Khamis, 20 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Lahanat UMNO Jasin, Guna Dewan Politeknik Untuk Bermesyuarat

Posted: 20 Oct 2011 12:23 AM PDT

Gua dapat surat ni dari JKKK kawan baik gua yang mengatakan UMNO Bahagian Jasin telah mengadakan mesyuarat perwakilan UMNO di Dewan Platinum Politeknik, Merlimau pada 29 Mei 2011 yang lalu yang telah menjemput Timbalan Menteri Judi Bola, Awang Adek Hussein.

Paling gua tidak suka bila mereka buat mesyuarat di dalam agensi milik kerajaan. Gua pelik la dengan UMNO ni yang tidak tahu beza pencacai dengan balaci. Bro faham ke apa itu maksud gua? Maksud gua UMNO tidak dapat beza parti dengan kerajaan sebab itu suka-suka mereka buat mesyuarat.

Klik imej untuk pembesaran

Kalau betul anak jantan yang tulin dan tidak khunsa, cuba buat mesyuarat tidak menggunakan agensi kerajaan. UMNO ada berani ke? Kalau tidak pun, benarkan Pakatan Rakyat buat mesyuarat di dalam sekolah-sekolah di Malaysia. Ada berani ke bro?

Gua takut pegawai yang benarkan Pakatan Rakyat bermesyuarat dalm sekolah kena gantung jadi macam kes Aziz Bari. Gua makin keliru dan haru-biru dengan UMNO. Dulu gua sokong UMNO sebab gua mau projek. Sekarang gua benci UMNO sebab gua dapat projek haram dari UMNO.

Mujurlah ada JKKK yang baik hati kalau tidak gua dah lama masuk PPP (Parti Pendatang Pukimak). Biarkan dengan semua itu. Esok gua mahu buat mesyuarat dengan PKR dan DAP supaya guna dewan MITC di Ayer Keroh. Gua harap Ali Rustam faham matlamat gua nak buat mesyuarat ini.

Selepas 1000 Tahun..

Posted: 19 Oct 2011 08:00 PM PDT


ARDNAMURCHAN, Britain - Beberapa ahli arkeologi menemui sebuah makam berusia 1,000 tahun yang menyimpan mayat seorang panglima perang bangsa Viking, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat tersebut disimpan dalam sebuah perahu sepanjang 17 kaki bersama pedang miliknya, kepala kapak dan sebuah cawan tanduk.

Penemuan tersebut dibuat di kawasan pedalaman tanah tinggi di Ardnamurchan, Scotland.

Ia merupakan makam Viking pertama di Britain yang ditemui dalam keadaan sempurna.

Berasal dari rantau Scandinavia merangkumi Denmark, Norway dan Sweden, bangsa Viking merupakan pelaut handal yang menjelajah ke seluruh Eropah sekitar abad kelapan. - Agensi

Najis Manusia Sebagai Bahan Bakar Kenderaan

Posted: 19 Oct 2011 05:10 PM PDT


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

Tiada ulasan: