Selasa, 25 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nada Dering terbaik untuk Pencacai UMNO nih..

Posted: 25 Oct 2011 09:08 AM PDT



Pertama kali aku terdengar lagu nyanyian ND Lala ini di TV3, rasa nak muntah pun ada… Tapi aku yakin tentu ramai pencacai UMNO yang menghafal lirik lagu 'PM Kita' ini.. Aku yakin Rakab dan kawan-kawannya yang membaca blog ini tentu suka dengar lagu ini..


Jadi aku cadangkan kepada Rakab dan kawan-kawannya.. korang jadikanlah sebagai nada dering untuk Hand Phone korang.. sesuai sangat….

Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara 2010

Posted: 25 Oct 2011 08:18 AM PDT



Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjun tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.


Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.

Ringkasan audit 2010 :

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.




KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.



Sepenuhnya sila lihat di SINI

Krisis Aziz Bari : BN terkena getah nangka...

Posted: 25 Oct 2011 07:55 AM PDT

Oleh : Khir Toyo

Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.

Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.


Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.

Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional (BN) dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.

Kecelaruan Pentadbiran UIA

Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.

Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun Umno. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari "membelasah" kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau.

Penggantungan ke atas beliau dilakukan oleh UIA yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri. Malangnya, Reaktor UIA tidak memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai peruntukan-peruntukan yang digunakan bagi menggantung Prof Aziz Bari.

Selebihnya mengapa UIA mahu menggantung kerja dan menghalang beliau masuk ke kawasan universiti sedangkan pertuduhan ke atas beliau tidak pun membabitkan kejadian jenayah dalam kampus? Apakah tidak boleh diadakan siasatan dalaman tanpa penggantungan tugas dan juga pengharaman masuk ke kampus?

Sudah tentu jika dibuat siasatan dalaman secara aman ia tidak memberi kesan politik besar kepada Pakatan. Maka sesuatu harus dibuat secara kontroversi bagi menaikkan imej Prof Aziz Bari sendiri dan juga Pakatan DAP, PAS dan PKR.

Kemudiannya dengan tidak semena-mena pergantungan tersebut ditarik balik oleh UIA. Seolah-olah ada perancangan untuk menangguk di air keruh oleh kumpulan politik tertentu dalam menimbulkan keributan terhadap rancangan Perdana Menteri hadir ke Universiti tersebut.

Dengan penarikan balik penggantungan ini tanpa penjelasan yang munasabah ia memberi imej yang hebat kepada kumpulan yang menentang penggantungan Prof. Aziz Bari ini.

Umum mengetahui ramai di UIA yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; justeru Kementerian terbabit perlu melihat sama ada memang wujud sandiwara yang bertujuan menjejaskan imej kerajaan atau ia merupakan satu insiden biasa tanpa matlamat politik.

Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kuasa autonomi, UIA perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini. Tindakan yang berubah-ubah mencerminkan sikap tidak profesional pentadbiran UIA dan menjejaskan imej Kerajaan Barisan Nasional kepada kakitangan akademik seluruh negara.

Ahli akademik juga harus berlaku adil dengan mengkritik kerajaan jika salah dan mengakui kejayaan kerajaan atas mana yang dilaksanakan dengan baik. Adalah tidak adil kepada rakyat dan pemerintah jika ahli akademik bertindak dan bersikap seperti ahli politik yang mempertahankan ideologi-ideologi mereka semata sehingga pemerintah hanya tampak buruk semata-mata.

Secara keseluruhannya insiden Prof. Aziz Bari ini hanya menguntungkan tokoh tersebut dan Pakatan DAP, Pas dan PKR.

Malangnya ia memberi kesan buruk kepada BN kerana tindakan-tindakan pentadbiran UIA yang tidak konsisten menunjukkan seolah-olah ada campur tangan politik kerajaan dalam isu ini.

Dengan kata lain orang lain makan nangka, BN yang terkena getahnya.

5000 Ekar tanah untuk ternak 1000 ekor lembu?.. Besarnya lembu depa...

Posted: 25 Oct 2011 03:14 AM PDT



Projek Pusat Feedlot Kebangsaaan bernilai RM250 juta.. tanah yang dianugerahkan pula adalah seluas 5000 ekar terletak di Gemas, Negeri Sembilan tapi jumlah Lembu yang dibela hanyalah 1000 ekor sahaja…Dan Pengurus Besarnya pula adalah seorang yang berumur 21 tahun ketika projek bermula..


Jadi secara purata keluasan tanah untuk seekor lembu adalah 5 ekar..

Hmm… korang bayangkanlah besar mana lembu yang diternak tu..



*******************


Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j

Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Dakwanya, projek syarikatNational Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan suami dan anak-anak menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri - Malaysiakini


*******************


Keluarga Shahrizat Gagal Urus Projek Daging Lembu Yang Menelan Wang Rakyat

PETALING JAYA 25 OKT : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.

Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.

Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.

Zuraida berkata siasatan yang dijalankan oleh Adun Sikamat Aminuddin Harun dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendapati wang rakyat telah dilaburkan secara sia-sia keatas syarikat itu.

"Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar," tegas Zuraida dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selain dari aktiviti mengimpot lembu, syarikat tersebut juga dilantik kerajaan untuk :

* membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
* Membangunkan makanan lembu berkualiti
* Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

Isu kini timbul dikala Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran melampau berlaku di sembilan kementerian dan agensi kerajaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam dijangka memulakan siasatan keatas National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

"Ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan,"tambah Zuraida.

Beliau berkata projek itu dianugerahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Shahrizat semasa beliau memegang portfolia Menteri
Pertanian dan Agro Industri.

Turut dianugerahkan adalah tanah ladang seluas 5,000 ekar di Gemas,Negeri Sembilan.

"Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan," jelas Zuraida.

"Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010," jelasnya lagi - TVS News

Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan?

Posted: 24 Oct 2011 10:06 PM PDT

HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat."


Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia."

Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya.

Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.

Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.


BlogList Malaysia

Johor hutang RM334.51 juta.

Posted: 24 Oct 2011 10:04 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Okt: Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua.


Sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta, lapor Harakahdaily.

Laporan audit menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Agreement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.


http://www.keadilandaily.com/?p=22110

Najib tak hadir kerana takut Mahasiswa?

Posted: 24 Oct 2011 09:51 PM PDT



Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.


Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Merdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di universiti itu malam ini.

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

SMM: Najib takut mahasiswa

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

Bagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

Sementara itu, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab menyifatkan pembatalan lawatan perdana menteri sebegai "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Katanya, penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung dan pihaknya menjangkakan Hishamuddin akan menerima memorandum mereka selaku wakil perdana menteri.

Perhimpunan malam ini dijadual bermula pada jam 7 petang di depan pintu utama UIA di Gombak.

Malaysiakini

Pelik tapi Benar.. Awal Perjanjian RM1.7 Billion kini RM7.5 Billion dan Zahid pun tak tahu...

Posted: 24 Oct 2011 10:52 AM PDT



Pelik tapi benar.. pada 22 Februari 2011 yang lalu sebuah Firma indusri pertahanan Turki iaitu FNSS telah menandatangani satu perjanjian untuk menjual Armored Personnel Carriers (APCs) kepada Firma Malaysia iaitu DEFTECH untuk dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.


Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan Turki, Vecdi Gonul dan juga Menteri Pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi.

Dalam perjanjian yang bernilai $600 Juta itu, Firma Turki FNSS akan menjalankan kerja-kerja merekabentuk, membina dan mengeluarkan sebanyak 257 'Armored Personnel Carriers' untuk Malaysia.

USD$559 Juta bersamaan dengan RM1.756.29 Juta atau RM1.756 Billion, jika nilai pertukaran USD1 bersamaan dengan RM 3.14184 digunakan.

Yang peliknya ialah.. perjanjian yang pada asalnya memerlukan Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM1.756 Billion untuk 257 APC itu kini telah meningkat menjadi RM7.55 Billion untuk jumlah kenderaan yang sama.

Lebih pelik lagi Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan yang dilaporkan telah menyaksikan perjanjian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua mengatakan Kementerian Pertahanan tiada maklumat tentang perjanjian antara FNSS dan Deftech tersebut, oleh itu soalan oleh Tony Pua bukan dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan.

Pelik bukan.. pada February harga untuk 257 APC tersebut RM1.756 Billion hanya lapan bulan kemudian ianya telah melonjak menjadi RM7.55 Billion dan Zahid Hamidi yang menyaksikan perjanjian ditanda tangani pun tak tahu..

Dibawah laporan dari Turkish Press.Com


*******************

RM7.55 bil armoured carriers: DAP goes ballistic

KUALA LUMPUR: Under a new agreement, the government will pay RM7.55 billion for 257 armored personnel carriers (APCs), four times more for the same deal made earlier this year.

However, the government claims to have no knowledge of the February deal for 257 Turkish Pars 8×8 APCs, which at the time, cost US$559 million (RM1.749 billion).

This irked DAP's PJ Utara MP Tony Pua, who launched an attack on the government.

"Minister of Defence Ahmad Zahid Hamidi was there to witness the signing between (Turkish company) FNSS and (Malaysian company) Deftech," he said.

Speaking to reporters in Parliament, he said the difference in price is so big that a responsible government must ask, "What are the differences that make up the gap (between the two prices)?"

On Oct 18, Pua asked the defence minister in Parliament why the government was willing to spend RM7.8 billion for the 257 APCs.

In a written response, Zahid replied: "The finalised price for the procurement of 257 APCs is RM7.55 billion for a period of seven years from 2011 to 2018, and not RM7.8 billion as said."

"The Defence Ministry has no information over the 257 APCs by Deftech… with Turkey's FNSS for the price of US$559 million. Therefore, the question is out of the ministry's knowledge."

According to a Jun 3 BAE Systems news release, military equipment manufacturer FNSS signed a US$559-million letter of offer and acceptance from Deftech Sdn Bhd for the design, development and building of the 257 APCs.

The release said that the APC, based on FNSS's PARS 8×8, would be manufactured by Malaysia's Deftech.

It added that FNSS and Deftech previously delivered 211 ADNAN Armored Combat Vehicles (ACV) and eight 120mm ACV Mortar Carriers to the Malaysian Armed Forces.

A separate contract involving the delivery of 48 additional ADNAN ACVs, the release added, was going to be completed.

According to its website, Deftech is a wholly-owned subsidiary of DRB-HICOM Bhd.


Free Malaysia Today

Tiada ulasan: