ALHUSSEYN |
Imej apa yang Utusan Meloya ingin pertahankan, Kesopanan dan kesusilaan? Posted: 02 Oct 2011 05:10 PM PDT Bukan main melenting dan menyinga Utusan Meloya terhadap Namewee dan mahu menyamannya.Tahu juga Utusan meloya itu mengeluh dan merungut-rungut terhadap bahasa lucah dan kesat Namewee terhadapnya. "Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," kata Utusan Meloya di sini Saya di sini bukanlah mahu memihak kepada Namewee atau menyokong tindakannya itu.Cuma saya rasakan, Utusan meloya cuba menafikan segala apa yang ada padanya selama ini – rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat sendiri , tersohor dengan bahasa lucah dan fitnah yang jijik!Imej tersebut telah sedia ada pada Utusan Meloya , mungkin sebelum Namewee lahir ke dunia ini lagi. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Begitulah apa yang difikirkan oleh Utusan Meloya.Saya rasa Utusan Meloya tidak tahu apa itu maknanya rasis. Jika tidak mengapa dia berani menuding jari ke arah orang lain dan menuduh rasis.Sejak bila pula wartawan akhbar Utusan Meloya ini tidak rasis? Sikap permusuhan akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat semakin menjadi-jadi apabila Utusan Meloya mengecam Cina Sarawak sebagai tidak berterima kasih.Awang Selamat dalam artikelnya telah menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan pengundi masyarakat Cina kerana mereka menyokong parti pembangkang DAP di dalam pilihan raya tersebut. Sikap rasis yang melampau ini telah ditegur oleh rakan BN sendiri, MIC melalui ketua penerangannya, S Vell Paari seperti disini Oleh kerana dianggap rasis yang terlampau, sebuah sekolah rendah di Kuantan telah menolak permberian secara percuma akhbar keluaran tersebut bagi mengelakan kesan negatif keatas murid-muridnya.Sangat memalukan! Sejak bila pula wartawan Utusan Meloya tidak menjatuhkan imej syarikat sendiri? Imej apakah yang masih ada pada Utusan Meloya yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat? Bukankah Utusan jadi juara melaporkan isu fitnah video seks melalui agennya Datuk T. Saya tidak tahu imej apa yang ingin dipertahankan oleh Utusan Meloya yang ramai menganggapnya sebagai akhbar penyibar fitnah.Ia pernah menuduh Anwar Ibrahim melabelkan PM Najib sebagai 'pandi kutty'. Pernah menimbulkan isu Kristian agama rasmi negara dan pelbagai lagi fitnah yang membuat ramai orang meluat nak membelinya. Adakah Utusan Meloya ingin pertahankan imej Kesopanan dan Kesusilaan? Tentu diketawakan orang ramai jadinya.Hanya imej lucah dan fitnah itulah yang masih ada pada Utusan Meloya ; ingin dipertahankan? |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan