Sabtu, 22 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SLOGAN HIMPUN!!! 'Hidup Melayu Hidup Islam' , bagaimana yang bukan Melayu beragama Islam?

Posted: 22 Oct 2011 04:28 AM PDT

PASPB


Jika diteliti slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur dalam Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan di Shah Alam hari ini, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menempelak dalang-dalang yang cuba mengelirukan orang Islam.

Apa relevannya slogan "Melayu Sepakat Melayu Berdaulat" dan "Hidup Melayu Hidup Islam" yang mahu diperjuangkan puak-puak berdarah Umno-APCO ini?


Jika menurut penjelasan Dr Asri, istilah Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) jelas cuba mempertahankan Umno-APCO yang semakin lama semakin ditolak oleh orang Melayu sendiri.


Dan slogan "Hidup Melayu Hidup Islam" jelas mendahulukan kaum berbanding agama - secocok dengan slogan Umno-APCO "Untuk Bangsa, Agama dan Negara".


Sedangkan yang sepatutnya menurut ajaran Islam, agama perlu dipertahankan barulah bangsa atau sesuatu kaum.


Maka tepatlah keputusan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahlinya tidak menyertai himpunan tersebut walaupun Exco Agama Selangor, Hassan Ali bakal hadir atas kapasiti individu dan bukan lagi PAS.


Juga tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersikap terbuka tidak melarang penjawat awam negeri dari menghadiri himpunan serta tidak akan dikenakan tindakan menunjukkan kerajaan negeri secara halus meminta kakitangannya berfikir dengan lebih mendalam kesan terhadap diri masing-masing selepas berada di sana.


Kini kita hanya menunggu apakah himpunan yang sarat dengan agenda perkauman ini berjaya memartabatkan Islam atau sebaliknya akan terus menjauhkan orang bukan Islam memahami Islam dalam erti kata sebenarnya.


JALAN PULANG





IKTIKAD 'KETUANAN MELAYU' MENYANGGAHI ISLAM

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


http://drmaza.com/home/?p=1296


Merujuk kepada isu 'Ketuanan Melayu' yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;


1. Istilah 'Ketuanan Melayu' (malay supremacy) adalah istilah yang kabur.


Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini.


Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan.


Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.


2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'melayu', ia bermaksud orang melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).


Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan 'bukan melayu'.


Jika hendak ditakrifkan maka bererti 'kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia'.


3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan 'hak keistimewaan melayu', kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain.


Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya.


Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan.


4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.


Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.


5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):


Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.


6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:


"Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.


7. Adapun hadis Nabi s.a.w:


"Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.


Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:


"Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah"
(Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.


8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka.


Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Akademi PKNS Bakal Jadi Pusat Latihan Kelas A

Posted: 22 Oct 2011 04:27 AM PDT

Oleh Mohd Ezli Mashut



SHAH ALAM : Akademi PKNS kini sedang menunggu kelulusan daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk diklasifikasikan sebagai pusat latihan kelas A.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar dalam ucapannya berkata usaha ini adalah komitmen ke arah mewujudkan pusat latihan yang terbaik untuk masa hadapan pelajar di Akademi PKNS yang menawarkan program-program latihan untuk kakitangan PKNS,anak syarikat dan syarikat bersekutu.

"Dengan status ini akan membolehkan akademi ini untuk memasarkan kursus latihan kepada pekerja PKNS dan pihak-pihak luar. Pencapaian ini diperolehi dalam tempoh setahun dari penubuhannya. Ini merupakan bukti kepada komitmen untuk membawa pembelajaran yang berkualiti kepada para pelajar," katanya.

Seramai 72 graduan Akademi PKNS menerima sijil dan diploma eksekutif masing-masing yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Graduasi yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre di sini.

Hadir pada majlis ini ialah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Haji Omar, Pengerusi International Professional Managers Association (IPMA) UM, Allan Sensicle, wakil Society of Business Practitioners (SBP) UK, David Jackson dan barisan pengurusan kanan PKNS.

Visi Akademi PKNS adalah untuk menjadi sebuah premis latihan serta institusi pembelajaran serba lengkap dengan kemudahan latihan terkini.

Othman juga mengingatkan graduan untuk terus belajar tanpa berhenti yang merupakan perkara penting untuk mencapai kejayaan.

"Untuk dapat memasuki industri yang berkembang pantas,kita memerlukan pengetahuan dan skil yang termaju," katanya.

Pada majlis yang sama,Othman dan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) PKNS, Noraidah Mohd Yusof turut dikurniakan Honorart Fellowship of the International Managers Association dari IPMA bagi memberi penghargaan terhadap sumbangannya yang menjadi tulang belakang kepada penubuhan Akademi PKNS.

Isu Prof Aziz Bari: Mangsa batu api

Posted: 22 Oct 2011 04:01 AM PDT

Oleh Muhammad Zir


Kita masih melihat perkembangan yang semakin meleret-leret bermula dari laporan titah Sultan Selangor yang disambut oleh respon secara akademik oleh pakar perlembagaan negara Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam kes ini, titah Sultan itu telah disambut dengan beberapa ungkapan daripada rakyat biasa warga Malaysia. Namun demikian, rakyat biasa yang bernama Dr Aziz Bari ini memiliki sedikit kelebihan berbanding insan lain berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

Pandangan beliau mengenainya merupakan komen yang bukan datangnya dari tong sampah, sebaliknya dari pengalaman, pengetahuan dan kepakaran beliau sebagai pendidik, pemikir dan intelek.

Malah, beliau adalah penulis buku undang-undang yang prolifik termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, dan Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Menghormati ilmu dan kepandaian seseorang itu, terutamanya apabila berbicara dalam bidang yang memang menjadi kepakarannya, adalah budaya yang baik. Sama ada disetujui atau tidak pandangannya, itu soal kebebasan bersuara dan berkekspresi. Justeru tidak timbul isu menghina atau menderhaka.

Batu api

Maka dalam hal ini, marilah kita kembali kepada pokok persoalan utama yang mana ia telah terhijab di sebalik sentimen kebencian dan emosi yang tak berpenghujung ini yang sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak yang takut kepada kebebasan bersuara.

Setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara atau berbeza pandangan. Mereka juga punya hak untuk diam. Hak-hak ini harus dihormati oleh semua pihak.

Bagi manusia yang diberi kuasa atau pemegang amanah, maka menjadi haknya untuk menggunakan kuasa itu menurut undang-undang yang telah dimaktubkan. Jelas ia bukan suatu pertindihan peranan dan tanggungjawab.

Tetapi, dalam masyarakat, wujud pihak ketiga yang berperanan untuk mengambil kesempatan di atas hak-hak ini. Mereka ini biasanya dipanggil 'batu api'. Golongan ini kerjanya menghasut, memancing dan memprovokasi mana-mana pihak agar dilihat bertelagah.

Mereka sekadar mahu dilihat menjadi juara dalam krisis yang mereka cipta sendiri. Golongan batu api inilah yang sedang mencetus permusuhan dan kekeliruan dalam masyarakat hingga pokok perbincangan dasar telah tersasar dan jauh dari matlamat murni.

Golongan batu api ini juga tidak menghormati hak kedua-dua belah pihak, dalam kes ini jelas merekalah yang tidak menghormati hak Sultan yang mewakili institusi Raja dengan memanipulasi dan menyalah tafsir titah Raja. Di kesempatan itu juga, puak-puak batu api ini juga tidak menghormati hak ahli akademik dan pemikir seperti Dr Aziz, sedangkan mereka sendiri dangkal tentang undang-undang.

Isu sebenar

Isu yang disentuh oleh Dr Aziz adalah isu yang berkaitan tentang rumusan atau interpretasi beliau sebagai seorang yang pakar mengenai Perlembagaan dalam aspek pelaksanaan dan amalannya.


Beliau menyentuh secara objektif dan jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak sebagai ketua agama, namun dalam aspek pelaksanaan dasar atau undang-undang, Malaysia juga mempunya agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang itu dan melaksanaan dasar-dasarnya. Justeru, garis sejelas ini harus dihormati oleh semua pihak.

Jadi, di mana pula timbul isu 'menghina' dalam konteks ungkapan Dr Aziz ini? Adakah beliau "mengherdik" Raja? Adakah perkataan yang diucapkan oleh beliau mempunyai bahasa kotor atau kasar, seperti yang menjadi amalan sesetengah blogger UMNO?

Jika ada, buktikanlah dengan hujah dan bukti. Bukan dengan laporan polis, bukan dengan ugutan. Ini bukan satu perlakuan jenayah hingga pihak batu api itu perlu melibatkan pihak polis yang sepatutnya menumpukan masa dan tenaga menjaga keselamatan rakyat daripada penjenayah dan jenayah.

Berhubung isu yang sama, portal berita Malaysiakini dalam satu wawancara melalui e-mel dengan Tunku Zain Al'Abidin Tuanku Mukhriz baru-baru ini telah melaporkan bahawa putera diraja Negeri Sembilan itu menyatakan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Menurut Tunku Zain Al'Abidin, membincangkan titah diraja adalah selaras dengan kebebasan bersuara asalkan ia tidak bersifat benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

Fitnah, bohong dan baling batu sembunyi tangan

Adakah kita masih ingat bagaimana titah Sultan Johor apabila ditanya oleh media berkenaan dengan kes kononya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghina Johor? Apa titah Baginda?

Dalam titah Sultan Johor kepada media, Baginda memang tersinggung dengan apa yang dikatakan sebagai kenyataan Guan Eng terhadap situasi di Johor Bahru tetapi turut menambah: "Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri".

Bagi yang memahami makna bahasa diplomasi, ungkapan "jangan heret Sultan" menunjukkan Baginda yang bijaksana tahu ada usaha segelintir pihak tertentu yang mahu mengheret institusi Raja ke dalam kancah politik. Inilah kerja si batu api.

Mujurlah institusi Raja telah melaksanakan peranannya dengan bijaksana hingga membuatkan para batu api ini gigit jari.

Kembali menghayati titah Sultan Selangor yang menimbulkan isu dengan Dr Aziz, apa yang jelas ialah Baginda mahu agama Islam terus dipelihara dan nasib ummah mesti dibela.

Dalam hal ini, agensi agama Islam seperti Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor perlu melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan berkesan. Hanya dengan mutu kerja yang baik sahaja maka kegelisahan rakyat dan kebimbangan Sultan akan terubat.

Apa yang telah diutarakan oleh Dr Aziz sebenarnya juga jelas, iaitu dalam undang-undang, tiada siapa pun boleh mengatasinya. Sebaliknya, dengan menghormati undang-undanglah maka hubungan antara masyarakat dan agama, institusi Raja dan rakyat akan menjadi lebih syumul.

Bagi golongan batu api pula, mereka sepatutnya beristigfar dan berhenti daripada melakukan perbuatan terkutuk yang hanya akan mengelirukan masyarakat.

Jika hendak berpolitik, kemukakan gagasan dan manifesto. Jika hendak bersemuka dengan Dr Aziz, bersedia dengan hujah ilmiah. Jangan cepat-cepat lari ke balai polis, atau minta pihak berkuasa tangkap orang yang kita tak setuju hujahnya.

Tidak perlu mengadu domba atas nama agama mahu pun bangsa. Jangan baling batu sembunyi tangan. Dalam masyarakat Melayu dan budaya Timur, itu bacul namanya. – Roketkini.com

Hilangnya idealisme universi-universiti Malaysia

Posted: 22 Oct 2011 03:53 AM PDT

Oleh Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi


Baru-baru ini saya terbaca tentang universiti awam kita yang gagal menduduki senarai 400 universiti terbaik dunia mengikut sistem penyenaraian Times Higher Education World University Rankings. Mengejutkan. Atau perlukah kita terkejut?

Saya menulis rencana ini untuk menunjukkan bahawa institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia sudah hilang segala bentuk tanggungjawab dalam pembangunan bangsa (nation) dan hanya ghairah mengejar kedudukan ranking.

Mengapa saya mengajar di universiti


Apabila saya menyertai UTM, hampir 25 tahun lalu, apa yang saya mahu lakukan adalah semata-mata untuk menyelidiki seni bina Islam dan Malaysia, dan menggunakan pengetahuan itu bagi menghasilkan seni bina yang lebih bermakna kepada masyarakat kita di negara ini serta menyumbang kepada pembangunan intelektual dan pemikiran tentang seni bina Islam.

Saya berjanji pada diri sendiri untuk menulis seberapa banyak buku, kertas akademik, rencana media massa dan media elektronik untuk menyebarkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang ada.

Saya juga berjanji pada diri saya bahawa saya mesti melatih sekurang-kurangnya 20 sarjana PhD yang akan membangunkan dua bidang akademik dan mewujudkan beberapa pusat seni bina Islam, masjid dan pembangunan komuniti, perumahan yang lebih baik dan seni bina kemasyarakatan. Itu sahaja.

Tidak pernah dalam sejarah kerjaya saya, terfikir saya untuk menjadi world class atau memaksa diri untuk "tokoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa" atau membantu UTM menjadi satu daripada 10 universiti terbaik dunia. Tidak pernah sama sekali.

Mengapa? Semata-mata kerana saya rasa ilmu seni bina sepatutnya membantu kita hidup dalam persekitaran yang lebih bermakna dan berdaya mampan.

Saya juga mahu menghasilkan seberapa banyak alat bantuan pengajaran seperti video dan portal laman web yang akan menjadikan pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga orang awam yang dapat membantu mempengaruhi dasar-dasar politik yang bakal mengubah undang-undang kecil pembinaan atau garis panduan untuk pembinaan masjid, rumah, sekolah, bangunan komuniti dan banyak lagi.

Setahu saya, tugas seorang ahli akademik adalah untuk membantu masyarakat memahami keadaan mengikut kepakaran dalam bidang khususnya. Bukan untuk mengejar geran bernilai berjuta-juta ringgit. Bukan untuk mendapatkan Geneva Award. Bukan untuk bergambar tersenyum lebar bersama dengan Perdana Menteri. Jika ditakdirkan pun saya mendapat ketiga-tiga perkara ini, baguslah, tetapi saya tidak akan keluh-kesah tak tidur malam memikirkan bagaimana mahu menjadi seorang superstar.

Apa yang IPTA lakukan hari ini

Apa yang telah berlaku kepada universiti-universiti kita sekarang? Naib-naib Canselor tidak peduli tentang pembangunan negara bangsa tetapi hanya berminat memperkenalkan dasar-dasar pengurusan yang akan membolehkan IPTA "melonjak jauh" memasuki sistem ranking bertaraf dunia.

Bagaimana mereka melakukannya? Mula-mula sekali mereka membuat promosi universiti melalui jurnal-jurnal antarabangsa terkenal yang mempunyai indeks penerbitan Scopus atau ISI. Dengarnya, untik disiarkan dalam kebanyakan jurnal ini, harga yang perlu dibayar amat mahal sekali.

Kemudian pengurusan universiti kita ini mengupah khidmat pakar asing yang mereka rasakan mampu menulis kertas akademik yang lebih baik daripada ahli akademik kita untuk mendapat pengiktirafan. Jadi, tidak banyak ruang untuk "sumbangan kepada komuniti dan masyarakat' tetapi hanya untuk kertas akademik dan geran penyelidikan, dan begitulah seterusnya.

Ia menjadi satu perlumbaan yang gila dan saingan yang tidak masuk akal semata-mata mengejar pengiktirafan. Kini "pengiktirafan", "world class", "ranking" menjadi kata-kata hikmat dalam dunia akademik semasa.

Apa kesan keghairahan mengejar ranking

Apakah kesan daripada pendekatan baru ini kepada pengurusan universiti kita? Tidak ramai yang mahu menulis buku teks untuk pelajar. Hampir tidak ada ahli akademik yang mahu menulis rencana atau buku popular menjelaskan tentang ilmu pengetahuan mereka kepada masyarakat.

Setiap ahli akademik akan melihat pelajar pasca-siswazah mereka sebagai individu yang hanya menghasilkan kertas akademik yang bakal mengharumkan nama pensyarah sebagai sebagai penulis untuk jurnal akademik.

Penyelia pengajian PhD dan ijazah sarjana tidak peduli lagi tentang usaha memupuk sarjana tetapi hanya melayan pelajar sebagai orang suruhan untuk mengendalikan seminar, menulis kertas akademik, mencari data, dan melayan mereka sebagai pembantu makmal.

Bagaimana pula dengan sarjana dan ahli akademik muda? Selepas mendapat PhD mereka terpaksa berdepan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang menjadikan mereka tidak ada masa untuk renungan hidup.

Jadi apa yang sarjana muda ini lakukan? Lima dari mereka akan memeterai perjanjian bahawa jika seorang dari mereka, atau seorang dari mana-mana pelajar pasca-ijazah mereka menghasilkan satu kertas akademik, kesemua nama mereka akan terpampang di atas kertas itu.

Melalui cara ini, sarjana-sarjana muda ini akan memenuhkan CV masing-masing dengan pelbagai kertas akademik yang tidak ada kena-mengena dengan bidang kepakaran mereka.

Satu lagi bencana menimpa apabila sistem KPI yang berteraskan kertas akademik diamalkan. Pelajar pra-siswazah terkantong-kantong sendirian untuk mempertahankan kertas akademik mereka apabila pensyarah-pensyarah mereka terlalu sibuk mencari geran, terbang ke sana sini untuk menyampaikan syarahan dan menguruskan seminar, menulis kertas akademik atau naik turun pejabat Menteri untuk meminta itu dan ini.

Pemerintah sebagai inspirasi dunia akademik

Dahulunya penyelidikan dan pusat penyelidikan diwujudkan untuk merintis usaha pembangunan dalam bidang akademik yang akan membantu rakyat kita.

Tetapi hari ini saya melihat pusat-pusat pengajian ditubuhkan dan buku-buku diterbitkan atas isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri.

Saya pernah mendengar tentang sebuah IPTA yang memberi sejumlah besar peruntukan kewangan untuk kajian mengenai Islam Hadhari dari idea seorang bekas Perdana Menteri. Baru-baru ini pula satu penyelidikan dilakukan dan seminar diadakan tentang seni bina Bugis, semata-mata kerana seorang pemimpin besar negara adalah dari keturunan Bugis!

Naib-naib Canselor sibuk dengan permainan perhubungan awam kerana ingin menarik geran dan peruntukan, dan banyak masa dan usaha di IPTA telah ditumpukan kepada perhubungan awam.

Di manakah kewibawaan ahli akademik dan sarjana kita? Di manakah "jarak pendirian falsafah dan moral" di antara mereka dan pihak yang berkuasa? Jika ahli akademik dan sarjana terikat dan tunduk kepada pemerintah, siapa yang akan memberitahu rakyat tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diubah?

Memang sentiasa ada ketakutan di kalangan ahli akademik bahawa mereka tidak akan dinaikkan pangkat jika mengigit tangan pemerintah.

Malah Majlis Profesor Negara kelihatanya sangat takut dan sanggup membodek pemerintah dan ini telah memalukan idealisme ketinggian moral dunia akademik.

Para profesor sepatutnya menjadi teras ilmu pengetahuan untuk kebaikan rakyat tetapi mereka memilih untuk membodek bagi mendapatkan pangkat, kedudukan, projek dan geran.

Saya lebih gembira berbual tentang keadaan negara dengan pemandu teksi berbanding dengan pihak pengurusan universiti dan golongan yang kononnya bergelar akademik.

Di benak fikiran sata, universiti-universiti kita sepatutnya menghentikan keghairahan mereka terhadap sistem ranking, dan masya'Allah, hentikanlah daripada bersaing untuk mendapatkan status Research University atau Apec University.

Utamakan rakyat Malaysia

Kerajaan sepatutnya berhenti daripada menggalakkan perlumbaan keanak-anakan ini untuk menumpukan kepada pemberian geran dan keistimewaan kepada sarjana, fakulti dan institusi yang akan dapat memberi khidmat sepenuhnya kepada rakyat kita yang lebih memerlukannya.

Jika ditakdirkan kita berjaya memberi sumbangan kepada dunia, baguslah, tetapi janganlah pinggirkan ahli akademik kita yang menangani isu tempatan atau menulis untuk jurnal tempatan atau menerbitkan buku tempatan.

Kita mesti menjadi Malaysian First (utamakan rakyat Malaysia) dan dunia di tempat kedua. Mengapalah kita ghairah sangat untuk dunia sedangkan di negara kita ada berlambak masalah yang perlu diselesaikan?

Jika kita menumpukan semua sumber akademik yang ada untuk membantu pelajar kita, membantu guru sekolah mengajar anak kita, membantu rakyat kita memahami isu-isu ekonomi, alam sekitar, agama dan lain-lain lagi, saya melihat bahawa kita telah pun memberi satu sumbangan yang besar.

Setelah kita berjaya laksanakan itu semua, jika sistem ranking oleh Times mahu mengiktiraf kita mengikut kriterianya dalam excellence in academia, baguslah, tetapi jika kita gagal mencapai piawaian mereka, peduli apa kita!

Sekarang apa yang kita ada? Kita tidak termasuk dalam senarai 400 universiti terbaik dunia. Rakyat Malaysia tidak tahu pun apa yang universiti kita sumbangkan kecuali mengajar pelajar kita untuk mendapatkan pekerjaan.

Kita ada sekumpulan ahli akademik yang kecewa dan tertekan. Ahli-ahli akademik ini yang hanya menulis dan bercakap dalam Bahasa Melayu merasa diri mereka dipinggirkan. Jurnal tempatan semakin berkurangan dan hambar. Tidak ramai yang mahu menulis buku untuk Dewan Bahasa & Pustaka atau penerbitan universiti.

Pelajar pra-siswazah kita tidak mempunyai wibawa sebagai pemimpin kerana mereka tidak dilayan seperti orang dewasa, dan mereka juga tidak dilihat sebagai pemimpin masa depan, hanya sebagai kanak-kanak sekolah yang mahu lulus kertas peperiksaan.

Apa dah jadi? Apa lagi nak jadi?

Permainan menghitung petikan tulisan akademik untuk mencerminkan kehebatan ilmiah adalah sesuatu yang melucukan. Sesetengah ahli akademik meluangkan sebahagian besar masa mereka untuk mengira berapa banyak petikan tulisan mereka; malah memantau dan meminta rakan-rakan akademik lain memetik tulisan mereka.

Apa yang menyedihkan ialah ada pengurusan akademik yang hanya mengambil kira petikan tulisan-tulisan ini untuk kenaikan pangkat.

Apa yang menggembirakan saya

Saya tidak pernah peduli untuk melihat kembali berapa ramai sarjana yang memetik hasil kerja saya. Saya lebih gembira apabila mengetahui seorang guru besar sekolah Australia memetik tulisan saya tentang seni bina nasional untuk dibincangkan dengan kakitangan dan pelajar sekolahnya.

Saya juga gembira apabila laman web Majlis Peguam memuatnaikkan tulisan saya mengenai jenayah yang telah disiarkan dalam akhbar The Star. Saya amat bangga apabila rencana saya mengenai orang bukan Islam dan masjid dipaparkan dalam blog Lim Kit Siang, dan apabila majalah Christian Herald menyiarkan tulisan saya mengenai isu azan.

Bagi saya, itu semua adalah petikan hasil kerja yang dapat merapatkan hubungan rakyat dan perpaduan negara. Sudah tentu ada ahli akademik yang memperkecilkan hasil kerja saya dengan mengatakan semua ini rendah mutu akademiknya kerana tidak diberi ulasan sebaya atau academic peer review.

Kepada ahli akademik seperti ini, saya ingin katakan bahawa saya tidak menyertai dunia akademik untuk masuk ke dalam satu kumpulan elit yang hanya bergaul sesama sendiri, tetapi saya menyertai universiti kerana mahu berbuat sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara kita.

Apa yang perlu kita lakukan

Jadi, ini yang saya mahu kerajaan dan semua universiti kita lakukan. Hentikan kegilaan usaha mendapatkan status Research University dan berikan sahaja RM50 juta kepada semua IPTA untuk mempupuk bakat sarjana muda mereka.

Lebih baik kita belanjakan wang itu untuk membentuk generasi akademik akan datang daripada membina sebuah lagi masjid besar bernilai RM300 juta atau beberapa Menara Warisan atau melaksanakan semula lanskap Putrajaya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan diadakan.

Hentikan juga kegilaan mengejar status Apec University yang telah menjadikan setiap IPTA melihat yang lain sebagai saingan untuk mengejar penerbitan akademik dan geran semata-mata.

IPTA di Malaysia pada suatu masa dahulu adalah satu keluarga yang besar tetapi sekarang mereka bercakaran untuk menyimpan kemahiran yang ada dan enggan berkongsi bakat.

Apabila UKM memohon mendapatkan khidmat saya untuk dipinjamkan selama dua tahun bagi menghasilakn penyelidikan tentang budaya dan seni bina Islam, UTM telah menolaknya tanpa berbincang dengan saya. Begitulah keangkuhan dan amalan kuku besi serta sifat "kedekut" yang wujud dalam IPTA hari ini.

Gelombang Pertama ahli akademik kita berusaha untuk mewujudkan tapak ilimiah serta menghasilkan graduan untuk keperluan industri.

Kita sekarang dalam Gelombang Kedua yang mana kita perlu menghasilkan suasana penyelidikan yang baru, menghasilkan graduan yang bukan sahaja pekerja tetapi juga pemimpin, dan mempersiapsediakan sarjana muda dalam kajian pasca-siswazah untuk menghadapi Gelombang Ketiga, iaitu inovasi dan keusahawanan, selain meningkatkan tapak Gelombang Kedua.

Dengan cara yang perlahan tetapi pasti berjaya ini, Gelombang Keempat dan Kelima akan memastikan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Barat. Tamadun dan kreativiti tidak boleh dipaksa dan dilajukan walau pun beribu bilion ringgit dibelanjakan.

Kunci kejayaan

Memupuk sarjana muda adalah kunci kejayaan. Ahli-ahli akademik veteran perlu memastikan setiap tugasan yang diberi kepada mereka yang muda adalah tugasan yang kita sendiri mampu laksanakan jika usia kita masih muda. Dan bukan diberi kepada mereka untuk ditiru seperti cut and paste semata-mata untuk mendapatkan kenaikan pangkat kita sendiri.

Peruntukan kewangan mesti diutamakan kepada sebanyak mungkin sarjana muda dan bukannya kepada segelintir ahli akademik veteran. Kasih sayang dan rasa hormat mesti ditunjukkan kepada yang muda manakala sistem anugerah boleh-laksana perlu diwujudkan untuk memberi galakan yang sewajarnya.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah untuk mengajar sarjana muda bahawa tugas utama mereka dalam pembangunan bangsa (nation) adalah mendahulukan rakyat dan kepada kemanusiaan.

Usaha mereka bukan semata-mata untuk kerjaya mementingkan diri dan hidup dalam kumpulan elit, tetapi mesti berteraskan moral dan kerohanian. – Roketkini.com

Penulis adalah Profesor Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Proham gesa UIA batal tindakan gantung khidmat Aziz Bari

Posted: 22 Oct 2011 03:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR ― Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan tindakan menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat atas tuduhan mengeluarkan kenyataan memudaratkan imej pusat itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini timbalan pengerusinya Prof Hamdan Adnan berkata, UIA harus mengembalikan Aziz kepada kedudukan asal bagi mempertahankan kebebasan akademik dan perbincangan intelektual dunia pendidikan.

"Di samping itu, kami mengesyorkan UIA agar mengadakan perbincangan akademik berhubung tema (isu semasa) demi keagungan pendidikan dan kemajuan intelektual," kata beliau.

Pendirian Proham ini dikeluarkan ketika wujud polemik berhubung laporan bahawa Aziz digantung perkhidmatan dan dilarang masuk kampus UIA sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Dalam kenyataan awal hari ini, Aziz menafikan kenyataan Rektor UIA bahawa pensyarah itu tidak ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Menurut peguamnya Dr Zulqarnain Lukman, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa "serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari" sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam.

"Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat," kata Zulqarnain.

Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz sehingga siasatan dijalankan.

Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Zaleha turut menafikan laporan media bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.

Sehubungan itu tegas Hamdan, Proham mahu kerajaan pusat dan Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

"Ini akan memastikan institusi pengajian tinggi di Malaysia ada kebebasan akademik yang konsisten dengan standard hak asasi manusia antarabangsa," katanya yang turut menegaskan, tindakan UIA hanya akan melemahkan lagi kebebasan pemikiran intelektual.

"Dalam penilaian Proham, Prof Bari merupakan seorang sarjana dan pakar dalam undang-undang Perlembagaan Malaysia.

"Adalah sesuatu yang menyediakan apabila tafsiran yang konstruktif mengenai undang-undang tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, yang reaksi mereka tiada kaitan dengan soal logik atau kewarasan," kata Hamdan

Isu Aziz Bari, bahana malapetaka ciptaan Umno

Posted: 22 Oct 2011 03:49 AM PDT

MOHD RASHIDI HASSAN


Umno-Barisan Nasional harus diberi peringatan, bahawa mereka bukanlah tuan kepada negara Malaysia, yang sesukahati boleh menguasai dan mencorakkan semua keadaan demi survival politik Malaysia.

Kuasa yang dinikmati sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun, menjadikan Umno-BN alpa. Dengan rakusnya mereka 'mencabul kehormatan' insitusi Parlimen, kehakiman, polis dan sebagainya, sehingga majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap semua institusi ini.

Kerakusan mereka tidak terhenti di situ. Selepas semua agensi dan badan berkaitan kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik Umno-BN, kini institusi Raja hendak dicorakkan di atas kehendak Umno.

Buktinya jelas. Ada dua perbezaan yang amat ketara di antara perilaku hodoh pemimpin Umno Terengganu yang membuat demonstrasi di hadapan Istana Terengganu, yang dengan jelas menggelarkan Sultan dengan istilah 'binatang', berbanding dengan satu kenyataan umum Profesor Dr Aziz Bari terhadap Sultan Selangor.

Aziz Bari tidak menghina Sultan Selangor. Beliau tidak menggelarnya binatang seperti yang dibuat Umno Terengganu. Sebagai pakar perlembagaan dan perundangan Islam, Aziz Bari hanya mencadangkan supaya Sultan Selangor mengambil tindakan selaras dengan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam negeri, iaitu mengikuti tatacara Islam dalam menangani kes DUMC. Itu sahaja.

Adakah kenyataan Aziz Bari itu suatu penghinaan terhadap Sultan? Mengapa beliau harus disiasat polis? Mengapa SKMM menyoal siasat beliau? Dan mengapa UIA bertindak keras sehingga menggantung Aziz Bari? Apa kesalahannya?

Mengapa Umno-BN terlalu jahat untuk mengenakan tindakan tegas terhadap Aziz Bari, sedangkan kenyataannya itu hanyalah bersifat umum dan langsung tidak menjejaskan kemuliaan Sultan Selangor.

Apa yang disuarakan Aziz Bari, jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno Terengganu. Kenapa Umno Terengganu, khususnya juak-juak Dato' Seri Idris Jusoh boleh diampunkan? Umno Terengganu dan seluruh kepimpinan Umno yang merestui tindakan 'membinatangkan' Sultan, adalah penderhaka yang amat jijik dan jahat.

Kita berasa amat kesal kerana ada segelintir golongan istana, yang seolah-olah memejamkan mata dengan kejahatan Umno menghina Raja, dan bersikap keras terhadap mana-mana pihak yang cintakan keadilan, hanya kerana mereka pro-Pakatan Rakyat.

Semua institusi yang dipergunakan Umno-BN harus sedar. Kedurjanaan mereka dengan mencipta malapetaka suatu persatu hanya kerana hendak mengikut agenda Umno, untuk menyelamatkan masa depan Umno, akan dihentikan rakyat.

Kuasa rakyat yang bangkit hari ini (21 Oktober) di UIA, hanyalah permulaan daripada kebangkitan yang lebih besar. Soalnya bukan hanya Aziz Bari semata-mata, bukan hanya pencabulan kebebasan akademik yang dipertahankan, tetapi ke arah sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Kiat harus memperjuangkan kebebasan akademik, kebebasan mahasiswa bersuara dan seterusnya kita berjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ciptaan Umno yang mengongkong golongan mahasiswa sebelum ini.

Mahasiswa adalah peneraju kepada perubahan dalam negara. Ayuh bangkit bersama Pakatan Rakyat! Kita perbetulkan sistem akademik dengan mengembalikan martabat universiti dalam negara, kita rebahkan Umno-BN, agar semua institusi dan agensi kerajaan dibebaskan daripada belengu kerakusan orang politik.

Mahasiswa bangkit, negara merdeka!

Sampai bila 'Hang Nadim' mahu terus dibunuh

Posted: 22 Oct 2011 03:48 AM PDT

Harakahdaily


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menilai tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari beberapa hari lalu – meminta surat tunjuk sebab dan menggantung tugas beliau - sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini.

"Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya, kata Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Katanya, sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIAM sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat.

Beliau berkata, UIAM sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya.

Seharusnya, kata beliau kenyataan Dr Aziz itu perlulah dilihat dari perspektif seorang pakar perlembagaan yang sememangnya diiktiraf, berautoritatif dan menjadi rujukan akademik sekian lama.

"Ia perlulah dihormati, dihargai dan dinilai sebagai pandangan profesional semata-mata," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menambah, andainya ada pandangan yang berbeza, sewajarnya ia dikemukakan juga mengikut adab akademik sepertimana lazimnya demi perkembangan dan penyuburan budaya ilmu secara sihat dan utuh.

Katanya, adalah jelas bahawa kenyataan yang beliau kemukakan itu tiada langsung berunsur penghinaan mahupun cubaan mempersoal, apatah lagi mencabar kedudukan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Apa yang nyata berlaku, ujarnya adalah reaksi beliau mengenainya itu telah diputar-belit dan disensasikan oleh kelompok media yang bersekongkol dengan Umno dan gerombolannya.

Hakikatnya, tambahnya sebagai warganegara Dr Aziz mempunyai hak asasi menyuarakan pandangan dan dilindungi perlembagaan.

"Ketegasan beliau telah menjadikan UIAM lebih dihormati dan dipandang tinggi," katanya.

Justeru, katanya lagi tidak harus timbul prejudis melulu seolah-olah jenayah akademik besar telah dilakukan sehingga 'menjejaskan kepentingan universiti'.

Apatah lagi, ujarnya Dr Aziz telahpun secara profesional memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak yang menjalankan siasatan dalam isu ini - polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).

Malah, katanya Dr Aziz bersedia memberikan penjelasan terperinci bagi mengelakkan manipulasi mana-mana pihak yang tidak berniat murni.

Justeru, tegasnya PKR dengan ini menggesa agar UIAM perlu lebih profesional dan berkeyakinan diri dalam menangi persoalan seperti ini di masa hadapan.

Katanya, keputusan menggantung tugas adalah amat menyedihkan.

"Merit beliau selaku pensyarah paling kanan, telah berkhidmat selama 22 tahun dan sekaligus berjaya melahirkan ramai graduan yang menjadi kebanggaan negara dalam bidang ini telah dipertikaikan dan dipandang rendah.

"Lebih membimbangkan, pembelajaran lebih 100 siswa-siswi peringkat ijazah sarjana muda hinggalah doktor falsafah yang sedang mengikuti pengajian bersama beliau pasti akan terjejas," ujarnya lagi.

Oleh itu, katanya PKR menuntut agar pihak penguasa politik segera menghentikan campurtangan mereka terhadap UIAM di dalam isu ini.

Tambahnya, tindakan penggantungan tugas terhadap beliau hendaklah ditarik balik dan segera memohon maaf maaf tanpa syarat kepadanya.

"Sehingga bilakah amalan 'membunuh Hang Nadim kerana kecerdikannya' ini mahu diteruskan dalam arena politik negara ini?" soalnya.

Kes Aziz Bari tambah hitam rekod BN

Posted: 22 Oct 2011 03:44 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan profesor undang-undang terkemuka dan kritis negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita," kata ketua penerangannya, Mohd Nasir Zakaria (gambar).

Katanya, penggantungan Dr Aziz selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

Ini, katanya kerana Dr Aziz adalah pensyarah kanan Universiti Islam Malaysia yang sudah berkhidmat selama 22 tahun dan antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan.

"Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Dr Aziz terkenal berani dan kontroversi dan beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang.

"Beliau sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Padang Terap.

Baginya, alasan yang diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ialah kerana "membuat kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" adalah satu alasan yang sangat subjektif bagi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, masyarakat tertanya-tanya, bertentangan dengan kepentingan universiti itu juga bermaksud bertentangan dengan kepentingan pemerintah lanjutan laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Baginya, penggantungan ini akan menjatuhkan lagi imej universiti Malaysia di mata dan ranking universiti di dunia.

"Sudahlah para mahasiswa dan pensyarah terpaksa berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kali ini pensyarah pula berdepan dengan pelbagai akta dan halangan 'kepentingan' universiti," katanya.

Selepas peristiwa ini, ujarnya DPPNK dapat merasakan pendemokrasian ilmu akan semakin terhakis dan akan menyebabkan kebebasan bersuara akan semakin kelam.

Katanya, imej universiti sebagai menara ilmu dan harapan ummat sebagai lubuk kebijaksaaan akan semakin dipandang sinis dan autoriti seorang sarjana akan semakin diperlekehkan.

"Alangkah malangnya negara ini," ujarnya lagi.

Tambah Nasir, apa yang kebih besar ialah kesan terhadap para mahasiswa yang sedang menyiapkan tesis serta mengikuti kelas yang dipimpin oleh beliau.

Tambahnya, apapun alasannya termasuk alasan beliau menghina raja, DPPNK mengharapkan agar penggantungan beliau sebagai sarjana dan pensyarah ditarik balik terlebih dahulu.

"Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis yang menyiasat beliau susulan isu ini juga akan menjadikan ahli akademik semakin terkongkong dalam menyampaikan ilmu dan menegakkan kebenaran," katanya.

PAS bawa kes Aziz Bari ke Parlimen

Posted: 22 Oct 2011 03:42 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS akan membawa kes penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa ke persidangan Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan 18(1) bagi membincangkan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Berikut adalah usul beliau bertarikah 21 Oktober kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia.

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.

Pada 13 Oktober 2011, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah memberikan pandangannya berkenaan titah Sultan Negeri Selangor terhadap kes serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kepada portal Malaysiakini atas kapasiti selaku pakar Undang-Undang Perlembagaan khususnya berkaitan dengan kuasa dan fungsi Raja Berperlembagaan.

Akibat dari pandangan tersebut, media arus perdana dan pemimpin UMNO dan NGO pro-UMNO telah melancarkan kecaman bertubi-tubi ke atas Abdul Aziz tanpa memberikan beliau peluang mempertahankan dirinya. Kemudiannya beberapa laporan polis telah dibuat oleh ahli dan penyokong UMNO diseluruh Negara.

Kemuncak dari tindakan tersebut, Abdul Aziz bukan sahaja disiasat oleh Polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pengurusan UIAM pada 19 Oktober 2011 dan telah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta merta. Justeru, usul yang dibawa ini adalah perkara yang tertentu.

Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau di dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau. Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam.

Episod ini menampakkan seolah-olah UIAM sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertaraf antarabangsa menuruti tekanan politik pihak-pihak berkepentingan tanpa mempedulikan tindakan sebegini boleh mencemarkan reputasi dan prestij UIAM di mata dunia. Pihak kerajaan dan universiti nampaknya tidak mempedulikan langsung jaminan kebebasan akademik terhadap ahli akademik/pensyarah yang terkandung di dalam suatu dokumen bertajuk "Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teachin Personnel" yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Natijahnya menampakkan bahawa janji-janji keterbukaan dan transformasi politik yang acapkali dilaungkan oleh YAB. Perdana Menteri adalah hanya sekadar mainan di mulut sahaja tetapi realitinya semakin kuat tekanan dikenakan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan parti pemerintah. Jika Abdul Aziz terus digantung tanpa beliau didapati bersalah, ini amat menjejaskan nama UIAM dan Malaysia di mata antarabangsa di samping memberikan kesan kepada ratusan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Phd di bawah selian Abdul Aziz. Justeru, usul ini perlu disegerakan.

Tuan Yang DiPertua,

Saya mohon mencadang.

70 ahli Umno Kelantan masuk PAS

Posted: 22 Oct 2011 03:39 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Seramai 70 orang ahli Umno di Kelantan telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, semalam.

Borang keahlian PAS mereka diserahkan sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu majlis di Kota Bharu, semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, kesemua mereka adalah bekas ahli-ahli Umno di kawasan Kota Bharu, manakala kemasukan mereka ke dalam PAS pula melambangkan perjuangan PAS sudah semakin difahami oleh orang ramai.

Katanya, sebelum ini sudah banyak ahli-ahli Umno di Kelantan menyokong PAS, tetapi sebahagian daripadanya berbuat demikian secara sembunyi-sembunyi.

"Perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad saw. Umno sendiri tahu kebenaran perjuangan PAS.

"Tentangan mereka terhadap PAS bukan kerana perjuangan PAS tidak betul, tetapi kerana kedegilan mereka sendiri untuk menerima kebenaran," katanya ketika merasmikan Persidangan ICT 2011 Media Baru "Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU Ke-13" di Dewan Datuk Fadhil Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Berucap pada Seminar anjuran Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat itu, beliau berkata, realiti itu samalah juga dengan tentangan orang-orang kafir terhdap Islam yang bukannya kerana mereka tidak tahu dengan kebenaran Islam, tetapi kerana kedegilan mereka sendiri untuk menerima kebenaran.

Katanya, itulah juga sikap yang ditunjukkan oleh Abu Jahal terhadap Islam ketika hayat Rasulullah saw dulu, namun ia tetap tidak melemahkan perjuangan Islam seperti yang telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw.

"Setiap ahli PAS perlu faham perkara itu. Jadi, kita mestilah sentiasa bersedia menjawab segala persoalan dan segala bentuk tentangan yang ditimbulkan oleh mereka atau pihak Umno dengan baik dengan ilmu yang kita miliki," katanya.

Dalam konteks media baru, menurutnya, tugas tersebut amat perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesan oleh para penulis, bloger-bloger yang menyokong perjuangan PAS dan mereka yang bertugas di bahagian penerangan.

"Setiap jawapan yang kita berikan dalam bentuk penulisan dan termasuklah juga dalam ceramah-ceramah mestilah berasaskan "Al-haq" atau kebenaran iaitu menyebarkan maklumat yang benar sahaja," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Mengambil contoh pentadbirannya di Kelantan sejak PAS memerintah negeri itu, beliau telah melakukan banyak perubahan ke arah yang lebih islamik berbanding semasa Kelantan berada di bawah pemerintah BN dulu.

"Sebaik memerintah Kelantan, saya telah mengarahkan kesemua wang kerajaan dipindahkan ke dalam sistem perekonomian Islam untuk mengelakkan terjebak dengan riba.

"Walaupun pada awalnya dipersoalkan oleh beberapa pihak, tetapi apabila kita jelaskan dengan betul dan kena caranya, akhirnya mereka sendiri dapat memahaminya dan dapat menerima tindakan kita itu dengan baik," katanya.

Selain itu, beliau juga turut memperkenalkan cuti 2 hari seminggu bagi setiap kakitangan kerajaan di Kelantan yang juga turut ditentang oleh Umno dengan pelbagai dakwaan, termasuk mengatakan beliau mengajar dan mendorong rakyat menjadi malas.

"Tetapi akhirnya langkah yang baik dan turut memberikan keadilan kepada para pegawai atau kakitangan kerajaan itu juga turut ditiru oleh Umno," tegasnya.

Sejak memerintah Kelantan, beliau juga turut mengajar Al-Quran dan menjadi imam solat yang kesemua itu tidak dilakukan oleh pemimpin Umno semasa memerintah negeri itu.

"Maknanya, apabila menjadi ketua kerajaan, kita tak boleh hanya melakukan kerja-kerja pentadbiran sahaja. Sebaliknya kesemua perkara yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw mestilah kita lakukan termasuk dalam persoalan memimpin rohani rakyat," katanya.

Menurutnya, pada bulan Ramadhan pula, Kerajaan PAS Kelantan turut berusaha menyedarkan orang ramai dengan tidak memanggil bulan Ramadhan sebagai bulan puasa, tetapi bulan Ramadhan.

Dengan itu, katanya, falsafah bulan Ramadhan akan berjaya diserapkan ke dalam hati orang ramai dengan lebih berkesan dengan tidak hanya melaksanakan ibadah solat dan puasa sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi diperkembangkan dengan majlis-majlis ilmu, memperbanyakan bacaan al-Quran, memperbanyakkan amalan-amalan baik dan berzikir.

Polemik liwat: Peguam PAS cabar MP Zul kritik ‘hukum hudud Umno’

Posted: 22 Oct 2011 03:36 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR — Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mencabar jika Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar-Baru Zulkifli Noordin, yang menimbulkan aspek berkaitan dengan peruntukan liwat dalam hukum hudud yang digubal kerajaan negeri Terengganu pada 2002, jika jujur sepatutnya mengkritik "hudud Umno" di Wilayah Persekutuan.

Menurut Hanipa, dalam undang-undang yang digubal kerajaan pusat — yang dilabelnya sebagai "undang-undang Umno" — di Wilayah Persekutuan, liwat hanya "salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain."

"Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya tidak dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum.

"Renungan kepada Zulkifli Nordin - undang-undang mana yang lebih melindungi wanita?" kata beliau dalam entri blognya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata dakwaan Zulkifli berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak.

Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Menurut Harun, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

Hanipa menulis ekoran isu yang dibangkitkan oleh Zulkifli di Dewan Rakyat kelmarin, antara lain menurutnya, wakil rakyat itu menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Katanya, tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan pula menggubal enakmen yang sama pada 1993.

Polemik baru ini muncul ketika timbul semula kontroversi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan hasrat mahu melaksanakan undang-undang itu di Kelantan.

"Menurut beliau (Zulkifli) berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat," tulis Hanipa.

Beliau seterusnya berkata adalah sesuatu yang malang bagi profesion guaman negara ini mempunyai seorang peguam yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Kata Hanipa, daripada kenyataan Zulkifli nampaknya beliau terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan.

Katanya, hujah beliau yang mengatakan bahawa Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan beberapa alasan.

Kata Hanipa, Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Jika dilihat kepada Seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

"Seksyen 15 enakmen yang sama memperuntukkan 'sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina," katanya lagi.

Menurut Hanipa, hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan dan rejam sehingga mati bagi yang muhsan.

"Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa 'selain daripada isterinya' suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd," kata beliau sambil menambah, hujah itu memperlihatkan bahawa beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir.

"Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?" katanya lagi.

"Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah dalam bukunya yang terkenal 'Tasyri' Janaie' terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia 'mengguna pakai hartanya' mengikut kehendaknya. Dan, prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd.

"Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir," kata Hanipa lagi.

Jelas beliau, jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh-gapah membaca keseluruhan enakmen tersebut beliau akan pasti dapat melihat Seksyen 3 enakmen yang sama, yang menyatakan secara jelas, "dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian."

"Seksyen 3 enakmen tersebut sekali gus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ia hanya satu kesalahan takzir. Dan, Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud," katanya lagi.- Malaysian Insider

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah

Posted: 22 Oct 2011 03:34 AM PDT



GOMBAK - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.

Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.

Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.

"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.

"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.

"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.

Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.

"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.

"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan persaingan juga perlu kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan dan dapat menimbulkan kebenaran kepada sesuatu perkara.

"Persaingan yang baik akan melahirkan kebenaran kerana isu yang timbul akan dibahas serta pendapat masing-masing dan akhirnya mendatangkan kebenaran yang diterima oleh semua," katanya.

Persidangan yang dianjurkan oleh Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat bersama dengan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat selama sehari ini meletakkan objektif menyeragamkan pemahaman garis panduan gerak kerja bersepadu facebook atau twitter kepada semua petugas penerangan dan maklumat di semua peringkat.

Ia juga bertujuan mengulangkaji mengemaskini dan mendapat maklum balas status kesediaan keperluan ICT di semua peringkat serta berkongsi pengetahuan berhubung dengan media sosial dan webtv sebagai sumber maklumat alternatif serta mendapat sokongan dan komitmen dari kepimpinan tertinggi PAS untuk melancarkan Jentera Bersepadu Petugas ICT dalam jentera pilihan raya dan penerangan lebih awal sebagai persediaan dalam menghadapi pilihanraya umum nanti.- Harakah Daily

PAS bimbang tindakan UIA hasut rakyat benci raja

Posted: 22 Oct 2011 03:32 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR - Kegelojohan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung Prof Dr Abdul Aziz Bari dibimbangi boleh mendorong dan menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Penggantungan kontroversi ke atas Dr Abdul Aziz yang dilakukan oleh UIA itu semakin terbukti amat menyakitkan hati rakyat.

"Tindakan UIA itu akhirnya dikhuatiri mendorong dan secara tidak langsung menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu," kata beliau.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, tindakan UIA itu benar-benar menjatuhkan maruah Raja-Raja Melayu.

"Tindakan UIA itu menggambarkan seolah-seolah Raja-Raja Melayu tidak boleh menerima teguran dan pandangan professional.

"Memberi gambaran bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh menerima teguran dan pandangan professional adalah perbuatan buruk yang benar-benar menjatuhkan maruah Raja-Raja Melayu," tegas Mahfuz.

Malah, katanya, memberikan gambaran bahawa-bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh menerima teguran hakikatnya memberi gambaran bahawa Raja-Raja Melayu tidak mahu mengamalkan ajaran Islam yang sangat asasi yang menekankan amar ma'ruf nahi munkar.

Dr Abdul Aziz sebelum itu memberikan pendapatnya sebagai pakar perlembagaan terhadap tindakan Sultan Selangor.

Beliau berpendapat, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.

Dr Abdul Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Selangor berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Akibatnya, beliau disoalsiasat oleh polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan akhirnya digantung tugas oleh universiti itu semata-mata kerana memberikan pendapatnya dari segi undang-undang.

Mahfuz melihat tindakan UIA membalas pandangan professional Dr Abdul Aziz dengan penggantungan penuh kontroversial itu sebagai perbuatan "institusi ilmu menghina ilmu".

"Kalaupun benar terpaksa bertindak selaras dengan kehendak dan kepentingan Umno, janganlah sampai institusi ilmu menghina ilmu dan melakukan tindakan yang akhirnya akan membunuh kebebasan akademik.

"Amat buruk kalau institusi ilmu sendiri yang membunuh ilmu dan kebebasan akademik," kata beliau.

Mahfuz juga menyifatkan amat lucu penjelasan Rektor UIA Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin kononnya tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mengenai tindakan Sultan Selangor.

"Ini kali pertama kita dengar seorang ilmuan yang memberikan pendapat professionalnya perlu digantung tugas untuk membolehkan beliau memberikan penjelasan mengenai pendapat professionalnya itu.

"Ini sudah tentu boleh mencipta rekod dunia sebagai salah satu perkara paling kelakar sepanjang sejarah," katanya.- Harakah Daily

Perbelanjaan melampau SPRM: RM90k untuk Vanezis, RM150k untuk Shafee

Posted: 22 Oct 2011 03:27 AM PDT

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Malaysia sudah mempunyai beberapa kes rasuah berprofil tinggi dalam beberapa bulan ini, yang didedahkan kepada rakyat. Anehnya, dalam kes-kes seperti skandal Scorpene dan penyiasatan Ananda Krishnan di India, kes-kes rasuah ini disiasat oleh agensi asing. Adalah memalukan untuk membayangkan badan sejawat kepada agensi-agensi pencegah rasuah asing di Malaysia adalah lembab dan tidak memberi perhatian penuh untuk bertindak di tempat sendiri.

Walaupun diberikan mandat baru pada tahun 2008, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak membuahkan banyak hasil walaupun peruntukan tahunannya daripada perbelanjaan negara telah meningkat sepanjang beberapa tahun ini. Dengan perbelanjaan yang meningkat, kenapa hasil SPRM sangat lemah dalam menyelesaikan kes-kes rasuah dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan?

Perbelanjaan melampau

Kes Teoh Beng Hock telah menunjukkan penggunaan wang rakyat yang tidak masuk akal untuk membela dan menjustifikasi peranan SPRM dalam menyiasat kes-kes rasuah. Semenjak 2008, sudah ada dua kematian dalam kawasan persekitaran SPRM yang melibatkan individu-individu di bawah pengawasannya. Teoh Beng Hock merupakan seorang yang menemui ajalnya selepas diinterogasi di dalam pejabat SPRM. Seorang lagi adalah Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini.

Penyiasatan Suruhanjaya Di-Raja terhadap kematian Beng Hock yang dilakukan selepas itu memperlihatkan SPRM membela dirinya dan melepaskan diri daripada kes tersebut, dan enggan mengambil tanggungjawab walau sedikit pun terhadap salah lakunya.

Bandingkan ini dengan pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand. Beliau datang ke Malaysia 4 kali untuk memberi keterangan di mahkamah koroner dan RCI. Beliau juga melibatkan diri dalam autopsy kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock. Untuk semua usaha-usahanya itu, beliau tidak mengenakan bayaran walau satu sen pun kerana beliau didorong oleh nuraninya.

Karpal Singh dan Gobind Singh telah melawan di mahkamah bagi pihak keluarga Teoh sejak tahun 2009, daripada mahkamah koroner sehingga ke rayuan dan reviu kehakman yang masih berlangsung sekarag ini – tempoh selama tiga tahun. Pasukan bapa dan anak itu pun melawan untuk pengadilan bagi keluarga Teoh atas dasar pro-bono.

Berbeza dengan ini adalah jumlah wang yang dibelanjakan oleh SPRM untuk membawa pakar-pakar seperti pakar forensik terkenal dari England, Peter Vanezis, dan Muhamad Shafee Abdullah, peguam UMNO yang terkenal, untuk mewakili mereka.

Menurut jawapan bertulis daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz kepada MP Serdang Nie Ching, jumlah perbelanjaan oleh SPRM untuk Peter Vanezis, termasuk bayaran pesawat, tempat tinggal, makanan dan miuman, transportasi dan upah kerja, mencecah RM90,680; dan upah kerja professional yang dibayar kepada Muhamad Shafee Abdullah adalah RM150,000. Tidakkah ini melampau?

Yang lawaknya ialah ia mempunyai prestasi paling teruk di kawasan ini

Untuk tahun 2012, peruntukan persekutuan untuk SPRM telah ditingkatkan kepada RM211 juta, jadi membelanjakan wang itu untuk pakar-pakar adalah perkara remeh. Tetapi, kenapa SPRM membelanjakan begitu banyak wang apabila Dr Pornthip datang sebanyak empat kali secara percuma dan Karpal Singh boleh bekerja dengan pro-bono?

Lawak yang paling mantap ialah meskipun mempunyai sumber yang tinggi untuk mendana kerja-kerja mereka, kadar kejayaan SPRM adalah sangat rendah berbanding badan-badan sejawatnya di negara-negara ASEAN yang lain. Kadar sabitan kesalahan SPRM adalah 73%, berbanding Indonesia 100%, Singapura 85% dan Hong Kong 95%. Jelaslah dengan perbelanjaan yang begitu tinggi, SPRM membawa pulangan yang rendah ke atas pelaburan kerajaan dan rakyat Malaysia.

Di sebalik peruntukan yang meningkat untuk mendana perbelanjaan pakar yang tinggi untuk mewakili mereka dan melengkapkan pejabat mereka dengan peralatan-peralatan yang terkini, SPRM tidak dapat menunjukkan peningkatan dalam prestasi dan keberkesanan mereka. Kelihatannya seperti SPRM hanya cakap besar, belanja besar tetapi lemah bekerja dan tidak dapat menjustifikasi jumlah peruntukan yang diterima.

Memasukkan lebih banyak wang kepada usaha yang tidak menguntungkan adalah kurang bijak. Dan ini yang boleh dikatakan mengenai SPRM. Rakyat Malaysia harus menuntut tanggungjawab daripada SPRM terhadap negara kerana menyalah gunakan wang rakyat. Adalah sangat ironis apabila sebuah agensi yang dibina untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah menjadi korup disebabkan oleh peruntukan yang sangat tinggi yang diberikan kepada mereka.- Malaysia Chronicle

Bolehkah rakyat memaafkan Mahathir?

Posted: 22 Oct 2011 03:25 AM PDT

Hussein Hamid


"[Mahathir Mohamad berkata] . . . menghasilkan sebuah legasi yang akan terus dikenang, tiada sesiapapun mempersoalkan kejadiannya." Ini adalah petikan kata-kata dari Abdullah Ahmad tentang Mahathir ketika 'Orang Maha Hebat' itu mengumumukan persaraannya sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Abdullah ialah bekas Ketua Pengarang News Straits Times ketika beliau mengarang petikan itu pada 26 Jun 2002 bila terdengar keinginan Mahathir itu.

Saya percaya rangkap itu datang terus dari dalam hati Abdullah kerana apa yang ditulis itu terlalu 'mengasyikkan'…kalau tidak masakan maksudnya agak mendalam.

Nah, sekarang biar saya jelaskan apa yang datang dari sudut hati saya takala membaca rangkap yang sama.

Siapa di sini yang betul-betul percaya dengan kehebatan Mahathir?

Orang ini menggunakan duit dan kuasa sesuka hatinya lebih dari mana-mana Perdana Menteri terdahulu! Atau mana-mana dicelah dunia yang bertamadun pernah melakukan perkara ini, melainkan beberapa negara di benua Afrika atau di beberapa daerah di dunia di mana 'hukum peluru' adalah jawapan pada penentangan!

Siapa yang berani merakamkan ucap tahniah kehebatan Mahathir yang telah memperkenalkan di dalam cara hidup kita konsep seperti Operasi Lalang (ISA dan matlamat menghalalkan cara), nepotisme, politik wang, tamak-rakus, penswastaan, IPPs dan Perwaja; kehebatan (kejahatan) Mahathir yang dikenang [menghapuskan] sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pendapatnya?

Legasi kehebatan yang ditinggal antaranya – tender niaga dipaksa runding, institusi kehakiman yang tidak bersih, empangan Bakun, syarikat Renong dan kadar hutang piutang yang menggerunkan, Khir Toyo, Daim Zainuddin dan pelbagai macam isu lain. "Orang Maha Hebat" ini hampir sempat meninggalkan kita dengan sebuah jambatan bengkok.

Setiap jentera kerajaan, semua perlantikan jawatan tertinggi pejabat awam, semua keputusan politik yang dibuat zaman Mahathir adalah atas wewenangnya untuk kita melaksanakan.

Bukan Pak Lah, bukan sesiapa…tiada seorang pun yang terlalu bebal untuk meneruskan kehebatan Mahathir.

Kesemua perkara yang kita katakan sekarang ada permulaannya, dibangunkan dan masuk ranum ketika zaman Mahathir. Samy Vellu, Rafidah Aziz, VK Lingam, Augustine Paul, Lim Liong Sik, Daim Zainuddin, Vincent Tan, Abdullah Ang, Eric Chia…kita jadi pusing kepala memikirkan berapa bilion wang rakyat yang telah mereka larikan!

Tuan, anda perlu ada sedikit tanggungjawab.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemasyhuran di dalam seseorang? "Kemasyurhan seseorang itu bukan terletak pada apa yang kau ambil tetapi apa yang kau tinggalkan." – Edward Gardner.

Hutang piutang berbilion ringgit

Mahathir meninggalkan kita dengan hutang piutang berbilion ringgit, bukan jutaan ringgit!

Orang ini meninggalkan kita dengan bangunan pencakar langit taraf Dunia Pertama tetapi gagal menyediakan kita yang ketika itu masih berapa dalam minda Dunia Ketiga untuk bersedia dengan bangunan ternama. Sekiranya anda membawa negara di dalam satu era yang mana semua orang belum bersedia, anda sebenarnya orang yang tidak bertanggungjawab!

Jika anda ada mengambil keuntungan dan menghadiahkan projek-projek kepada mereka-mereka yang ANDA rasa mampu melaksanakannya namun tidak – anda harus bertanggungjawab!

Jika anda tidak melakukan apa-apa terhadap Pemimpin yang merampas hak rakyat – seperti yang Samy Vellu lakukan kepada masyarakat India – anda harus bertanggungjawab!

Jika anda mencabut kuasa Raja dan Sultan,memperkasa UMNO dengan kuasa yang dirembat itu dan UMNO kemudiannya menyalahgunakan kuasa itu – anda harus bertanggungjawab!

Bila anda mengenepikan dua orang Timbalan dan mengakibatkan:

1) Di dalam UMNO, berpuak-puak akan selama hayatnya melemahkan parti;

2) dan salah seorang Timbalan yang diketepikan, Anwar, muncul kembali 10 tahun selepas itu dan menumpaskan UMNO di dalam sebuah pilihanraya umum, anda harus bertanggungjawab.

Bila anda memilih doktor gigi dan menjadikan dia Menteri Besar Selangor – dimana MB ini kemudiannya sibuk memperkayakan diri sendiri pada akhirnya tumbang dinegeri sendiri ditangan Pembangkang – anda harus bertanggungjawab.

Bila anda menarik pemberian royalty minyak kepada negeri Terengganu dan Kelantan kerana penduduknya mengundi Pembangkang, anda harus bertanggungjawab ke atas kesusahan penduduk di dua negeri itu yang kini hidup tanpa dana pembangunan.

Bila anda menggunakan duit Petronas untuk melangsaikan hutang syarikat perkapalan anak anda yang mencecah ratusan juta ringgit, anda harus bertanggungjawab kerana pecah amanah sebagai penjaga wang negara.

Bolehkah dia berjalan-jalan tanpa diserang?

Orang seperti anda telah memaksa saya, berusia 62 tahun menetap di Adelaide, Australia menulis artikel ini dengan penuh keperitan dan kesedihan, membenarkan orang seperti anda terus hidup atas kesengsaraan kami.

Ada ketika itu anda menyuruh kami melihat ke Timur. Kami ikut lihat ke Timur.

Anda suruh kami jangan beli barangan British. Kami tidak beli barangan British.

Anda menyuruh kami membeli Proton, kami beli Proton – walaupun dengan paksaan. Mungkin pada masa itu ianya relevan. Jadi wahai Tun, menggunakan analogi itu, benarkan saya secara terhormat menyatakan ini: "Tun, anda sudah lama tidak relevan".

Anda sudah lama tidak relevan di dalam UMNO melainkan untuk kepentingan peribadi sesetengah muka. "Dengarkan! Dengarkan!" atau seperti kata blogger Antares – hanya untuk kepentingan Ibrahim Ali sahaja, "Dengarkan, Dengarkan!"

Anda tidak lagi relevan untuk orang Melayu. Anda telah melakukan banyak kerosakkan kepada kami dan kami tahu tipu muslihat anda.

Anda sudah tidak relevan untuk penduduk negara ini. Kami sepakat untuk meneruskan hidup dan menuntut sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mempunyai dasar terbuka. Kami sudah tahu penipuan dan pembohongan anda.

Tun, anda mungkin masih relevan kepada orang-orang yang masih menyayangi anda - para Datuk, para Ayah dan para Suami. Bukankah ini masanya untuk anda mengembalikan Cinta, Hormat dan Kehendak mereka bagi mereka terus bersama anda? Dan anda mengembalikan Cinta dan Hormat yang telah mereka berikan kepada anda hari ini? Seorang Datuk, Ayah dan Suami yang berusia 84 tahun.

Tuan, segala kebaikkan itu ada di Mekah, segala pengampunan yang telah ditunjukkan Mandela kepada orang yang memenjarakannya dahulu, dan segala rasa cinta keluarga Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid kepada mereka yang dicintai sekiranya anda akan dimaafkan oleh rakyat Malaysia satu hari nanti.

Dan saya pasti dengan apa yang saya katakana di sini, anda masih mendapat kesukaran berjalan di jalan-jalan di Kuala Lumpur resah seseorang akan meuldah muka anda…dan Tuan semuanya ini adalah benar dan tiada yang tidak benar…bantulah saya wahai Tuhan!

http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/

Muhyiddin:`Gelombang biru’ landa Selangor

Posted: 22 Oct 2011 03:23 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

" Ada kesedaran kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku," katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.



DENGKIL: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah melihat "gelombang biru" di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku," katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.

Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

"Ramai rakyat Selangor termasuk peniaga berjumpa saya dan tanya bila pilihan raya… Mereka kata mereka tidak tahan lagi dengan (kerajaan) pakatan; susah mahu berniaga, susah mahu hidup. 'Bila pilihan raya saya mahu pangkah BN'. Itu kenyataan yang mereka buat," katanya.

Muhyiddin yang turun padang mendekati rakyat merentasi beberapa daerah di Selangor hari ini, berkata berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun, BN diyakini mampu membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi selaras dengan aspirasi rakyat.

Bantu rakyat

Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang rancak melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan selesa, aman dan sejahtera, sebagaimana ditekankan dalam Belanjawan 2012.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Selangor dilihat tidak mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, seperti yang berlaku dalam isu pengurusan bekalan air di negeri berkenaan.

"Yang penting bukan soal kerajaan negeri nak berniaga dan mendapat keuntungan; yang penting ialah nasib rakyat kita di Selangor dan Wilayah (Persekutuan), hampir lima juta rakyat akan menanggung kesusahan nanti," kata Muhyiddin pada acara yang dihadiri ribuan penduduk sekitar Dengkil dan Sepang itu.

Beliau menggesa parti komponen BN supaya terus membantu rakyat Selangor dan sekaligus memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.

Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM111,000 kepada 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen Sepang serta sumbangan Deepavali kepada 1,300 penduduk.

Peruntukan RM100,000 akan disediakan untuk membaik pulih bangunan sekolah SJKC Dengkil, katanya.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.-Bernama

UIA sekat budaya ilmu

Posted: 22 Oct 2011 03:21 AM PDT

Tindakan ini (menggantung tugas Aziz Bari) merendahkan martabat para akademia dalam tugasan harian mereka.



PETALING JAYA: Tindakan pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat.

Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan ini sekali gus merendahkan martabat para akademia dalam tugasan harian mereka untuk memberi pandangan dan pendapat dalam kepakaran mereka.

"Adalah sesuatu yang memalukan dan menzalimi para cendakiawan di Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandarkan fakta-fakta imperikal yang sememangnya menjadi kepakaran mereka.

"Isu yang timbul, yang dipolemikkan oleh sesetengah media dan politikus tertentu melibatkan Aziz Bari, harus dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan, bukan sekadar persepsi daripada sesetengah pihak," katanya dalam satu kenyataan media.

Tegas beliau, "mereka seharusnya diberikan ruang untuk memberi komentar mahupun kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.

"Oleh yang demikian atas prinsip kebebasan akademik, PKR berharap isu ini dapat dirungkai oleh UIA agar ia dapat dikendalikan dengan penuh hemah dan wibawa tanpa mencemarkan budaya ilmu.

Politik membuli

Ketua Penerangan parti itu, Dr Muhammad Nur Manuty, menyifatkan penggantungan tugas Aziz Bari sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini.

"Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya," kata beliau dalam satu kenyataan media yang berasingan.

Beliau berkata, sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIA sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat.

"UIA sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya.

"Seharusnya, kenyataan beliau itu perlulah dilihat dari perspektif seorang pakar perlembagaan yang sememangnya diiktiraf, berautoritatif dan menjadi rujukan akademik sekian lama," katanya.

Menteri nafi dakwaan Anwar, 92 peratus projek belum dilaksana

Posted: 22 Oct 2011 03:17 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata setakat 20 Okt, 228 buah projek atau 74 peratus yang bernilai RM197 juta daripada 310 buah projek diumumkan telah siap dilaksanakan.



KUCHING: Kerajaan Persekutuan hari ini menafikan tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa 92 peratus daripada 310 projek bernilai RM2.3 bilion yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Sarawak masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai pembohongan besar yang bertujuan mengelirukan rakyat negeri ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata setakat 20 Okt, 228 buah projek atau 74 peratus yang bernilai RM197 juta daripada 310 buah projek diumumkan telah siap dilaksanakan.

Beliau berkata hanya 41 projek (13 peratus) belum bermula manakala 41 projek lagi (13 peratus) sedang dalam perlaksanaan "Kenyataan beliau (Anwar) hanya empat peratus daripada projek tersebut ditawarkan secara tender tidak benar kerana 95 peratus daripada keseluruhan projek dibuat secara tender," katanya dalam sidang akhbar bagi menjawab dakwaan Anwar semasa sidang media di bangunan Parlimen Khamis lepas.

Uggah, yang juga menteri bertanggungjawab memantau kesemua 310 projek yang diumumkan Najib dan Muhyiddin untuk Sarawak, sekali lagi memberi jaminan segala projek yang diumumkan akan dilaksanakan dengan satu jawatankuasa penyelarasan projek khas dan projek tinjaun mesra Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dibentuk bagi memantau proses pelaksanaan dengan dibantu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Kontraktor lambat

"Kita juga selalu mengadakan mesyuarat dengan setakat ini tujuh mesyuarat dijalankan untuk mengenal pasti masalah dihadapi sebelum projek dapat dijalankan serta mencari jalan penyelesaian dan antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah pengambilan tanah, kontraktor lambat dan masalah antara jabatan serta agensi," katanya.

Beliau berkata program turun padang dilaksanakan antaranya melawat tapak baru Hospital Sri Aman serta mengumumkan khidmat dua pakar perubatan untuk Sri Aman yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sebelum pilihan raya negeri Sarawak awal tahun ini.

Uggah berkata pembinaan Hospital Sri Aman baru dijangka bermula tahun depan dengan tender dikeluarkan tidak lama lagi.

Pada 8 Ogos lepas, Uggah mengumumkan projek pembinaan Hospital Sri Aman baru bernilai RM200 juta membabitkan kawasan tapak baru seluas 20.4 hektar terletak 2.5 kilometer dari tapak hospital lama dan dijadual siap pada tahun 2015.

Selain Sri Aman, turut dilawati ialah Bahagian Betong serta Kapit untuk memantau pelbagai projek infrastruktur dan dalam masa terdekat jawatankuasa itu akan melawat Marudi dan Belaga untuk memantau pelaksanaan dua projek jalan raya yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), katanya.

"Saya amat kesal dengan kenyataan Ketua Pembangkang yang tidak bertanggungjawab ini," katanya sambil menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pembohongan Anwar.-Bernama

Muhyiddin akui bimbang 'pergolakan' dalaman BN

Posted: 22 Oct 2011 03:14 AM PDT

Jimadie Shah Othman

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang.

"Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita.

Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya.

"Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam
sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang.

Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN.

Tambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri.

"Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi.

Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya.

Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya.

"Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya.

Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN".

Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia.

Dalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan.

"Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya.

Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar.

Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti.

"Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari

Posted: 22 Oct 2011 03:12 AM PDT



MALAYSIA KINI

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Posted: 22 Oct 2011 03:04 AM PDT



Salhan K Ahmad

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverSelain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

himpun rally 221011 booklet 2Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

himpun rally hasan ali, harussani zakaria, yusri mohamad3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

Himpun chairperson Mohd Yusri Mohamad4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.

"Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran" - Tajuk Dari Berita Harian & Mstar

Posted: 22 Oct 2011 03:00 AM PDT

KELAB GREENBOC

Shah Alam: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.

Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. -BH


Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran

SHAH ALAM: Jumlah peserta yang menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan pada Sabtu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 1 juta umat Islam.

Setelah hampir dua jam perhimpunan tersebut diadakan, stadium hanya dipenuhi kira-kira empat ribu peserta.

Namun demikian, tinjauan mStar Online mendapati terdapat beberapa orang bukan Islam yang hadir pada majlis yang berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini.

Antara pemimpin yang turut serta dalam perhimpunan berkenaan, ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Himpun diadakan untuk memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dalam mnenegakkan syiar Islam dan mencegah aktiviti memurtadkan umad Islam di negara ini. -mstar




Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan 'jauh lebih kecil'

SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang.

Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.

Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk "Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut. -TMI



Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana semuanya berjalan dengan aman.

5.02pm: Bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan ancaman.

Apa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

-mk


foto ehsan : jalanpulang


Aziz Bari: Kelantan dicadang tawar profesor pelawat

Posted: 21 Oct 2011 05:14 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa mencadangkan Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.

"Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merakamkan ucapan takziah kepada Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.

"Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

"Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Aziz kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.

Bantahan terhadap penggantungan Abdul Aziz Bari semakin hangat

Posted: 21 Oct 2011 05:11 PM PDT

MerdekaReview


Dalam tempoh sehari, laman sosial "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" berjaya mencapai sasarannya, sementara satu lagi laman sosial bertemakan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" , mencatat kira-kira 6,000 penyokong, pada jam 2 petang, hari ini.

Kenyataan media dari pertubuhan siswa-siswa, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik masing-masing mengecam keputusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung Profesor Abdul Aziz Bari dari tugasnya sebagai seorang pensyarah Undang-Undang. Pencabulan kebebasan akademik menjadi tema utama ketika pihak berkenaan mengulas isu ini. Malah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dilaporkan mendakwa dirinya turut "berasa terganggu dan sedih" terhadap kejadian yang berlaku.

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.MAZA) yang sepanjang ini menyokong Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan UIAM sebagai "tindakan mengampu", malah "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik". Sebelum ini, ketika Abdul Aziz Bari diserang pemimpin dan media kawalan UMNO-BN, selepas kenyataannya dipetik Malaysiakini dalam laporan berjudul "Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam", Dr.MAZA dalam laman sosial rasminya berkata, "antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan.."

Yang berikut adalah antara sedutan kenyataan-kenyataan berhubung keputusan UIAM menggantung tugas Profesor Abdul Aziz Bari:

Abdul Aziz patriot sebenar - Zunar (gambar kanan), kartunis tempatan yang kini berada di Bilbao

Memerlukan keberanian luar biasa bagi Aziz Bari yang muncul di tengah-tengah budaya "kangkung" di mana pengampu diagungkan dan para ilmuan ditekan.

Kata Khalifah Islam, Ali Abu Talib: "Patriotisme sebenar ialah menyatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim". Itu yang Aziz lakukan di depan pemerintah Islam dan Universiti Islam. Saya sokong dan hormati beliau. Jangan mengalah!


Bercanggah dengan tradisi intelektual -- Mustafa Kamal Anuar (gambar kiri), ahli akademik

"Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Universiti Islam Antarabangsa terhadap pakar perlembagaannya, Prof. Aziz Bari, mengenai isu campurtangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kes serbuan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama itu amatlah mendukacitakan. Ini kerana implikasinya amat serius sebab ini bermakna, antara lain, hak untuk menyuarakan pandangan yang berdasarkan kepakaran tidak digalakkan, lebih-lebih lagi jika pendirian itu kelihatan bercanggah dengan pandangan pihak berkuasa.

Penggantungan Prof. Aziz Bari ini juga bercanggahan dengan tradisi intelektual yang seharusnya diwarisi oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang disegani di mana perbalahan pendapat secara ilmiah dan bertamadun bukan saja dibenarkan oleh pihak berkuasa institusi itu malah disanjung tinggi oleh warga kampus khususnya dan ahli masyarakat amnya."

Beliau melahirkan peguam berjiwa rakyat --S .Arutchelvan (gambar kanan), Setiausaha Agung PSM.

"Tindakan menggantung beliau memberi satu amaran keras bahawa hak mengeluarkan pandangan dan hak akademik hanyalah boleh pakai andai kata seorang itu berkata hujah-hujah yang menyokong parti pemerintah. Tindakan ini juga sekali lagi menggambarkan bahawa ada campurtangan politik dalam keputusan menggantung beliau memandangkan desakan untuk mengambil tindakan terhadap beliau datangnya dari UMNO dan kuncu-kuncunya.

Tindakan ini sekali lagi mencetuskan persoalan, 'cakap tak serupa bikin'. Di satu pihak Perdana Menteri berkata bahawa beliau membuat transformasi politik dengan memberikan lebih hak kebebasan dan pentadbiran yang lebih telus. Tetapi pada realitinya,setiap suara pembangkang diambil tindakan dengan pelbagai cara yang anti demokratik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akademik yang bebas dan bermaruah. Beliau pernah memberi pelbagai pandangan dan pandangan beliau juga bukannya bias kepada satu kumpulan sahaja kerana beliau juga pernah mengkritik parti pembangkang dan sebagainya. Beliau juga pernah melahirkan peguam-peguam dari UIA yang berani dan berjiwa rakyat. Tindakan ke atas beliau adalah satu tindakan yang cukup memalukan untuk UIA dan untuk Negara kita.

PSM meminta pihak Universiti serta-merta meminta maaf selain dari membenarkan beliau bertugas kembali seperti biasa. PSM bersama gerakan rakyat pelbagai kaum dan agama akan terus memperjuangkan hak dan kebebasan akademik sentiasa dilindungi."

Penyuburan ilmu terbantut--Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) Presiden PKR.

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berhubung dengan kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalam lingkungan Perlembagaan. Kini kita dikejutkan lagi dengan berita yang mana beliau juga digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

KEADILAN berpandangan bahawa tindakan ini seolah-olah merendahkan para akademia dalam tugasan harian mereka untuk memberi pandangan dan pendapat dalam kepakaran mereka. Adalah sesuatu yang memalukan dan menzalimi para cendakiawan di Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandarkan fakta-fakta imperikal yang sememangnya menjadi kepakaran mereka. Ini sekaligus akan membantutkan proses penyuburan ilmu kepada rakyat.

Isu yang timbul, yang dipolemikkan oleh sesetengah media dan politikus tertentu melibatkan Profesor Dr. Aziz, harus dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan, bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak. Mereka seharusnya diberikan ruang untuk memberi komentar mahupun kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.

Oleh yang demikian atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap isu ini dapat dirungkai oleh pihak pengurusan UIAM agar ia dapat dikendalikan dengan penuh hemah dan wibawa tanpa mencemarkan budaya ilmu seterusnya budaya ilmu ini akan dapat diangkat di Malaysia yang kita kasihi.

UIAM gadaikan prinsip kebebasan akademik -- Lau Weng San (gambar kanan), ADUN Kampung Tunku

"...Tindakan ini mempunyai kesan berpanjangan terhadap imej antarabangsa Malaysia kerana UIAM ditubuhkan sabagai sebuah universiti antarabangsa. Sebagai sebuah universiti antarabangsa, ianya perlu mencerminkan semangat kepelbagaian, keterbukaan, saling menghormati semasa ahli akademik walaupun berbeza pendapat dan sebagainya.

Malahan, ini juga merupakan semangat yang sepatutnya ada pada sesebuah universiti, tanpa mengira sama ada universiti itu mempunyai nama 'antarabangsa' atau tidak.

Malangnya, pihak pengurusan UIAM sanggup menggadaikan prinsip kebebasan akademik sehingga mereka sanggup menggantung tugas Profesor Abdul Aziz Bari dan meminta beliau memberi surat tunjuk sebab hanya kerana beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa dalam bidang kepakaran dan kajian beliau.

Daya saingan sesebuah negara amat bergantung kepada taraf pendidikan rakyatnya, termasuk pendidikan tinggi. Apa yang berlaku ke atas Profesor Abdul Aziz Bari merupakan sesuatu yang mengaibkan kita semua.

Bagaimana negara kita boleh mencapai negara maju jikalau pihak berkuasa asyik melenyapkan pandangan-pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa melalui cara-cara yang zalim?

Oleh itu, saya mengkritik dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIAM terhadap Profesor Abdul Aziz Bari. Saya juga menyeru pihak UIAM supaya segera menarik balik penggantungan tugas Profesor Abdul Aziz Bari ini dan memulihkan tugas beliau di UIAM dengan serta-merta."


ACCIN: Bukan Islam tidak perlu sangsi dengan penganjuran HIMPUN

Posted: 21 Oct 2011 05:09 PM PDT

Mohd Roslan Mohd Nor


Gabungan Pertubuhan NGO Islam atau Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) melihat bahawa golongan bukan Islam tidak perlu sangsi dengan penganjuran HIMPUN. Ia bertolak daripada asas keharmonian kehidupan beragama yang ada di Malaysia dengan prinsip saling menghormati prinsip-prinsip agama.

ACCIN memperakui dokumen persetujuan antara agama peringkat antarabangsa, "A Common Word", yang menegaskan bahawa dunia masa depan bergantung kepada perdamaian antara semua agama, khasnya Islam dan Kristian. Berasaskan ini ACCIN memperakui bahawa perdamaian ini perlu menghormati asas dan kesucian agama; dan bahawa pertikaian, konflik, provokasi dan keganasan antara agama perlu ditamatkan atas dasar "Mencintai Tuhan dan Mencintai Jiran".

Atas semangat perdamaian di atas, ACCIN menyeru agar HIMPUN yang telah menggariskan objektif dan prinsip yang jelas tersebut dihormati oleh semua pihak, termasuk pimpinan agama, ahli politik dan masyarakat Malaysia agar ia tidak disalahfahami. Kesangsian dan campur tangan pihak-pihak tertentu terhadap program ini tentunya tidak membantu dalam memberi mesej sebenar mengapa HIMPUN diadakan.

ACCIN percaya bahawa HIMPUN membawa satu semangat agar semua ummah beragama bersatu mengarus-perdanakan agama dalam kehidupan. Semangat ini menghendaki wujudnya hubungan harmoni antara semua penganut agama. Agar hubungan tersebut dapat dicapai, usaha memurtadkan ummah Islam khasnya perlu ditamatkan. Asasnya ialah dengan kembali menghormati perkara-perkara yang sudah tercatat dengan jelas dalam agama dan Perlembagaan Persekutuan. Kini, warga Malaysia lebih memerlukan "relation" dan "harmonization" agar tidak terus mengalami polarisasi kaum yang semakin parah dan tidak membantu mencapai integrasi nasional.

*Kenyataan media oleh Mohd Roslan Mohd Nor selaku Setiausaha ACCIN 2011.

Tiada ulasan: