Biaqpila |
- RM22,855.76 Kos Tembak Rakyat BERSIH
- Enam Remaja 13-17 Tahun Ditahan kerana TONTON Video LUCAH
- Waspada!!!! Ini bukan ayat al-Quran
- LIVE: Dari Stadium Sultan Muhammad IV
- Bekas atlet cuba rogol teman wanita dalam tandas
- Ini namanya tidoq-tidoq katak....kahkahkah
- CINTA DAN KENTUT
- INSPEKTOR 'SAHAB' DITUDUH MEMBUNUH?
- Penjenayah guna taktik pancit tayar
RM22,855.76 Kos Tembak Rakyat BERSIH Posted: 06 Oct 2011 03:00 PM PDT 262 gas pemedih mata diguna surai peserta BERSIH Sejumlah 262 kanister gas pemedih mata telah digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, demikian menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat. Menjawab soalan ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, Kementerian Dalam Negeri berkata 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom gas pemedih mata (TS Grenades) digunakan ke atas penunjuk perasaan. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kos TS Shell TS dan TS Grenades ialah masing-masing RM79.76 dan RM135 (tiap satu). Katanya, kerajaan membelanjakan RM22,855.76 untuk membelinya. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Enam Remaja 13-17 Tahun Ditahan kerana TONTON Video LUCAH Posted: 06 Oct 2011 03:00 PM PDT Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin (dua dari kanan) dan para pegawainya memberi kaunsel kepada remaja sekolah yang ditangkap menonton video lucah sewaktu masa sekolah di flat Seri Sena. Gambar NST Kangar: Enam remaja lelaki termasuk empat pelajar yang ponteng sekolah ditahan polis ketika sedang asyik menonton video lucah di sebuah premis di Pangsapuri Seri Sena dekat sini Rabu. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11 pagi hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata empat pelajar itu adalah dari dua sekolah menengah di sini manakala dua lagi remaja merupakan bekas pelajar yang dibuang sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Rahman berkata polis turut merampas kira-kira 60 keping VCD lucah dan tiga motosikal. Video-video lucah itu dipercayai dibeli dari pasar malam tertentu di sekitar negeri ini, katanya. DCM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Waspada!!!! Ini bukan ayat al-Quran Posted: 06 Oct 2011 09:16 AM PDT PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda. Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR. Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible. Sumber: MataHati AinulQalbi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE: Dari Stadium Sultan Muhammad IV Posted: 06 Oct 2011 05:21 AM PDT Lintas langsung dari Stadium Sultan Muhammad IV..Ceramah Dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Anwar Ibrahim, Profesor Aziz Bari & Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sempena Himpunan Kesyukuran Perakuan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan. KelantanTV on Ustream KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bekas atlet cuba rogol teman wanita dalam tandas Posted: 06 Oct 2011 02:00 AM PDT KUALA TERENGGANU - Seorang bekas atlet olahraga dan bola baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Terengganu mengakui, akibat terpengaruh dengan filem lucah yang ditonton sebelum ini, mendorong dirinya cuba merogol teman wanitanya yang baru berumur 15 tahun di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, 25 September lalu. Pengakuan itu diluahkan tertuduh, Mohd Norazlan Razak, 20, dari Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu semasa disoal hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Selepas mendengar dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, Zainal Abidin membenarkan tertuduh yang sebelum ini pernah mewakili Terengganu dalam MSSM dari 2005 hingga 2008 itu, dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin. Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 25 September lalu jam antara 4 pagi hingga 5 pagi bertempat di dalam sebuah tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, tertuduh telah cuba merogol mangsa, 15, tanpa kerelaannya. Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat, serta bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan pula, tempoh penjara yang dikenakan tidak lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela Sofian Ariffin. Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang masak cuba merogol mangsa yang dikenali sejak dua tahun itu di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dengan menindih mangsa selepas membuka seluar dan baju yang dipakainya. Bagaimanapun, perbuatannya terbantut selepas menerima panggilan telefon daripada kakak mangsa yang menghubunginya untuk meminta bantuan mencari mangsa yang disedari hilang di rumah kira-kira jam 4 pagi, susulan pintu dapur didapati tidak berkunci serta mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidurnya selepas dibuka menggunakan kunci pendua. Walaupun mangsa telah pulang ke rumah sejurus mengetahui dirinya dicari keluarga, namun perbuatan tertuduh berjaya dihidu oleh keluarga mangsa selepas mendapati mangsa telah memakai seluar serta baju terbalik. Setelah didesak, akhirnya mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya lalu kakaknya itu telah membuat laporan polis di Balai Polis kampung Raja, Besut dan hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati terdapat sedikit kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa tetapi tiada sebarang kesan koyakan serta kesan kemasukan pada kemaluan mangsa. SH Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Ini namanya tidoq-tidoq katak....kahkahkah Posted: 06 Oct 2011 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! PERKASA BETOI MAMAT NI SAMPAI TERLENTOK MELELEH KAH! KAH! KAH! TIDOQ TAK SALAH BEB... ORANG YANG AMBIK GAMBAQ YANG SALAH KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 05 Oct 2011 09:00 PM PDT CINTA dan KENTUT tidak bisa ditahan, keduanya bisa menjadi lega bila terlaksana. CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega. CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT bikin malu-maluin baunya. CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya. CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau. CINTA itu halus, KENTUT itu virus. CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang. CINTA bagi kebanyakan orang muda, "Ahhh, CINTA monyet…!" KENTUT didepan banyak orang, "Sialan, monyet lu…!" CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari: Kalau sudah CINTA: "Dimana engkau duhai kekasih?" Kalo sudah KENTUT: "Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!" CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai. CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi. gilerkentang KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
INSPEKTOR 'SAHAB' DITUDUH MEMBUNUH? Posted: 05 Oct 2011 06:00 PM PDT Oleh : MUTALIB M.D BAPA mangsa bunuh, Borhan Bin Sulaiman, 52, akhirnya dapat membuat laporan polis di Balai Polis Keningau setelah menunjukkan laporan Sabahkini.net dan mendesak polis menjalankan siasatan rapi kerana mengesyaki anaknya, Kartini, 22, telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau. "Saya terpaksa membuat laporan polis kerana tidak ingin ada pihak lain yang menjadi mangsa dan sangat sedih dengan layanan polis terhadap keluarga kami yang masih berduka. Lagipun polis melakukan siasatan ala kadar dan cuba melindungi Inspektor berkenaan," kata Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas. Akibatnya, beliau terpaksa menghubungi Sabahkini.net untuk menyiarkan kekesalannya dan bercadang untuk membuat laporan di Balai Polis Karamunsing; tetapi akhirnya beliau dibenarkan membuat laporan polis setelah menunjukkan berita yang dipaparkan Sabahkini.net. Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 Borhan menyatakan bahawa; "Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh, Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No 7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bt Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul." Dalam pada itu, Borhan turut kecewa dengan sikap seorang wartawan yang 'dihantar' Polis Keningau yang memfitnah Allahyarhamah anaknya mempunyai kaitan dengan seorang penjenayah, Samsuddin Abu @ Buyong yang bakal dijadikan 'Kambing Hitam' dalam kes berkenaan; semata-mata untuk menakutkan mereka. "Anak kami tidak pernah mempunyai hubungan dengan Samsuddin dan kami kesal kenapa anak kami dibabitkan? Kami tidak gentar menghadapi penjenayah di mahkamah, tetapi kami kesal kerana polis cuba memujuk kami bersetuju dengan teori mereka," kata Borhan yang tidak gentar memberi kenyataan kepada Sabahkini.net sekalipun dilarang Polis Keningau. Borhan turut mengadu bahawa pada 30 September 2011, ketika jenazah anaknya dibawa ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat menggunakan land rover, beliau dan isterinya serta keluarga ketakutan kerana pemandu land rover polis, Jerome, memandu terlalu laju dan tidak menghormati jenazah yang terlontar ke kiri kanan. "Kami bertolak dari Keningau jam 7.30 pagi dan sampai ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu jam 8.30 pagi. Memang terlalu laju kerana biasanya dua jam baru sampai," kata Borhan yang menggesa agar polis tidak terus menakutkan keluarga beliau kerana mereka telah melantik peguam untuk mendapatkan inkues daripada mahkamah. sabahkini.net KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Penjenayah guna taktik pancit tayar Posted: 05 Oct 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Lima lelaki Amerika Latin ditahan manakala 10 lagi sedang dikesan, dipercayai anggota kumpulan penyamun antarabangsa, yang menggunakan taktik memancitkan tayar kenderaan mangsa sebelum merompak mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kumpulan itu sebelum ini aktif menggunakan taktik itu di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan Vietnam. Beliau berkata, setakat ini, polis mengenal pasti lima kes samun yang menggunakan taktik itu sejak Ogos lepas di sekitar Kuala Lumpur, melibatkan kerugian RM600,000. "Kumpulan tersebut mulanya meletakkan dua suspek wanita di dalam bank sebagai pemerhati dan mereka ini akan memaklumkan kepada rakan yang berada di luar untuk memancitkan tayar kereta individu yang membuat pengeluaran wang. "Apabila mangsa tiba di kenderaan, beberapa suspek kemudiannya mendekati mangsa dan memberitahu bahawa tayar kenderaannya pancit dan ketika tayar tersebut ditukar, kumpulan tersebut menyamun wang tunai milik mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan