Isnin, 31 Oktober 2011

Addin

Addin


Adakah Mahathir Seorang Genius Ataupun Gila?

Posted: 31 Oct 2011 11:00 AM PDT

Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan "Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan". Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.

Pembohongan secara pukal

Di tengah dekad 80-an, Malaysia masih mengekalkan beberapa institusi-institusi yang berfungsi secara bebas. Bagaimanapun, kehakiman di dalam susuk Salleh Abbas, menolak untuk tunduk kepada Mahathir, yang berakhir dengan karier Salleh Abbas dimusnahkan. Selepas itu, sistem kehakiman telah menjadi ayam ternakan Mahathir berbanding sewaktu British masih berkuasa di mana kebebasan institusi awam dapt dibanggakan. Mahathir turut bersilat lidah dengan Perlembagaan ber-Raja Malaysia. Dengan segala keinginan dan tujuan, Mahathir menjadi seorang diktator. Beliau dikerumuni pengampu dan pemungut hutang. Ia terjadi mengikut apa yang diimpikan oleh Mahathir sendiri yang gila kuasa melihat sesiapa yang mempersoalnya sebagai ancaman.

Mahathir yang tidak memikirkan yang Malaysia ialah sebuah negara kecil yang terbatas di dalam banyak hal ehwal dunia, telah menebalkan muka sendiri memberi taklimat terutamanya kepada Barat, bagaimana dunia atau negara mereka perlu diuruskan. Ini bercanggah dengan cara dia mengatur-urus negara sendiri.

Ada dua cara bagaimana sesebuah negara itu boleh memainkan peranan yang besar dalam hal ehwal negara di dunia. Mereka perlu ada kekuatan kewangan atau kekuatan tentera. Malaysia tiada kedua-duanya, namun Mahathir telah selama beberapa tahun, termasuk selepas dia bersara, terus 'menasihatkan' Barat. Sejak insiden 9/11 hingga ke hari ini, dia tetap berpendapat kemusnahan Twin Towers itu adalah satu konspirasi Amerika atau Yahudi. Apa yang menyayat hati ialah pakar konspirasi tidak bertauliah ini merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Lahirnya Proton

Tiga tahun selepas menjadi Perdana Menteri pada 1983, Mahathir mula bercita-cita melahirkan industri automotif nasional. Ini secara tidak teterlaluan boleh dikatakan satu idea yang kurang bijak. Industri automotif memerlukan permintaan pasaran tempatan yang tinggi. Anda mungkin hanya mampu sekadar untung jika bertanding di persekitaran yang berdaya-saing, iaitu sekiranya anda bleh menjual sejuta kereta dalam setahun di pasaran tempatan. Sedekad selepas penubuhannya, hanya mampu menjual sebanyak 200 buah setahun, kurang dari apa yang disasarkan. Tidak ada dana mencukupi untuk bidang Kajian dan Penyelidikan yang bertahap tinggi. Proton tidak mungkin boleh mencapai impian yang Mahathir impikan sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia. Proton hanya mampu hidp dengan bantuan dan perlindungan dari tarif kerajaan. Kereta yang dibuat menggunakan acuan teknologi Mitsubishi yang sudah keterbelakang; kerana Mitsubishi tidak mahu berkongsi teknologi baru dengan Proton.

Warga biasa dipaksa membeli kereta nasional yang berkualiti rendah tetapi harganya mahal. Keselamatan pengguna tidak diambilkira oleh Proton dan kerajaan sekadar melihat sebelah mata sahaja. Kereta Proton tidak dilengkapi bag udara dan sistem kunci anti-kecurian. Kebanyakan kemalangan jiwa yang berlaku boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor keselamatan diperketatkan. Model yang dieksport dilengkapi segala faktor-faktor keselamatan. Hanya nyawa rakyat sendiri yang dianggap Mahathir sebagai tidak penting. Kerajaan cuba mengelak dari menanggung beban Proton dengan menjualnya kepada syarikat DRB tetapi Proton akan kembali menghantui kerajaan walau macamana cara sekalipun. Kerana Mahathir, tidak ada satupun syarikat automotif yang berminat untuk membeli Proton, lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Krisis Kewangan Asia menjadi punca

Bukannya Mahathir tidak memikirkan nasib malangnya. Seperti seorang ahli sains 'gila', Mahathir bergegas ke bahan ujikaji seterusnya. Dalam satu kajian, ianya adalah untuk membina sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Dana bukan persoalannya; dia akan menyedut keluar wang Petronas walau bagaimana cara sekalipun. Tidak ada seorang pun dari penasihatnya yang bertanya satu soalan yang amat penting, iaitu; apa keperluan sebenarnya? Sebaliknya mereka menasihatkan Mahathir secara serentak yang ianya adalah satu idea yang mengagumkan.

Ada banyak cara bagaimana wang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur yang lebih penting dan menguntungkan Malaysia pada masa akan datang. Sebaliknya, Mahathir memilih untuk bermegah dengan monumun ciptaannya. Mahathir ini seperti seorang yang pendek bercakap besar cuba berjalan di atas tali yang tergantung untuk membuktikan dirinya mampu. Kelakuannya yang tidak masuk akal Mahathir mengundang bencana seperti yang terjadi ketika ekonomi Asia merudum pada 1997/98.

Sebenarnya, kejayaan Malaysia tercatat pada era 90-an dimana negara mempunyai tahap pengurusan ekonomi yang bagus. Kesemua negara di Asian seperti Thailand dan Indonesia turut sama meningkat. Adalah satu kemustahilan bagi pemimpin dunia Asia, termasuk beberapa orang tirani seperti Suharto dan Mahathir menyediakan negara sendiri dengan pakar ekonomi yang mantap.

Penjelasan sebenar adalah dana assign mula memasuki pasaran rantau Asia dan banyak yang masuk itu adalah wang apungan, yakni boleh lesap dengan sekelip mata. Apa yang jelas ialah semakin banyak dana dilaburkan ke dalam benua Asia seperti satu petunjuk - 'satu buat semua ikut' – tanpa mengetahui yang pasaran kewangan dunia berasaskan spekulasi matawang. Spekulasi matawang mendapat kelebihan dari kelemahan ekonomi sistem yang tidak mempunyai teras kewangan yang kukuh bermula dengan Thailand sewaktu Krisis Kewangan Asia tahun 1997.

Menyalahkan orang lain

Untuk Mahathir, ia bermakna satu krisis politik. Cara dia menangani krisis kewangan itu ialah menuduh semua orang selain dirinya sendiri. George Soros, pedagang matawang kemudiannya dilihat sebagai lintah gergasi menghisap keluar dana negara-negara di Asia. Tetap sahaja perdagangan matawang sebahagian daripada sistem kewangan global yang sangat rumit. Sekiranya imbangan tidak rata di dalam sesebuah sistem, pedagang matawang sebagai kerjanya, memperbetulkan ketidakseimbangan itu. Mahathir pula tidak mahu mengaku yang dirinya telah boros dalam pelbagai projek meganya. Namun, Mahathir tetep menyalahkan Soros atas kemurungan ekonomi itu.

Krisis politik tahun 1998 menyaksikan Mahathir diuji kekuatan, sebagaimana kemudiannya ia dilihat sebagai cuba mempertahankan kuasanya. Timbalannya, Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara berdasarkan satu bukti yang direka-reka, dipercayai dikarang oleh rakan karibnya iaiatu Daim Zainuddin. Sidang mahkamah penuh kepincangan; salah seorang saksi, pegawai polis, menyatakan beliau akan berbohong di dalam mahkamah sekiranya diarah berbuat demikian walaupun bukti dimasukkan.

Putrajaya

Tahun 1999, Mahathir memindahkan pentadbirannya ke ibusawat pentadbiran baru ke Putrajaya, bandar berbangunan alam fantasi, pembaziran Mahathir seterusnya. Seperti biasa, Mahathir memaksa Petronas untuk menanggung kos pembinaannya. Untuk Mahathir, minyak bukanlah sumber asli yang kekal untuk diuruskan secara jimat-cermat, tapi sebagai cara dia merealisasikan wawasan agungnya, berboros; yang sentiasa tidak menguntungkan negara.

Kos pembinaan Putrajaya menelan belanja sebanyak RM12 bilion. Dana disedut untuk rekabentuk bangunan yang kemudiannya dilengkapi pelbagai perabot mahal. Wang dibazirkan untuk tiang lampu jalan beraneka rupa yang tidak berfungsi. Mahukan sebuah jambatan namun tiada sungai ataupun tasik di Putrajaya, lalu Mahathir mengorek tanah menjadikannya sebuah tasik! Kemudiannya dia membina jambatan impiannya itu. Semua ini adalah wang rakyat!

Dan apa yang kita dapat dari kesemua ini? Para pegawai kerajaan duduk di dalam bangunan beraneka rupa tanpa satupun yang berfungsi. Bangunan indah tidak menjana sebarang kegiatan ekonomi. Kilang-kilang yang menjana ekonomi, perniagaan milik individu – penswastaan yang menjana ekonomi, infrastuktur pula menampung kedua-dua ini guna mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta waktu dipasarkan. Bangunan di Putrajaya dan duduk bergoyang kaki sahaja adalah satu pembaziran.

Kayu baton di tangan Badawi

Tahun 2004, Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Ketika itu dia percaya yang dia boleh memperkudakan Badawi dari belakang. Namun, Badwi memilih jalannya sendiri. Dia membatalkan projek-projek yang telah diluluskan Mahathir. Dia membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok impian Mahathir bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura. Mahathir kemuadian menyerang pentadbiran Badawi dengan terkeluarnya Badawi dari kerusi pemerintahan selepas pilihanraya umum 2008; walaupun hakikatnya Badawi ditendang keluar kerana asakan bertalu-talu Mahathir dari dalam UMNO.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Mahathir telah cuba menulis kembali sejarah negara, sebagai contoh, menyatakan dia tidak mengeluarkan perintah menangkap lebih dari seratus orang di dalam Operasi Lalang 1987. Tiada yang terpedaya dan ada segelintir yang hadir sempat mengetawakan kenyataannya.

Kerana tidak berpuashati, Mahathir kemudiannya mengarang sebuah buku berjudul 'Doctor in the House'. Buku ditulis penuh hipokrasi dan pembohongan disiang hari. Kehendaknya ialah memperlihatkan dirinya sebagai seorang doktor yang berjaya merawat kesakitan negara Malaysia. Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia dan kesan kesakitan itu akan hidup lama di bumi ini walaupun dia sudah lama pergi./mc


Pertelagahan Najib-Muhyiddin Makin Kritikal?

Posted: 31 Oct 2011 09:04 AM PDT

Jika hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing). Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama.

Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan. Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara.

Pertelagahan senyap di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi

Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar 1Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu.

Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka. Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini.

Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu. Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini.

Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno. Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?" "Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino.

"Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja. "Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya. "Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya.

Dato' hanya mengangguk, mengiyakan telahan saya. Banyak ceritanya yang tidak boleh ditulis di sini. Off record katanya. Pada saya, dakwaan terhadap Rosmah barangkali betul, barangkali tidak. Masalah Najib dan Rosmah adalah masalah Umno. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadap apa yang ada.

Masalah sebenarnya adalah masalah perebutan kuasa dan power broker serta juak-juak yang berpihak kepada Najib dengan puak penyokong Muhyiddin. Keadaan menjadi semakin panas apabila masalah ini meleret-leret, sehingga kepada perihal pemilihan dan penentuan calon Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Habis semua hendak jadi calon.

Daripada Ketua Bahagian yang sudah lapuk, sehinggalah budak-budak hingusan dalam Umno, berebut-rebut hendak jadi calon. Mereka melobi Najib dan Muhyiddin. Semuanya kata mereka adalah winning candidate. Habis hiruk pikuk Umno di peringkat bahagian.

Masalah ini diakui oleh Muhyiddin. Kenyataan beliau baru-baru ini merujuk kepada masalah dalaman Umno yang tidak boleh selesai sehingga kini. Oleh sebab itu MT Umno terpaksa menangguhkan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno, untuk tempoh 18 bulan bermula Mac 2011.

Penangguhan terpaksa dibuat kerana, pemilihan parti menyebabkan Umno dalam keadaan berisiko tinggi. Umno terpaksa gamble kerana pemilihan akan berlaku di segenap peringkat, meliputi cawangan, bahagian dan kebangsaaan akan memberi natijah yang negatif kepada masa depan mereka. Oleh itu maka pemilihan Umno ditangguhkan, untuk memberi laluan terlebih kepada PRU terlebih dahulu. Oleh itu, jika diteliti dan dibandingkan tempoh kerajaan BN akan berakhir pada Mac 2013 dengan tempoh penangguhan pemilihan Umno akan tamat pada September 2012, maka tidak dapat tidak PRU mesti diadakan enam bulan lebih awal dari pemilihan Umno.

Maka dijangkakan, tarikh terbaik untuk Najib mengadakan PRU ke-13 adalah di antara Disember 2011 hingga Mac 2012. Itu andaian Najib. Namun Najib tidak akan selamat jika Umno-BN tewas atau hanya menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada PRU 2008. Jika BN tewas, habis cerita. Sama ada Najib atau Muhyiddin, sama-sama akan dimasukkan dalam muzium bersekali dengan Umno-BN

Jika BN menang tipis bagaimana? Sekarang pun dalam Umno, terdapat golongan yang mendesak Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin. Alasan mereka mudah. Najib terlalu lemah dan tidak mampu mengemudi BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Ada kelompok veteran Umno yang berpendapat, jika Najib terus menjadi PM, masa depan Umno akan terus kelam. Malah ada antara kalangan Umno yang melabel Najib sebagai PM flip-flop, sama atau lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh kerana itu, jika BN menang tipis, Najib bakal mengalami nasib yang sama dengan Abdullah. Justeru bagaimana Najib hendak mengelakkan daripada Muhyiddin naik menggantikan beliau. "Saya yakin Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan benarkan Muhyiddin menggantikan Najib," kata seorang penganalisis Umno.

"Bagaimana nak sekat Muhyiddin? Jika hendak halang, kena ada orang lawan dia jawatan Timbalan Presiden," kata saya. "Tak perlu. Itu lambat lagi. Kalau saudara hendak tahu, sekarang ini budak-budak Hisham sudah buat kerja di Pagoh (kawasan Parlimen Muhyiddin), nak jatuhkan dia," dakwanya.

Cara mana hendak jatuhkan Muhyiddin tidak dihuraikan lanjut. Barangkali itu hanyalah andaian beliau. Tetapi beliau mengatakan wujud banyak kemasukan pengundi baru di Pagoh, yang akan memberi kesan kepada masa depan Muhyiddin. Pada saya itu hanya fikiran simplistik. Bukan mudah hendak mengalahkan Muhyiddin. Pagoh ini kawasan hulu. Pedalaman dan masih mundur. Orang-orang yang miskin dan mundur, sentiasa menjadi aset Umno. Tambahan lagi orang Johor. Biarlah PRU nanti menentukan.

Tetapi mesej yang hendak disampaikan di sini, bau wujudnya, unsur pertelagahan dan sabotaj di antara puak Najib dengan Muhyiddin semakin kuat. Mereka boleh cuba menafikan kewujudan masalah ini. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi kita sama ada Najib atau Muhyiddin tidak menjadi soal. Asalkan mereka mewakili Umno-BN, mereka harus ditewaskan pada PRU ke-13!/hrkh

Wajib Baca!! Cara Umno Jahilkan Orang Melayu..

Posted: 31 Oct 2011 07:57 AM PDT

Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan. 21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial. Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil. "Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forum tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini. Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya. Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. "Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan. "Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya./hrkh

Skandal Ketua Wanita BN?

Posted: 31 Oct 2011 06:10 AM PDT

Cara pemilihan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Beaufort, baru-baru ini diragui banyak pihak, khususnya ahli-ahli pergerakan itu sendiri ekoran dakwaan bahawa pemilihan seorang peniaga, Linda Anthony, kerana dikatakan mesyuarat agungnya hanya dihadiri beberapa orang perwakilan sahaja. Menurut maklumat itu lagi, tiada dicatat jumlah kehadiran perwakilan yang dapat mengesahkan sama ada korum mesyuarat dipatuhi atau sebaliknya.

Linda, seorang muka baru dikatakan hanya mempunyai tujuh pencalonan manakala penyandang, Datin Mariah Johnny pula hanya ada dua pencalonan. Secara matematik mudah hanya sembilan cawangan keseluruhan membuat pencalonan sedangkan bahagian itu mempunyai kira-kira 90 cawangan. Menjadi tanda tanya besar, ke mana bilangan cawangan lain menghilang dan gagal membuat pencalonan?

Walaupun dengan keadaan itu, pemilihan pergerakan wanita bahagian itu terpaksa diteruskan dengan andaian jika tiada perwakilan yang membuat 'bising' maka sahlah pemilihan meskipun ia dianggap misteri bagi ahli yang mengikuti perkembangan secara senyap. Pemilihan Ketua Wanita baru itu dipercayai hanya 'diendorse' oleh beberapa orang perwakilan sahaja setelah penyandangnya, Datin Mariah menarik diri.

Tidak cukup dengan kecelaruhan itu, Linda yang baru saja menjadi Ketua Pergerakan itu terus menunjuk belang dengan menghilangkan diri apabila pergerakan itu menghantar perwakilannya ke Kongres Pergerakan Wanita UPKO Pusat di Penampang. Lebih 10 perwakilan dan pemerhati dari bahagian itu dikatakan terpaksa membawa diri masing-masing tanpa ketua menyebabkan ada di antara mereka menyifatkan ketua itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya ingin jawatan.

Mereka juga masih menunggu agar Linda datang memberi penjelasan, tetapi dikatakan terus ghaib dan tidak menghadiri mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri. Mereka mahu kepimpinan tertinggi UPKO menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya pemilihan ketua pergerakan itu yang dijalankan tidak mengikut peraturan bagi mengelakkan masalah kepada pergerakan wanita bahagian itu./sabahkini

Dr. Asri Benci PAS Atau Taliban?

Posted: 30 Oct 2011 10:40 PM PDT

Saya sangat sedih dan kecewa di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini mengenai persembahan Elton John. Beliau seperti yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut "PAS jangan tiru Taliban". Beliau menyatakan bahawa halangan tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau juga memberi alasan lokasi di Genting Highland merupakan tempat arak dan judi untuk non-muslim. Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Dr Asri yang saya rasakan mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat. Saya tidak pasti, sejak bila pula gelaran meniru Taliban diberikan kepada kumpulan yang menolak sesuatu yang dibenci Islam. Cukup jelas tabiat Gay adalah haram.

Beberapa persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mendengar desakan kumpulan pendesak seperti yang disarankan Dr Asri iaitu tidak membenarkan orang Islam menyertainya? Persoalan ini perlu dijawab secara ikhlas oleh Dr Asri mengikut situasi masa kini. Adakah kerajaan yang ada sekarang mampu berbuat demikian?

Mampukah kita untuk menyekat media dan publisitinya. Mampukah kita menghalang anak-anak kita dari membacanya? Meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya juga merupakan suatu hujah yang tergantung. Bagaimana? Surat, melalui dewan, memorandum, demontrasi atau menggesa seperti yang dilakukan pemuda PAS. Mana satu yang paling berkesan dan akan dipersetujui kerajaan?

Jika dilihat pengalaman lepas kerajaan sedia ada sekarang pernah menjemput pemain kriket Israel dan baru-baru ini peninju dari negara berkenaan dibenarkan pula melintasi sempadan negara. Elton John adalah satu lambang moral yang memang bersangkutan dengan akidah umat Islam begitu juga Israel yang banyak membuat kerosakan kepada orang Islam. Banyak lagi subjek dan item yang dikategorikan sebagai yang diharamkan Islam masih tidak mampu dibendung oleh kerajaan kini.

Adakah alasan Genting kawasan judi untuk orang bukan Islam boleh diterima. Tidak adakah orang Islam yang ke sana? Sedangkan judi di tanah rendah pun berlambak-lambak. Pergi sahaja ke kedai ekor, siapa pelawat yang paling ramai? Walau diletak tanda amaran judi tidak dibenarkan untuk orang Islam. Dibimbangi orang Islam yang tidak pernah ke Genting akan terus berkunjung ke sana bertitik tolak dari konsert Elton John.

Jika diikutkan falsafah Dr Asri, sesuatu yang bertentangan dengan Islam tidak ada masalah di Negara ini kerana kita akan meminta kerajaan melarang orang Islam melibatkan diri. Berkemungkinan juga Dr Asri melihat dari sudut kepelbagaian kaum. Bagaimana kalau pemintaan kita tidak dipenuhi? TV boleh siar apa sahaja kerana orang Islam di Malaysia bijak menilai yang mana baik dan buruk. Mungkin juga, boleh ditulis pada skrin TV, "Arahan : Orang Islam Dilarang Melihat Sesuatu yang Haram ".

Apa yang diutarakan disini adalah bertujuan bagi percambahan fikiran. Secara peribadi saya rasa sedikit sedih dengan tindakan melabel PAS sebagai meniru Taliban. Mungkin juga cara yang ditonjolkan pemuda PAS tidak disukai beliau, sekurang-kurangnya masih ada suara yang menegah kemungkaran. Apa salahnya Dr Asri menegur secara baik sebagai satu contoh dan teladan, selari pula dengan keilmuannya yang sentiasa menjadi rujukan umum./hrkh

Sah!! Saiful Bukhari Tidak Di Liwat?

Posted: 30 Oct 2011 09:01 PM PDT

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. 

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….

maclub81@gmail.com

Tiada ulasan: