Sabtu, 15 Oktober 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Akhirnya Sultan Negara bertitah terima hudud!

Posted: 15 Oct 2011 07:55 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/kFergj6M2q0




Pakai baju Ganu di Kelantan time panas Klate vs Ganu.

Posted: 15 Oct 2011 04:11 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

"Apsal baju lu sama jer bro?"

"Baju ni lagi?"

Tu antara soklan2 yang gua selalu dapat. Dari dulu lagi gua nak elakkan benda alah ni. Gua fight tanpa muka. Mudah gua nak korek hidung, nak kentut di public, etc. Gua mahu merdeka.

Tapi sekor seltan bangsat menyebabkan muka gua jadi public. Uma cakap, padan muka lu. lepas ni payah la nak korek hidung di public.


"Apsal baju lu sama jer bro?"

"Lu pakai singlet, lu bukan tough pun."

Aduss.. gua memang camni la. Baju gua 4-5 helai tu jer la. Tukar pakai gilir2. Apa ingat gua artis ke haram pakai yang sama 2 kali? Gua pakai singlet sejak gua kurus kering zaman sekolah. Tu la gua seadanya. Bukan pasal gua nak tanya body. Gile ke apa? Tu pun seb baik berbaju. Ikutkan dulu, gua tak berbaju pun. Tanya budak2 asrama Sek Teknik PD tahun 1997.

Semalam gua hadir forum Nurul Izzah. Ingat nak bawa suara MUTC. Gua tunggu second round tanya soklan. Sekali moderator, YB Kota Bharu laju sangat. Ingat dah takda yang nak tanya. Hari ini, alhamdulillah, di forum Bajet 2011, KTC, gua dapat sampaikan amanah rakan2 MUTC. Nanti gua kecek video dati KTV atau Poji tepek kat sini.

Berbalik forum Nurul Izzah dan A Samad Said, settle program, gua lepak2. Tunggu audien yang kerumun panelis reda. Dah reda, baru gua sapa memember.

Tiba2 disapa rakan FB. 
 Ajak bergambar. Tengah2 bergambar rakan2 sound gua. Sebab pakai baju Ganu. Malam tu Ganu tewaskan Klate. Wakakaka.



"Apa plak? Gua ramal Felda final la."

Skali. Felda pun tewas. N9 menang. Balik, pikap bini, bawa makan. Time tu kedai penuh tengok siaran tertunda N9 vs Felda. Pakai baju Ganu. Walaupun ramai usha gua, tapi takda apa2 pun berlaku. Hua3.. Alhamdulillah...



Negara pengamal hudud paling tak selamat?

Posted: 15 Oct 2011 03:41 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Helen Ang

[1]

Bro / sis.. dalam mentafsirkan sesuatu, kena tahu pembolehubah. Tak tahu pembolehubah, carca-marba kesimpulan. Gua bagi perumpamaan.

Taugeh baka A. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Subur. Kesimpulannya, baka A baik?

Taugeh baka X. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Tak subur. Kesimpulannya, baka x tak baik?

Adakah kita telah mengenalpasti segala pemboleubah? Sedangkan sebenarnya jarak antara benih kita terlupa. Jarang antara benih A jauh. Jarak antara benih X rapat. Ini juga pembolehubah.

[2]

Bro / sis. Pemerhatian lu sama tahap dengan kemampuan otak ulama baka Melayu. Tidak tahu pembolehubah. Indeks yang diberikan bukan kerana hudud. Tapi kerana kestabilan negara. Negara2 yang diancam paksi CIA / Mossad seperti Timur Tengah memang tidak aman. Dari segi indeks keganasan. Ada beza antara jenayah dengan keganasan.

Kalau tukar hudud kepada undang2 Jepun yang selamat itu, di negara2 tak stabil seperti Timur Tengah, pun itulah indeksnya. Alihkan kesemua penduduk Jepun beserta kanun undang2 jenayahnya di Afghanistan pun, Afghanitan akan kekal tidak stabil kerana pertembungan Amerika dan Russia.

Memang lama gua nak jawab, tapi takdo maso la.. ni pun main taip sekali lalu jer nih. Harap perbahasan mengenai hudud terus disemarakkan. Amin.

Jangan bela burung.

Posted: 14 Oct 2011 10:01 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Kalau pemerhatian gua salah, lu boleh la tolak. Campak dalam tong sampah pun takpa. Tapi kalau pemerhatian gua betul, gua rasa berdosa kalau gua tak gunakan kurniaan pemerhatian yang diberikan Allah itu, untuk share.

Untuk pembolehubah bukan muslim, maybe cara Allah melayan mereka berbeza. Tetapi, pemerhatian gua, untuk muslim, 100% mereka yang membela burung, dengan cara menyiksa, mesti akan ada masalah berkenaan kebebasan dalam kehidupan mereka.

Kalau burung dibela untuk industri makanan, atau penyelidikan, zoo, maybe tidak berlaku. Tetapi persendirian yang membela burung dalam sangkar kecil, dengan cara mengikat kaki atas sangkar, atau dalam reban yang kecil, wajib, 100% akan ada masalah kekebasan.

Sesiapa yang bela burung, atau mempunyai kenalan yang membela burung dalam apa yang gua maksudkan cuba check. Gua rasa setiap detik, setiap hari burung itu akan memdoakan kemudaratan kepada pemilik kediaman. Wallahualam.

Pemerhatian 1.

Pak saudara gua. Yang gua panggil Anjang. Orang kampung. Hobi mengikat kaki burung Terkukur atas sangkar terbuka. Makanan dan minuman disediakan.

Anaknya sihat kesemuanya. Tetapi ditakdirkan, tiba2, seorang anak perempuannya yang sihat sebelum ini, cacat tangan dan kaki. Menyebabkan dia berjalan sangat sukar.

Kebebasan keluarga ini terjejas. Ulang-alik hospital dan bomoh. Bila gua cadangkan Anjang gua nazar bebaskan burung untuk kesihatan anak dia, dia hanya diamkan diri.

Pemerhatian 2.

2 jiran gua sendiri. Gua membesar dalam kelompok jiran tersebut sebelum 1 berpindah ketika gua habes sekolah, 1 lagi masih kekal. Hobi sama. Membela burung Terkukur.

Kebebasan keluarganya terjejas apabila terdapat seorang anak lelakinya terbabit dalam dadah. Maruah, ulang-alik mahkamah, rumah diserbu, etc.

Pemerhatian 3.

Pak Imam surau di sini. Membela burung yang sama juga. Terkukur. Dengan cara mengikat kaki di sangkar. Ada beberapa ekor.

Kekebasan keluarganya terjejas apabila anak perempuan liar dan mengandung luar nikah.

Pemerhatian 4.

Rakan baik gua sendiri. Sama2 buat baju. Hobi dia dan ayahnya bela burung. Dia ada satu reban berukuran lebih kurang 3m x 3m x 3m. Dalam reban tersebut disumbatkan 2 ekor burung apa ntah, seekor burung Terkukur dalam sangkar kecil (sangkar kecil dalam sangkar 27m padu sebab burung Terkukur tu bunuh burung2 kecil), 2 ekor arnab, 5 puyuh. Itu burung, belum ikan dan udang.

Keluarga ini paling banyak masalah kebebasan. 1 anak perempuannya rosak kedua2 buah pinggang sejak darjah 6. 1 anak perempuan lain bercerai. Perebutan hak jaga anak-cucu. Kebebasan keluarga ini sangat kecil. 2 anak lelaki terlibat dadah.

Kesimpulan.

Lu nak percaya, percayalah. Kalau tak nak, terpulanglah. Cuba check bermula dengan diri kita, seterusnya orang yang kita kenal.

Memang tidak semua yang ada masalah kekebasan, membela burung. Itu fakta. Tapi gua dakwa 100% yang membela burung dalam kategori yang gua jelaskan akan ada masalah kebebasan. 100%.

Semoga Allah memelihara kita, mengampunkan dosa kita, memberi kita pentunjuk. Amin.

Peraduan2 yang mesti disertai.

Posted: 14 Oct 2011 08:16 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Peraduan : tribute to bersih :Remember 709


Ini Quiz utk lu org.2 soalan kne jawab.

1st Design ni inspired dr toy.Apakah toy tu?

2nd Buat ayat yg menarik berkaitan bersih dr design ni mengikut no di sebelah image

- Setiap satu no utk gambar tuh mewakili peristiwa atau lokasi masa bersih 2.0.Buat penyataan yg cool gila berkaitan dgn gambar tu

- Cth utk soalan no 2: no 9 The barefoot Pak samad atau The barefoot kungfu master. mcm tuh la lebay kurang.Jawapan Mesti full dari 1 sampai 13

Jawapan utk no 2 yg terbaik akan di print dibelakang baju berserta custom signature anda

p/s : Gambar KLCC ialah No 13

hadiah ialah sehelai t shirt tribute to bersih :Remember 709
tarikh tutup ialah 17hb 10 2010
email jawapan pada yellowboutique@gmail.com


[2]

Pertandingan fotografi, klip video dan poster sempena 21 tahun kerajaan negeri Kelantan.

http://kelantankreatif.com/

Tiada ulasan: