shalehudin |
- Jom pakat pakat humban BN
- Sah, Najib ni lemah tenaga.... kahkahkah...
- Islam diperlekeh umat sendiri...
- Siasat akta hasutan tapi ambil gambar rumah...
- Kuasa depa tinggai sejengaki ja lagi... haha...
- Nik Aziz difitnah lagi
- Masyaallah, sampai naik reput dah mayat Gaddafi
Posted: 25 Oct 2011 10:30 AM PDT Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada 'peti undi' apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan. Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF). "Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya. Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. "Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara," tegur beliau lagi. Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta). Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009. "Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%," kata beliau. Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN. "Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini," tambah beliau. Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab. |
Sah, Najib ni lemah tenaga.... kahkahkah... Posted: 25 Oct 2011 09:00 AM PDT Enggan debat, Najib PM paling lemah – Shamsul (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 25 Okt: Kengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut pelawan debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sepatutnya mengambil peluang itu untuk mempertahankan Belanjawan yang dibentangkannya di parlimen 7 Oktober lalu. "Perdebatan mengenai belanjawan ini bukan soal peribadi, jauh sekali persoalan siapa menang siapa kalah. "Persoalan utama yang wajar dilihat Najib ialah isu rakyat, kerana segala wang dalam belanjawan itu adalah milik rakyat," katanya kepada Keadilandaily.com. Menurut Shamsul, debat secara terbuka adalah medan terbaik memberi peluang kepada rakyat menilai Belanjawan yang ditawarkan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat. "Kami juga cukup yakin rakyat Malaysia mahu melihat Perdana Menterinya bukan sahaja berani berkata belanjawannya jujur, tetapi harus kelihatan jujur dengan mempertahankannya," katanya. Namun kata Shamsul, sehingga kini, Najib bersikap membisu berhubung pelawaan debat itu, sekaligus menunjukkan beliau tidak berani bersemuka dengan Anwar. Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012. Pelawaan itu dibuat ekoran Najib sehari sebelum itu mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat. Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera secara terbuka kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen lazimnya tidak mendapat liputan meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat. Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Najib mengkritik dan menyerang Anwar sebelum mengambil pendekatan berdiam diri. Pada Pilihan Raya Kecil DUN tenang di Johor Januari lalu, Najib mengkritik Buku Jingga dengan mendakwa Anwar akan demam jika berdebat dengannya. Namun, beliau membisu apabila Anwar mencabar berdebat mengenai kandungan dokumen berkenan, yang merupakan manifesto bersama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu, meniru beberapa kandungan Buku Jingga, seperti diakui sendiri beberapa menteri kabinetnya. |
Islam diperlekeh umat sendiri... Posted: 25 Oct 2011 07:30 AM PDT Cara gadaffi dibunuh-ikut ajaran Islam? Jurusalem dibanjiri darah umat islam yang dibunuh tanpa perikemanusiaan oleh tentera Salib yang dipimpin oleh King Richard. Siapa tak marah, tak sakit hati. Kalau ikutkan hati mahu dicincang lumat King Richard. Tetapi Sultan Salehudin alayubi tidak berbuat demikian. Beliau beri rawatan pada King Richard yang tercedera. Pada satu ketika dalam peperangan, Saidina Ali kmw tidak jadi bunuh musuhnya bila muka beliau diludah oleh musuh kerana ditakuti beliau membunuh bukan kerana agama. Amerika yahudi pun hadapkan Saddam Husin kemahkamah sebelum dihukum gantung sampai mati walaupun mahkamah kanggaroo. Bagaimana dengan Muammar Gadafi.Setelah ditangkap hidup2 ia terus dibunuh. Mayatnya dibuat pameran dan masih belum dikebumikan. Adakah pembunuhan keatas Muammar Gadafi dan perlakuan keatas mayatnya oleh penentangnya ikut ajaran Islam? Kita serahkan pada ahli ugama untuk buat penilaian. |
Siasat akta hasutan tapi ambil gambar rumah... Posted: 25 Oct 2011 06:30 AM PDT Peguam: Polis ambil gambar rumah, maklum selesai siasat Aziz Bari KUALA LUMPUR, 25 Okt – Polis telah melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengambil gambar rumah beliau di Bandar Baru Selayang dekat sini petang ini. Peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pegawai penyiasat memaklumkan bahawa pihaknya telah melengkapkan siasatan, yang dijalankan di bawah Akta Hasutan sejak awal minggu lalu. "Polis memberitahu kami bahawa mereka telah melengkapkan siasatan. Mereka meninggalkan rumah (Aziz) sekitar pukul 3 petang," kata beliau hari ini. Zulqarnain berkata pihak polis datang sekitar pukul 2.30 petang tadi untuk melengkapkan siasatan. "Mereka ambil gambar di dalam dan di luar rumah. Pegawai penyiasat kelihatan ambil nota walaupun tiada apa yang diambil dari rumah Prof Aziz (gambar)," katanya. Semalam pihak polis mengambil gambar pejabatnya di UIA selain komputer riba yang dibekalkan oleh pengurusan universiti. Zulqarnain berkata beliau difahamkan pihak polis telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada ketua Unit Pendakwaan Selangor tetapi telah dikembalikan bagi mendapatkan butiran lanjut. Kata beliau, pihaknya merasa tidak senang dengan perkembangan terbaru memandangkan pihak polis sudah pun mengambil komputer riba dan gambar pejabat Aziz di UIA semalam. "Prof (Aziz) berkata keseluruhan proses adalah sesuatu yang memalukan dan membuang duit rakyat memandangkan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan hanya membawa denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun. "Beliau juga tidak faham mengapa polis datang ke rumah dan ambil gambar dalam dan luar rumah memandangkan ia tiada kaitan dengan kesalahan (yang disiasat)," katanya. Sehubungan itu kata Zulqarnain, Aziz menjangkakan beliau akan didakwa tidak lama lagi. |
Kuasa depa tinggai sejengaki ja lagi... haha... Posted: 25 Oct 2011 05:30 AM PDT Umno terpaksa lakukan banyak U-Turn Oleh Dato Tarmizi Mohd Jam SEJAK muktahir ini, Umno sudah dilihat dengan jelas sebagai parti yang tidak ada pendirian, parti yang suka buat U-Turn. Apa yang ditentangnya dahulu, kini dijilatnya semula dan cuba menuduh pihak lain tidak bersamanya pulak. Contohnya cukup banyak. Terbaharu ialah cadangan pengubalan Akta Murtad yang disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Dalam isu ini, Mukhriz Tun Mahathir menggesa pemimpin PAS tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini. Sedangkan ketika PAS membentangkan Rang Undangundang sebegini pada awal 1990-an dahulu di Parlimen, ahli-ahli Parlimen Umno-BNlah yang paling lantang menentang dan enggan menyokongnya. Pendirian Umno goyah lagi dengan secara tiba-tiba memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ketika rakyat yang prihatin bangkit mengadakan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009, melalui tindakan pasukan Polis, pembantah ditangkap dan mereka dipancut dengan air asid tanpa belas. Beriya-iya pemimpin Umno mempertahankan akta zalim dan kejam itu. Beberapa badan NGO yang pro-Umno ditatang tanpa sebarang pancutan air kimia dan gas pemedih mata, pada hari yang sama ketika rakyat berarak di Kuala Lumpur mahu memansuhkan ISA. Itulah layanan dan sikap Umno. Apabila ISA sudah tidak popular dan rakyat tidak lagi 'kecut' dengan akta yang jadi perkakas Umno-BN itu, ianya mansuh, sedangkan ISA itulah antara senjata penting diguna Umno selama ini untuk 'membelasah' musuh-musuh politiknya. ISA jugalah yang menjadi sebab tragedi berdarah Memali dan ISA juga yang mengorbankan Dr Burhanuddin al-Helmy, Pahlawan Umat yang disanjung tinggi. Sikap U-Turn Umno juga cukup jelas dalam hubungan dengan Raja-Raja Melayu. Semua rakyat tahu apa yang Umno telah lakukan kepada Raja-Raja Melayu pada tahun 1983, 1993 dan 1994. Hari ini, pemimpin Umno cuba menggunakan istana pula untuk menyerang musuhnya dari Pakatan Rakyat. Ia bermula selepas mereka kecundang teruk dalam PRU 2008. Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu, 23 Mac 2008, para pemimpin Umno negeri dan Pusat terangterang menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka mengadakan demonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan Menteri Besar sehingga muncul kain rentang "Kami nak Idris, natang (binatang)?" yang begitu biadab disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen tv. Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah dan banyak lagi angkara derhaka pemimpin Umno, jika mahu disenaraikan. Tidak lama sebelum PRU- 12, mereka juga cukup takut mahu berbincang masalah Melayu kerana bimbang dengan ancaman MCA. Sekarang apa dah jadi bila MCA menungging? Lepas ini apa lagi yang Umno nak lakukan? Umno memang sudah kontang idea, suka meniru sehingga Bajet Tranformasi 2012 juga ditiru sebahagiannya daripada Bajet Pakatan Rakyat. Malah teks ucapan Najib yang sudah dicetak, tidak dapat diberi kepada ahli Parlimen kerana terlalu banyak pindaan dilakukan setelah munculnya Bajet Pakatan Rakyat. Lihat sahaja one-off payment mereka. Pakatan Rakyat beri bayaran tunai dengan menggunakan duit lebihan. Umno, yang ghairah kaut duit masuk poket sendiri, mahu meminjam apabila nak melakukan pembayaran kepada rakyat. Siapa yang akan tanggung hutang nanti? Tentulah rakyat. Hari ini tanpa segan silu, Najib mendakwa Pakatan Rakyat sama seperti parti Republikan di Amerika Syarikat? Apakah ini ucapan seorang PM? Kalau PM pun sudah terhoyong-hayang, apalagi orang bawahannya. Tiga hari lepas, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan bayaran tunai RM500 akan menimbulkan masalah kerana bagaimana kerajaan mahu mengenalpasti mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Ini akan memakan masa. Akhirnya nanti, selepas pilihan raya umum pun masih belum selesai. Kini makin jelas, Umno akan melakukan lebih banyak U-Turn lagi bagi menempatkan semula pengaruhnya dalam kampung rakyat, termasuk mencedok apa sahaja idea dan tawaran Pakatan Rakyat, demi melangsungkan kuasa mereka yang tinggal sejengkal sahaja lagi. |
Posted: 25 Oct 2011 05:20 AM PDT Cyber Trooper Umno: Tak habis-habis dengan gambar tipu, Nik Aziz difitnah lagi WarkahDaily – Tak ada modus operandi lain dah ke para blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN ni. Asyik skill yang sama je nak perbodohkan rakyat Malaysia. Nampak sangat mereka ni terlalu merendah-rendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia sehingga menggunakan cara yang sama untuk berbohong demi mendapat kepercayaan rakyat. Tak habis-habis dengan cara siar gambar ntah apa-apa. Mereka duk suka-suka hati je cilok gambar orang yang tak ada kena mengena dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Kalau sekali, mungkin orang ada prasangka tapi kalu asyik hari-hari benda yang sama je cara berbohong, naik muak jugak rakyat. Anak Lim Guan Eng pun dah kena dengan blogger upahan Umno-BN ni. Tak pasal-pasal pemain catur dari Hong Kong jadi mangsa fitnah kena raba buah dada. Baca sini. Kali ini lagi bodoh Cyber Trooper upahan Umno melakukan pembohongan. Mereka seolah-olah mahu mengatakan rakyat Malaysia ini memang tiada akal dan mudah ditipu apabila menyiarkan gambar konon MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang bersanding ketika muda dulu. Padahal gambar ini diulang tayang kembali jika tidak silap penulis WarkahDaily Online. Ia telah pun disiarkan oleh blog Malaysiasensasi sekitar tahun 2008. Kemudian diulang tayang kembali oleh Cyber Trooper upahan Umno-BN yang sudah kekeringan modal untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS. Namun blog posting berkaitan di malaysiasensasi sudah pun ditiadakan (delete dah kot). Namun, sekali lagi ia dijadikan modal bodoh barua Umno. Dipetik dari blog baca-blogspot.blogspot.com, seorang Cyber Trooper upahan Umno-BN bertindak menyiarkan gambar dalam Facebooknya yang didakwa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa muda sedang bersanding. Konon gambar itu diambil pada tahun 1980-an. Namun, kelihatan pembohongan itu terlalu nyata apabila gambar berkenaan tiada sedikit pun iras dengan MB Kelantan itu. Menurut blog Baca Blogspot itu, gambar sebenarnya yang disiarkan ialah seorang VIP yang pangkal namanya juga 'Nik' tapi bukan Nik Aziz. Kata blog itu lagi, Cyber Trooper upahan Umno-BN yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan ialah aktivis UMNO, Wan Suhaizi Wan Senu dari Pekan Naka, Alor Setar, Kedah. Memang terdesak blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN menabur fitnah sehingga terlupa ramai di luar sana sedang memerhatikan kebodohan mereka yang terlalu nyata sehingga melakukan pembohongan yang bertaraf budak tadika. Namun apa yang pasti, fitnah dan pembohongan sudah jadi darah daging blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN dan tidak keterlaluan, fitnah sudah menjadi 'rukun' nombor satu dalam Umno-BN. - KB |
Masyaallah, sampai naik reput dah mayat Gaddafi Posted: 24 Oct 2011 07:12 PM PDT MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu. Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan. Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari. Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut. "Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam. "Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya. Reuters SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam. Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya. Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu. Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi. "Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya. Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu. Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja. Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan