Muslimeen United |
- Khalid Samad menang kes atas Utusan
- Mat Sabu semakin berbisa...
- Mesti Lihat !!! Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
- Sejarah Tercipta: Sultan Kedah Dipilih Menjadi Yang di-Pertuan Agong Kali Ke 2
- Pemandu teksi pun nak dikenakan BN...
- 240 Pendatang Asing hadiri Kursus Keusahawanan?
- Pendatang Asing Masuk Ke Malaysia Beramai-Ramai
- Kerajaan Sorokkan Laporan Audit Untuk Rujukan Ahli Parlimen Bahas Bajet 2012
- Terjahh..Gambar Nii,Jadikan Pemimpin Umno "Gila Babi"..??
- Penipuan Felda terhadap KPG; 2,000 peneroka saman RM1.5 bilion
- Jom Cari Perbezaan Antara Artis Yang Masuk PAS Dengan Masuk UMNO
Khalid Samad menang kes atas Utusan Posted: 14 Oct 2011 09:03 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu. Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'. Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan. "Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah. "Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi. Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan. Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.' Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut. Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut. Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam. Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal. Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi. Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan. |
Posted: 14 Oct 2011 08:59 AM PDT |
Mesti Lihat !!! Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud Posted: 14 Oct 2011 08:49 AM PDT Ucapan Sultan Brunei yang mahu Undang2 Syariah Islam yang didalamnya termasuk Hudud dilaksanakan di negara itu. Brunei yang merdeka pada 1984 ( 17 thn ) sudah bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya undang2 Allah.Adakah Malaysia yang sudah merdeka selama 54 tahun masih belum bersedia melaksanakan Hudud ??? Tidak ...Umno memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan. Memetik Ucapan Tuanku Sultan Brunei " Siapakah kita dihadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang2 ini bukanlah baru digubal,tetapi telah termaktub didalam Al quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih "...sayu,sebak pun ada. Bertuahlah rakyat Brunei yang dikurniakan pemimpin yang benar2 takutkan Allah,takbirrrr !!! Allahuakbar !!! |
Sejarah Tercipta: Sultan Kedah Dipilih Menjadi Yang di-Pertuan Agong Kali Ke 2 Posted: 14 Oct 2011 08:47 AM PDT Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama. Gambar: Kiri, Sultan kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong Sementara, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. Ini adalah kali kedua, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama Sultan Andul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 1970-1975 iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima. Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud. Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini: 1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960. 2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960. 3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000 4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979 5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975 6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979 7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984 8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010 9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994 10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009 11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001 12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006 13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011 Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja. Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu: 1. Negeri Sembilan 2. Selangor 3. Perlis 4. Terengganu 5. Kedah 6. Kelantan 7. Pahang 8. Johor 9. Perak Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak. Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah: 1. Melantik seorang Perdana Menteri 2. Menangguhkan pembubaran parlimen 3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja. Kedua-dua, Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Itu pun satu sejarah. InsyaAllah, Pakatan Rakyat juga bakal menggantikan BN di Putrajaya. Semuga Allah memperkenankan satu lagi sejarah tercipta nanti. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Dan Maha Pengatur Rencana. Amin. -GB |
Pemandu teksi pun nak dikenakan BN... Posted: 14 Oct 2011 02:16 AM PDT Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh". Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini. Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Najib Razak adalah: * Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. * Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik. * Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian. * Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan. * Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun) * Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560. Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini? Tampi padi untuk dapatkan beras Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara. Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga. Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan "duit kopi". Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi. Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka? Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan. Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah. Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi. Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu. Respon pemandu teksi Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya "lepas ni aku tak nak 'kayuh' lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat 'pilot' macam aku ni, penat je kayuh cab orang." Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi… "kayuh" - memandu/bawa teks "cab" - teksi "NR" - Najib Razak "pilot" - pemandu teksi Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan. Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik. Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah. Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi. Hairan bagaimana kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi. Tawaran Pakatan Rakyat Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi - memberi permit penuh kepada pemandu teksi. Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi. Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka FELDA mendapat hak milik tanah. Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut. Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari. Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi. Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi? Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO? Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri? Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja. Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya. Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup. -Roketkini |
240 Pendatang Asing hadiri Kursus Keusahawanan? Posted: 14 Oct 2011 02:08 AM PDT Dalam satu serbuan di sebuah Desa Pinggiran Putra Resort di kawasan sekitar Putrajaya Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih. Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan. "Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan. Warga Asing diberi kursus keusahawanan?? Apa punya alasan ni??? Sejak bila pulak Negara kita begitu prihatin hingga sanggup mengadakan Kursus keusahawanan buat warga asing itu.. Untuk apa Negara kita memberikan kursus keusahawanan kepada warga asing itu? Sedangkan rakyat Negara kita sendiri ramai lagi yang lebih layak diberikan kursus tersebut.. Setahu kursus keusahawanan ini biasanya akan diberikan kepada para usahawan yang mahu melibatkan diri dengan perniagaan tak kiralah samada perniagaan kecil atau besar. Dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat.. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berniaga kerana lesen perniagaan tidak akan dikeluarkan kepada warga asing dengan tujuan untuk melindungi usahawan tempatan. Jadi untuk apa kursus keusahawanan diberikan kepada warga asing itu sedangkan mereka tidak mungkin diberikan lesen perniagaan oleh sebarang Pihak Berkuasa Tempatan kerana mereka bukanlah warganegara? Kecuali mereka diberikan IC setelah mengikuti kursus Keusahawanan itu.... ******************** Polis nafi dakwaan Pemuda Pas SHAH ALAM - Polis menafikan dakwaan Pemuda Pas yang mengatakan 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk men-dapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin. Bagaimanapun beliau berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan. "Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan. "Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit," katanya Sinar Harian |
Pendatang Asing Masuk Ke Malaysia Beramai-Ramai Posted: 13 Oct 2011 11:29 PM PDT Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah memberi tahu kepada media bahawa pemuda pas pusat telah membuat intipan terhadap enam buah bas yang bergerak dari Johor menuju ke Putrajaya dan di kenal pasti kesemua penumpang bas tersebut adalah warga asing dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh.Siasatan dibuat dan mendapati ketua yang membawa mereka menyatakan kehadiran mereka adalah untuk kursus Keusahawanan tetapi apa bila ditanya kepada perserta mereka memberi tahu mereka datang kesini untuk diberi IC. |
Kerajaan Sorokkan Laporan Audit Untuk Rujukan Ahli Parlimen Bahas Bajet 2012 Posted: 13 Oct 2011 11:26 PM PDT Ahli parlimen Pakatan Rakyat menimbang untuk mengemukakan usul khas bagi menuntut penjelasan kerajaan kerana masih belum mendapat laporan kewangan untuk tahun 2010. Sedangkan pejabat ketua audit negara telah mengesahkan bahawa laporan audit itu telahpun siap, dakwa ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. "Mereka terkejut bila ahli parlimen belum dapat (laporan audit) sedangkan ia telah dihantar," kata Johari dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini. Jelasnya, beliau diberitahu demikian ketika menghubungi pejabat ketua audit negara semalam. "Malah mereka gembira kerana mereka boleh siapkan laporan itu jauh lebih baik daripada tahun lepas," katanya. Tambahnya, laporan berkenaan biasanya telahpun disediakan ketika menteri kewangan membentangkan belanjawan. Macam mana nak bahas bajet "Macam mana kita hendak bahaskan bajet jika kita belum lihat laporan sebelum ini," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini. Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, perkara itu memalukan kerana perbahasan telahpun masuk hari keempat dan laporan itu masih belum diperolehi. "Kalau sangkut di pejabat menteri, itu pelik kerana laporan itu perlu diserahkan kepada parlimen, bukannya ke pejabat menteri. "Yang saya hairan, bagaimana ada negeri yang telah dapat laporan audit daripadada jawatan audit negara berhubung kewangan negeri tersebut. "Selalunya akan dibentangkan (laporan) kerajaan pusat dan kerajaan negeri semuanya akan diberikan kepada kami," katanya lagi. Menurutnya, beliau difahamkan bahawa negeri Kelantan telahpun mendapat laporan kewangan untuk negeri berkenaan. Minta penjelasan PAC Sementara itu ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata, isu berhubung laporan audit itu telahpun ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbahasannya Isnin lalu. "Beliau telah menempelak kerajaan kerana inilah kali pertama laporan audit tidak dibentangkan sebelum perbahasan. "Tidak pernah berlaku di zaman (Anwar yang juga bekas menteri kewangan). Itupun, hingga sekarang tidak dibawa ke Dewan," katanya. Tambahnya, speaker dewan boleh mencadangkan supaya perbahasan itu tidak dapat diteruskan selagi dokumen tersebut tidak diperolehi. Ahli parlimen Rantau Panjang, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam sidang media sama berkata beliau selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) juga tidak pernah menerima atau melihat apa-apa laporan audit. "Saya rayu kepada pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid supaya buat penjelasan," katanya. -M'kini |
Terjahh..Gambar Nii,Jadikan Pemimpin Umno "Gila Babi"..?? Posted: 13 Oct 2011 11:23 PM PDT Keakraban TG Nik Aziz dengan Tuanku Sultan menjadikan pemimpinan Umno "Gila Babi" kerana selama ini mereka mampu menjilat dan menguasai istana semata-mata atas kepentingan politik jijik mereka..kiniii..puak-puak umno melopong habiss.. Inilah sunnah Rasullullah..keakraban Ulamak dengan Umarak kerana Allah,akan menjadikan sesebuah kerajaan mendapat keberkatan dan dilindungi Allah. Tetapi..kalau Ulamak takut kepada pemerintah serta menjilat-jilat Maka..Ulamak yang mencari habuan dunia ini,akan mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat...Hancur Umno,Negara Berkat.. |
Penipuan Felda terhadap KPG; 2,000 peneroka saman RM1.5 bilion Posted: 13 Oct 2011 05:19 PM PDT KUALA TERENGGANU - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakamkan ucapan syabas atas keberanian para peneroka di Felda Kertih 2 dan Kertih 3 yang membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Pengerusinya, Mazlan Aliman menyifatkan tuntutan saman terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibuat oleh 77 peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 merupakan kes pertama di Terengganu. Menurutnya, kes tuntutan seumpama ini antara tujuh hingga lapan kes yang telah difailkan di mahkamah seluruh negara. "Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada barisan peguam kita yang bersedia membawa kes 77 peneroka Felda Kertih 2 dan Kertih 3 ke mahkamah. "Ini (saman) merupakan kes yang pertama di negeri Terengganu. Ini antara tujuh hingga lapan kes seumpama ini pernah dibawa dan difail di mahkamah seluruh negara," jelasnya. Beliau berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah selepas menyertai hampir 100 orang termasuk para peneroka yang memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, 13 Oktober lalu. Kata Mazlan, saman peneroka terhadap Felda yang menuntut wang caruman tanam semula tersebut telah dimenanginya dalam kes Felda Sungai Koyan di Pahang. Menurutnya, para peneroka terbabit berhak mendapatkan wang tersebut yang dinafikan dengan pelbagai alasan oleh pihak pengurusan Felda. "Mengikut semakan yang ada pada kita (Anak) untuk kes yang serupa tanam semula ini. Kes ini telah dimenangi melalui tuntutan yang dibuat oleh 10 orang peneroka di Felda Sungai Koyan, Pahang yang diwakili oleh peguam Hanifah Maidin. "Bezanya di sana (Felda Sungai Koyan) keluasan tanah mereka (peneroka) 14 ekar dan mereka juga adalah bekas-bekas anggota tentera. "Apa yang pasti ini (Felda Kertih 2 dan 3) adalah wang mereka yang dicarum RM4.00 bagi setiap ekar. Maknanya, RM40.00 bagi setiap 10 ekar. Sepatutnya, mereka telah lama dapat sebab anggaran caruman adalah 20 tahun," ujarnya. Menurutnya, ia tidak termasuk tuntutan lain yang akan dibuat dalam kes penipuan Felda terhadap Kadar Perahan Gred (KPG) di kilang-kilang kelapa sawit seluruh negara. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menjelaskan sehingga kini seramai 2,000 orang peneroka diseluruh negara telah pun memfailkan saman penipuan KPG yang melibatkan kewangan sebanyak RM1.5 bilion. "Sebagaimana dibuat di Bera Pahang, Serting Negeri Sembilan, di Muaakil Johor, di Kemahang Kelantan, yang mengikut kiraan kasar kita, "Sekarang ni jumlah saman (yang dibuat oleh) lebih daripada 2,000 (orang peneroka) untuk KPG sahaja tekah menjangkau RM1.5 bilion,"jelasnya. Tuntutan saman oleh 77 orang peneroka Felda Kertih 2 dan Kertih 3 itu dikendalikan oleh Peguam Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari Firma Guaman Tetuan Aziz & Co kepada Pendaftar Mahkamah pada jam 9.15 pagi. Hadir sama di mahkamah tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) dan (II) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Muhyiddin Abd Rashid, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat dan Pengerusi NGO WARIS, Roslan Ismail. -BO |
Jom Cari Perbezaan Antara Artis Yang Masuk PAS Dengan Masuk UMNO Posted: 13 Oct 2011 05:15 PM PDT umno pas Hijrah artis dalam politik menghangatkan lagi senario politik Malaysia yang sememangnya tak pernah-pernah sejuk sejak dari dulu lagi. Walaupun Pilihan raya telah berakhir namun suasana politik negara kita seperti tak akan berkesudahan , Dari satu isu kesatu isu akan di mainkan oleh dua parti yang bertentangan . Isu hangat semalam masih di mainkan tetapi menjelang hari esoknya akan timbul lagi isu2 yang memanaskan lagi iklim politik Malaysia .Kenapa jadi bergitu ? Aku pun tak tahu macam mana nak jawap . Perdebatan didalam Parlimen oleh MP kerajaan dan Pembangkang ,Perang cyber dalam blog dan Facebook oleh fanatik politik masing2 ,kutuk mengutuk ,fitnah menfitnah , hina menghina sehingga sampai kesatu tahap mencederakan hatta ada yang mati kerana politik , tetapi itu sudah menjadi kebiasan bagi rakyat Malaysia. Dan semalam politik Malaysia bertambah seri dengan kehadiran artis yang mengistharkan meraka menyokong Bn , Awie atau Ahmad Azhar Othman bersama beberapa artis lain seperti Zaid Zaidi dan Adam AF telah menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO Malaysia kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Dato Onn. Tahniah dari aku kepada umno kerana berjaya menarik artis ke dalam kem BN , tetapi hijrah mereka berbeza dengan hijrah artis yang memilih perjuangan Pas . Sebagai contoh kita lihat Akhil Hai dulu dengan fesyen seluar ketat rambut panjang tetapi hijrahnya meninggalkan terus gelumang maksiat dari pentas Rock ke pentas kearah agama . Begitu juga dengan Bob Lokman , Azmil Mustapa dan ramai lagi mereka masuk Pas terus meninggalkan dunia artis yg gelamor dengan berdakwah ke jalan Allah di pentas Pas. Awie, Adam dan artis yang lain bersama Umngok agak-agak anda apa hijrah mereka ? adakah Awie akan meninggalkan seluar ketatnya ? adakah Awie akan berjubah ? jawapanya tentu tidak, kerana anda pun akan tahu akan jawapanya kerana mereka masuk kedalam Parti yang berperinsip sekular , maka sekular lah pembawaknya .Lagi senang dapat permit konsert he he he .... ok lah !! malas nak ngomen panjang moh lihat gambar artis Malaysia yang terjerumus dalam kancah politik Malaysia., Sengih Awie dgn orang kuar Perkasa... Bawah antara gambar artis yg Pro Pas Yasin ni join Pkr ke ? wallahualam Bob Lokman tak payah aku cerita paling hangat dan panas dipasaran Pas le nie. Renggo dari kumpilan Arrow serah borang keahlian. Ali setan @ Azmil Mustafa hijrah yang di redhohi. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan