Jumaat, 14 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Hudud : Sultan Brunei sindir Najib dan UMNO? (Video inside)

Posted: 14 Oct 2011 09:00 AM PDT

Video diakhir entry..



BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut

"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".


Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam.

Seterusnya korang lihatlah video dibawah..



Tak percaya Najib yang kata 'Undang-undang Hudud kita tidak laksanakan? tengok video dibawah pula..

Hospital Shah Alam: Kerana Kroni .. Kerajaan tanggung RM70 juta lebihan kos..

Posted: 14 Oct 2011 07:14 AM PDT

Akhirnya, Gadang Holdings Bhd yang "direstui" Kementerian Kerja Raya (KKR) memperolehi projek Hospital Shah Alam, mungkin dilihat sebagai tanda noktah kepada kemelut yang berlaku sekian lama. Namun demikian, di sebalik kemelut ini, timbul pertikaian ketidaktelusan dalam kementerian kerajaan, di mana KKR menyerah projek ini kepada Gadang tanpa melalui Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, dan mengakibatkan kerajaan perlu menanggung lebihan kos setinggi RM70 juta.


Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta. Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Pernah dalam satu laporan eksklusif, MerdekaReview (edisi bahasa Cina) melaporkan bahawa terdapat enam syarikat yang menyertai perbidaan semula projek ini, dan Gadang Holdings Bhd yang "direstui" KKR telah berjaya memperolehi projek tersebut. Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan asal yang dikemukakan Gadang Holdings Bhd adalah RM431.66 juta, namun telah dikurangkan kepada RM410.87 juta kemudiannya, dan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Masalah ketidaktelusan

Menurut laporan sebelum ini, setelah perbidaan tamat pada Disember 2010, KKR mengesyorkan Gadang Holdings Bhd kepada Kementerian Kewangan. Namun demikian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat perintah pada 22 Mac 2011 kepada KKR, menyatakan bahawa cadangan Gadang sebagai kontraktor projek Hospital Shah Alam tidak diluluskan, malah meminta agar KKR mengadakan perbidaan semula.

Walaupun KKR membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2011, agar Gadang Holdings Bhd yang berjaya dalam perbidaan dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil-alih projek Hospital Shah Alam. Namun demikian, bukan sahaja Kementerian Kewangan menolak permintaan KKR dalam surat balasnya, malah cuba menyenaraikan Frontier Structure Sdn Bhd yang tidak berkelayakan ke dalam senarai perbidaan semula.

Bukan itu sahaja, lebihan kos untuk projek Hospital Shah Alam melebihi RM70 juta selepas perbidaan semula, mengakibatkan nilai kontrak baru melebihi nilai kontrak asal yang diluluskan, malah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk meluluskannya. Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum mengeluarkan surat kelulusan. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menangguhkan kelulusan yang diminta oleh KKR.

Dengan kata lain, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk tidak meluluskan Gadang Holdings Bhd daripada mengambil-alih projek Hospital Shah Alam, namun KKR bukan sahaja tidak menurut perintah Kementerian Kewangan, malah terus mengumumkan bahawa projek ini diserah kepada Gadang Holdings Bhd tanpa melalui Kementerian Kewangan. Sebagaimana yang diketahui, bukan sahaja Kementerian Kewangan, malah Jabatan Perdana Menteri tidak mengetahui keputusan KKR ini.

Lebihan kos yang ditanggung

Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta. Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan BN masih mengekalkan budaya ketidaktelusan dalam perbidaan. Ia bercanggah dengan program transformasi kerajaan yang disarankan kerajaan Najib, dan menyebabkan dasar pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam ini menjadi hanya satu retorik semata-mata.

Lebih penting, masalah lebihan kos projek Syarikat Hospital Shah Alam mungkin tidak dapat diselesaikan dengan pengambil-alihan oleh Gadang Holdings Bhd. Isu pokoknya, walaupun Gadang Holdings Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan sokongan KKR, namun projek Hospital Shah Alam ini juga berdepan dengan risiko kegagalan atau lebihan kos sekali lagi.

Ini kerana walaupun Gadang Holdings Bhd memiliki rekod membina hospital, namun pada hakikatnya ia tidak memiliki pengalaman yang sebenar dan profesional yang khusus.

Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview sebelum ini, Gadang Holdings Bhd walaupun pernah memperolehi satu projek Hospital Rehabilitasi Cheras pada tahun 2008, namun syarikat ini terpaksa mendapatkan bantuan luar, iaitu perkhidmatan rundingan yang berkenaan dengan peralatan perubatan - kerana tidak memiliki pengetahuan dan pakar dalam bidang yang berkenaan.


MerdekaReview

PANAS!! Pendedahan berani mati oleh seorang pesara tentang tuduhan liwat terhadap Anwar

Posted: 14 Oct 2011 03:08 AM PDT

Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin.

Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.


Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar.

"Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang. 0120

"Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh."

Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008.

Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini.

Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor.

Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah.

Sejak bila pekerja asing diberi kursus keusahawanan? - PAS

Posted: 14 Oct 2011 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.

"Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata beliau.

Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," kata beliau lagi.

Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan "mereka diberi perkhidmatan bas dan resort."

"Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" tambah beliau.

Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari)," kata beliau yang turut mempersoalkan "jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?"

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," kata beliau.

Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka "Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia."

Kelmarin, PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.

"Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor)," katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.


The Malaysian Insider

240 Pendatang Asing hadiri Kursus Keusahawanan?

Posted: 13 Oct 2011 11:31 PM PDT



Dalam satu serbuan di sebuah Desa Pinggiran Putra Resort di kawasan sekitar Putrajaya Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan.

"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

Warga Asing diberi kursus keusahawanan??

Apa punya alasan ni??? Sejak bila pulak Negara kita begitu prihatin hingga sanggup mengadakan Kursus keusahawanan buat warga asing itu..

Untuk apa Negara kita memberikan kursus keusahawanan kepada warga asing itu? Sedangkan rakyat Negara kita sendiri ramai lagi yang lebih layak diberikan kursus tersebut..

Setahu kursus keusahawanan ini biasanya akan diberikan kepada para usahawan yang mahu melibatkan diri dengan perniagaan tak kiralah samada perniagaan kecil atau besar.

Dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat..

Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berniaga kerana lesen perniagaan tidak akan dikeluarkan kepada warga asing dengan tujuan untuk melindungi usahawan tempatan.

Jadi untuk apa kursus keusahawanan diberikan kepada warga asing itu sedangkan mereka tidak mungkin diberikan lesen perniagaan oleh sebarang Pihak Berkuasa Tempatan kerana mereka bukanlah warganegara?

Kecuali mereka diberikan IC setelah mengikuti kursus Keusahawanan itu....


********************

Polis nafi dakwaan Pemuda Pas

SHAH ALAM - Polis menafikan dakwaan Pemuda Pas yang mengatakan 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk men-dapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas pihaknya menjalankan siasatan dapati perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan.

"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

"Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit," katanya.


Sinar Harian

Awie nafi beliau sertai UMNO.

Posted: 13 Oct 2011 07:56 PM PDT


Sehari dua lepas riuh rendah di halaman Facebook dan juga Blog-blog menyebarkan cerita yang Awie akan menyertai Pemuda UMNO.. dengan itu berbagai kutukan yang dilemparkan terhadap Awie..


Kan Negara kita mengamalkan system demokrasi jadi tak salah rasanya kalau Awie nak sertai Pemuda UMNO itu kerana itu hak dia.. jadi.. hormatilah apa pilihan dia..

Takkanlah kerana beliau memilih untuk tidak bersama kita, kita terus menyerang dia.. tak bagus tu.. rasionallah sikit.. jangan emosional..

Laporan dari The Malaysian Indiser juga tidak menyenaraikan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut menyertai UMNO.

Nama yang tersenarai ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF dan mereka diketuai oleh Zed Zaidi..

Penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di sini ialah Timbalan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. – baca di SINI

Dibawah adalah penafian Awie bahawa beliau turut menyertai UMNO, katanya beliau hadir hanya kerana tugas..



Mungkin Awie berasa malu untuk mengakui bahawa beliau telah menyertai UMNO, mungkin juga benar beliau tidak menyertai UMNO..

Takkan korang tak faham lagi propaganda murahan UMNO.. 5 orang jadi ahli dikatakan 10 orang, 10 orang sertai UMNO dikatakan 100 orang… macam biasalah.. modal nak menipu orang yang baca Utusan dan tengok TV3..

Beliawanis MCA : Patut pun cantik.... Model rupanya (Gambar)

Posted: 13 Oct 2011 09:44 AM PDT

MCA AGM Hot Chicks Beauty Models

Penampilan tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu 1 Oktober lalu, selain dari mencuri tumpuan para perwakilan terutamanya Chua Soi Lek sendiri dan media juga membuatkan aku tertanya-tanya dari mana MCA mendapat mereka.


Yalah.. pada kebiasaannya baik dalam sebarang demo mahupun dihari penamaan calon kehadiran golongan belia dari kaum Tionghua ini adalah jarang dilihat biarpun majoriti mereka menyokong Pakatan Rakyat.

Petikan dari Malaysiakini - Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas – sepenuhnya di SINI

Hakikatnya bukanlah mudah untuk berasa selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera jika anda tidak biasa.. tetapi ianya adalah mudah jika anda sudah biasa..

Terutamanya jika kerjaya mereka adalah sebagai Model.. Model yang penampilannya perlu dibayar..

Baca dan saksikan siapa Jeliwatan yang dikatakan dari Beliawanis MCA itu dan ketahui juga apa pekerjaan mereka yang dirahsiakan oleh beberapa pemimpin MCA itu..

Terdesak serupa UMNO jugak MCA ni…


MCA Hot Chicks – A Publicity Stunt Turns Sour

MCA, one of the three major component political parties of the ruling coalition in Malaysia, is dying. The party, led by President Chua Soi Lek, had been trying thousands of methods to win the hearts of the young voters but in vain, had resorted to the extreme measure not tried before – showcasing some 7 hot chicks during its MCA Youth AGM – raising many outsiders' eyebrows and definitely raising many insiders' (MCA members) "inner spirit" judging from the smiles and satisfaction from all those who attended the recent annual general meeting.

MCA AGM Hot Chicks Beauty Models

Those who didn't turn up during the Oct 2 AGM are still kicking themselves, as this round of meeting was perhaps the best (and hottest) in the history of the party. The 7 beauties were so hot with some wearing short-skirts that photographers were snapping their photos as if there's no tomorrow.

I bet those photographers would have tagged "more films or upgrade memory" in their todo-list when they were to cover the event come next AGM. Who knows – maybe Paris Hilton or Pamela Anderson would show up.

MCA AGM Hot Chicks Beauty Models

Sexy girls, hot chicks, beauty models, show girls, hot babes, or whatever you wish to call it, is an important ingredient in any product selling. And it seems MCA recognise this after they learnt from their mentor, PM Najib Razak.

Do you know which department is the most important in any organization? Which department actually sells the company's product? If you answer is "Sales", then I bet your company is not doing that spectacular after so many years.

The answer is "Marketing" and this is the major differentiation between major Asia companies and Western companies in doing businesses.

MCA AGM Hot Chicks Beauty Models

PM Najib Razak recognises the important of branding. That was why his administration spent a whopping RM94 million (19.6 million euros) to media consultancy company FBC Media for 3-year period starting 2007 – for consultancy services and management of communication campaign.

In short it was for marketing job to "repair and overhaul" the tainted ruling government's image, never mind that it cost the public RM94 million. That was why PM Najib has been going into the radio station numerous times to engage the youngsters pretending to be "Cool".

Of course not all youngsters are stupid to be tricked but you would be surprise on the number of the remaining idiots which would come handy, especially in the razor-thin majority seats.

And MCA did just that – marketing and rebranding its party image, although it was badly executed. You don't hire a group of beauties and held a special ceremony for these hot chicks to walk into the hall together as if it was a Super GT or beauty contest.

Strange that MCA Youth Chief didn't pose for a photo with all the hot chicks surrounding him, as is he was James Bond. It would be more natural for them to walk in mixing with the other formal members, but then it would defeat the purpose of marketing the hot-chicks-also-join-MCA idea.

Also, the contradiction about the hot chicks' membership – first it was told they were from Subang division, then Shah Alam division – was simply hilarious.

MCA AGM Hot Chicks Beauty Models

And why can't they set the record straight whether the sexy girls were hired or otherwise? Beating around the bush with "no comment" would only make MCA party looks foolish with the latest publicity stunt.

People are not too concern whether these allegedly "hired models" are already MCA members or member-wannabe or observers but more on the sudden appearance and special treatment given during the AGM.

And why lie about these hot chicks being bank executive, senior property negotiator, corporate executives or marketing executive when in fact they (at least four of them, as identified by a user from cari.com.my) are actually models for Motors-GT, magazines, computer fairs and whatnot?

The way MCA tries to hide the models' occupation give an impression that modelling is an occupation fit into prostitution category when in fact it isn't.

Do you know that Forbes Supermodel Rich List 2011 such as Gisele Bundchen (#1) earns a whopping $45 million, Heidi Klum (#2) earns $20 million and Kate Moss (#3) earns about $13.5 million alone?

Was MCA worried about its President Chua Soi Lek's previous sex scandal would surface just because the party hired the hot models with the intention of attracting youngsters into the party?



Of course, these hot chicks are there to make a living so if MCA or any political parties for that matter are willing to pay for their appearance, they would definitely accept the offer. As for MCA membership – I'm sure they won't mind signing on the form's dotted line as long as it won't cost them a leg and an arm.

They're not serious about going into politics anyway. Anyway, judging from the remarks from netizens after the delicious presentation, it seems the plan to use pretty faces and sexy body backfires badly on the face of MCA particularly Chua Soi Lek.



Naturally netizens recalled the president's sex video scandal and commented how cheap and low MCA was in using such tactic. If using beauty faces can win votes and members in a big way, President Obama won't have to scratch his head everyday worrying about the U.S. economy. Hopefully the party will not use sex as the next approach to win over votes.

Hopefully they can differentiate between a dying political house and a Penthouse (*grin*). But it was a good try though. At least the existing members were lucky to have a feast of drools and realized how obsolete the party is.

I mean, who would you rather vote from the photo challenge below? The answer is obvious, isn't it?





Tiada ulasan: