Aku Budak Balun |
- Baik Berhenti jadi Manusia la woi!!!
- Sultan Brunei 'Lempang' Najib dan UMNO Seluuuruhnya!
- Kalaulah kerja-kerja SPR sekadar dilihat...
Baik Berhenti jadi Manusia la woi!!! Posted: 13 Oct 2011 11:14 PM PDT Aduiii!! Mengalir airmata teman gelak beria benor! Kalau alasan ini pun Polis Malaysia boleh terima.. Sodaqallahul'azim la integriti di Malaysia ni.. Tak payah sembang pasal amanah la.. Tak payah cerita pasal dedikasi laa. Tak payah cerita pasal maruah laaa.. Laagi tak payah cerita pasal Rosmah! Teman dah 32 tahun hidup kat Malaysia ni.. Ayah teman orang Kg Balun, Malaysia.. Mak teman pun orang Kg Balun Malaysia... Atok teman belah ayah pun orang Kg Balun Malaysia.. Atok teman belah mak pun orang kampung Balun Malaysia.. Opah belah ayah pun orang Kampung Balun Malaysia.. Opah belah mak pun orang Kampung Balun Malaysia.. punya la asli teman ni orang Malaysia.. Rakyat Malaysia.. Tak pernah pulak sesapa nak angkut teman naik bas pergi Kursus Keusahawanan?? Kat Putrajaya pulak tuhh!! Aduiyaiiii!! Kalau ada yang percaya alasan UMNO nak bawak Warga Asing ni pergi Kursus Keusahawanan.. Tolong berhenti daripada jadi manusia laaaaa.. wakakakaka! budakbalun 15102011 Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi. Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian. Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar. "Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan. "Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit," katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu. |
Sultan Brunei 'Lempang' Najib dan UMNO Seluuuruhnya! Posted: 13 Oct 2011 08:00 PM PDT |
Kalaulah kerja-kerja SPR sekadar dilihat... Posted: 13 Oct 2011 07:52 PM PDT Teman tak dapat bayangkan.. Kalaulah kerja-kerja SPR ni dipercayai 100%.. Rakyat hanya melihat tanpa melakukan apa-apa.. Senyum.. tak perlu kata apa-apa! Kompom tak jadi macam ni.. Takde la terhegeh-hegeh SPR tepaksa mengaku ada 40 ribu nama meragukan dalam senarai pemilih.. Terkena pulak dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan Selangor.. Di Shah Alam sahaja Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam dah bantah beribu nama! Itu yang berjaya ditemui dan dibantah! Dan banyak lagi yang dibantah tapi SPR terlebih dahulu 'menyelamat'kan pengundi-pengundi pelik tersebut dengan 1001 cara lain! aduhh!!.. pilihanraya demokrasi ala Malaysia! budakbalun 15102011 SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. "Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini. Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya. |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan