Selasa, 25 Oktober 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Jawapan mengapa PAS takut kepada Hasan Ali.

Posted: 25 Oct 2011 02:34 AM PDT

Mengikut keutamaan.

1. Hasan Ali memiliki rahsia Presiden Hadi Awang dalam gerakan perpaduan / perbincangan / tawaran ketika UMNO tumpas di Selangor. Secara lisan, bersumpah dan bertulis. Dalam hal ini, kesalahan Hasan Ali, perlembagaan PAS yang dilanggar, konsep wala' yang dipijak, boleh disapu bawah karpet. Asalkan karier politik Hadi Awang terus terjamin.

Sebarang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali akan membuat pertembungan. Pertembungan akan mengakibatkan rahsia2 lama dibongkar dan menjadi bahan rasmi.

2. PAS tidak mahu menjadikan Hasan Ali hero kepada pihak lawan kepada PAS.

Jika pemecatan dikenakan terhadap Hasan Ali, ianya akan menyebabkan baiah taklik terbatal. Hasan akan bebas. Imej hero terbentuk. Hasan Ali akan diangkat hero.

Orang bodoh jer beli tiket final bola sampai RM50

Posted: 25 Oct 2011 02:22 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

RM50 harga tiket diletakkan oleh setan FAM dan kaum kerabat? Untuk kualiti bola Malaysia? Hahaha.. orang paling bodoh jer beli. Red Warrior yang berstatus fenomena pun paling tinggi RM30 (terbuka).

RM50 sekepala. Kos perjalanan pergi-balik-makan bagi penyokong N9 tambah lagi RM50. RM100 untuk sekepala? Bagi hiburan 100 minit bernisbah kepada capaian ekonomi Melayu ketika ini? RM100 per RM1500 sebulan. Hahaha.. orang paling stupid pun tak buat macam tu.

RM50, kalau bawa anak isteri makan kedai yang ada astro beyond di area Felda pun ada baki lagi. Satu program kekeluargaan yang berkualiti.

1. Dapat makan.
2. Dapat outdoor sekeluarga.
3. Dapat hiburan hampir sama dengan stadium.
4. Dapat mengikuti perkembangan bola secara terus.

Mau ke stadium? Bayar RM50 bersama kos2 tambahan? Hahaha.. manusia paling bongok sahaja tergamak berbuat begitu. Bayar RM50 untuk tengok kualiti Malaysia lawan Malaysia? Kah3...

Siapa nak jadi manusia bongok dan diperstupidkan oleh seltan FAM dan sanak keluarga, angkat tangan!


Fakta : Menuju Malaysia bankrup 2020

Posted: 24 Oct 2011 05:07 PM PDT

Oleh : Cenangau


Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.
 
Malaysiakini melaporkan:
MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
 
Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binocular marine' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan: - Mkini.
Turut juga dilaporkan:
Audit: PAC panggil 7 agensi, kementerian
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tujuh agensi dan kementerian untuk siasatan berdasarkan laporan audit yang dikemukakan ke parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (kiri) berkata, jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas mendengar taklimat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan parlimen hari ini.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.

Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation. - Mkini.
Jom kita tengok macamana harga GILA barang lain yang rakyat kena bayar.
  1. Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  2. El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  3. Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  4. Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
  5. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  6. Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
  7. Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  8. Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  9. Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  10. Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  11. Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Patut pun laporan ni dilengah-lengahkan untuk dibentang dalam parlimen. Tu semua takdak sebab lain melainkan RASUAH.

Realitinya RASUAH di Malaysia ni dah tak boleh nak buat apa dah, hampir semua jabatan kerajaan terutama sekali yang melibatkan ringgit dan sen dan juga penguatkuasaan memang berlaku rasuah.

Dah takdak cara lain dah untuk banteras rasuah melainkan kena jatuhkan Umno BN yang menerajui kerajaan pasai disitulah BAPAK kepada RASUAH. Bila Umno BN dah jatuh, barulah gejala rasuah yang celaka tu akan dapat diperangi.

Tiada ulasan: