Jumaat, 14 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Tilik Kantoi Ketika Menyamun

Posted: 13 Oct 2011 11:00 PM PDT

KAJANG – Ketaksuban sekumpulan empat lelaki Indonesia bersenjatakan parang dan kerambit terhadap ilmu pelangkah yang dipercayai dapat melindungi penjenayah daripada ditahan tidak bertahan lama apabila tiga daripadanya dapat ditangkap di Sungai Chua di sini.

Suspek-suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an tersebut ditahan pada pukul 9.05 malam, 7 Oktober lalu selepas polis menjalankan siasatan mengenai satu kejadian pecah rumah di Batu 14, Hulu Langat yang mengakibatkan mangsa kerugian RM8,000 sehari sebelum itu.

KERAMBIT, pedang dan barang kemas antara yang dirampas daripada tiga penjenayah Indonesia yang ditahan dalam serbuan di Sungai Chua, Kajang pada 7 Oktober lalu.

Difahamkan, ilmu pelangkah yang telah diwarisi sejak turun temurun oleh pengamalnya di Nusantara, merupakan ilmu gerak yang membuatkan seseorang itu percaya yang dia boleh 'membaca' keadaan sama ada membawa tuah atau malang jika hendak melakukan pecah rumah.

Dengan mengamalkan ilmu itu, suspek-suspek dipercayai serpihan ahli Geng Tong Gas itu dikatakan telah berjaya memecah masuk 15 buah rumah sejak enam bulan lalu.

Ilmu pelangkah memerlukan pengamalnya menyediakan sekeping kad sebesar tapak tangan dewasa yang mempunyai jadual berbentuk seakan-akan kalendar yang mempunyai tanda palang atau titik di setiap kotak-kotak tersebut.

Ia dipercayai sebagai tangkal atau azimat yang dikatakan dapat melindungi penjenayah melalui rasa gerak sama ada membawa tuah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, kehandalan mereka tidak ke mana apabila kecekapan polis menyiasat kes itu mengatasi segala-galanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis yang menjalankan siasatan di rumah mangsa kemudian dapat menemui beberapa bukti yang membawa kepada serbuan di rumah yang didiami suspek di Sungai Chua.

Katanya, selain tangkapan, polis dapat merampas beberapa barang curi seperti lima bentuk cincin, seutas gelang, sepasang subang, telefon bimbit, sembilan surat pajak, kad pelangkah, sebilah pisau kerambit dan kad Touch n' Go.

"Modus operandi mereka ialah akan mengumpil pintu belakang untuk masuk sebelum menggunakan tong gas seberat 14 kilogram yang terdapat dalam rumah mangsa untuk memecahkan pintu bilik.

"Soal siasat mendapati, sebelum keluar menyamun, salah seorang suspek akan lihat dan baca tanda pada kad pelangkah sama ada berjaya atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek terlibat sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan barang-barang kemas yang dicuri kemudian akan dijual di kedai pajak gadai atau ditukar dengan barangan lain yang sama nilai sebelum dijual bagi mengelakkan daripada dikesan.

Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Cara Baru Cegah Rogol

Posted: 13 Oct 2011 08:00 PM PDT


NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.

Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.

Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.

Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.

Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.

Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.

Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.

"Wanita dicabul dan diganggu di mana-mana saja dan kami percaya aplikasi pertama di Asia ini membantu mereka menjadi lebih selamat," katanya. - Reuters

Sebab Rogol Dalam Stor Kedai

Posted: 13 Oct 2011 04:25 PM PDT


MELAKA: Seorang pembantu tukang masak dihukum penjara 24 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol pelajar tingkatan dua, September lalu.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Jul Abdul Jalil, 27, yang beralamat di Taman Mutiara Sri Gading, Batu Pahat, Johor selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.

Bagi tuduhan pertama, Jul yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun enam bulan itu pada 20 September lalu, kira-kira jam 4.30 petang di dalam stor kedai di Kilometer 1256, Jalan Besar, Kampung Baru, Alor Gajah.

Bagi tuduhan kedua dia didakwa merogol mangsa sama, keesokannya, 21 September lalu, kira-kira jam 2 petang, di tempat sama.

Seterusnya Jul dituduh merogol pelajar terbabit sekali lagi pada 24 September lalu, kira-kira jam 3 petang di tempat sama.

Ketiga-tiga kesalahan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan sehingga 20 tahun serta sebatan.

Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Ia bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan saja.

Katanya, beliau hairan dan kecewa kes 'rogol suka sama suka' seperti itu kerap berlaku khususnya di Melaka meskipun sering dilaporkan, sekali gus menunjukkan seolah-olah orang ramai tidak takut.

"Satu perkara saya ingin nyatakan, mangsa pelajar sekolah dan masih di bawah umur, namun kamu yang berusia 27 tahun serta masih bujang mengambil kesempatan terhadapnya.

"Apapun alasan kamu sama ada mangsa teman wanita dan sebagainya, ia bukan alasan untuk melakukan perbuatan itu," katanya.

Ahmad Sazali menegaskan bahawa sama ada mangsa suka atau tidak suka, mahupun setuju atau tidak dari segi undang-undang negara, melakukan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan.

"Saya bukan bercakap dari sudut agama atau moral yang sememangnya satu kesalahan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya dilihat daripada fakta memang mangsa rela dan dia sepatutnya dipersalahkan.

"Namun, ini kes serius, tiga perbuatan rogol berlaku dalam masa empat hari," katanya.

Mengikut fakta kes, mangsa (pengadu) berkenalan dengan tertuduh yang berasal dari Sabah menerusi laman web sosial pada 29 April lalu.

Kedua-dua mereka saling berhubungan sebelum tertuduh datang berjumpa mangsa pada 20 September lalu, kira-kira jam 4 petang.

Tiada ulasan: