Rabu, 26 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tahajud bersama Ulil-Amr ....

Posted: 26 Oct 2011 09:30 AM PDT

Majlis Solat Tahajud bersama ulul-amri malam tadi berjaya mendapat sambutan orang ramai walaupun pihak penganjur tidak sempat menghebohkan kepada ramai.

Pihak penganjur, Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat memohon ampun maaf kerana tidak sempat membuat poster atau banner seperti majlis Sembahyang Dhuha tempohari kerana peruntukan tersebut telah habis dibelanjakan.

Walaupun begitu, beliau menyatakan syukur kerana sekitar 80 ribu yang menyertai majlis solat Tahajud tersebut.

Bila ditanyakan siapakah Imam solat tahajud pada malam itu, beliau enggan mendedahkannya dan cuma berkata, : "Biarlah Allah sahaja yang tahu..."Imam itu enggan dikenali ramai kerana ingin mengekalkan sikap uzlah dan tawadhu'nya kepada Allah.

Majlis Solat Tahajud itu dianggap berjaya walaupun jumlah hadirin yang datang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 1Juta Ummat.

Kalau benar-benar malu sebagai seorang Melayu dan seorang Islam , jadilah katak sebenar!

Posted: 26 Oct 2011 07:00 AM PDT

Presiden PERKOSA, Ibrahim Ali al-Kataki telah menyuarakan rasa malu atas kehadiran hanya sekitar 5,000 orang pada petang Sabtu 22 Oktober lalu di Stadium Shah Alam .

Saya malu sebagai seorang Melayu dan seorang Islam. Di manakah orang Melayu kita? Katanya di sini

Sepatutnya siKatak ini patut lebih malu sebagai seorang Presiden Perkasa. Beliau sepatutnya memecat dirinya sendiri kerana gagal mengarah ahli-ahlinya yang dikatakan seramai 300,000 orang jumlahnyaitu.

Dan amat memalukan lagi apabila Perkasa melantik Zulbabwe sebagai Naib Presidennya yang baru waima Zulbabwe ini belum pun lagi mengisi borang keahlian PERKOSA!

Kalau hanya separuh ahli PERKOSA hadir pada perhimpunan tersebut, tentu stadium yang boleh memuatkan 100,000 itu penuh sesak dan Katak ini bolehlah berbangga dan bolehlah ugut mereka yang " anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional"

Kalau benar-benar malu sebagai seorang Melayu dan seorang Islam , masuklah dalam longkang dan terus menjadi katak sebenar!

Ropa-ropanya Natang tu yang kena tangkap basah!

Posted: 26 Oct 2011 06:02 AM PDT

Aku ingat Uzt Azizan MB Kedah yang kena tangkap basah seperti yang yang dihebohkan.Patutlah blog Pro Umno senyap sepi tentang isu ini.Ropa-ropanya MB dari kalangan Umno!

Alhamdulillah, skandal tersebut tidak melibatkan mana-mana Menteri Besar Pakatan Rakyat.Tetapi aku terserempak dengan cerita berkaitan Natang ini kat sini!

Hasan Ali dilantik Naib Presiden Perkosa?

Posted: 26 Oct 2011 04:17 AM PDT

Belum lagi. PAS tetap masih memerlukan dia. Tetapi tiada siapa yang tahu bila masanya akan tiba.Suatu hari nanti mungkin dia akan melangkah keluar PAS masuk PERKOSA atas nama aqidah.Harap ianya tidak akan berlaku.

Tetapi seperti mana sekarang ini, siapa akan sangka orang buangan PKR , Zulbabwe hari ini dilantik sebagai naib presiden PERKOSA yang baru.

Tiada siapa yang tahu bila masanya Zulbabwe ini menjadi ahli PERKOSA yang didakwa mempunyai 300,000 keahlian. Klik sini

Bila Sang Katak Menggelembungkan dirinya ....

Posted: 26 Oct 2011 01:26 AM PDT


Pakar Lompat Katak sambil baring, Ibrahim Ali, lebih baik mempastikan kedudukannya dahulu Parlimen Tanah Merah sebelum cuba menentukan nasib calon dan parti yang menurut pendapatnya telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.

Katak tersebut pastinya merujuk kepada PAS dan PKR yang tidak bersama dalam HIMPUN baru-baru ini.Tetapi sejak bila pula PERKOSA , sebagaimana orang ramai maklum, rata-rata dianggotai bajingan Umno, pernah menyokong PAS atau PKR?

Katak itu berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan 'kesalahan' itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

Nampak tidak? 300 ribu ahli PERKOSA bersama Pengerusinya?

Alahai, kalau benar sebanyak itu ahli PERKOSA, sudah tentu penuh sesak HIMPUN di stadium tempohari!Beginilah perangai katak – suka menggelumbungkan dirinya untuk menakut-nakutkan orang lain!

Katak tu kata lagi, "MCA dan Gerakan tidak akan menang sebarang kerusi tanpa undi orang Melayu dan menggesa mereka berkawan dengan Perkasa." – dia sebenarnya mahu cuba meraih undi orang-orang Cina supaya mengundinya sekiranya dia bertanding di Parlimen Tanah Merah Kelantan sekali lagi….

Alahai Katak, risau pasal apa, 300 juta ahli PERKOSA kan ada untuk mengundi kamu.Hantar saja mesej kepada mereka!

Najib Nafi Kenal Altantuya - Penafian sahaja tidak cukup kata Muhyiddin

Posted: 25 Oct 2011 09:25 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan penipuan yang disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno.Namun di sebalik semua bukti yang menyangkal dan menangkis tuduhan-tuduhan berniat jahat dan tidak berasas, termasuk penafian Pengetua sekolah SMK Heng Ee, Encik Goh Boon Poh, pihak menyibarkan fitnah tersebut gagal membuktikan dakwaan mereka.

Sehingga kini blog pro Umno yang memulakan isu ini gagal mengemukakan murid perempuan yang terlibat

Pengetua sekolah terlibat, Goh Boon Poh menyatakan beliau terkejut dengan dakwaan-dakwaan kononnya anak Lim Guan Eng telah melakukan gangguan seksual keatas seorang pelajar perempuan sekolah itu dan telah dibuang sekolah .Beliau menyifatkan berita tersebut satu pembohongan terang-terangan dan sama sekali tidak benar.

Tetapi TPM Muhyiddin Yassin nampaknya tidak tahu apa yang benar. Takkanlah seorang Perdana Menteri Malaysia begitu bangang bangat!

Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin bila-bila masa boleh mendapatkan maklumat yang sahih dengan mengarahkan pegawainya menyiasat Guru Besar tersebut sama ada dia bercakap benar atau tidak.

Tetapi Muhyiddin lebih mempercayai fitnah yang ditaburkan oleh blog pencacai Umno lalu mengeluarkan kenyataan yang bangang... "Penafian adalah tidak mencukupi".

Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya.

Kenapa Muhyiddin tidak membuat kenyataan yang sama dalam isu pembunuhan Altantuya? PM Najib dan Rosmah telah menafikan penglibatan mereka dalam isu pembunuhan tersebut. Kenapa Muhyiddin tidak menyatakan "Penafian adalah tidak mencukupi" dan menggesa PM Najib melaporkan kepada polis untuk menyiasat dan bersihkan namanya?

DAP Gadai tanah orang Melayu di Perak

Posted: 25 Oct 2011 06:29 PM PDT

Lapuran SPRM terhadap kelulusan tanah 68,503 ekar oleh Zambry‏

Kenyataan Akhbar

Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ini saya akan pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di Ipoh untuk membuat lapuran terhadap Kerajaan BN Negeri Perak yang di pimpin oleh Dato' Seri Zambry Bin Abdul Kadir.

Saya telah menerima maklumat yang kukuh bahawa Kerajaan BN Perak yang dipimpin oleh Dato' Seri Zambry Bin Abdul Kadir telah meluluskan tanah-tanah berikut sejak 2009 hingga Julai 2011.

(i) Kuari
(a) Keluasan : 528.5582 ekar
(b) Premium : RM7,099,250.00

(ii) Lombong
(a) Keluasan : 4,502.965 ekar
(b) Premium : RM297,357.00

(iii) Skim Perumahan
(a) Keluasan : 2,910.61 ekar
(a) Premium : RM123,534,786.00

(iv) Skim Industri/Pertanian
(a) Keluasan : 60,561.73 ekar
(a) Premium : RM22,696,910.00

Saya telah berkali-kali dalam Dewan Undang Negeri dan melalui media meminta Dato' Seri Zambry untuk mengumumkan dan menyenaraikan nama-nama penerima-penerima tanah-tanah tersebut tetapi beliau telah enggan berbuat demikian.

Saya mensyaki ada penyelewengan yang berlaku terutamanya tanah industri/pertanian yang diluluskan dengan harga lebih kurang RM375 seekar sahaja. Harga pasaran seekar tanah dinegeri Perak sekarang adalah sekurang-kurangnya RM20,000 seekar. Ini bermaksud jika 60,561.75 ekar dijual secara lelong terbuka Kerajaan Negeri Perak akan menerima wang sekurang-kurangnya RM1.2 billion.

Pada 17/10/2011 Dato' Seri Zambry telah melalui satu kenyataan media telah menjelaskan bahawa tanah-tanah yang diluluskan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIP), Sekolah SUWA, Yayasan Perak dan agensi-agensi dan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri dengan kadar nominal. Saya percaya jumlah tanah yang diluluskan kepada organisasi, agensi dan anak-anak syarikat tersebut merupakan sebahagian kecil daripada tanah-tanah tersebut yang telah diluluskan.

Demi kelulusan dan untuk memastikan bahawa tidak ada salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah saya hari ini membuat lapuran kepada SPRM.

Saya akan membekalkan bukti kukuh bahawa tanah-tanah yang tersebut di atas sememangnya telah diluluskan oleh Kerajaan BN sejak rampasan kuasa yang dilakukannya pada 6hb Februari 2009.

Bertarikh 21 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.


YB NGEH KOO HAM
AHLI PARLIMEN BERUAS & ADUN SITIAWAN

Tiada ulasan: