Rabu, 26 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rahim Noor samakan gerakan hak asasi dengan komunis, umpama ‘agama baru’

Posted: 26 Oct 2011 04:52 AM PDT

TERKINI


KUALA LUMPUR— Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

"Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme," kata Rahim (gambar) ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai "agama baru", Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai "laman spiritual" mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

"Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia," kata bekas pemimpin PDRM ini, yang menjadi tumpuan di sebalik isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Rahim, antara pemimpin kanan PDRM yang telah memainkan peranan dalam membawa kepada perjanjian damai 1988 antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) berkata, ramai pemimpin Melayu sayap kiri ketika era pasca-Perang Dunia Kedua terpedaya dengan aliran komunis kerana menjangkakan mereka akan menjaga kepentingan pihaknya tetapi akhirnya sedar mereka telah dipergunakan.

Ketika itu Rahim merupakan pengarah Bahagian Cawangan Khas PDRM.

Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah ahli perniagaan "Datuk T" Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mengaku mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Anwar akhir Mac lalu.

Piala Malaysia: Harga RM50 kekal, FAM tak layan desakan

Posted: 26 Oct 2011 04:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya dipetik Bernama Online.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal.

Ketika menggesa demikian semalam, Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.

Para penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.

Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan.

"Rata-rata penyokong bukannya dari golongan berada dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami," kata beliau.

Wan Mohd Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana prihatin memberi subsidi 30,000 tiket dengan harga RM25, namun jumlah tersebut masih belum mencukupi.

Pada musim lepas, harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk "grandstand".

Negara berkebajikan bukti PAS bela semua kaum

Posted: 26 Oct 2011 04:04 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat negara ini diseru menyertai kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, masa kepada politik perkauman di negara ini sudah berakhir.

Menurut beliau, sebaliknya, seluruh rakyat negara ini mesti dikenali sebagai rakyat Malaysia dan bukan lagi dari latar belakang kaum dan agama.

Katanya, sejajar dengan itu, PAS yang ditubuhkan sejak 60 tahun lalu sudah lama mengamalkan konsep menghormati antara satu sama lain demi kemanusiaan.

"Sehubungan itulah, PAS tidak mengira kaum atau agama dalam memberikan sumbangan, apatah lagi dengan konsep negara berkebajikan menjadikan PAS lebih bersungguh-sungguh membela semua kaum," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Barit Buntar mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada para penganut agama Hindu di negara ini.

"Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk penganut Hindu semoga sambutan cahaya ini menyinari usaha perubahan yang kita lakukan," katanya.

Kelmarin, beliau turut menghadiri satu program sumbangan kepada fakir miskin bagi kaum India yang berlangsung di Telok Intan.

Program anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS Kawasan Telok Intan itu membabitkan sumbangan kepada 240 orang fakir miskin di kawasan itu.

Turut hadir pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Annuar Sudin yang turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terbabit dan Pengerusi DHPP Kawasan, Archaran Singh.

Sementara itu, Archaran dalam ucapannya mengharapkan program tersebut akan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang.

Masyarakat India masih tercicir

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu.

Beliau bagaimanapun kesal kerana sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir.

"Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati.

"Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya," katanya.

Dalam konteks ini, katanya masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat negara menjadi tidak seimbang.

Ujarnya, inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan dan PKR tidak memandang sambil lewa hal itu.

"Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura," ujarnya.

Jadikan laporan audit KPI tolak BN

Posted: 26 Oct 2011 04:03 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS menggesa rakyat di negara ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.

"Di sebalik pembentangan Bajet 'gula-gula' pilihan raya 2012, yang dianggap ramai sebagai bajet rakyat kerana banyak peruntukan 'one off' untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya.

"Tidak hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempo hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan bahawa RM 160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap sementara peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan.

Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar pula mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar.

Antaranya komputer riba dan pencetak dibeli dengan harga RM 11,845 berbanding pasaran RM3,428 iaitu 246% lebih mahal, LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran RM 2,182 iaitu 638% lebih mahal, Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 iaitu 478% lebih mahal, Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827, 1893% lebih mahal, Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940, 2805 % lebih mahal, Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM,1561, 177% lebih mahal.

Majlis Sukan Negara pula mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta.

Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73 291 orang petani.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini.

Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

Selain itu, terdapat 8 Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan ialah RM 630.45 Juta.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata kesemua fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan kepincangan kerajaan dan ternyata saban tahun negara ditadbir oleh pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten.

"Amalan boros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari ini. Harta rakyat seumpama harta 'mak bapak' mereka yang boleh diagih sesuka hati mereka.

"Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat mentadbir negara," tegasnya.

Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0

Posted: 26 Oct 2011 04:01 AM PDT

Khaulah Azwar


GOMBAK: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan larangan daripada pihak keselamatan universiti.

Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam tadi.

Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Mohd Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.

"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya.

Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara

Posted: 26 Oct 2011 04:01 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan.

"Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus.

Ini, katanya kerana budaya kerja Umno BN telah membarah dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme walaupun telah ditegur oleh Ketua Audit Negara tahun-tahun sebelum ini.

Selain itu, ujarnya disebabkan kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat juga memberi kesan terhadap syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan yang mana 19 daripada 47 syarikat mengalami kerugian pada tahun 2009.

Jumlah kerugian bernilai RM0.71 billion iaitu penurunan RM3.83 billion berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 billion pada tahun 2008.

Terbaru, sebuah badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.

Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

Justeru, kata Sany, pihaknya meminta supaya pihak kerajaan menghentikan amalan pengurusan yang tidak berhemah dan boros dalam berbelanja.

Ini kerana, ujarnya akan menyebabkan negara menanggung hutang yang banyak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang tersebut melainkan dengan membebankan rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah.

Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia keseluruhannya supaya menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum yang akan datang kerana Umno BN terbukti gagal di dalam mengurus kewangan negara, mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

"Tolak BN untuk selamatkan Malaysia," serunya.

Rumah terbuka Kejahatan di Batu Caves

Posted: 26 Oct 2011 03:53 AM PDT

P Dinesh, Malaysia Chronicle


Deepavali atau Diwali disambut meriah oleh penganut Hindu sebagai tanda kemenangan kebaikkan terhadap kejahatan. Namun, ironisnya, MIC akan mengadakan rumah terbuka Deepavali di satu kawasan lapang kuil Batu Caves. Ini satu yang mengundang kemarahan kerana apakah yang diwakili MIC selain dari kejahatan?

Rasuah, rompakan, penipuan dan samseng secara sejagatnya adalah kejahatan. Tapi inilah yang telah dipersembahkan oleh MIC sepanjang kewujudannya terutama sekali sejak 30 tahun kebelakangan ini.

Lebih malang, MIC adalah pakar dalam hal-hal merompak orang bangsanya sendiri. Di dalam situasi seperti ini, yang mana bantuan yang hendak diberikan kepada masyarakat India akan melalui MIC. Kalau ada pun yang tinggal, Cuma sedikit untuk golongan miskin, selebihnya entah kemana.

Ketika rumah kos rendah diperuntukkan kepada masyarakat India, tidak boleh dielakkan yang inaya akan terlepas ke tangan pengerusi cawangan ataupun saudara-maranya. Inilah yang berlaku setiap hari di mana tirani kecil memperlakukan masyarakat India selama beberapa dekad. Namun masih ada yang lebih malang lagi.

Rakus melihat wang

Tidak cukup melarikan dana untuk masyarakat India, Samy Vellu melancarkan rancangan besarnya di dalam bentuk Maika, satu pembohongan sejak hari pertama lagi, mengasingkan duit penat bekerja orang India jauh dari poket mereka. Kebanyakkan mereka tidak melihat ke mana wang mereka hilang. Ia telah menjadi tabung duit Samy di mana dia akan mengorek tabung itu jika dia memerlukan dana.

Pihak pengurusan Maika dipilih bukan untuk satu perniagaan tetapi lebih sebagai pak turut. Kesemua ahli keluarga Samy hidup bernaung di bawah Maika, membayar gaji sendiri dan keistimewaan lain seperti pembayaran kad kredit mereka, hutang pinjaman kereta, bil bulanan telefon dan apa-apa sahaja.

Pastilah tidak siasatan dilakukan terhadap penyelewengan dana rakyat ini oleh mana-mana badan penguatkuasa Malaysia yang sentiasa memilih bulu. Mereka menoleh ke arah lain, semantara Samy, rakan-rakan dan sanak-saudara membolot kesemuanya seperti seekor haiwan rakus terjumpa sampah.

Mimpi indah turut diganggu

Akhirnya, sudah tentulah, duit itu menjadi susut. Jadi Samy pun mendapat satu lagi idea baru – Kolej AIMST. Demi meyakinkan masyarakat India untuk menunjukkan dompet mereka, Samy memainkan watak di mana semua ibu-bapa orang India akan terkesan – harapan melihat anak mereka menjadi doktor.

Bagaimana ibu-bapa orang India boleh taksub dengan harapan yang anak mereka menjadi doktor ini tidak pula diketahui asalnya. Mungkin nanti akan ada ahli antropologi yang boleh merumus kejadian ini. Cukup dikatakan ia melibatkan jutaan ringgit, semuanya dalam bentuk wang ringgit yang Samy dan rakan-rakan idamkan.

Dan siapa para pembantu kanan Samy waktu itu? Palanivel, Subramaniam. Kedua-dua mereka sekarang menjadi Menteri. Saravanan, Devamany, Sothinathan, Murugesan dan ramai lagi. Semua mereka dilihat mempunyai watak Samy. Masih memuji dan menyanjung Samy. Mereka inilah barisan terkini para pemimpin MIC.

Tidak berminat berjuang untuk rakyat

Masyarakat India sudah lama disisihkan, ditinggalkan jauh dibelakang dan dipijak-pijak kerana keluar dan masuk yang terjadi di dalam MIC. Rasuah di dalam MIC sangat sistemik dan tidak terhad pada mana-mana individu sahaja. Setiap daripada mereka mahukan sesuatu, kontrek, jawatan ataupun projek picisan. Dan mereka akan berusaha keras untuk mendapatkannya.

Mereka ini tidak ada waktu atau berminat untuk 'berjuang' demi rakyat terutama masyarakat India sendiri. Selain sekarung beras atau sekeping duit RM50 yang diberikan menjelang pilihanraya, tiada apa yang lagi yang mampu di kenang tentang MIC. Bagi masyakarat India, mitologi sesuai bersekedah ala MIC ini ialah Asuras.

Ia akan menjadi sesuatu yang menyesakkan bila mereka berada di kawasan lapang kuil itu sempena perayaan menyambut kemenangan kebaikkan terhadap kejahatan, kerana mereka sudah tentulah kejahatan.

Tempat sesuai untuk rumah terbuka MIC ialah satu kawasan perkuburan, dikelilingi dengan jembalang dan penghisap darah (pisase). - Malaysia Chronicle

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris: Siapa salah tanggapan?

Posted: 26 Oct 2011 03:35 AM PDT

Feizrul Nor Nurbi


Saya membaca dengan penuh minat perdebatan berkenaan PPSMI seperti yang tertulis dalam kebanyakan akhbar di bahagian 'Surat untuk Editor'. Barangkali agak tidak sesuai saya memanggilnya perdebatan kerana cuma hujah sebelah pihak yang kelihatan iaitu daripada penyokong PPSMI.

Izinkan saya memberi pandangan yang bertentangan.

Daripada apa saya dapat dengan membaca pelbagai artikel, surat dan pesanan pendek (SMS) yang menceritakan kebaikan PPSMI, saya boleh rumuskan penyokong-penyokong dasar ini menyokong di atas DUA hujah utama, iaitu –

SATU – penurunan taraf Bahasa Inggeris di kalangan graduan dalam negara ini yang memberi kesan terhadap kebolehan mereka diterima bekerja di dunia yang mana Bahasa Inggeris merupakan de facto lingua franca, dan DUA – kebarangkalian ditinggalkan dalam bidang Sains dan Matematik kerana kurangnya bahan rujukan dalam Bahasa Melayu yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris.

Pertamanya, keluhan di atas pembatalan dasar ini mengejutkan saya. Ianya mengejutkan kerana ibu bapa yang berusaha menunjukkan mereka sebagai 'wakil SEMUA ibu bapa di Malaysia' bekerja keras untuk mempertahankan kepentingan negara, sebenarnya sudah salah tanggapan.

Kenapa saya berkata begini?

Pandangan jujur saya ialah untuk menjadi fasih dalam Bahasa Inggeris, seseorang itu harus belajar Bahasa Inggeris – mudah dan jelas.

Saya datang dari zaman di mana guru Bahasa Inggeris saya membuat bahasa itu sesuatu yang seronok untuk dipelajari, di mana interaksi dan komunikasi dalam bahasa itu adalah tatacaranya melalui 'Speaker's Corners' dan perdebatan sambil mempelajari keindahan bahasa itu melaui tontonan TV, khususnya rancangan "X-Files" yang popular satu waktu dulu.

Di mana kami membaca berbagai-bagai buku dan menulis artikel, di mana pesta buku ditunggu-tunggu dan hari penulisan dan surat kami diterbitkan didalam akhbar dan majalah Bahasa Inggeris sangatlah dihargai.

Kami menghabiskan berjam-jam bertutur dengan pelajar dan guru, di mana bercakap dan meyuarakan pendapat melalui bahasa itu sangatlah dijangkakan. Berada dalam sekolah berasrama turut membantu di mana terdapat satu hari dalam seminggu kami hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris atau akan didenda oleh pengawas.

Semua pengalaman ini telah menjadikan saya dan teman-teman fasih dalam Bahasa Inggeris.

Dengan menganalisa ini, adalah penting untuk diambil kira bahawa kunci kejayaan dengan bahasa terletak pada kualiti orang yang membimbing. Tidak saya nafikan bahawa kami bernasib baik dalam soal itu. Dan untuk itu saya amat bersyukur.

Inilah sebabnya saya berkata penyokong-penyokong PPSMI sudah tersalah anggap – di sebalik memaksa kerajaan untuk membaik pulih kualiti pengajaran Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran, mereka memaksa untuk mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran yang begitu teknikal. Dan dalam pada masa yang sama, mempunyai kualiti Bahasa Inggeris yang boleh dipersoalkan.

Saya percaya adalah hak rakyat untuk mendesak sistem pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak kita. Apa yang kita ada sekarang jelaslah kurang standar, dinilai oleh rungutan majikan-majikan berkenaan kualiti para graduan apabila bertutur dalam bahasa itu.

Oleh itu kita patut mendesak. Mendesak untuk melihat kembali bagaimana Bahasa Inggeris diajar di dalam kelas. Mendesak para guru yang diletakkan mempunyai kelulusan dan mereka sendiri fasih dalam bahasa itu. Mendesak untuk mengambil orang yang mempunyai keghairahan dalam mengajar dengan menaiktarafkan kerjaya perguruan ke paras terhormat yang sepatutnya.

Tetapi mereka yang melawan untuk PPSMI dan memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak relevan, hanya pada akhirnya akan membuat kerajaan terlepas begitu sahaja.

Tidak relevan? Saya tetap dengan pendirian saya – belajar Bahasa Inggeris untuk mahir Bahasa Inggeris.

Macam mana dengan mempelajari dua mata pelajaran yang sangat teknikal dalam Sains dan Matematik boleh meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar dalam bahasa itu?

Dengan mengikut langkah PPSMI, kita akan mendapat pelajar-pelajar yang boleh mengeluarkan istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan mudah, tetapi bersusah payah untuk menyusun perkataan kepada satu ayat dan menggunakannya dalam pertuturan.

Walaupun ada pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua subjek itu di zaman PPSMI, ia adalah kerana mereka sudah pun fasih dalam Bahasa Inggeris SEBELUM mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa itu. Kerana inilah mereka berjaya, dan bukannya mereka menjadi fasih disebabkan oleh PPSMI.

Mereka yang membela PPSMI kebanyakan daripada penduduk kota yang perpendidikan tinggi dan berpertuturan Bahasa Inggeris yang sekurang-kurangya dalam golongan kelas pertengahan. Mereka ini, yang banyak menimbulkan keriuhan dan rungutan berkenaan perubahan dasar itu, adalah mereka yang berupaya menyediakan anak-anak mereka secukupnya dengan menghantar mereka ke tadika-tadika berbahasa Inggeris dan mereka sendiri bertutur dalam bahasa itu di rumah mereka. Maka tidak mengejutkanlah apabila murid-murid daripada keluarga-keluarga ini sudah pun mempunyai kemahiran untuk mengharungi PPSMI.

Sementara saya tidak memperkecilkan usaha mereka mensiap-sediakan anak-anak mereka, fikirkanlah sejenak kepada ibu bapa yang tidak mampu untuk memberi persediaan yang sama untuk anak-anak mereka. Sya bercakap tentang mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, yang tinggal di kampung-kampung, keluarga yang tidak pernah menyebut satu perkataan Bahasa Inggeris pun sepanjang hidup mereka.

Dan untuk mengharapkan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan mempelajari bukan satu, tetapi tiga subjek dalam Bahasa Inggeris? Itu kejam!

Oleh itu, tolonglah jangan cuma mementingkan diri sendiri.

Dan kata-kata mengenai kita ketinggalan dalam bidang Sains dan Matematik disebabkan oleh kurang kemahiran dalam Bahasa Inggeris?

Saya kata – jika dan bila Bahasa Inggeris bukanlah satu masalah lagi, maka hanya langitlah yang menjadi sempadan. Apabila kebolehan dan kekuatan itu tinggi, mempelajari dan memahiri apa-apa subjek di mana bahasa instruksinya adalh Bahasa Inggeris akan menjadi mudah.

Maka, tuan-tuan dan puan-puan dari PAGE dan sebagainya, tuntut apa hak kamu. Salurkan usaha-usaha terhadap mendesak kerajaan menyediakan apa yang sepatutnya mereka sediakan, dan bukan terhadap perletakan semula dasar yang tidak kemas dalam penubuhannya dan sembarangan dalam perlaksanaannya.

Seorang penyokong yang berbincang dengan saya berkata apabila yang terbaik tidak terjangkau, maka akur dengan pilihan yang kurang baik harus dilakukan.

Biar saya beritahu kamu ini – PPSMI bukan satu pilihan yang patut dipertimbangkan pun. Kenapa akur apabila kita sebagai rakyat layak mendapat sesuatu yang lebih baik. Sememangnya kita layak mendapat yang lebih baik.

Akur adalah untuk orang yang kalah. Saya percaya PAGE dan penyokong-penyokong lain tidak melihat mereka sendiri sebagai orang yang kalah.

Lawan demi perjuangan anda, jerit sekuat hati, tetapi rakyat sekalian, jangan biarkan hak kamu dirampas dan digantika dengan sesuatu yang kurang standar, tiada isi, dan mengelirukan.

Bola di gelanggang ANDA.

- Feizul Nor Nurbi adalah pembaca Malaysia Chronicle

Kepincangan Laporan Ketua Audit

Posted: 26 Oct 2011 03:32 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Yang mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," kata Anwar.



PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat Isnin lalu.

"Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober," kata Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011.

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan juga siap ditandatangani pada 16 Jun 2011.

"Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecualilah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat," ujar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat Kerajaan, laporan itu mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan.

Kelemahan ini katanya, berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran.

Laporan ini juga juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

"Yang mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," katanya.

Anwar menerangkan antara projek dan aktiviti tersebut adalah kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

Mensifarkan miskin tegar

"ICU, JPM adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya.

Selain itu kata Anwar, juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layak diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta.

Ini termasuk projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjanjian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan, seperti tercatat pada halaman xvii.

Kelemahan lain katanya, ialah pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

"Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007.

Menurutnya, sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dicapai," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut Bernas yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah.

Selain itu, kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan Bernas menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan sepertima tercatat pada halaman xxii.

Kurang memuaskan

Laporan itu juga kata Anwar mendedahakan kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga buah syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

Pada muka surat xxv terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot, perparitan jalan tidak memuaskan.

Terdedah kepada penyelewengan

Selain itu kata beliau, kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

"Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat," katanya.

Menurut Anwar, PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion.

Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.

Laporan itu juga mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematuhi peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi.

Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek. Ini tercatat pada halaman xliii.

Sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi.

Ujar Anwar, "laporan ini mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri." Pakatan Rakyat katanya, tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

"Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan," kata Anwar.

BN Sabah digesa hormat lantikan oleh KM

Posted: 26 Oct 2011 03:29 AM PDT

MALAYSIA KINI

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa parti-parti komponen BN mengamalkan politik penyesuaian dan menghormati keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berhubung pelantikan politik, khususnya anggota Kabinet negeri.

Dalam membuat lantikan, beliau berkata Musa mengambil kira semua faktor termasuk perubahan landskap politik di negara ini dan merundingi rakan-rakan untuk memastikan setiap komuniti diwakili selaras dengan amalan perkongsian kuasa tulen.

"Musa turut memberi taklimat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai keputusan-keputusan besar dan mendapatkan restu beliau. Ketua Menteri memerlukan pasukan yang boleh bekerja bersama-sama dalam Kabinet untuk memandu Sabah menuju masa depan lebih baik.

"Sekiranya kita menghadapi sebarang perbezaan pendapat, kita patut membincangkannya mengikut saluran yang betul dan pintu sentiasa terbuka. Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Barisan Nasional sentiasa mengamalkan formula perkongsian kuasa," katanya kepada Bernama, di Kota Kinabalu hari ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, mengulas gesaan beberapa pemimpin BN negeri, termasuk daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), supaya Gerakan menumpukan usaha untuk memenangi kerusi bagi BN di Semenanjung daripada meletakkan calon di Sabah.

Beberapa pemimpin berkenaan turut dipetik sebagai berkata pemimpin-pemimpin Gerakan di Sabah, yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet negeri, memperolehnya "secara teknikal" dan bukannya daripada sokongan rakyat.

Salleh berkata: "Kita tidak sepatutnya mentafsirkan pelantikan oleh Ketua Menteri secara sempit. Tidak wujud keadaan di mana jawatan tertentu diperuntukkan untuk "parti tertentu" dan malahan pada satu masa dahulu jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan".

"Semua pemimpin BN mempunyai peranan untuk dimainkan dan menyumbang bakti kepada rakyat dan memperkukuhkan parti. Kita sepatutnya menumpukan usaha untuk memenangi hati dan minda rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.-- Bernama

Penganalisis: Laluan BN Swak tak semudah 2008

Posted: 26 Oct 2011 03:28 AM PDT

MALAYSIA KINI

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom dijadul mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan BN pada 1 November untuk mengemukakan laporan mengenai persiapan negeri bagi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata laporan itu, antara lain, termasuk strategi BN negeri, calon parti-parti komponen BN, serta isu membabitkan kawasan-kawasan bandar, akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Penganalisis politik berkata walaupun Dr Rundi, yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), telah menyatakan PBB akan mencapai kemenangan 100 peratus, namun keyakinan itu tidak boleh diguna pakai kepada parti komponen lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada masa ini, empat parti komponen BN negeri -- PBB, SUPP, PRS dan SPDP -- menguasai 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini. Baki dua lagi kerusi iaitu Bandar Kuching dan fSibu, dipegang oleh parti pembangkang DAP.

Hanya kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak dalam pilihan raya umum berikutan pilihan raya negeri diadakan berasingan. PBB telah diperuntukkan 14 kerusi Parlimen, SUPP sebanyak tujuh kerusi, PRS mendapat enam kerusi dan SPDP pula empat kerusi.

"Yang paling lemah masih SUPP. SUPP masih seperti SUPP yang lama sebelum pilihan raya negeri (16 April). Mereka (BN) tidak akan mencatat prestasi lebih baik daripada pada 2008," kata Dr Jeniri Amir, penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Beliau berkata kerusi-kerusi di bandar, kecuali Bintulu, menghadapi ancaman ditawan oleh pembangkang, khususnya DAP.

"Kerusi-kerusi seperti Miri, Stampin, Sibu dan Sarikei berada dalam bahaya, bersama-sama dengan dua lagi kerusi di kawasan luar bandar -- Baram dan Saratok.

Hampir semua faktor yang menjadi punca kekalahan pada pilihan raya negeri yang lepas masih wujud. Ia hanya bergantung mengenai bagaimana pembangkang memanfaatkan isu berkenaan," kata Dr Jeniri.

Katanya Baram berada dalam bahaya atas hakikat bahawa pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi itu dimenangi BN dengan majoriti kecil, manakala di Saratok, ancaman datang daripada wakil rakyat Krian Ali Biju dari DAP.

"Jika Ali Biju bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu, beliau bakal memberikan tentangan sengit terhadap penyandang (Jelaing Mersat)," katanya.

Jelaing ialah setiausaha agung SPDP dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata BN masih boleh menang, tetapi tidak semudah pada 2008, manakala terdapat keperluan bagi parti pemerintah BN untuk mengenal pasti calon-calon lebih awal dan meletakkan sebanyak mungkin muka baru.

Seorang lagi penganalisis politik di Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi, juga mempunyai pendapat yang sama bahawa yang paling lemah dalam BN Sarawak ialah SUPP, yang mungkin akan menjejaskan keseluruhan prestasi BN di negeri itu.

SUPP dijangka bertanding di kerusi yang terletak di bandar, manakala DAP juga mensasarkan kerusi seperti Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri, yang majoritinya pengundi Cina.

"SUPP sudah kehilangan dua daripada tujuh kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada mereka. Dalam pilihan raya umum akan datang, saya percaya mereka kemungkinan akan hilang satu atau dua lagi kerusi. Tiada jaminan bahawa SUPP akan mencatatkan prestasi lebih baik, dan lagi pun Presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, akan berundur pada Disember," katanya.

Selain itu, katanya masalah dalaman SPDP kemungkinan besar akan menjejaskan prestasi parti itu jika ianya tidak diuruskan dengan berhati-hati.

Dr Rundi, semasa dihubungi, mengakui BN menghadapi tugas getir untuk menghadapi cabaran pembangkang di enam kerusi Parlimen di bandar iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Bandar Sibu, Lanang dan Miri.

Bagaimanapun, beliau enggan memperbesar-besarkan masalah dalaman SPDP, menyatakan ia sekadar salah faham di kalangan pemimpin tertinggi SPDP dan tidak melibatkan anggota akar umbi dan beliau percaya Presiden SPDP akan menyelesaikannya dengan mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan.

"Selain daripada itu, kami tidak melihat ada banyak masalah. Jentera BN sudah bersedia selepas pilihan raya negeri, dan daripada segi persediaan kami, kami sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi kami, terutama di kawasan luar bandar dan sub-bandar," katanya.

Beliau juga berkata BN akan memberikan tentangan sengit kepada pembangkang di kawasan bandar dalam pilihan raya Parlimen disebalik kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri lepas di mana DAP dan PKR menawan 13 daripada 15 kerusi di bandar yang ditandingi SUPP.

Selain itu, Dr Rundi berkata pada pilihan raya umum, situasinya adalah berbeza, kerana satu daripada faktor utama yang jelas kenapa DAP memenangi 13 kerusi pada pilihan raya negeri ialah kerana calon-calon tersohor parti itu dari Semenanjung turut berkempen di sini.

"Tetapi keadaan itu tidak akan berlaku pada pilihan raya umum kerana mereka akan sibuk berkempen di kawasan masing-masing," katanya.

Faktor lain ialah pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, dan PAS, masih belum mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi Parlimen yang setiap parti akan tandingi di Sarawak, walaupun dua perbincangan telah diadakan.

Masalah itu berpunca daripada tiada kata sepakat dicapai antara DAP dan PKR mengenai jumlah kerusi yang mahu ditandingi oleh setiap parti yang menyebabkan "pertindihan" di beberapa kerusi.

DAP dan PKR masing-masing mensasarkan antara 12 dan 15 kerusi daripada 31 kerusi manakala PAS dijangka bertanding di dua atau tiga kerusi di kawasan yang majoritinya Melayu.-- Bernama

Nyalaan lilin, protes senyap tuntut kebebasan akademik

Posted: 26 Oct 2011 03:23 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Sekumpulan mahasiswa berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap.

iiu student vigil 251011 07Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Selepas setengah jam berhimpun, mereka cuba berarak ke sebuah dewan di mana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyampaikan ucapan penutupan dalam majlis debat di situ.

Hishammuddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada awalnya dijadualkan berbuat demikian.

Belum sempat bergerak jauh seorang pegawai dari pejabat rektor UIA, bertemu dengan mereka dan tidak membenarkan kumpulan tersebut mengambil tindakan itu.

Curi perhatian

Bagaimanapun selepas perbincangan selama 15 minit, mereka hanya dibenarkan berarak separuh perjalanan ke dewan berkenaan - yang terletak kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan.

Berarak dalam diam, mereka sekadar mampu mengangkat poster sambil beberapa pengawal keselamatan turut bersama-sama memantau perarakan tersebut.

iiu student vigil 251011 05Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Abdul Aziz digantung tugasnya berhubung kenyataannya terhadap titah Sultan Selangor mengenai isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, UIA menarik balik penggantungan itu.

Belum cukup berhimpun di situ, kira-kira jam 9.45 malam, kumpulan itu kemudiannya berarak secara aman ke pintu masuk kampus berkenaan dan hanya menunjukkan poster kepada orang yang keluar dari universiti berkenaan.

Tindakan itu mencuri perhatian pelawat dan mahasiswa yang lain yang berada di kampus berkenaan.

Aziz Bari: Audit negara salah libatkan kabinet

Posted: 26 Oct 2011 03:14 AM PDT

Jimadie Shah Othman
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

NONE"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)?

"Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

azlan"Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri".

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

"Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi.

PERKASA tak undi calon guris perasaan Melayu

Posted: 26 Oct 2011 03:10 AM PDT

Salhan K Ahmad

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.

Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.

perkasa chief ibrahim ali 2nd agm 2"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Ibrahim (gambar, tengah) juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.

"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.

Bagaimanapun, PERKASA sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA

Posted: 26 Oct 2011 03:05 AM PDT

Salhan K Ahmad

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.

Semua Petunjuk Kewangan P.Pinang Meningkat, Berjaya Lupus 95% Hutang Peninggalan BN

Posted: 25 Oct 2011 10:42 PM PDT

KELAB GREENBOC

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

Posted: 25 Oct 2011 10:40 PM PDT

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Konsep 'Membawa Pejabat Ke Rumah' Pertingkat Sistem Penyampaian Berkesan

Posted: 25 Oct 2011 10:37 PM PDT

Oleh Mohd Ezli Mashut


Subang Jaya : Kerajaan Selangor memperkenalkan konsep 'membawa pejabat ke rumah' dalam usaha memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat menggunakan teknologi ICT selaras usaha meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Justeru bagi merealisasikan hasrat ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu perkara ini dilaksanakan di Selangor dengan langkah awal dengan pengenalan sistem digital tanah di Selangor menggantikan sistem lama yang menggunakan fail yang sudah tidak efisien.

"Pejabat tanah kita dapati tugas yang paling besar tiap-tiap negeri ialah mengurus, mentadbir dan menentukan tentang pengurusan tanah, saya dapati masalah terbesar ialah terlalu banyak fail.

Saya dapati tanah di Selangor adalah lebih dua juta, di Subang Jaya sahaja pemilik-pemilik rumah strata lebih daripada 150,000 ," katanya semasa program Bicara Tokoh di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Abdul Khalid menjelaskan lagi dengan penggunaan inovasi teknologi berkomputer ini merupakan usaha yang dapat menyelesaikan masalah fail-fail urusan tanah yang menimbun melambatkan urusan kepada rakyat.

Justeru dengan adanya sistem pendigitalan tanah di Selangor segala urusan akan lebih pantas dan tepat kerana pegawai yang menguruskan hal ehwal tanah mempunyai capaian yang lebih pantas sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Jawapan kepada sistem rekod itu ialah teknologi yang dapat menyimpan dengan tidak menggunakan sistem berpuluh-puluh fail. Jawapannya ada maknanya kini kita sudah ada apa yang dikatakan teknologi digital di mana data dimasukkan ke dalam komputer di mana semua fail tanah dimasukkan ke dalam program dan sekarang kita boleh tahu apapun maklumat yang ada dalam enjin carian dan dapat fail itu kembali," katanya.

Menurut Abdul Khalid lagi, kini Pejabat Tanah dan Galian Selangor sedang melaksanakan sistem pendigital tanah sebanyak 1.3 juta fail dimasukkan ke dalam rekod dan kelak cip maklumat tersebut akan menggunakan komputer seperti Ipad yang mudah dibawa dan diakses di mana-mana sahaja.

"Kita sudah mulakan menunjukkan kepada orang ramai bahawa Selangor adalah negeri termaju di Malaysia," ujarnya.

Kerajaan Selangor Komited Bela Kaum India

Posted: 25 Oct 2011 10:36 PM PDT

Oleh Mohd Ezli Mashut



SHAH ALAM : Setiap tahun, sekitar RM5 juta diperuntukkan untuk pendidikan kaum India di samping kelulusan tanah dan pembinaan kuil berdasarkan keperluan mengikut saringan Majlis Bukan Islam yang ditubuhkan,kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena perutusan Sambutan Deepavali.

Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Selangor sentiasa komited untuk membantu pelbagai isu berkaitan keperluan kaum India dan penganut agama Hindu, lazimnya dalam hal bantuan pendidikan dan juga kuil.

"Negara kita mempunyai sejarah yang unik dalam hal kepelbagaian agama serta kepercayaan. Sebab itu Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada semua penganut agama.

Agama Hindu merupakan satu daripada agama yang utama diamalkan di negara kita. Di Selangor, daripada sekitar 5.3 juta penduduk, 16 peratus berketurunan India dan majoritinya beragama Hindu," katanya.

Abdul Khalid juga menyeru agar semua dapat bersama saling mengenali, menghormati, memahami serta menerima persamaan dan perbezaan yang ada yang penting dalam usaha memelihara kerukunan hidup bermasyarakat.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Deepavali kali ini menguatkan iltizam para penganut agama Hindu untuk memastikan kebaikan dan keadilan sentiasa dapat mengatasi kejahatan dan kezaliman," katanya.

Sempena Deepavali , Abdul Khalid akan melawat Little India pada 24 Oktober 2011 dan menghadiri Program Karnival Deepavali peringkat negeri Selangor di Pekan Rawang pada 7 November 2011.

Keluarga Shahrizat Gagal Urus Projek Daging Lembu Yang Menelan Wang Rakyat

Posted: 25 Oct 2011 09:59 PM PDT

Oleh Mohd Hafiiz Mokthar


PETALING JAYA : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.

Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.

Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.

Zuraida berkata siasatan yang dijalankan oleh Adun Sikamat Aminuddin Harun dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendapati wang rakyat telah dilaburkan secara sia-sia keatas syarikat itu.

"Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar," tegas Zuraida dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selain dari aktiviti mengimpot lembu, syarikat tersebut juga dilantik kerajaan untuk :

* membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
* Membangunkan makanan lembu berkualiti
* Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

Isu kini timbul dikala Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran
melampau berlaku di sembilan kementerian dan agensi kerajaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam dijangka memulakan siasatan keatas
National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

"Ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan,"tambah Zuraida.

Beliau berkata projek itu dianugerahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Shahrizat semasa beliau memegang portfolia Menteri
Pertanian dan Agro Industri.

Turut dianugerahkan adalah tanah ladang seluas 5,000 ekar di Gemas,Negeri Sembilan.

"Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan," jelas Zuraida.

"Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada
projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010," jelasnya lagi.

Tubuhkan FAC Untuk Perang Pembaziran Dan Ketidakcekapan Dalam Jabatan Kerajaan

Posted: 25 Oct 2011 09:48 PM PDT

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM : DAP mahu sebuah suruhanjaya kebertanggungjawaban kewangan (FAC) ditubuhkan bagi menangani skandal kewangan dan kes ketidakcekapan pegawai kerajaan yang berlaku pada setiap tahun seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara.

FAC yang dicadangkan itu hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen sahaja dan diberikan kuasa untuk mengambil hukuman serta tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang tidak cekap, cuai dan melakukan salah laku.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat Tony Pua berkata FAC tidak perlu dianggotai mana-mana penjawat awam untuk mengelakkan konflik kepentingan. Sebaliknya ia boleh diketuai oleh para profesional bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata setiap tahun, rakyat disajikan dengan siri "cerita penglipur lara" dalam laporan Audit yang malangnya adalah cerita sebenar.

"Walaupun laporan tersebut menyatakan terdapat kenaikan dalam penilaian kewangan secara keseluruhan oleh pengurusan jabatan dan agensi-agensi kerajaan namun penyalahgunaan kewangan dan tahap ketidakcekapan pihak terlibat tidak kurang hebatnya berbanding tahun-tahun sebelumnya," Pua berkata.

Antara contoh kes di dalam laporan tahun ini adalah:

* Jabatan Taman Laut membeli teropong dengan harga RM56,350 manakala nilai asalnya tidak lebih daripada RM1,940 iaitu lebih daripada 28 kali ganda harga pasaran.

* Projek pembinaan makmal komputer oleh Kementerian Pendidikan di seluruh negara. Di Sabah, peruntukan sebanyak RM160.7 juta diberikan untuk melengkapkan 300 sekolah menjelang 2008. Bagaimanapun, hanya dua makmal komputer disiapkan pada 2010.

* Majlis Amanah Rakyat (Mara), membeli ketuhar bernilai RM419 pada harga RM1,200 dan katil lipat bernilai RM100 pada harga RM500.

"Kesimpulannya adalah tindakan tegas mesti diambil tetapi ia jarang atau tidak pernah berlaku. Ketua Setiausaha Kerajaan, Tan Sri Sidek Hassan mempunyai peranan yang penting untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pesalah-pesalah yang berkenaan, termasuk pegawai-pegawai yang menyelia yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab."

Akan tetapi, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara semasa taklimat Jawatankuasa Kira-kira Awam, kebanyakan pegawai-pegawai yang bersalah hanya diberi surat teguran sebelum kes mereka ditutup, kata Pua.

Jual pulau: Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman

Posted: 25 Oct 2011 09:47 PM PDT

Mohd Firdaus


KOTA KINABALU: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah," itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada kerajaan negeri khususnya Keyua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu (gambar) berkata, PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?" soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri itu bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut.

"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.

Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.

"DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands," jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat, maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

SRC komited perjuang kebebasan dan keadilan Selesai menyerahkan memorandum, Presiden SRC menegaskan: “We already submitted the memorandum by hand to

Posted: 25 Oct 2011 09:44 PM PDT

azmi

Selesai menyerahkan memorandum, Presiden SRC menegaskan:
"We already submitted the memorandum by hand to YB. Dato' Seri Hishamuddin. We will follow up this issue... This is our first memorandum... If there is no further action taken by them, we will fight till the end..."


Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of academic).

Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24 Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut.

Namun, meyakini bahawa penarikan semula penggantungan tersebut, bukanlah bermakna kes tersebut telah selesai, kerana Prof. Aziz Bari masih perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan serta akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dan hukuman.
Semalam, 25 Oktober, Presiden SRC sekali lagi mengetuai delegasi pimpinan-pimpinan mahasiswa UIAM, terus membuat desakan dengan bertindak menyerahkan memorandum kepada YB Dato' Seri Hishamuddin.

Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar:

  1. Memberi kebebasan intelek kepada ahli akademik dalam menyuarakan pendapat.
  2. Setiap ahli dalam bidang masing-masing diberi hak untuk megeluarkan pandangan seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam bidang mereka.
  3. Membatalkan siasatan ke atas Prof. Aziz Bari kerana beliau dalam kes ini, menjadi mangsa akibat kebebasan akademik yang disekat.

TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan

Posted: 25 Oct 2011 09:43 PM PDT

Mohd Firdaus


KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

"Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka," dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

"Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu.

Najib hanya bersandiwara tarik balik kes Aziz Bari

Posted: 25 Oct 2011 05:51 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanya bersandiwara baik dengan mengarahkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari, semalam.

Walaupun penggantungannya telah ditarik balik, Dr Aziz masih terus menghadapi pelbagai tekanan termasuk terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia yang menemuinya di rumah dan dipelbagai tempat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, selain itu, Dr Aziz turut mengalami kepayahan kerana terpaksa mengajar tanpa peralatan penting, khususnya laptopnya akibat diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan penyiasatan.

Menurut beliau, dalam keadaan seperti itu, sesiapa pun dapat bayangkan betapa rumitnya keadaan Dr Aziz yang terpaksa meneruskan kembali tugasnya untuk mengajar para pelajarnya yang akan mendudukui peperiksaan tidak lama lagi.

Katanya, tindakan pihak kerajaan terhadap pakar Perlembagaan itu tidak ubah seperti berhadapan dengan penjenayah kerana terus disiasat tanpa batasan masa terutama oleh dua agansi terbabit walaupun penggantungannya telah ditarik balik.

"Dengan itu, tidak hairanlah jika Dr Aziz Bari sendiri turut bertanya, "kenapa aku terus disiasat? Adakah aku ini penjenayah?" yang jelas menggambarkan tekanan yang dialami olehnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan fenomena yang berlaku, menurut beliau, orang ramai pasti tertanya sama ada arahan Najib supaya penggantungan terhadap Dr Aziz itu ditarik balik bertolak dari sikap baiknya sendiri atau mempunyai tujuan tertentu.

Katanya, yang jelas kelihatan kepada orang ramai, arahan Najib itu bukan berpunca dari sikap baiknya sendiri, tetapi hanya untuk menunjukkan kebaikannya kepada orang ramai bagi melepaskan diri dari tekanan yang dialaminya ekoran penggantungan terhadap Aziz.

"Datuk Seri Najib sendiri cukup faham, tindakan penggantungan terhadap pakar Perlembagaan itu telah menimbulkan kemarahan para mahasiswa dan orang ramai sehingga boleh menjejaskan Umno BN.

"Untuk menunjukkan dia baik dan melepaskan dirinya dari tekanan akibat tindakannya yang tidak popular itu, Najib terpaksa mengarahkan Rektor UIA menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz Bari, tetapi dalam masa yang sama meletakkan Dr Aziz terus berada dalam tekanan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kini setelah penggantungan itu ditarik balik, menurutnya, Dr Aziz terpaksa membeli kumpoter khususnya laptop lain untuk keperluan mengajar, tetapi laptop barunya itu tentunya ketiadaan data-data yang diperlukan yang disimpannya sendiri untuk mengajar.

Surat penggantungan tugas yang diberikan oleh UIA kepada Aziz baru-baru ini, katanya, jelas membuktikan ahli akademik itu akan terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia secara berpanjangan dan pada bila-bila masa serta tempat walaupun penggantungan terhadapnya telah ditarik balik.

"Ini meletakkan Dr Aziz Bari terus berada dalam tekanan hanya disebabkan pakar Perlembagaan itu mengeluarkan pandangan akademiknya baru-baru ini berhubung suatu isu," ujar beliau.

Dr Aziz Bari, tegas beliau, merupakan pihak yang menjadi mangsa kesilapan tindakan Kerajaan BN, manakala untuk membolehkan pemangsa pulih tidak semudah hanya dengan menarik balik hukuman penggantungan tugas terhadapnya, lebih-lebih lagi apabila beliau terus dikenakan tekanan yang tidak sewajarnya.

Pensyarah kanan yang telah 22 tahun berkhidmat di UIA itu, katanya, adalah pakar Perlembagaan yang cukup dihormati di dalam dan luar negara dan tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian setelah mengeluarkan pandangan yang baik dari sudut akademik bagi mengulas sesuatu isu untuk kepentingan negara.

Tiada ulasan: