Rabu, 26 Oktober 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar/Video] Muammar Gaddafi DISULA Sebelum Dibunuh

Posted: 26 Oct 2011 07:30 AM PDT



Kredit tertera pada gambar




P/s: Kejam dan menjijikkan!

Muammar Gaddafi & Anak Selamat Dikebumikan di Lokasi Rahsia

Posted: 26 Oct 2011 07:00 AM PDT


Saya petik:

[Kosmo] MISRATA - Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara.

"Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta.

Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu.

"Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya.

"Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya.

Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush.


Khaled ditangkap bersama dengan Gaddafi sebelum mereka berpindah dari Misrata.

Dua sepupu Gaddafi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim yang ditangkap bersama Gaddafi selepas konvoi dinaiki mereka diserang jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dekat Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, turut menghadiri penghormatan terakhir untuknya.

Jenazah itu dikebumikan pada waktu subuh.

Gaddafi, 69, mati akibat kecederaan ditembak di bandar kelahirannya selepas dia ditemui dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya pada Khamis lalu.

Anaknya, Motassim turut mati ditembak dekat leher selepas ditangkap oleh para pejuang NTC.

Mayatnya itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata.

Sebelum dikebumikan, pemerintah sementara Libya telah bertindak melarang orang ramai daripada melihat jenazah Gaddafi, anak lelakinya, Mutassim dan seorang ketua tenteranya, Abu Bakr Younis.
Keputusan itu dibuat selepas ribuan penduduk Libya melihat sendiri jenazah bekas pemimpin Libya itu.

Beberapa pengawal mengunci pintu pagar yang menempatkan bilik sejuk beku tempat jenazah Gaddafi bersama dua yang lain disimpan di Misrata.

Pintu peti sejuk beku itu yang kerap dibuka bagi membolehkan orang ramai masuk menyebabkan ketiga-tiga jenazah tersebut cepat mereput dan berbau busuk.

Pengawal-pengawal memberikan topeng bedah kepada pelawat untuk melindungi mereka daripada bau busuk. Mereka juga menyembur bahan pembasmi kuman pada jenazah tersebut.

Menurut beberapa pengawal di pintu pasar tersebut, satu konvoi empat hingga lima buah kenderaan terlibat dalam proses membawa jenazah berkenaan pada lewat malam kelmarin ke sebuah lokasi rahsia. Kerajaan sementara Libya akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Gaddafi.

Menurut seorang pengawal di pasar itu, dia melihat permit pengebumian tersebut yang menyatakan terdapat dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di dada Gaddafi. - Agensi

Kopi KURANGKAN Risiko Kanser Kulit

Posted: 26 Oct 2011 06:38 AM PDT

 
Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - DCM
 
 

[LAWAK] PERKASA: Kami Penentu Sokongan PRU 13 - Kah kah kah!!!

Posted: 26 Oct 2011 01:31 AM PDT



Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan 'kesalahan' itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

"Sebelum ini orang ramai berfikir (sokongan) orang India adalah penting meskipun bilangan mereka adalah kecil kerana mereka menjadi penentu.

"Meskipun mereka kecil bilangan, mereka akan menjadi faktor penentu. Begitu juga Perkasa. Sudah pasti kami akan memainkan peranan ini," kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.Ibrahim berkata Perkasa hanya akan memfokus kerusi-kerusi yang dipertahankan oleh wakil rakyat yang pernah menyinggung Islam dan orang Melayu, yang dimenangi dengan perbezaan undi kecil pada Mac 2008.

Katanya, Perkasa yakin akan membawa perubahan dan impak besar memandangkan ada ahli antara 500 hingga 600 orang di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini menambah Perkasa tidak menentang mana-mana parti atau kaum tetapi hanya menyasarkan sesiapa sahaja yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam.

"Mereka tidak harus fikir hanya mereka sahaja yang ada undi. Mereka tidak harus fikir hanya memproleh undi daripada kumpulan mereka sahaja. Ahli Perkasa bukan satu jumlah yang kecil," katanya.

"Perkasa akan menolak calon-calon yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional. Jadi, semua calon harus ingat, jaga kata-kata mereka," katanya lagi.


P/s: Sudah beberapa kali kita melihat aksi ahli PERKASA dalam usaha mempertahankan sesuatu.Misalnya, dalam BERSIH 2.0 dan demo mempertahankan Utusex. Jika Berahim Ali mengatakan PERKASA sebuah NGO yang boleh memberikan impak besar kepada PRU, kenyataan itu sesungguhnya adalah lawak yang amat melucukan. 

Mengapa? Jika untuk sesebuah demo, NGO itu hanya berjaya membawa seratus orang (belum tentu ahli PERKASA) dan ada pula dakwaan yang NGO itu terpaksa mengimport warga asing seperti yang berlaku di PP, maka celah mana dan bagaimana NGO yang dilebih-lebihkan dalam segala hal ini mampu menggugat pihak tertentu dalam PRU?  Bagaimana pula cerita demo untuk menentang BERSIH 2.0? Usahkan ahli NGO itu, muka presidennya pun langsung tidak nampak muka!!!




Koleksi Berita PENYELEWENGAN & PEMBAZIRAN dalam Laporan Audit Negara

Posted: 26 Oct 2011 12:00 AM PDT


Cerita 1:
K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
[MK] Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman. lanjut di sini.

Cerita 2:
Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
[MK] Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

"Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

"Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm," petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

"Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna."

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina 'pelindung sungai' atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai. Lanjut di sini.


Cerita 3:
LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
[MK] Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula daripada tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Jan lalu bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. Lanjut di sini.


Cerita 4:
Johor, negeri ditadbir Umno hutang RM334.51 juta

[KD] KUALA LUMPUR 25 Okt: Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta, lapor Harakahdaily.

Laporan audit menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Agreement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.


Cerita 5:
Kerajaan tanggung RM375.60 juta projek Lebuh Raya Senai-Desaru

[KD] KUALA LUMPUR 25 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan RM375.60 juta.

Ekoran perkembangan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan 'capping' yang akan diperuntukkan kerajaan.

Pada awalnya, syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.

Lebuh Raya Senai-Desaru yang bermula pada Julai 2004, merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia yang menghubungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.


Cerita 6:
Laporan Audit: MARA beli peralatan 100 peratus lebih tinggi

[KD] KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan untuk membeli peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dedah Laporan Audit 2010.

Beberapa barangan itu seperti ketuhar dibeli pada harga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419; Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding RM100; Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan berharga RM250 berbanding harga pasaran iaitu RM79 seunit dan Pengisar pada RM140 dan bukannya RM60.

Laporan tersebut juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka serta kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga mengesyorkan Giatmara menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut, lapor Malaysiakini.

Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.


Cerita 7:
Laporan Audit: LPPM beri tender runding terus iklan RM194.31 juta

[KD] KUALA LUMPUR: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) memberikan projek ruangan iklan secara runding terus sebanyak RM194.31 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan Audit menjelaskan LPPM, yang diletakkan di bawah kementerian Pelancongan telah membuat tempahan ruangan iklan berkenaan dalam tempoh dua tahun, yang lebih tinggi berbanding nilai secara tender.

"LPPM telah membuat perolehan tempahan ruang iklan secara rundingan terus berjumlah RM194.31 juta atau 72.1 peratus berbanding sejumlah RM75.38 juta secara tender bagi tahun 2009 dan 2010," laporan itu dipetik.

Menurut laporan Audit, pembelian sebanyak 1,000 unit rak besi risalah Visit Malaysia 2007 berjumlah RM1.95 juta juga dibuat secara runding terus tanpa kelulusan kementerian kewangan.

"Perjanjian tidak disediakan bagi menetapkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran antara kementerian Pelancongan atau LPPM dengan pembekal," petik laporan Audit.

Menurutnya, pemasangan papan tanda di Indonesia juga tidak mengambil kira pandangan pengarah Pelancongan Malaysia dan Indonesia terhadap cadangan lokasi pemasangan yang dianggap kurang sesuai.

"Lawatan Audit di lokasi pengiklanan sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang mendapati lokasi pemasangan yang telah dibina juga kurang strategik, berlaku kehilangan dan kerosakan lampu.

"Perolehan aktiviti pengiklanan dan promosi yang dibuat melalui arahan kementerian Pelancongan tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPPM," jelas laporan Audit.

Justeru itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesyorkan LPPM mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan supaya dapat diteliti dan dinilai jawatankuasa Teknikal dan Kewangan.


Cerita 8:
RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
[MK] Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

"Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

"Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini," kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu. Lanjut di sini.

Cerita 9:
Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ?
[KD] PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjawab isu mengenai 'kehilangan' RM110 juta peruntukan untuk golongan pesawah dan petani.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, peruntukan itu sepatutnya disalur kepada golongan terbabit bagi meningkatkan hasil padi mereka seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Namun, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara semalam, peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

"Buat permulaan, kita tuntut penjelasan dari Datuk Seri Noh Omar mengenai isu ini dan jika enggan jawab, ini membuktikan kegagalan beliau sendiri, selaku menteri berkenaan dan pemimpin Umno Selangor secara keseluruhan yang mengkhianati wang rakyat khasnya petani," tegasnya.

Beliau turut bimbang jika wang itu berkemungkinan disalur untuk tujuan selain kepentingan petani sebagaimana yang sepatutnya.

Selain menjadi menteri, bertanggungjawab, Noh Omar ialah Timbalan Pengerusi Umno Selangor dengan Pengerusinya ialah Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi Skim insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.

Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.



P/s: Amat mengecewakan apabila pak menteri berlumba-lumba mempertahankan penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kementerian dan pihak yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2011. Misalnya, Shafie Apdal membangkitkan soal jasa MARA apabila timbul isu penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh agensi kerajaan itu. Adakah itu jawapan yang mahu didengari rakyat? Jika beginilah respons mereka, maka orang yang pecah amanah sudah pasti akan terselamat tanpa didakwa di mahkamah.

Ubah SEKARANG agar penyelewengan dan pembaziran yang berlaku saban tahun tidak berulang!



Tiada ulasan: