhad, mengikut tempahan dari pembeli dan pemilik. Jenama bag tangan Birkin adalah barang meawah yang hanya dibeli dan dimiliki oleh orang yang kaya raya. Satu lambang kemewahan.

Dalam sidang dewan rakyat tukang cakap dewan Datuk Nazri Aziz tidak memberi jawapan berapa biji bag tangan jenama dan berapa harga sebiji tangan mewah jenama Birkin. Solan asal ditanya oleh wakil Parlimen Serdang Yb. Teo Nie Ching dalam sidang dewan rakyat.



Untuk makluman bag tangan mewah jenama Birkin diperbuat oleh Hermes dan nama bag tangan Birkin semperna nama penyanyi / pelakon Britain Jane Birkin.

Jika bag tangan Birkin milik Rosmah berharga satu sebanyak RM28,000 (harga paling rendah). Rosmah dikatakan memiliki 11 sebelas biji Birkin yang dianggarkan RM28,000 x11 biji. JADI BERAPA HARGA BAG TANGAN ROSMAH?.

Tuan dan puan jawap sendirilah, Tapi bagaimana pul kalau Rosmah memiliki BAG TANGAN MEWAH JENAM BIRKIN YANG BERHARGA RM472,000 (US150,000) DIKALI DENGAN 11 BIJI?.

Hancur hancur kalau begitu perangai Rosmah bini najib Razak. Syabas kepada Yb. TEO NIE CHING ( PARLIMEN SERDANG DARI DAP). Mengemukakan soalan bertulis yang gagal dijawap dan tidak dijawap oleh tukang cakap dewan rakyat Datuk Nazri Aziz.

Rakyat fikir fikirlah dan cuba teka berapa harga BAT TANGAN ROSMAH SEBENAR DAN BERAPA BIJI BAT TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN?

Artikel dari Tranungkite

Kalau berminat nak lihat keseluruhan gambar Bag Tangan Rosmah silalah lihat di SINI

Tiada ulasan: