Isnin, 3 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis- Suaram

Posted: 03 Oct 2011 02:32 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli




LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

"Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

"Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

"Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

"Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya.

Mansuh ISA: Najib gagal umum tarikh- Anwar

Posted: 03 Oct 2011 02:31 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengumumkan tarikh sebenar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Najib) umumkan untuk mansuhkan Akta ISA, tapi tidak nyatakan tarikh sebenar, dalam masa sama pula bercadang untuk bentangkan dua akta baru yang saya yakin tetap zalim.

"Kalau pun diperkenalkan, ia dengan adalah dua undang-undang yang keras. Tiada tanda jelas mengapa dia mahu mansuh ISA, tapi masih tak membenarkan aktiviti dan fungsi parti politik, dan tiada akses kepada media arus perdana," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.

Kerajaan hari ini hanya membentangkan usul bagi rang undang-undang memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

"Adakah ini yang dikatakan reformasi demokratik. Jawapan saya – Tidak," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi amaran kepada Najib supaya jangan berhelah dengan melengah-lengahkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) kerana Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen penyertaan.

"Kita minta pengakuan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan tanggungawab dengan segera.

"Pendirian Pakatan Rakyat bersepakat untuk beri laluan dan bekerjasama. Jadi, jangan jadikan helah dan alasan untuk melengahkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), mengenepikan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia." tegasnya

Beliau turut menamakan tiga wakil Pakatan Rakyat di dalam PSC iaitu Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Permohonan Najib, Rosmah ketepi sepina diputus Khamis ini

Posted: 03 Oct 2011 02:27 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 Oktober ini sebagai tarikh untuk memberikan keputusan terhadap permohonan mengenepikan perintah sepina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, sebagai saksi dalam kes Fitnah II.

Namun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata perbicaraan kes Fitnah II tetap akan berjalan seperti dijadualkan esok sehingga 7 Oktober ini.

Najib dan Rosmah sebelum ini diperintahkan hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang sudah memasuki peringkat pembelaan selepas enggan ditemubual pasukan peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib sebelum ini mengaku menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum Saiful mendakwa dirinya diliwat Anwar.

Rosmah pula mengaku pernah menemui Mohd Rahimi Osman, sahabat karib kepada Saiful Bukhari dan beliau juga pernah ditemubual pegawai penyiasat kes Fitnah II, DSP Judy Blacious Pereira.

Nama mereka juga termasuk dalam senarai saksi-saksi yang ditawarkan pendakwa raya sebelum ini.

Kesemua peristiwa itu menjadikan mereka sebagai saksi penting dalam perbicaraan Fitnah II.

Saifuddin: AUKU wajar dipinda benar pelajar, pensyarah berpolitik

Posted: 03 Oct 2011 02:26 AM PDT


KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan perlu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selari dengan usaha Putrajaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua akta lain yang berkaitan.

Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam, yang menyarankan agar undang-undang itu dipinda bagi membolehkan mahasiswa dan pensyarah terlibat dalam politik.

"Ini kenyataan pertama daripada seorang presiden parti komponen BN. Kenyataan ini penting dan selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib yang telah mengumumkan akan memansuhkan ISA. Kalau boleh memansuhkan ISA, apalah sangat meminda AUKU. Meminda AUKU adalah susulan yang semula jadi selepas memansuhkan ISA," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi SMS.

Semalam, dalam ucaptama Perhimpunan Agung Tahunan MCA di ibu negara, Dr Chua mengesyorkan agar Seksyen 15 dan 16 AUKU dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah mengambil bahagian dalam politik bagi menghormati hak mereka sebagai pengundi.

Saifuddin (gambar) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah, pada tahun lalu beliau telah membentangkan kertas berkenaan idea membenarkan mahasiswa berpolitik pada mesyuarat MT Umno.

"Pada saya, benarkan mahasiswa berpolitik ada dua matlamat utama iaitu untuk memenuhi haknya sebagai rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan untuk meningkatkan partisipasinya dalam struktur dan proses membuat keputusan.

"Dalam kertas itu, saya senaraikan 30 isu yang tak bersetuju dengan cadangan saya itu dan membidas setiap satu daripadanya. Setakat ini, saya belum jumpa bidasan balik yang baik," kata Ahli Parlimen Temerloh ini sambil menambah, "ini kerana semua alasan yang tak bersetuju untuk membenarkan mahasiswa berpolitik boleh disimpulkan sebagai tak percaya kepada mahasiswa dan memperlekehkan mahasiswa."

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membawa usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 — dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat.

Usul berkaitan ISA dijangka akan dibawa pada sidang Parlimen Mac depan.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia 15 September lalu, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dalam perutusan itu juga, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Anak naik angin serang bapa dengan parang

Posted: 03 Oct 2011 02:24 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KULIM — Seorang bapa terpaksa lari menyelamatkan diri daripada diserang anak lelakinya dengan parang di rumah mereka di Kampung Baru Air Merah di sini malam tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku setelah si bapa yang berumur 60 tahun dan merupakan pesara tentera menegur sikap anaknya yang berumur lingkungan 30-an itu yang bertindak liar sebaik pulang ke rumah pada pukul 11 malam.

Mereka dikatakan telah bertengkar diikuti pergaduhan antara kedua-duanya sehingga menyebabkan si anak terjatuh dan luka di kepala, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh.

Beliau berkata menyedari dia mengalami kecederaan, si anak naik berang lalu mengambil parang dan cuba menyerang bapanya yang terpaksa menyelamatkan diri ke luar rumah.

"Atas bantuan jiran-jiran, bapa berkenaan telah menghubungi balai polis bagi mendapatkan bantuan," katanya dipetik Bernama Online.

Ghuzlan berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian telah berjaya memujuk si anak sebelum dia menyerah diri dan dibawa ke balai polis.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian itu.

Pengarah: Jangan hukum filem genre seram, hantu

Posted: 03 Oct 2011 02:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Penggiat dan pengarah filem hantu dan seram menafikan karya mereka menjadi punca kepada suburnya amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton atau merosakkan akidah mereka, selain percaya ia mempunyai banyak nilai positif seperti kekeluargaan dan agama.

Ada antara mereka berpendapat filem sedemikian lebih bercorak hiburan, mendapat permintaan tinggi dan diselitkan dengan unsur komedi, bukan untuk meracuni minda masyarakat.

Pengarah yang banyak menghasilkan filem seram, Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dilapor mempertikaikan cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem itu kerana ia disifatkan sebagai tidak adil, sekali gus berniat untuk membunuh kerjaya mereka.

Sebaliknya beliau meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menemui pemain-pemain utama industri filem bagi membincangkan pengisian yang sepatutnya, sekali gus mengawal lambakan filem genre sebegitu.

"Jangan menghukum filem genre seram atau menjadikannya alat untuk kepentingan politik," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Laporan media semalam memetik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

"Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

"Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya," kata Dr Mahathir.

"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai 'peripheral vision'.

"Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria," kata beliau.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

Majlis Fatwa Kebangsaan pula mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham yang baru-baru ini menjadi fokus kontroversi filem Hantu Bonceng juga berkata dalam filem seram perkara yang perlu diberi perhatian oleh pembikin filem ialah isi kandungan filem itu sendiri.

"Dengan lambakan filem seram sejak kebelakangan ini, satu perkara yang dapat membezakan setiap filem seram itu adalah isu kandungannya.

"Isi kandung filem hantu perlu dikaji semula supaya pemikiran penonton tidak terus dibelenggu dengan kepercayaan karut," katanya.

Malah katanya, "sebelum ini pun saya pernah menghasilkan filem seram yang tidak bergantung kepada jampi serapah atau bomoh sebagai penyelesaian."

Misalnya, kata beliau, filem Damping Malam menggunakan pendekatan saintifik seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir apabila "pelakon filem mendapatkan pakar khidmat terapi untuk menyelesaikan masalah mereka."

Turut bersetuju dengan Ahmad Idham ialah pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang, Mamat Khalid yang memberitahu bahawa tidak semua cerita seram menyuburkan kepercayaan kolot di kalangan penontonnya.

"Kalau filem seram melambak di pasaran dan kebanyakan mesej di dalamnya positif, saya tidak anggap ia salah.

"Lainlah jika filem itu dalamnya yang boleh merosakkan akidah, memang patut disekat," kata beliau.

Pengarah urusan Cube Film Sdn Bhd dan juga pengarah yang banyak menghasilkan drama seram, Michael Ang berkata, kebanyakan judul seram dihasilkannya memberi pengajaran kepada penonton.

"Saya terbitkan filem seram bukan sekar untuk menakutkan penonton, tetapi sebagai memberikan hiburan kepada mereka.

Setengah penonton mendakwa perasaan takut sewaktu menonton filem hantu memberikan keseronokan buat mereka," katanya yang pernah menghasilkan filem Hantu Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Dendam Sundel Bolong.

Lagipun katanya, kebanyakan "filem seram kami dibuat dalam bentuk komedi dan juga bukanlah daripada cerita hantu yang asal."

Menteri kekal pendirian, MTUC teruskan piket di Parlimen

Posted: 03 Oct 2011 02:13 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sekitar 200 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket memprotes tindakan Putrajaya yang terus dengan pendiriannya mahu membacakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan MTUC meneruskan tindakan mereka di pekarangan pintu masuk Parlimen sekitar 11 pagi tadi selepas Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam kekal dengan pendirian mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua.


Ahli MTUC mengadakan piket di kawasan Parlimen menggesa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 ditarik balik. — Foto oleh Choo Choy May
Presiden MTUC Khalid Atan dan wakil kongres itu keluar kira-kira 15 minit selepas mesyuarat tergempar Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bermula 10 pagi tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Subramaniam sendiri.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan Parlimen berteriak dan bernyanyi "Tarik balik! Tarik balik!" merujuk kepada Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 itu.

Menurut Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam, "kami meneruskan keputusan kami untuk mengadakan piket bagi melahirkan rasa kecewa kami dengan pindaan yang disyorkan."

Khalid dan pemimpin-pemimpin MTUC dalam NLAC kemudian menyertai piket itu.

MENYUSUL LAGI

ISA: Lembu punya susu tapi jangan ambil nama, PM nasihat Pakatan

Posted: 03 Oct 2011 02:10 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Pakatan Rakyat tidak mengambil kredit daripada langkah pentadbirannya memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal perundangan baru.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.

"Saya harap pembangkang jangan cuba ambil nama daripada langkah ini. Sebenarnya lembu punya susu tapi jangan ambil nama," kata Najib (gambar).

"Kita sudah umumkan perkara ini sejak 2009 lagi. Pemansuhan ISA ini bukan atas desakan Pakatan Rakyat tapi kehendak kerajaan BN sendiri.

"Jadualnya kita akan beritahu nanti sebab ada beberapa perkara yang harus dilakukan termasuk menggubal dua undang-undang yang baru dan proses konsultasi dengan beberapa pihak tertentu yang mewakili rakyat ramai," kata beliau pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru.

"Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan jaga keamanan awam," katanya

Najib menjawab soalan tambahan Nanta yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA.

Ketika menjawab soalan asal Nanta mengenai strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat negara ini, Najib berkata, gagasan 1 Malaysia merupakan landasan penting dan tonggak utama kerajaan dalam usaha mengekalkan perpaduan erat di kalangan rakyat.

Katanya, prinsip gagasan 1 Malaysia diterapkan dalam setiap inisiatif dan program kerajaan yang benar-benar mengambil kira hasrat dan keperluan rakyat.

"Bagi memupuk perpaduan, program menggalakkan integrasi telah dan akan terus dilaksanakan seperti sukan, program belia, khidmat negara dan di universiti, kursus hubungan etnik diwajibkan untuk semua penuntut.

"Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) juga telah ditubuhkan sejak awal 2010 untuk merunding isu antara agama melalui mekanisme perundingan, dialog dan menyelesaikan isu-isu antara agama dan penganut agama," katanya.

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

Posted: 03 Oct 2011 02:04 AM PDT




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan "memancing" maklumat daripada mereka.

Soi Lek tersinggung dengan Tee Keat ‘tidak relevan’

Posted: 03 Oct 2011 02:02 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Jika seseorang itu sudah tidak relevan pada sesebuah parti, mengapa pula kata-katanya perlu dibalas oleh presiden parti tersebut secara terbuka? Itulah ironisnya gelagat Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat yang berkata MCA semakin menjadi parti yang tidak relevan dalam arena politik negara.

Sebagai menjawab kata-kata Ong, yang disifatkan beliau sebagai tidak relevan pada MCA dan akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA, Chua menyarankan Ong untuk meletakkan jawatan jika beliau sudah tidak yakin lagi dengan masa depan parti.






Chua(kiri) dan Ong

"Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA? Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti," kata Chua yang dipetik The Malaysian Insider hari ini.

Dalam temuramahnya dengan The Malaysian Insider, Ong membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang kononnya mendakwa bahawa parti Cina tersebut masih relevan di negara Malaysia.

Pada pandangan Ong, MCA kini masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

"Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan," kata Ong, sambil menambah bahawa parti MCA ini juga dilanda sindrom penafian.

"Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu)," kata Ong merujuk dengan penipuan Liow sebagai Menteri Kesihatan ketika menafikan bahawa hospital Tung Shin diserang oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Membidas kritikan, Chua menyelar rekod Ong sebagai presiden MCA yang didakwanya tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti dan hanya menumpukan kepada usaha menghukum ahli-ahli yang menentang beliau.

"Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan.

"Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai," sindir Chua yang juga tidak kurang hebat dalam rekodnya dalam politik negara sebagai ahli politik pertama yang terlibat dalam skandal video seks yang diakui beliau yang diterima Umno sebagai rakan sejati dalam Barisan Nasional.

PAS bawa seni untuk dakwah, bukan sekadar hiburan

Posted: 03 Oct 2011 02:00 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak, khususnya PAS Kawasan Parit Buntar, buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu program santai secara besar-besaran bersama bekas-bekas artis terkenal yang dinamakan Mini Konsert & Talk Show di dewan Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar, kelmarin.

Program yang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang itu dihoskan oleh Bob Lokman dan turut melibatkan dua bekas rockers terkenal, Mael dan Pak Long.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, program tersebut anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut beliau, sebelum ini PAS Kawasan Parit Buntar pernah menganjurkan program santai seperti itu tetapi hanya secara kecil-kecilan dengan hanya melibatkan Mael dan Pak Long sahaja, berbanding program hari ini yang turut melibatkan bekas pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman.

Katanya, program tersebut bagaimanapun bukanlah terarah kepada hiburan semata-mata sehingga membawa kepada kelalaian seperti yang dianjurkan oleh sesetengah pihak, tetapi ia tetap bertapak atas orientasi dakwah.

"Program yang kami adakan pada hari ini, selain mengandungi persembahan hiburan daripada artis-artis tersebut, juga berbentuk 'talk show' yang disampaikan oleh Bob Lokman, Mael dan Pak Long untuk menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Antara mesej utama yang disampaikan itu, menurut beliau, PAS tidak menentang seni dan kegiatan seni dan PAS juga tidak pernah menyatakan hanya bentuk kegiatan kesenian tertentu seperti nasyid sahaja yang dibenarkan.

"Sebaliknya, PAS turut memberikan perhatian kepada kegiatan kesenian untuk memberikan hiburan kepada orang ramai, asalkan ia disampaikan dengan cara yang betul, tidak melampau dan tidak terkeluar dari batasan syariat," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berharap agar orang ramai faham dengan perjuangan PAS termasuk pendirian PAS dalam soal kesenian supaya perjuangan PAS tidak disalahterima oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan sambutan baik yang diberikan oleh orang ramai terhadap program itu, PAS Parit Buntar bercadang untuk mengadakan lagi program seperti itu pada masa akan datang, malah mungkin akan diadakan secara lebih besar, bagi memberikan hiburan yang berguna kepada orang ramai.

"Bilangan mereka yang hadir ke program kami pada hari ini sekitar 500 orang sehingga memenuhi dewan. Artis-artis terbabit yang terdiri daripada Bob Lokman, Mael dan Pak Long juga kelihatan memberikan respon yang baik dan seronok menjayakan program itu," katanya.

Pada masa akan datang, jelas beliau, pihaknya mungkin akan turut mengundang sama bekas pemain muzik terkenal, Sham Kamikaze bagi memeriahkan majlis.

Berita bas Najib dan Nik Aziz paling ramai dibaca

Posted: 03 Oct 2011 01:58 AM PDT

Harakahdaily

(Gambar bas yang dinaiki PM dan MB Kelantan)

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Para peminat Harakahdaily meletakkan berita ringkas yang menggambarkan perbezaan antara bas yang dinaiki Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan sebagai berita paling popular minggu lalu.

Berita bertajuk 'Naik bas: Antara Najib dengan Nik Aziz' itu paling banyak dibuka oleh peminat Harakahdaily melalui laman Facebook.

Berita itu dibuka oleh 4,494 dari 202,802 fan Harakahdaily di Facebook. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kilk yang dibuat langsung melalui laman Harakahdaily.net.

Berikut adalah berita paling banyak dibaca oleh peminat Harakahdaily melalui laman Facebook.


BERITA PALING BANYAK DI BACA MINGGU LALU MELALUI FACEBOOK HARAKAHDAILY ( 23 - 30 SEPTEMBER 2011)

1 Naik bas: Antara Najib dengan Nik Aziz

2 Orang agama jangan 'bantai' saja artis - Zed Zaidi

3 Hudud: Pemuda PAS Kelantan sokong Khairy

4 Imej mewah Rosmah guris hati rakyat - SAMM

5 Pertama kali Najib naik bas

6 Rugi: Pekerja MAS tidak maafkan Mahathir

7 Suami dan facebook isteri

8 Nik Aziz perjuangkan hudud bersama 1/2 juta fannya?

9 Ustaz Azhar di UIA: 'Tangan jahat' ganggu program

10 JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana

11 Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

12 Ali Rustam burukkan Kelantan macam mana?

13 Anak muda perlu bangkit, kata Anwar

14 Mahkamah bebas ahli PAS pakai baju Bersih

15 Hudud: Antara 'tidak menyokong' dan 'menghalang'

SPR tidak upaya laksana reformasi - Anwar

Posted: 03 Oct 2011 01:54 AM PDT

Harakahdaily



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menuntut Perdana Menteri menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya melakukan pembaharuan pilihan raya berdasarkan bidang kuasanya sedia ada.

Dalam soalan bertulisnya, Anwar membangkitkan kelemahan SPR seperti dinyatakan dalam tuntutan Bersih 2.0, sedangkan badan itu berupaya melaksanakan reformasi pilihan raya tanpa perlu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), lapor KeadilanDaily.

"Perkara ini (kelemahan SPR) menjadi isu besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi dibahaskan di peringkat antarabangsa," katanya dalam perbahasan pagi ini.

Merujuk Indonesia yang berkepadatan 270 juta penduduk, Anwar berkata, dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya di negara tersebut.

Justeru, SPR tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.

"Mengapa SPR yang diberi tanggungjawab besar mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan, antaranya isu dakwat kekal.

"Pakatan Rakyat sebelum ini telah pun menyatakan komitmen untuk menyertai PSC. Maka, Menteri perlu ada kaedah apa jua cara untuk mendesak dan memutuskan tindakannya terhadap SPR," tegas Anwar.

Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke-12 bermula hari ini dan akan berakhir pada 1 Disember 2011.


Najib patut malu aset Taib curiga di luar negara

Posted: 03 Oct 2011 01:51 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Perdana Menterilah yang bertanggungjawab dan kerajaan patut berasa malu apabila aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang mencurigakan di luar negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila kerajaan Australia mengambil tanggungjawab mengenai perkara itu di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnasional, ia amat memalukan negara ini," kata beliau sambil membangkitkan bahawa kerajaan Switzerland dan kerajaan German juga memberikan komitmen untuk menyiasat perkara yang sama.

Aduan mengenai tuduhan aktiviti rasuah Abdul Taib dan keluarga telah dirujuk oleh Menteri Luar Australia, Kevin Rudd kepada peguam negara itu.

Aduan tersebut dibuat oleh pengarah eksekutif Bruno Manser Funds (BMF), Lukas Straumann; editor Sarawak Report, Claire Rewcastle dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.

Mereka melahirkan kebimbangan Abdul Taib dan keluarganya "mungkin menggubah dan melabur semula sejumlah besar hasil rasuah di Australia".

Salahuddin berkata, jika kerajaan Malaysia bertindak pantas, tanpa memihak dan bersungguh-sungguh terhadap pelbagai aduan yang telah lama dibuat mengenai perkara itu, perkara yang memalukan negara ini mungkin boleh dielakkan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak) bertanggungjawab secara peribadi terhadap perkara ini kerana perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaannya.

"Beliau bukan sahaja tidak memperlihatkan keinginan untuk bertindak dengan sewajarnya, malah melantik semua Abdul Taib sebagai calon dan mengepalai Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu April lalu.

"Najiblah yang bertanggungjawab sehingga negara dimalukan sebegini rupa," katanya.

Aduan BMF mengenai perkara yang sama juga mendapat reaksi Menteri Kewangan Kanada.

Salahuddin berharap usaha-usaha bersama dapat dilakukan dengan pelbagai pihak untuk menyedarkan lebih ramai rakyat Sarawak mengenai perkara itu.

Kerajaan tolak draf pemansuhan ordinan darurat dikemukakan pembangkang

Posted: 03 Oct 2011 01:46 AM PDT



KUALA LUMPUR - Kerajaan pada Isnin menolak cadangan agar mengguna pakai draf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan pembangkang supaya dapat dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pada peringkat ini kerajaan sedang melakukan kajian terpeinci berhubungpemansuhan Ordinan Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum usul mengenainya dibentang pada sesi persidangan Mac tahun depan.

"Jadual mengenainya akan kita umumkan kemudian sebab ada beberapa perkara akan kita lakukan.

"Ia termasuk bagi tujuan menggubal dua akta baru dan kita juga sedang melakukan proses rundingan dengan beberapa pihak mengenainyan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai) pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Nurul Izzah sebelum itu mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menggunakan deraf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan ahli Parlimen pembangkang kerana mendakwa pihak Peguam Negara gagal menyediakan deraf berkenaan dalam masa yang singkat.- mStar

Sivakumar: Selesaikan masalah tanah SJKT Gunung Rapat

Posted: 03 Oct 2011 01:42 AM PDT

V.Sivakumar


Isu tanah untuk SJKT Gunung Rapat, Ipoh bukanlah satu masalah yang baru. Permohonan tanah telah dibuat banyak kali tetapi tidak ada apa-apa tindakan munasabah yang telah diambil oleh pihak-pihak yang terlibat. Melambat-lambatkan proses ini mengakibatkan tanah yang dipohon itu diserahkan oleh pentadbir tanah kepada pihak lain untuk tujuan-tujuan tertentu. Akhirnya segala usaha yang telah diambil oleh pihak sekolah dan PIBG menjadi sia-sia. Kemudian mereka dikehendaki mencari satu tapak baru untuk sekolah tersebut. Perkara ini berulang tahun demi tahun tetapi yang tinggal hanyalah janji kosong.

Perkara ini sungguh mengecewakan kerana sekolah ini tidak dipedulikan langsung dan hanya ditaburkan dengan janji-janji manis. Jelas bahawa pihak kerajaan negeri tidak ada niat untuk memberikan tanah kepada sekolah ini. Oleh kerana SJKT Gunung Rapat ini terletak di kawasan bandar, adalah sukar untuk mencari tapak tanah yang luas lebih kurang lima ekar. Setiap tanah yang pernah dikenal pasti itu juga diserahkan kepada pihak lain. Ini tidak adil kerana sekolah ini sangat memerlukan satu tapak tanah yang baru di sekitar kawasan itu.

Sekolah ini tidak mempunyai padang dan bilik darjah juga tidak mencukupi. Tambahan pula lokasi sekolah ini juga tidak sesuai dari segi keselamatan jalan raya dan sebagainya. Banyak lagi masalah infrastruktur yang wujud di sekolah tersebut. Nasib sekolah ini tidak akan berubah jika kerajaan negeri mengambil sikap sambil lewa dalam menangani masalah yang dibangkitkan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah sekolah ini langsung tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Jika benar mereka ikhlas dalam membantu sekolah ini, sudah tentu masalah ini telah lama diselesaikan. Tetapi, sampai ke hari ini masalah tanah untuk sekolah ini masih lagi belum dibawa kepada perhatian Pejabat Tanah dan Galian lagi. Saya telah membuat semakan di Pejabat Tanah dan Galian Ipoh pada minggu lepas. Pejabat itu tidak ada sebarang rekod berhubung dengan permohonan untuk tapak tanah baru untuk SJKT Gunung Rapat. Mungkin permohonan itu masih lagi mengeram telur di Pejabat Tanah Manjoi. Ini adalah bukti bahawa permohonan tapak baru untuk sekolah ini berganjak lebih perlahan daripada kura-kura. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mendapatkan tanah untuk sekolah ini kalau bukan pemimpin-pemimpin MIC? Tetapi mereka gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka lalu mengambil sikap tidak peduli terhadap permohonan tanah sekolah ini.

Akhirnya, Chua Soi Lek yang melawat ke kawasan parlimen Gopeng pula telah menjanjikan bahawa beliau akan membantu mendapatkan tapak tanah baru untuk sekolah tersebut. Tetapi tidak ada apa-apa perkembangan selepas janji yang dibuat oleh beliau itu. Walau bagaimanapun, sungguh memalukan bagi pihak MIC kerana masalah yang mereka tidak dapat selesaikan itu sekarang berada dalam bakul MCA. Apakah MCA boleh selesaikan masalah ini dan mengores arang di atas muka pemimpin-pemimpin MIC? Perkara ini masih lagi menjadi satu tanda tanya di kalangan orang ramai.

Baru-baru ini satu memorandum juga telah diberikan oleh pihak sekolah kepada Perdana Menteri Najib Razak apabila beliau membuat lawatan ke Taman Song Choon, Gopeng. Ini juga membuktikan bahawa pihak sekolah dan ibubapa sudah hilang harapan dengan pemimpin-pemimpin MIC.

Saya juga sungguh tertaik dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin MIC supaya saya tidak membuat perhimpunan aman pada 2 Oktober 2011 di hadapan SJKT Gunung Rapat. Mereka mendakwa bahawa semua kerja-kerja sedang dilaksanakan untuk memberi tapak baru untuk sekolah itu. Saya meminta mereka supaya jangan memperbodohkan rakyat lagi kerana tidak ada sebarang usaha murni untuk memberi tapak baru untuk sekolah ini. Ini adalah kerana pihak Pejabat Tanah dan Galian sendiri tidak mengetahui tentang permohonan lagi. Tambahan pula, sudah ada projek di tapak baru yang dicadangkan enam bulan yang lalu. Baru-baru ini pihak Majlis Bandaraya Ipoh mendirikan beberapa kiosk dan trek jalan kaki di tanah lapang yang dicadangkan itu.

Pembinaan struktur-struktur baru ini seolah-olah dilakukan dengan niat untuk menghalang pemberian tanah untuk sekolah tamil ini. Akhirnya seperti biasa, pihak kerajaan akan memberi alasan bahawa tanah yang dicadangkan itu telah diserahkan untuk projek lain. Pihak sekolah akan diminta untuk mencari tapak baru yang lain. Kitaran proses ini akan bermula sekali lagi dan masalah ini tidak akan menemui hujungnya.

Perhimpunan aman yang akan diadakan oleh ibubapa dan penduduk Gunung Rapat adalah dengan harapan pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan mengambil berat tentang masalah SJKT Gunung Rapat dan menyelesaikannya dengan serta merta.

*Kenyataan media oleh V.Sivakumar (gambar kanan) selaku ADUN Tronoh, dan Timbalan Pengerusi DAP Perak.

MCA menyusun langkahnya ke arah PRU ke-13

Posted: 03 Oct 2011 01:35 AM PDT

Lim Hong Siang


Mungkin ia Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang terakhir, mungkin tidak... sebelum PRU ke-13 diadakan. Demikianlah kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan MCA pagi ini, yang masih enggan memberi isyarat "tarikh PRU ke-13". Bagaimanapun, Presiden MCA Chua Soi Lek sudah tidak sabar untuk memberi jaminan bahawa MCA telah bersedia untuk bertempur dalam PRU akan datang.

Berbeza dengan perhimpunan agung yang lalu, MCA kali ini jelas menyasarkan "musuh politik" di luar, dan mengelakkan diri daripada menyiku rakan parti dalam Barisan Nasional. Beberapa perhimpunan agung sebelum PRU ke-12, malah selepas itu, menyaksikan bagaimana perwakilan MCA menuding jari terhadap rakan partinya, khususnya UMNO ketika berucap dalam sesi perbahasan.

Kalau sebelum ini MCA terpaksa memberi reaksi terhadap "tindakan Ketua Pemuda UMNO menghunus keris", kali ini mereka tidak perlu berbuat demikian. Sungguhpun penyelewengan dan ketidakadilan masih berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namun perwakilan MCA cuba mengelakkan diri daripada menyentuhnya; sebaliknya menyasarkan musuh politik tradisionalnya, iaitu DAP.

Chua Soi Lek (gambar kiri) cuba memberi isyarat tanpa menyebut nama, meluahkan ketidakpuasan terhadap sesetengah pemimpin yang "mendabik dada sebagai abang besar, yang sebenarnya 'pembuli'." Namun apabila diminta untuk memperjelaskan siapakah yang dirujuk olehnya dalam sidang media, Chua Soi Lek sekadar menjawab "siapa makan cili dia rasa pedas".

Isu Hukum Hudud melegakan MCA


Kemunculan semula pertikaian "Hukum Hudud" sejak kebelakangan ini memberi kesempatan MCA untuk menarik nafas buat seketika. Tema perhimpunan agung kali ini jelas, menyerang PAS kerana mahu menubuhkan negara Islam teokrasi di Malaysia, disifatkannya sebagai satu langkah ke belakang. DAP dituduh sebagai boneka yang bersekongkol dengan PAS dan PKR, mengkhianati kepentingan masyarakat Cina; malah meniru lojik hujah musuhnya sebelum ini: hukum PAS dengan tidak mengundi DAP.

Misalnya, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu (gambar kanan) membidas DAP kerana berkempen untuk calon PAS meskipun sedar bahawa matlamat perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam. Malah Gan Ping Sieu meluahkan kebimbangan seandainya PAS melontarkan usul ini dan memaksa wakil rakyat muslim dari UMNO untuk menyatakan pendirian dalam parlimen. Singkatnya, Gan membidas bahawa DAP telah mengelirukan masyarakat Cina untuk menjurus kepada perkembangan PAS.

Bandingkan Hukum Hudud dengan 1Malaysia


Tidak cukup dengan itu, Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai yang berucap dalam sesi penggulungan, mengajak perwakilan untuk membandingkan antara "Negara Islam" oleh PAS-Pakatan Rakyat, dengan program transformasi di bawah gagasan 1Malaysia oleh Najib Razak. Sebelum ini, pujian demi pujian telah dikalungkan kepada Najib Razak, sebagai penghargaan kerana berani mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa perubahan, misalnya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak kurang juga serangan dilancarkan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat, menyanggah kritikan DAP sebelum ini. Misalnya, sejak dahulu MCA berdepan dengan tekanan apabila peruntukan kerajaan untuk pendidikan aliran sekolah Cina jenis kebangsaan tidak mencerminkan nisbah pelajar yang sepatutnya. DAP sering menuntut agar peruntukan kepada aliran sekolah Cina "diinstitusikan", dan bukannya dijadikan "gula" menjelang pilihan raya. Bagaimanapun, MCA kali ini menyanggah tuduhan DAP-Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa buku Jingga juga tidak menjanjikan peruntukan yang "diinstitusikan".

Malah, kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak memperuntukkan tanah untuk pembinaan sekolah aliran Cina sejak 8 Mac 2008, namun keadaan sebaliknya berlaku di Johor yang berada di bawah Barisan Nasional, dengan lima bidang tanah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan sekolah Cina. Chua mengambil contoh ini untuk membuktikan bahawa DAP sekadar bercakap besar dan tidak mengotai janji.

Menaikkan semangat


Chua Soi Lek mengulangi tekad bahawa MCA tidak akan mengambil sebarang perlantikan dalam kerajaan seandainya prestasi MCA tidak memperlihatkan peningkatan berbanding PRU ke-12. Beliau mendakwa tindakan tersebut adalah untuk "menghormati suara pengundi", dan bukannya ugutan kepada rakyat.

"Jika seandainya wujud 'ugutan' sekalipun, ia harus dilihat kepada parti dan anggota-anggota parti bukannya para pengundi," kata Chua Soi Lek dalam ucapan dasarnya pagi ini. Kata-kata ini disambut dengan tepukan gemuruh di depan PM Najib Razak, mungkin memberi persepsi kepada Najib, yang kemudiannya berkata dirinya telah merasai semangat MCA untuk bertempur dalam PRU akan datang.

Baca: Nafi tuduhan Pakatan, Najib pertahan pilihan raya bersih dan adil

Baca: MCA: Hukum PAS dengan tidak mengundi DAP

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Bekas tentera tuntut 8 resolusi dari Pakatan

Posted: 03 Oct 2011 01:31 AM PDT

Antaranya kebajikan tentera, veteran, balu dan anak yatim tentera dengan pemberian tanah Felda Plantations dan Rumah Mesra Rakyat.



BANGI: Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) menuntut lapan resolusi bagi menjamin kebajikan mereka sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Resolusi antaranya mahu Pakatan memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu dan anak yatim tentera dengan pemberian tanah Felda Plantations dan Rumah Mesra Rakyat.

"Berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1973 menyatakan bahawa setiap anggota tentera dan isteri berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

"Namun daripada rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperoleh tanah yang seperti yang dijanjikan," kata Presiden Kerabat Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar semasa Himpunan Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya di sini malam tadi.

Kerabat juga menuntut pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

Selain itu, ia juga mahu setiap anggota dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan, serta mengambil alih bagi memperkemas dasar Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).

"Kami juga mahu Pakatan memberikan rebat sebanyak 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat," katanya dalam resolusi tersebut.

Kesemua resolusi tersebut dituntut dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat diberikan mandat mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Amat malang


Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizzah Wan Ismail mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap anggota tentera hanya pada hari-hari tertentu sahaja.

"Memang ada Hari Pahlawan bagi mengingati jasa mereka tetapi adakah kebajikan bekas tentera terutamanya pegawai rendah ini dijaga dan hanya dihargai sempena hari-hari tertentu sahaja," soalnya di hadapan kira-kira 500 bekas tentera dan orang ramai yang hadir.

Katanya, amat malang apabila tentera juga dipergunakan oleh pemimpin yang zalim demi mengekalkan kuasa mereka dengan melakukan penipuan undi.

"Tetapi tuan puan harus tolong kami (Pakatan) untuk bela nasib tuan puan kerana dengan sokongan anda boleh buat perubahan dalam negara," katanya.

Adil untuk semua

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjamin Pakatan akan membela nasib anggota dan bekas tentera sekiranya memerintah.

"Kita akan memerintah adil untuk semua. Kita akan buktikan kalau diberi peluang seperti yang ada dalam Buku Jingga dan resolusi ini akan dijalankan kerana sudah jadi tanggungjawab kita," katanya.

Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai lalu bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera.

Kini keahliannya mencecah 2,900 anggota dan bekas tentera sekitar Johor serta Perak, dan kini mahu bergerak di Pulau Pinang dan seluruh negara bagi menyampaikan matlamat mereka.

MCA lalui zaman gelap

Posted: 03 Oct 2011 01:26 AM PDT

Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menjadikan parti politik tertua serta terbesar dan paling berpengaruh di kalangan orang Cina itu semakin terpinggir dan kini menuju ke penghujung jalan.



PETALING JAYA: Peranan kaum Cina kepada pembangunan dan kestabilan politik negara sangat besar dan sesiapa pun tidak boleh menafikannya.

Sejak sekian lama, sejak sebelum merdeka lagi, MCA menjadi tunjang kepada pergerakan dan penyatuan masyarakat Cina dalam pembangunan negara bersama Umno dan MIC.

MCA dan komponen Barisan Nasional (BN) atau lebih awal yang dipanggil Perikatan sama-sama menuntut kemerdekaan daripada penjajah British dan kemudiannya memakmurkan negara seperti yang ada hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur semalam dengan tegas memperakui bahawa MCA merupakan komponen penting kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) ini.

"Apa makna kepada BN jika MCA berpecah belah," kata pengerusi BN yang membawa maksud bahawa MCA mesti sentiasa bersatu padu dan kuat sepanjang masa.

Peringatan Presiden Umno itu berkait rapat dengan kekalahan besar MCA dalam PRU 2008; ia kekalahan terbesar MCA dalam sejarah politik negara.

PRU 13 yang dijangka tahun depan akan menjadi penentu kepada MCA, seperti kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Masa depan parti itu ditentukan oleh ahli parti sendiri.

Saat sukar

Tetapi MCA hari ini bukan lagi seperti MCA 10 atau 20 tahun lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan MCA sedang menghadapi saat-saat sukar untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Cina.

Ugutan jika MCA kalah teruk dalam PRU 13 bahawa parti tidak akan menerima jawatan menteri kabinet menggambarkan bahawa parti itu sangat terdesak untuk memenangi semula kerusinya.

Umum mengetahui bahawa MCA dicabar hebat DAP sejak sekian lama. Keputusan PRU 2008 menunjukkan MCA sudah hampir tidak relevan lagi kepada orang Cina.

Walaupun sudah tiga tahun PRU 2008 berlalu belum nampak tanda-tanda MCA pulih sepenuhnya. Kepimpinan Dr Chua, bekas menteri kesihatan yang menewaskan Datuk Ong Tee Keat dalam pemilihan parti tahun lalu seperti masih tidak diendahkan oleh ahli parti itu sendiri.

Ketika beliau menyampaikan ucapan dasar presiden dalam bahasa Mandarin, banyak kerusi yang kosong di barisan depan dan belakang di Wisma MCA di ibu negara itu.

Beberapa perwakilan yang ditemui memberitahu, orang Cina tidak percaya lagi kepada MCA kerana terlalu mengikut BN yang dikawal Umno.

Zaman gelap

"Kredibiliti Dr Chua sebagai presiden penuh tanda tanya. Adakah beliau boleh menjadi lebih baik dari Tan Sri Ong Ka Ting atau pun Tun Dr Ling Liong Sik.

"MCA menghadapi zaman gelap di bawahnya," kata Kuan Wei Hong dari Pulau Pinang. Sudah tentu MCA menjadi tidak relevan jika orang Cina terus menolaknya. Malang sekali ditolak kerana kesilapan sendiri.

Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menyebabkan parti ini lemah secara perlahan dan diam-diam. Umum mengetahui MCA tidak pernah sunyi dari krisis kepimpinan namun semuanya berjaya diselesaikan menjadikan parti itu kekal relevan.

Sudah tiba masanya untuk MCA kembali ke pangkal jalan dengan menjadi parti nombor satu bagi orang Cina di negara ini. Sayang jika sumbangan dan pengorbanan selama ini dilupakan begitu sahaja.

Kini musuh MCA bukannya DAP walaupun parti serpihan PAP dari Singapura itu menang cemerlang dalam PRU 2008.

Musuh nombor satu MCA tidak lain tidak bukan adalah berpunca dari krisis kepimpinan yang berpanjangan, yang telah memusnah kepercayaan dan menghakis keyakinan ahli kepada parti.

Dengan PRU 13 semakin hampir, MCA sudah tidak ada masa untuk terus berkocak dari dalam. Jika kalah lagi, MCA akan hilang dari peta politik negara.

Purata 57 kemalangan setahun babitkan ambulans

Posted: 03 Oct 2011 01:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Secara purata 57 kemalangan membabitkan ambulans dicatat setiap tahun sejak lima tahun lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONEMenteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jumlah itu termasuk kemalangan kecil yang tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

"Statistik kemalangan ini adalah dari 137 buah hospital dan lebih 800 klinik kesihatan kelolaan kementerian di seluruh negara. Kini, terdapat 1,402 buah ambulans di seluruh hospital dan kemudahan kesihatan," katanya pada sesi soal jawab persidangan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran) yang mahu tahu bilangan kakitangan dan staf sokongan kementerian itu yang terbabit dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkah mengurangkan risiko itu.

Liow berkata, ambulans yang dibekalkan mempunyai ciri keselamatan yang dimasukkan dalam spesifikasi kenderaan.

"Sebelum diserahkan kepada hospital, pemeriksaan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kenderaan selamat digunakan. Penyelenggaraan juga dilakukan secara berjadual," katanya.

ambulance medical service 100907 stabilizeKatanya, pemandu diberikan latihan mengenai pemanduan berhemah yang mengandungi modul teori dan praktikal dan dipantau rapi oleh penolong pegawai perubatan kanan di peringkat hospital.

Mengenai pemandu ambulans pusat perubatan swasta, Liow berkata, kementerian bekerjasama dengan pihak berkenaan termasuk dengan St John's Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Daripada aspek latihan, itu tindakan masing-masing. Prosedur Operasi Standard diberi agar mereka dapat ikuti sistem latihan yang diberi oleh kerajaan.

"Kita sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan khidmat ambulans termasuk response time, panggilan kecemasan 999 dan pusat koordinasi perubatan kecemasan untuk memberi khidmat lebih baik kepada perkhidmatan prahospital," katanya. - Bernama

Kes baru HIV di Malaysia menurun

Posted: 03 Oct 2011 01:24 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kerajaan yakin negara akan mencapai sasaran penurunan kes baru HIV kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk sebelum tahun 2015, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, mulai 2003, jangkitan baru HIV mula menunjukkan penurunan secara konsisten sehingga mencapai 12.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2010.

aids hiv care centre in malaysia 080207 bedridden"Saya amat yakin bahawa negara akan dapat mencapai sasaran itu sebelum 2015 dan ia mungkin jadi kenyataan lebih awal dari itu," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Aids Kebangsaan Kedua di Georgetown hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Teh Lei Choo.

Dr Hasan berkata, kes tertinggi dilaporkan pada 2002 iaitu sebanyak 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Dr Hasan berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,570 kes baru HIV dilaporkan dan dianggarkan menjelang akhir tahun ini, sebanyak 3,140 kes baru HIV akan dikesan.

"Ini akan menjadikan anggaran kes pada tahun ini 11 kes bagi (setiap) 100,000 penduduk," katanya.

aids hiv care centre in malaysia 080207 feedingBeliau berkata di Malaysia, sehingga 2010, seramai 91,362 orang dilaporkan dijangkiti HIV dan dari jumlah itu seramai 16,532 mengalami fasa Aids dan seramai 14,298 orang meninggal dunia.

"Ini menjadikan mereka yang masih hidup dengan HIV pada akhir 2010 seramai 77,064 orang," katanya.

Bagi mencapai matlamat mengurangkan jangkitan HIV di kalangan rakyat negara ini, Dr Hasan berkata, orang ramai terutamanya kumpulan berisiko tinggi digalak melakukan ujian pengesanan dan saringan.

Katanya, pengesanan awal memberi impak positif dengan memastikan rawatan awal diberi kepada pesakit, langkah pencegahan kepada pasangan dan memastikan amalan berisiko dihindari melalu langkah pencegahan yang berkesan. - Bernama

Rais nafi sambutan Hari Kemerdekaan hambar

Posted: 03 Oct 2011 01:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 baru-baru ini sebagai hambar seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat.

NONERais sebaliknya berkata, perayaan Hari Merdeka yang disambut serentak dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu mendapat sambutan baik rakyat selain meninggalkan kesan patriotisme dan semangat kekitaan dalam kalangan mereka.

"Hanya Yang Berhormat yang kata hambar, barangkali mungkin parti Yang Berhormat kurang kisah tentang perayaan Hari Merdeka atau cara Yang Berhormat melihat Hari Malaysia.

"Saya katakan begitu kerana semua negeri, kecuali di Kelantan dan sedikit sebanyak di Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang tidak menonjolkan perayaan ini.

NONE"Saya cadang Yang Berhormat melihat kembali dalam pintu hati sendiri sama ada betul atau tidak komen tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Rais berkata selain di tiga negeri itu, perayaan Merdeka dirai meriah dengan sebanyak 218 program berlangsung di seluruh negara, lebih 10,000 rakyat mengambil bahagian dalam acara sambutan di Dataran Merdeka dan ribuan lagi memeriahkan acara itu di peringkat negeri.

"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Merdeka ke-54 dan Hari Malaysia, saya menyifatkan perayaan ini berjaya dan jauh daripada hambar," tegasnya.

NONEKepada soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Rais berkata kerajaan bersedia mengadakan pertemuan cendekiawan sejarah dalam konteks menentukan fakta akademik sejarah dapat diperbetulkan.

Bung Moktar bertanya mengenai usaha kementerian untuk menjelaskan kekeliruan dan putar belit fakta sejarah yang sengaja dimain pembangkang untuk mengelirukan rakyat, termasuk kenyataan pembangkang yang mengangkat komunis sebagai wira.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Rais berkata bilangan semasa keseluruhan pengguna kad perkhidmatan telefon prabayar di seluruh negara ialah 28.4 juta.

Pengguna perkhidmatan prabayar yang tidak menggunakan sepenuhnya nilai kad itu ialah 90.2 peratus dan kuantum yang tidak digunakan ialah RM71 juta, yang merupakan 0.5 peratus daripada pendapatan syarikat telekomunikasi, katanya.

NONEMenjawab soalan tambahan Idris mengenai cukai perkhidmatan telefon prabayar, beliau berkata Kementerian Kewangan akan menimbang cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu.

Pada masa sama, Rais menggesa rakyat sebagai pengguna memberikan maklumat balas berhubung kadar caj yang dirasakan berpatutan dan jika merasa adanya ketidakadilan boleh mengemukakan butir lengkap sebagai bukti.

Jika tiada sebarang aduan dikemukakan, kerajaan mungkin bertanggapan kadar yang dikenakan sekarang diterima rakyat, katanya. Bernama

Ong rela potretnya dikeluarkan dari Wisma MCA

Posted: 03 Oct 2011 01:19 AM PDT

MALAYSIA KINI


Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, KualaLumpur.

NONEIni kerana katanya, beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan "orang yang korup dari segi moral."

Adalah menjadi tradisi MCA untuk meletakkan potret presiden di ibu pejabat parti itu.

Justeru, menurut Ong, legasi beliau terhadap parti Cina itu juga bukan bagi presiden MCA sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memutuskannya.

"Beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan potret saya dari ibu pejabat MCA jika mahu berbuat demikian. Lagipun, tidak apa yang seronoknya bagi potret seseorang (digantung) bersebelahan dengan orang yang korup dari segi moral," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ong mengulas serangan lisan yang dibuat oleh Chua terhadapnya semasa perhimpunan agung parti itu semalam. Chua menyifatkan Ong sebagai "nota kaki" dalam sejarah MCA.

mca agm 021011 left chua soi lek and najibOng juga mengulas kenyataan Chua mendesaknya meletak jawatan jika dia tidak lagi percaya atau menaruh ketyakinan terhadap parti itu.

"Benar, saya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau tetapi ini sama sekali disalah fahamkan sebagai hilang kepercayaan terhadap parti saya pilih untuk menyertai pada tahun 1981."

Mengenai desakan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pandan, Ong berkata mandatnya itu diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum Mac 2008 dan bukannya datang daripada Chua.

"Adalah menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau bahawa tidak ada seorangpun presiden sebelum ini yang secara terbuka mengarahkan seseorang ahli meninggalkan parti itu semata-mata kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan seseorang kerana MCA bukan harta persendirian presiden.

"Begitu juga, parti tidak harus ditadbir sebagai sebuah pertubuhan mafia semata-mata mengikut kehendak penerajunya, jika beliau benar-benar menghormati demokrasi."

Hudud: Kelantan gerakkan agensi k'jaan, organ parti

Posted: 03 Oct 2011 01:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kelantan akan menggerakkan agensi kerajaan negeri dan organ parti bagi menjelas dan meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan hukum hudud, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam, kata exconya Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Dr Mohamed Fadzli berkata, langkah itu akan dimulakan pada 8 Oktober depan melalui seminar bertajuk "Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan" di Pantai Cahaya Bulan, dekat Kota Bharu.

azlanSelain wacana dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, peserta berpeluang mendengar pembentangan pemimpin PAS dan ahli akademik termasuk bukan Islam, kata Dr Mohamed Fadzli.

Antara pembentang terlibat pendakwah Dr Ann Wang Seng dan Shah Kirit Kakulal Govindji serta ahli akademik Prof Viveka Sri A Rajaretinam dan Dr Wong Chin Huat.

Sementara itu, Dr Mohamed Fadzli berkata, laporan bahawa pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak dipanggil berbincang atau diberikan penjelasan mendalam mengenai pelaksanaan hudud sebagai tidak tepat dan lari maksudnya.

Katanya, laporan Mingguan Malaysia - edisi Ahad Utusan Malaysia - jika dibandingkan dengan sebuah akhbar tempatan jelas berbeza.

"Sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap peting PAS, Kelab Penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan PAS untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiyah termasuk juga hukum hudud," katanya.

Khabar angin DHPP bakal bubar

Malah, tambahnya, ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri meminta hudud dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah sedia ada kerana ia diyakini lebih adil dan berkesan menyelesaikan jenayah.

azlanSehubungan itu, katanya, tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap PAS kerana keseluruhan ahli DHPP didakwa sudah sedia maklum dan faham matlamat perjuangan PAS.

Dr Mohamed Fadzli berkata, isu tidak dibawa berbincang juga tidak berbangkit kerana Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Mingguan semalam melaporkan wujud 'cakap-cakap' bahawa kepimpinan DHPP amat kecewa dan hilang kepercayaan kepada pemimpin tertinggi PAS dan mengancam meninggalkannya beramai-ramai.

pas 2007 muktamar 020607 hu pang chowMingguan juga melaporkan Ketua DHPP Hu Pang Chow (kiri) sebagai berkata, dalam politik tidak ada sesuatu yang pelik dan banyak perkara boleh berlaku.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam PAS sekarang. Saya tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud ini, di Pantai Timur isu hudud tidak menjejaskan PAS kerana bukan Islam adalah minoriti tetapi kalau di Pantai Barat ya, malah saya mendapat terlalu banyak panggilan telefon mengenai isu ini.

"Masa depan DHPP saya tidak tahu tetapi dalam politik apa pun boleh berlaku. Kalau bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad boleh keluar PAS, jadi tidak ada sesuatu yang pelik dalam politik," beliau dipetik sebagai berkata.

Hu diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa DHPP akan dibubarkan sebagai tanda tidak puas hati dengan kepimpinan PAS.

Anwar: SPR gagal laksana pilihan raya dengan baik

Posted: 03 Oct 2011 01:13 AM PDT

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

NONE"Yang saya mahu tekankan adalah bagaimana cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan telah menjalankan pilihan raya begitu lama, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata Anwar ketika mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Selain mempertikaikan peranan SPR, Anwar juga mendesak kerajaan menyatakan cara suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan bebas.

Dalam soalan bertulisnya, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan BERSIH 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Khas Parlimen.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Menjawab soalan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata tuntutan BERSIH 2.0 bukan perkara baru yang dibincangkan di parlimen malah SPR mengambil langkah berpandukan asas perlembagaan persekutuan dan akta-akta yang diperuntukkan.

"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," kata Nazri.

Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 perlembagaan persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.

azlan"Kita terpaksa kerahkan jentera parti politik untuk mendaftar padahal ini isu asas hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik," kata Anwar lagi.

Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.

Tiada ulasan: