Isnin, 3 Oktober 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Guru di"brainwash" supaya bekerja untuk UMNO

Posted: 03 Oct 2011 03:07 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEzQJ4LEDX6DScz-h0tfuhS8U3hX3ZFGXiudMtNdPu55-V8hjKywsOTcC0U0pjkr_8w_b2kd9VIR37hX9fRKhUGJStzlpIQYRHzzp6A8UKuMY4P6cr0uKklZFNUh701n0tRT4tKNOAuPU/s400/_DSC4637.JPG


1. UMNO sangat terdesak bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lalu menghalalkan "politik kotor" dan "penyalahgunaan kuasa". Terbaru mereka telah mem"basuh pemikiran" warga pendidik khasnya para Pengetua sekolah agar berkempen dan bekerja bagi pihak UMNO demi memastikan semua warga pendidik menyokong atau mengundi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Malah mereka dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

2. Kebanyakan guru melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini, terutama apabila mereka ditipu hidup - hidup oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewajibkan mereka menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai [ Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon Timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia ] yang dianjurkan pada 28 September 2011 di Dewan Ballroom Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur.

3. Tentatif program yang diedarkan kepada peserta [warga pendidik] menampilkan 2 penceramah yang terdiri daripada :

Ybhg Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba selaku Profesor pendidikan Universiti Islam Antarabngsa Malaysia [UIAM] dengan tajuk : Memahami Transformasi Pendidikan Malaysia. sementara penceramah kedua ialah

Yb. Dr. Hj. Mohd Fuad bin Hj. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 11 sebagai Ucapan Naqib Utama .

4. Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi Seminar UMNO untuk membelasah PAS, PKR dan DAP disamping menggesakan agar para guru memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang dan semua guru diminta mengenal pasti guru - guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong UMNO. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi UMNO menghadapi Pilihanraya Umum.

5. Seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat disamping buku dan vcd turut disertakan dalam file bercetak Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan kementerian tersebut apabila bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan UMNO yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik.

7. Lebih dikesali apabila seminar ini kononnya untuk memantapkan warga pendidik, pula menggunakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai percubaan nekad memperbaiki reputasi UMNO di mata warga pendidik. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap ini sebagai satu penyalahgunaan kuasa bahkan ia sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

8. Lebih hina apabila kedua - dua penceramah yang terdiri dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sendiri hanya menumpukan kepada usaha memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat. Apakah UMNO telah kehabisan ruang media mereka untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat ? Apakah UMNO kini sangat terancam apabila menyedari rata - rata warga cerdik seperti para pendidik tidak lagi menyokong mereka ? atau UMNO telah hilang kewarasan dan tahap profesional mereka sehingga secara langsung mengheret dan memerangkap warga pendidik dengan seminar pemantapan warga pendidik, sebalik digunakan sebagai Bengkel Pemerkasaan UMNO ?

9. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang menjerut leher sendiri apabila mereka nekad membohongi para pendidik tanahair, pula ditabur dengan pelbagai janji manis disulam fitnah yang dihambur kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

10. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera menghentikan tindakan tidak bijak tersebut yang hanya dilihat menjatuhkan reputasi UMNO itu sendiri. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia juga dikehendaki segera memohon maaf kepada semua rakyat dan warga pendidik kerana menyalahgunakan wang rakyat dan mengkhianati profesionalisme. [ kami mendapat maklumat bahawa siri berikut seminar ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan pahang pada 6 Oktober 2011 akan datang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu0oeW8Pgd-F0MMqBdFt9plTJ2ufWwPQKhXJ_pa8jVh6QPvIANbhz6v8cm2kZyEOFpxyNdfyD5hiDSaqNfaTlsrQ5bTtiggCDq80dVxt_dS3e7IaUZFOq0aDoLxMW49EqIabF1mnd3mFc/s400/_DSC4666.JPG

Patut La Najib Tidak Mahu Hudud, Gereja Terbesar Di Asia Tenggara Di Bina Di Bukut Jalil

Posted: 03 Oct 2011 05:30 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/250830_213717755329261_100000731145478_700875_8211043_n.jpg














Syabas kera jaan umno dan bn.

Rakyat bangga dengan hasil kamu.

Agama Islam dan sunnah nabi ditolak mentah-mentah oleh puak munafik ni.

Berbangga la penyokong umno laknatullah!

Hudud: Alasan DAP perlembagaan tapi Umno berbelit

Posted: 03 Oct 2011 05:00 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketika hudud semakin menyerlahkan kemunafikan Umno, sekurang-kurangnya DAP tidak menolak hudud atas alasan Perlembagaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"DAP sekurang-kurangnya menolak hudud dengan menggunakan hujjah Perlembagaan negara dan apa yang difahaminya sebagai prinsip sekularisme dalam perlembagaan itu.

"Tetapi, tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan, Umno mengulang-ulang sikap menuduh hudud tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya," kata beliau.

Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.

"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.

"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengalu-alukan pandangan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Dr Abdul Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Keperluan itu, katanya, tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

"Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah."

"Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi.

Dr Abdul Aziz juga menolak pandangan Majlis Peguam yang menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri-negeri.

Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.

"Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau.

Dr Abdul Aziz berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi.

"Apabila perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri."

Syabas! Zahid AF Turut Serta Dalam Program Pemuda PAS

Posted: 03 Oct 2011 03:53 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivv6IXpvuJewE2Sr2sZSPHbunj_XW39b728ELIRjd2SPLN6LjnyehNPmRZC1zifPk8daYGdMO33kn_K34sF0LKNoygrdlLIWLfH7hTH5er-rs4I2In-4TGBZNcr-GNqHB7FVIMKCG5ukxl/s400/291810_267558813277400_146443882055561_848105_2067876187_n.jpg


Kelihatan Zahid AF bersama-sama Pemuda PAS dalam program ARC ( Alternatif Riding Club ) baru- baru ni..

Moga di ketemukan hidayah untuk bersama-sama mendokong perjuangan PAS...
insyaallah...

Majlis Pelancaran Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012

Posted: 03 Oct 2011 03:50 AM PDT

Dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4hb. Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 1:00 tengahari
Tempat : Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama
Parlimen Malaysia

Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Dato'Seri Anwar Ibrahim, YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

Posted: 03 Oct 2011 02:13 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan "memancing" maklumat daripada mereka.

Kelantan : Jamuan Rakyat & Ceramah Penerangan Isu HUDUD

Posted: 02 Oct 2011 11:57 PM PDT

Tarikh : 8 Zulkaedah 1432H / 6 Oktober 2011 (Khamis)

Tempat : Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

Penceramah :

YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Tuan Guru Hj Hadi Awang,

Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Insya-allah pada 6 Oktober 2011 (Khamis) ini akan diadakan majlis jamuan rakyat, solat hajat serta ceramah besar-besaran penerangan isu Hudud kepada seluruh rakyat negeri Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhammad keIV. Sesuai dengan hasrat YAB Tuan Guru yang mahukan agar sebarang program yang diadakan hendaklah mengandungi sumbangan semua pihak tanpa mengharapkan peruntukan dari parti semata-mata, kami mengalu-alukan sumbangan dari anda semua. Sebarang sumbangan dari anda semua samada di dalam bentuk makanan, bahan mentah mahupun kewangan boleh disalurkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan menghubungi Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di talian 09-7481131 / 09-7478815.

Apa Motif Panggil Ezam Katak Bagi Ceramah Kepada Golongan Guru Di Kuantan?

Posted: 02 Oct 2011 10:30 PM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/09/11.jpg

KUALA LUMPUR: Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi 'mencuci otak' guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.

Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar.

Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mengikut gambar yang diemel, sesi 'cuci otak' dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.

Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.

Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.

"Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa," katanya.

RUU Kg Baru ditarik balik! Allahuakhbar!

Posted: 02 Oct 2011 10:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Setelah menerima tekanan hebat dari perjuangan untuk membebaskan Kampung Baru dari Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru, bacaan kali kedua di Parlimen yang sepatutnya bermula hari ini, ditarik balik.

Perkara itu diumumkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

"Perkara pertama hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru, Viva, kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Allahyarhamah Dr Lo'Lo'," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Pelbagai pihak khasnya PAS mendesak agar rang undang-undang ditangguhkan dan bacaan kali keduanya hari ini ditarik balik.

Perjuangan ini, sebagaimana yang dinyatakan Tian Chua diperjuangkan dengan hebat oleh anggota Parlimen kawasan ini, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Ong rela potretnya dikeluarkan dari Wisma MCA

Posted: 02 Oct 2011 09:30 PM PDT

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, KualaLumpur.

Ini kerana katanya, beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan "orang yang korup dari segi moral."

Adalah menjadi tradisi MCA untuk meletakkan potret presiden di ibu pejabat parti itu.

Justeru, menurut Ong, legasi beliau terhadap parti Cina itu juga bukan bagi presiden MCA sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memutuskannya.

"Beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan potret saya dari ibu pejabat MCA jika mahu berbuat demikian. Lagipun, tidak apa yang seronoknya bagi potret seseorang (digantung) bersebelahan dengan orang yang korup dari segi moral," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ong mengulas serangan lisan yang dibuat oleh Chua terhadapnya semasa perhimpunan agung parti itu semalam. Chua menyifatkan Ong sebagai "nota kaki" dalam sejarah MCA.

Ong juga mengulas kenyataan Chua mendesaknya meletak jawatan jika dia tidak lagi percaya atau menaruh ketyakinan terhadap parti itu.

"Benar, saya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau tetapi ini sama sekali disalah fahamkan sebagai hilang kepercayaan terhadap parti saya pilih untuk menyertai pada tahun 1981."

Mengenai desakan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pandan, Ong berkata mandatnya itu diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum Mac 2008 dan bukannya datang daripada Chua.

"Adalah menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau bahawa tidak ada seorangpun presiden sebelum ini yang secara terbuka mengarahkan seseorang ahli meninggalkan parti itu semata-mata kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan seseorang kerana MCA bukan harta persendirian presiden.

"Begitu juga, parti tidak harus ditadbir sebagai sebuah pertubuhan mafia semata-mata mengikut kehendak penerajunya, jika beliau benar-benar menghormati demokrasi."

JPN Hilangkan Butang Semak IC Dalam Websitenya?

Posted: 02 Oct 2011 08:14 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/311703_281339468560207_106638552696967_1050704_625230589_n.jpg

TERKINI: JPN telah buang Function untuk SEMAKAN IC di Laman web JPN. Hanya PERMOHONAN BARU sahaja boleh semak.. Maka selamat lah indon2 n Bangla yang dalam proses bantahan sekarang ini.. Tak didedahkan oleh mana2 Media.. Saya baru perasan sekejap ni.

http://www.jpn.gov.my/semakic/

Mangkuk Hayun Punya Berita

Posted: 02 Oct 2011 06:34 PM PDT

Tiada ulasan: