AdukaTaruna |
Posted: 31 Oct 2011 03:02 AM PDT Oleh : AdukaTaruna (melalui cadangan Eddy Gordo, Fahmi Reza dan rakan di FB) Apa itu occupy? Definasi bahasa : Pengambilan semula satu kawasan awam utk kegunaan awam. Definasi perbuatan : Gerakan tanpa ketua. Bercakap / membentangkan sesuatu mengenai idea, di kawasan awam. (Ala.. kita tiru stail nabi dulu la. Bentang hujah kat pasar2 awam) Bebas berhujah dan berbalas hujah. Tiada format. Occupy Kota Bharu. 1. Bertempat di bangunan seperti gambar. Berhampiran dengan River View. 2. Bermula jam 5 pm - 7 pm. 3. Yang hadir dialu2kan membentang apa sahaja idea. Mengenai negara, dunia, kanak2, etc. Masa yang diberikan bergantung kepada jumlah pembentang. 4. Persembahan gitar. Sapa2 yang nak main gitar dialu2kan, walau tidak mahu menjadi pembentang. 5. Kesemua yang mempunyai idea, marilah bersama2. |
Bacaan untuk suami isteri anak sulung. Posted: 30 Oct 2011 12:03 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Video kelahiran anak gua : http://youtu.be/urL4RnDz1FY Hukum pertama : Jangan bawa isteri ke hospital melainkan benar2 memerlukannya. Kalau tarikh temujanji, ofkos la kena hadir. Tapi maksud gua di sini ialah, jika isteri sekadar sakit biasa, atau sekadar sudah menepati tarikh due, atau sudah melepasi sekadar 2-3 hari, jangan dibawa ke hospital. Kerana isteri akan ditahan di wad. Psikologi isteri di wad berbanding di rumah adalah berbeza. Pengalaman gua begini. Due yang ditetapkan doktor kerajaan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ialah 22/10/11. Walau gua dan isteri kira tak cukup pun 9 bulan 10 hari. Di sini juga, mereka meminta isteri gua mengira pergerakan janin dalam tempoh 2 jam. Tapi dalam buku merah dan internet mengatakan 12 jam. Bukan 2 jam. Masuk kandungan ke 5, gua scan di klinik swasta Goh, Kota Bharu. Doktor mengatakan due bukan 22hb. Tapi awal bulan 11. Tamat di sini. Sampai 22/10/11 (due), Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagi 2nd due 29hb dan meminta ke hospital jika tidak bersalin pada 31hb. Kiraan janin per 2 jam juga gagal mencukupi. Malam 25hb, ada sedikit air keluar. Gua n isteri tak tahu air apa. Mak mertua pula tiada. Untuk make sure, gua ke hospital. Nak pastikan saja. Gua nak elakkan baby lemas. Nauzubillah. Tapi dalam 2 persimpangan. 1. Jika bukan air ketuban, bini gua akan ditahan sebab melebihi due pertama. Dan juga siasatan janin baby kurang gerak. 2. Tapi kalau air ketuban, baby akan lemas. Maka gua pilih ini. Dan air yang keluar bukan ketuban. Isteri gua ditahan. Sedangkan 2nd due jauh lagi! Siksa bai. Ulang alik hospital, psikologi isteri yang lihat macam2 keadaan manusia, etc. Untuk tajuk gerakan janin plak, HUSM ikut buku. Per 12 jam. Tiuuu.. kalau ikut 12 jam, baby gua dah boleh dianggap hyper dah. Tak perlu minum air sejuk. So, kepada suami isteri baru tu, ambil ini sebagai ilmu. Hukum kedua : Teran jangan takut terberak. Bini gua sakit malam 29 lagi. Masuk Labour Room 8.00 pagi 30hb. 9.30 pagi fully terbuka. Tapi doktor hairan kenapa isteri gua tak sakit2 nak bersalin. Doktor makin kerap pantau jantung baby gua. Sebab makin lama makin sempit. Baby bleh lemas. Gua plak berbakul2 doa mohon Allah mudahkan. 10.30 pagi, setelah sedikit sessi soal-tanya; rupa2nya isteri gua kompius antara sakit nak berak dengan sakit nak bersalin. Dia takut teran2, yang keluar berak. Doktor terus cakap, majoriti bersalin mesti keluar berak. So, isteri gua terus teran. 10.50 pagi keluar. Alhamdulillah. Baby gua buat muka menangis. Tapi tak keluar suara. Doktor terus bawa pergi. Gua minta nak azan. Doktor cakap nak check. Dilemma lagi gua. Nak gedebe kang, dah janji nak try ubah sikap. Gua mengalah. Gua diminta keluar. 15 minit, gua tak bleh tahan. Gua masuk. Minta hak gua nak azan anak gua. Doktor cakap baby sedang dibersihkan. Takda kat situ. Gua rasa doktor berbulu sebab gua tekad ambil video baby gua time lahir tu la. Tapi, moment tu sangat2 bernilai pada gua. Untuk rujukan salur-galur keturunan gua nanti. Apa nak jadi, jadilah. Akhirnya, setelah disahkan baby gua sihat, dah dibersihkan, diberi kat isteri gua, baru gua dibenarkan azan. Tu pun sebab gua tahan kat pintu lift. Dah macam pertunjukan amali plak gua azan depan lift. Semua orang tengok. Wuuuu..... azan takda lagu punya. Sebab takut plak dicop menunjuk2 pada nurse2 pelatih. Sekian dulu. Satu perkara lagi gua kena lalui. Proses daftar nama anak. Gua tak nampak lagi tu cara2nya. Esok2 gua kol Jean la.. Note : Thanks HUSM Kubang Kerian. May Allah bless you all. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan