Rabu, 5 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Terowong MRT dilencong bagi elak rumah VIP

Posted: 05 Oct 2011 07:56 AM PDT

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam pelarasan semula terowong Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan.

NONEAhli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi  Parlimen hari ini. Dakwanya, rumah mewah kepunyaan orang kenamaan berkenaan, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan"."Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan," katanay.Beliau kemudian menunjukkan kepada pihak media, salinan plan terowong yang dibuat sebelum dan selepas arahan berkenaan dikeluarkan.

mrt tunnel alignment 051011 vip houseMenurutnya lagi, arahan supaya laluan itu dilencongkan dikeluarkan meskipun kerja-kerja sudah dijalankan. Kontraktor dikatakan diarah supaya mengubah laluan terowwong daripada menghampiri hartanah di sekitar Jalan Damansara dan sekitar Jalan Duta.

"Kerajaan mesti menjelaskan hiprokrasi dan sikap dwi-standard ," kata Pua.Pua berkata hartanah lain yang juga sepatutnya diambil-alih oleh Spad kerana terowong MRT itu akan melalui di bawah bangunan di Jalan Bukit Bintang, Taman Tun Dr Ismail dan kawasan warisan Jalan Sultan

Penghakiman burukkan Anwar diarah dikeluarkan'

Posted: 04 Oct 2011 11:00 PM PDT

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan sebahagian daripada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dianggap memburuk-burukkan ahli politik dan peguamnya  berhubung perbicaraan liwat II.

azlanBagaimanapun, panel tiga anggota hakim itu menolak permohonan peguam Karpal Singh agar perkataan 'keputusan' di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman dikaji semula tafsirannya.

Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin juga menolak permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk  Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes berkenaan.

Dua hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.

Hakim Zulkefli , dalam mengumumkan keputusan sebulat suara itu berkata mereka mendapati bahawa tidak menjadi satu kesalahan bagi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak meneliti bahagian-bahagian tertentu merit kes itu "demi kesempurnaan".

Bagaimanapun mahkamah mengarahkan empat perenggan - 6, 15, 18 dan 75 - dikeluarkan daripada rekod penghakiman itu.

"Kami memutuskan perkara itu adalah ofensif dan memburuk-burukkan tertuduh dan juga peguambelanya".

NONEAnwar, 63, telah mengadu bahawa Hakim Abdul Malik (kanan) dalam penghakimannya berhubung kenyataan ketua pembangkang itu dari kandang tertuduh - apabila membela dirinya - bahawa pelbagai permohonan dibuat dengan tujuan melengahkan perbicaraan.

Karpal dalam hujahnya hari ini berkata penghakiman Abdul Malik bertujuan untuk memuaskan pemimpin politik yang menaunginya.

Beliau berkata tidak ada asas bagi kenyataan itu kerana merit rayuan tidak didengar di Mahkamah Rayuan ketika membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan.

Jelitawan MCA: Benar atau sekadar opera Cina?

Posted: 04 Oct 2011 05:45 PM PDT

Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

mca youth agm 011011 05Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas.

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Posted: 04 Oct 2011 10:22 AM PDT

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan

Tiada ulasan: