Isnin, 24 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Tak baik ooo kata TPM pengecut... kahkahkah...

Posted: 24 Oct 2011 05:00 AM PDT

Guan Eng: Muhyiddin terbukti gagal 'ujian moral dan etika' jadi PM


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin "pengecut" dan "gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri" kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.

"Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan.

"Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma," kata beliau.

Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.

Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.

Jin sampai berpeluh... haha...

Posted: 24 Oct 2011 03:30 AM PDT

Umno tu sendiri dah malapetaka... kahkahkah...

Posted: 24 Oct 2011 02:00 AM PDT

Isu Aziz Bari, bahana malapetaka ciptaan Umno

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

Umno-Barisan Nasional harus diberi peringatan, bahawa mereka bukanlah tuan kepada negara Malaysia, yang sesukahati boleh menguasai dan mencorakkan semua keadaan demi survival politik Malaysia.

Kuasa yang dinikmati sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun, menjadikan Umno-BN alpa. Dengan rakusnya mereka 'mencabul kehormatan' insitusi Parlimen, kehakiman, polis dan sebagainya, sehingga majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap semua institusi ini.

Kerakusan mereka tidak terhenti di situ. Selepas semua agensi dan badan berkaitan kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik Umno-BN, kini institusi Raja hendak dicorakkan di atas kehendak Umno.

Buktinya jelas. Ada dua perbezaan yang amat ketara di antara perilaku hodoh pemimpin Umno Terengganu yang membuat demonstrasi di hadapan Istana Terengganu, yang dengan jelas menggelarkan Sultan dengan istilah 'binatang', berbanding dengan satu kenyataan umum Profesor Dr Aziz Bari terhadap Sultan Selangor.

Aziz Bari tidak menghina Sultan Selangor. Beliau tidak menggelarnya binatang seperti yang dibuat Umno Terengganu. Sebagai pakar perlembagaan dan perundangan Islam, Aziz Bari hanya mencadangkan supaya Sultan Selangor mengambil tindakan selaras dengan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam negeri, iaitu mengikuti tatacara Islam dalam menangani kes DUMC. Itu sahaja.

Adakah kenyataan Aziz Bari itu suatu penghinaan terhadap Sultan? Mengapa beliau harus disiasat polis? Mengapa SKMM menyoal siasat beliau? Dan mengapa UIA bertindak keras sehingga menggantung Aziz Bari? Apa kesalahannya?

Mengapa Umno-BN terlalu jahat untuk mengenakan tindakan tegas terhadap Aziz Bari, sedangkan kenyataannya itu hanyalah bersifat umum dan langsung tidak menjejaskan kemuliaan Sultan Selangor.

Apa yang disuarakan Aziz Bari, jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno Terengganu. Kenapa Umno Terengganu, khususnya juak-juak Dato' Seri Idris Jusoh boleh diampunkan? Umno Terengganu dan seluruh kepimpinan Umno yang merestui tindakan 'membinatangkan' Sultan, adalah penderhaka yang amat jijik dan jahat.

Kita berasa amat kesal kerana ada segelintir golongan istana, yang seolah-olah memejamkan mata dengan kejahatan Umno menghina Raja, dan bersikap keras terhadap mana-mana pihak yang cintakan keadilan, hanya kerana mereka pro-Pakatan Rakyat.

Semua institusi yang dipergunakan Umno-BN harus sedar. Kedurjanaan mereka dengan mencipta malapetaka suatu persatu hanya kerana hendak mengikut agenda Umno, untuk menyelamatkan masa depan Umno, akan dihentikan rakyat.

Kuasa rakyat yang bangkit hari ini (21 Oktober) di UIA, hanyalah permulaan daripada kebangkitan yang lebih besar. Soalnya bukan hanya Aziz Bari semata-mata, bukan hanya pencabulan kebebasan akademik yang dipertahankan, tetapi ke arah sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Kiat harus memperjuangkan kebebasan akademik, kebebasan mahasiswa bersuara dan seterusnya kita berjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ciptaan Umno yang mengongkong golongan mahasiswa sebelum ini.

Mahasiswa adalah peneraju kepada perubahan dalam negara. Ayuh bangkit bersama Pakatan Rakyat! Kita perbetulkan sistem akademik dengan mengembalikan martabat universiti dalam negara, kita rebahkan Umno-BN, agar semua institusi dan agensi kerajaan dibebaskan daripada belengu kerakusan orang politik.

Mahasiswa bangkit, negara merdeka!

Mat Mongol Bohong... kahkahkah...

Posted: 24 Oct 2011 01:00 AM PDT

PTPTN IA LAH ALONG GEROMBOLAN

ALONG GEROMBOLAN

BAJET 2012 BUKAN SEKADAR HULUR BANTUAN : NAJIB - mstar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 bukan hanya sekadar untuk menghulur bantuan seperti apa yang telah diperkatakan oleh sesetengah pihak, tetapi ia bertujuan untuk mengurangkan tahap pinjaman kerajaan, kata Najib Razak.

Dia berkata sasaran belanjawan itu adalah untuk membantu kumpulan-kumpulan yang paling memerlukan, termasuk keluarga yang berpendapatan rendah, pelajar sekolah dan pelajar tingkatan enam serta mahasiswa universiti, selain kawasan luar bandar yang berhak menerima hasil dari kekukuhan ekonomi negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

....tipuuuuuuuuu.... kah kah kah


HUTANG ALONG LAGI

40 ,000 PEMIMJAM TEGAR PTPTN DISENARAI HITAM BERMULA HARI INI

KUALA TERENGGANU 31 Jan. – Bermula esok, nama peminjam yang tidak mahu membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan di sebuah agensi rujukan kredit bagi membantu institusi kewangan menyemak status kredit peminjam PTPTN.

Sebagai permulaan, seramai 1,100 peminjam tegar PTPTN akan disenaraikan nama mereka di Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan ia bakal diikuti dengan 37,484 lagi peminjam lain jika mereka terus mengabaikan surat amaran supaya melunaskan hutang pinjaman masing-masing.

Pengerusi PTPTN, Razali Ismail yang sudah hilang sabar dengan sikap degil golongan itu berkata, tindakan tersebut adalah proses menyenarai hitam peminjam tegar yang akan memberi kesan kepada kredibiliti kewangan mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MAT MONGOL BOHONG.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA ADA UNTUK ANAK MUDA ...kah kah kah..

kah kah jkah...MANA ADA UNTUK PELAJAR MAHASISWA... kah kah kah..

woit.... YANG BANYAK BUJET UNTUK BELI SENJATA.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TAK BELI KAPAL SELAM..... BELAJAR UNIVERSITI PERCUMA...kah kah kah..

woit...KENAPA BODOH SANGAT.... BELI SENJATA... TAK BAGI PELAJARAN PERCUMA?..... kah kah jkah..

kah kah kah...KERANA BELI SENJATA BOLEH REMBAT DUIT RAKYAT..... kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN BUAT PTPTN.... kah kah kah

kah kah kah..PTPTN INI ADALAH ALONG YANG DI KENDALIKAN OLEH GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TAK BELI SENJATA..... SEMUA BOLEH BELAJAR PERCUMA...kah kah kah..

NOTA:
kenapa ini tak di bincang di parlimen?
kenapa tak lupuskan saja hutang anak muda?

gerombolan mahu hutang diteruskan
dengan ada hutang gerombolan dapat kontrol
dengan ada hutang anak muda boleh di jadikan hamba
ptptn adalah strateji untuk memerangkap anak muda

jawabnya : lawan
bila kerajaan baru ditubuhkan
hutang ptptn lupus
pembelajaran percuma

Bro TT

Ni bukan program lawak...

Posted: 24 Oct 2011 12:00 AM PDT

Biar dunia luar tahu apa yang rakyat tuntut, jangan ingat rakyat main lawak

Ini bukan fitnah, bukan lakonan, bukan program Rajalawak tapi ini tuntutan rakyat yang hingga kini kerajaan yang berkuasa masih tidak sedar diri atau pekakkan telinga apa yang rakyat mahu dalam pilihanraya. Kerajaan yang berkuasa ingat dengan bajet 2012 yang digula-gulakan kepada rakyat, rakyat akan lupa apa yang mereka mahu dalam pru 13.

Makin dituntut pembaharuan dalam pilihnaraya makin menjadi-jadi warga asing didakwa dibawa ke Putrajaya untuk dapatkan MyKad. Bila kena tekan kerajaan yang berkuasa kata warga asing dibawa naik bas express daripada Johor untuk diberi kursus dalam bidang keusahawanan! Kenyataan mengarut dan gila babi. Tuntutan rakyat cukup mudah hanya tunaikan 8 tuntutan dalam pilihanraya tapi kenapa kerajaan gerombolan takut untuk melaksanakannya? Kerajaan gerombolan jangan ingat rakyat nak main lawak dengan kerajaan.

Rakyat adalah raja sebenar dalam pilihanraya.

Pompuan ni perkara Ajaib Dunia... haha...

Posted: 23 Oct 2011 11:00 PM PDT

Video dan Gambar: Selepas Gaddafi, anaknya pulak dibunuh Pemberontak...

Posted: 23 Oct 2011 10:00 PM PDT



Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), mengesahkan seorang anak Gaddafi, Mo'tassim juga terbunuh dan mayatnya dibawa ke Misrata, barat Sirte, tempat dia dan bapanya ditangkap lapor Reuters.

Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo'tassim mati selepas kematian bapanya.

"Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki.

"Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. "Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi," kata Ibrahim.

Detik-detik sebelum Mo'tassim dipercayai "dihukum mati" oleh kumpulan penentang:

 
 
SiasahKini...

Macam tak percaya pulak Rosmah kena sabotaj... kahkahkah...

Posted: 23 Oct 2011 09:00 PM PDT

Najib disabotaj isu Aziz?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog?

Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang berkaitan dengan bidangnya.

Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan "kegemparan", walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka.

Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat "surat cinta" dan terpaksa "menutup mulut" kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran.

Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat "mati di pucuk". Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh ... bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat.

Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook.

Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri. Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya.

Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Baginya, Aziz semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz.

"Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran."

Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda.

Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca.

Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. "Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara," kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor.

Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. "Dendam" ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk "memerangkapnya".

Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain.

"Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini," kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu.

Gambar: Detik detik terakhir Gaddafi...

Posted: 23 Oct 2011 08:00 PM PDT

Detik-detik terakhir sebelum Gaddafi mati ditembak menjadi lebih jelas hari ini apabila muncul beberapa imej di saat pistol diacukan ke kepalanya. Beberapa saat selepas itu suara diktator ini tidak lagi kedengaran. Adegan seterusnya menunjukkan badannya sudah tidak bermaya dan terkulai di atas tanah. Matanya ditutup dan dia tidak lagi bernafas.

Laporan tengah malam semalam memaklumkan bahawa Majlis Peralihan Negara akan menyerahkan mayat diktator ini kepada ahli-ahli keluarganya. Rakaman dramatik yang terbaru ini menjawab beberapa misteri bagaimana punca kematian Gaddafi ketika balunya memohon siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana suaminya meninggal dunia.

Imej-imej yang muncul ini menolak dakwaan kerajaan baru Libya kononnya bekas pemimpin itu telah dibunuh tembakan curi semasa di dalam perjalanan ke hospital. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan hukuman bunuh yang penuh kegilaan ini semasa Gaddafi dikelilingi oleh pemberontak yang bersorak.

Nafas terakhir: Sepucuk pistol dihalakan ke arah Gaddafi yang berlumuran darah ketika dia diletakkan di dalam ambulans. Tidak lama kemudia dia dilihat sudah mati dihadapan khalayak ramai.

Saat kematiannya: Imej- imej ini diambil dari video yang baru dikeluarkan, Gaddafi nampaknya memegang kerongkongnya ketika pistol ditekan di kepalanya.

(Kiri)Pistol yang ditujukan ke bahu Gaddafi meningkatkan kemungkinan beliau telah ditembak di sini untuk kali pertama. (Kanan) Pistol itu kemudian ditujukan ke arah kepala diktator yang ketakutan.

Detik terakhir: Gaddafi dipalingkan untuk menghadap tanah, satu tanda jelas yang biasa dijalankan untuk mengelakkannya daripada melihat mata si pembunuh.

Terbunuh: Klip kedua yang dirakamkan di lokasi yang sama dan dengan teriakan suara di belakang kini menunjukkan Gaddafi sudah pun mati.

Gaddafi di dalam ambulans: Pemandu ambulans berkata diktator sudah mati ketika itu dan dia tidak cuba untuk memulihkan dia.

Pemandu ambulans, Ali Jaghdoun, berkata Gaddafi telah mati ketika dia melihatnya dan kemudian keluar dari bandar Misrata. 'Saya tidak cuba untuk merawatnya kerana dia sudah meninggal'.

Pemangku Perdana Menteri Mahmoud Jibril berkata hari ini bahawa siasatan ke atas siapa yang menembak Gaddafi akan diteruskan.

Dia telah memberikan pandangannya sendiri peristiwa-peristiwa yang mungkin membawa kepada kematian bekas pemimpin Libya itu.

Beliau berkata: 'Ia seolah-olah ada pertempuran di antara pasukan keselamatan Qatar Gaddafi dan pejuang kebebasan. Dia bersembunyi di sejenis saluran kumbahan. Salah seorang daripada tentera upahan dari Mauritanian telah menemuinya (Gaddafi dan memaklumkan) kepada pejuang-pejuang kebebasan yang Gaddafi bersembunyi di dalam saluran tersebut,'.

'Jadi mereka pergi ke sana membawanya keluar dan menaiki trak itu untuk membawanya ke hospital.

'Di dalam perjalanan mereka, mereka terperangkap di dalam tembak-menembak di antara pejuang-pejuang kebebasan dan pasukan keselamatan. Dia ditembak di kepala. Kami tidak tahu sama ada beliau telah ditembak oleh pejuang-pejuang kebebasan atau pasukan keselamatan.'

Kepala Gaddafi dipalingkan sedikit ke kiri. Dipercayai ia dilakukan untuk menyembunyikan lubang peluru di kepalanya.

Tubuhnya kini disimpan di dalam bilik penyejuk daging bersebelahan Mutassim, anaknya yang turut mati. Luka peluru boleh dilihat dada dan bahagian atas lengan kirinya. Seorang saksi yang melihat dari dekat dapat melihat saki-baki serbuk letupan di sekeliling luka yang sering selaras dengan keadaar ia ditembak pada jarak dekat. Pelawat diberikan topeng untuk dipakai kerana bau busuk.

Seorang tokoh kanan di kalangan pejuang-pejuang di Misrata berkata mereka dia malu dan kesal dengan cara seorang lelaki memaklumkan berita kematian Gaddafi kepada anak perempuannya, Aishah, yang menghubungi Gaddafi sejurus selepas dia ditembak.

'Aisha menelefon dan salah satu daripada pihak pemberontak menjawabnya," kata komander. Beliau berkata: "Sudah selesai. Abu Shafshufa mati''.

SiasahKini

Mai kita kira kebaikan Gaddafi...

Posted: 23 Oct 2011 07:00 PM PDT

Begitu banyak kebajikan untuk Rakyat.. Gaddafi dibunuh juga.. kenapa?

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.

Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikkan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kanapa?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

Tokey video lucah mula buat leceh...

Posted: 23 Oct 2011 06:00 PM PDT

ESKAY Mahu Campor Tangan Di Dalam Kes Liwat Pula?

Muka tokey ni sebijik macam Anwar... hihi...

SETELAH agak lama menyepikan diri, `tokeh video lucah' terkenal iaitu Eskay mula bersuara. Beliau mencadangkan kepada pihak Pendakwa kes Liwat II melibatkan DS Anwar agar menggunakan video seks hitam putihnya itu sebagai bahan bukti kes Pendakwa.

Beliau mahu pihak pendakwaan menggunakan rakaman video seks itu sebagai bukti bahawa DS Anwar tidak sakit tulang belakang sepertimana dakwaan Pakar Ortopedik German, Dr Thomas Hoogland.

Amat melucukan bagaimana video seks hitam putih yang sehingga sekarang tidak dibuktikan bahawa pelakunya adalah DS Anwar mahu dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti. Adalah lebih lojik siasatan dilakukan untuk mengenalpasti siapa pelaku di dalam video hitam putih berkenaan sebelum berfikir untuk menjadikannya sebagai bahan bukti.

Video tersebut telah disahkan asli oleh pihak Polis, tetapi sehingga kini adalah menjadi misteri siapa pelaku berperut buncit dan berambut tipis itu. Justeru itu, cadangan Eskay itu adalah satu cadangan yang tidak masuk akal langsung. Faktanya, laporan perubatan dari Pakar telah mengesahkan bahawa tulang belakang DS Anwar masih mempunyai masalah untuk melakukan aksi seperti yang dituduh oleh Saiful./wfauzdin.blogspot.com

Gaddafi dijulang dan dibuang

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

KHAMIS lalu, pemimpin Libya yang digeruni selama 40 tahun oleh Barat, Muammar Gaddafi, 69, diheret keluar dari sebuah saluran pembetung di sebatang lebuh raya enam lorong di Sirte, tempat kelahiran Gaddafi. Dia ditangkap oleh sekumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Kemudian, dalam video yang dirakam oleh seorang pejuang NTC, Gaddafi kelihatan cedera dan keliru apabila ditarik dari atas sebuah kenderaan dengan beberapa orang merentap rambutnya untuk menjatuhkan tubuhnya ke tanah.

Dalam tempoh sejam selepas diseksa, dia didapati sudah tidak bernyawa lagi.

Kisah kematiannya masih menjadi satu misteri. Bagaimanapun, keperibadian tokoh itu dianggap lebih eksentrik.

Musuh

Dilahirkan di dalam khemah puak Badwi berdekatan Sirte pada tahun 1942, Gaddafi seperti kanak-kanak lain mendapat pendidikan di sekolah Islam.

Beliau mempelajari asas-asas ketenteraan apabila memasuki Akademi Tentera Libya pada tahun 1961. Kekecewaan terhadap kepimpinan dunia Arab yang dimalukan oleh Israel menyebabkan Gaddafi mula menanam ideologi tersendiri.

Impian pegawai tentera muda itu ketika itu ialah mahu menyatukan dunia Arab dalam satu perikatan selain menyingkirkan sistem pemerintahan monarki Libya di bawah Raja Idris I.

Bersemangat bersama sekumpulan pegawai tentera muda, Gaddafi berjaya merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang mendapat rawatan di Turki dan membentuk Republik Arab Libya pada 1 September 1969.

Inspirasi beliau mengenai demokrasi, ekonomi dan sosial sebuah negara Islam mendapat pujian ramai apatah lagi ia diadaptasikan melalui buku bertajuk The Green Book yang dihasilkan Gaddafi pada tahun 1975.

Cetusan ideanya dengan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh ketat selain membentuk Republik Arab Libya cukup memikat.

Malah, ia menjadi satu ideologi unik yang berjaya menyatukan penduduk Libya yang berpuak-puak sebelum itu.

Gaddafi juga pernah menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen Penyatuan Afrika.

DI benua Afrika, Gaddafi ibarat seorang raja.

"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.

Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika.

Salah satu sumbangan terbesar Gaddafi kepada negaranya ialah usahanya membina 'sungai buatan' bertujuan menyalurkan air bawah tanah ke seluruh negara Libya yang tandus itu. Malah bagi rakyat Libya, projek yang dikenali sebagai Great Man-Made River Project itu merupakan Keajaiban Kelapan Dunia.

Pembaharuan

Gaddafi menggunakan kepintaran dan kekayaan negara itu untuk mengairi kawasan tandus berkenaan.

Bagi mengatasi masalah mendapatkan air bersih buat seluruh warga Libya, pembinaan paip air gergasi itu dimulakan pada Ogos 1984 di Brega.

Libya tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk membina projek besar itu. Tetapi atas kekayaan hasil minyak, Gaddafi menjemput kepakaran luar untuk membantunya termasuklah dari Korea Selatan, Turki, Jerman, Filipina dan Britain.

Pada September 1993, lengkaplah pembinaan fasa pertama projek itu yang bermula dari timur di Sarir dan Tazerbo hinggalah ke Benghazi. Tiga tahun kemudian usaha menyalurkan air dari Tripoli ke barat iaitu di Jebel Hassouna siap.

Menyingkap sejarah lalu, air bawah tanah Libya itu ditemui secara tidak sengaja ketika usaha mencari telaga minyak baharu pada tahun 1953.

Daripada analisis radio karbon, sumber air fosil itu dianggarkan berusia kira-kira 40,000 tahun.

Kini, usaha itu membuahkan hasil apabila kira-kira 1,300 kilometer persegi tanah disalurkan dengan air untuk perladangan. Sebahagian tanaman itu adalah untuk makanan di dalam negara.

Tetapi bagi ladang-ladang besar yang mendapat bekalan air itu, ia ditanam dengan gandum, oat, jagung dan barli. Semua tanaman itu perlu diimport sebelum ini.

DI sebalik sisi eksentriknya, kehadiran Gaddafi begitu dirasai pemimpin dunia lain.

Kini, paip sepanjang 5,000 kilometar (km) itu boleh menyalurkan sebanyak 6.5 juta meter padu air sehari ke lebih 1,000 kawasan padang pasir.

Bagaimanapun, kekejaman Gaddafi semasa berkuasa menyebabkan rakyat Libya menentang beliau. Sejak berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.

Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam kemudian. Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.

Malah, kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika.

Tetapi, apabila menerima tekanan dunia berikutan insiden pengeboman pesawat Pan Am Flight 103 yang membunuh 270 orang pada tahun 1988 di Lockerbie, Scotland, nada keras Kolonel Gaddafi tidak sekuat dahulu terhadap dunia Barat.

Gaddafi mula cenderung kepada sekularisme dan tidak lagi pro-Islamik.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan pernah menggelar lelaki itu anjing gila dari Timur Tengah, manakala Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry menggelarkannya sebagai lelaki dengan dua personaliti, tetapi kedua-duanya adalah jahat.

TEMBAKAN di dada dan kepala menyebabkan kematian pantas Gaddafi.

Dengan riak wajah yang bengis diiringi renungan tajam yang menggerunkan, gelaran-gelaran tersebut hakikatnya bukanlah asing untuk Gaddafi.

Walaupun The Green Book memperlihatkan perjuangan Gaddafi sebagai seorang pemimpin Islam, tetapi retorik keagamaan yang dibawa Gaddafi sukar dibendung kerana sifat penyalahgunaan kuasa, kekejaman, mengumpul kemewahan dan kaki perempuan semakin terserlah.

Kemuncak kepada kemarahan rakyat ialah apabila pada saat rakyatnya hidup dalam kemiskinan kerana kadar pengangguran yang tinggi, Gaddafi didapati memiliki harta berjumlah AS$60 bilion (RM182.64 bilion)

Akhirnya, selepas memerintah Libya lebih empat dekad beliau dibunuh oleh rakyatnya sendiri. - Kosmo

Khasiat Habbatus Sauda

Posted: 23 Oct 2011 03:30 PM PDT

MOHD HANYZAN AL MUARI

Kadangkala ia digelar sebagai "bijirin hitam" atau "jintan hitam".

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin", yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:

i. Ia bertindak menghilangkan bengkak.

ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.

iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.

iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.

v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,

vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,

vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."

Mayat Gaddafi dipamer di pasar raya, langsung tak dihormati...

Posted: 23 Oct 2011 12:00 PM PDT

JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.

MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.

Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.

NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.

Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.

Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.

Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.

ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.

"Tiada pembedahan autopsi keatas jenazahnya akan dilakukan hari ini (semalam) atau pada mana-mana hari," kata jurucakap majlis tentera Misrata, Fathi al-Bashaagha.

Sementara itu, NTC mengeluarkan kenyataan bahawa satu pentadbiran sementara akan ditubuhkan dalam masa sebulan. Rakyat Libya pula akan memilih pentadbiran baru dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi.

NTC akan mengisytiharkan pembebasan Libya di bandar Benghazi, timur Libya hari ini untuk membuka laluan kepada usaha-usaha mengubah negara yang kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara demokrasi. - Agensi

Tiada ulasan: