Sabtu, 15 Oktober 2011

Addin

Addin


Gempar!! PATI Ugut Pengarah Pelajaran?

Posted: 15 Oct 2011 06:00 AM PDT

Gara-gara membuat kenyataan tegas di dalam Videoklip 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT' yang disiarkan di Youtube, seorang guru, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok diugut akan dipecat daripada jawatannya sebagai guru jika tidak menarik balik kenyataannya yang menuduh Haji Wahab Nonong sebagai PATI! Mengikut maklumat yang diterima daripada rakan Hairol yang juga seorang guru di SMK Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, baru-baru ini Hairol telah didatangi Pegawai Bahagian Siasatan Ustaz Samsuddin atas arahan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Umin Haji Sadi.
"Saya dengar Ustaz Samsuddin cakap beliau diarah Pegawai Pelajaran Daerah menyampaikan pesanan kepada Hairol bahawa Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk dR. Muhyiddin Yussin mengarahkan agar membuat penafian bahawa bukan beliau yang menyiarkan kenyataan di Sabahkini.net, termasuk di dalam Videoklip yang mendakwa Haji Wahab Nonong sebagai PATI," kata Ahmad (bukan nama sebenar) yang kesal dengan campurtangan Jabatan Pelajaran Sabah.

Kata Ahmad, sebagai rakan Hairol dan anak jati Lahad Datu, beliau kesal dengan sikap pengecut dan penyibuk Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu yang hilang maruah sehingga mendesak Hairol meminta maaf kepada Haji Wahab Nonong, yang bukan sahaja telah menyerang dan mencederakan Hairol, malah mengancam keselamatan negara dengan mengugut untuk membakar rumah dan membunuh sepupu Hairol.

"Kenapa Pengarah Pelajaran mencampuri urusan peribadi Hairol, sedangkan Hairol menunaikan tanggung jawabnya kepada agama dan negara dengan mendedahkan bahawa Haji Wahab Nonong sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek dan dilindungi UMNO," kata Ahmad yang kesal kerana Pengarah Pelajaran mengelirukan orang awam bahawa beliau adalah Doktor Falsafah, sedangkan beliau hanya Doktor Hemoepathy yang tidak layak menggunakan gelaran 'DR' di hadapan namanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa agar Hairol tidak mengikuti arahan Pengarah Pelajaran Sabah yang gentar kepada ugutan anak Haji Wahab, Abdul Munap (berstatus penduduk tetap) yang telah membuat aduan rasmi berhubung kenyataan Hairol di Sabahkini.net dan Youtube, sehingga sanggup mengugut untuk memecat Hairol daripada jawatannya jika enggan menarik balik kenyataannya.

Tegas Ahmad, jika inilah mentaliti Muhyiddin, maka tidak ada istimewanya mempunyai Pengarah Pelajaran yang pengecut dan gagal menjaga kepentingan rakyat Sabah daripada anasir subversif seperti PATI yang tergamak merampas surau dan menghalau imam.

"Saya ingin bertanya Muhyiddin, berapa PATI bayar untuk mengarahkan Hairol menarik balik kenyataannya di Sabahkini.net dan Youtube; sedangkan Hairol telah membuat laporan polis beliau dipukul dan rakaman video disaksikan penduduk kampung yang sama-sama bersembahyang tarawih," kata Ahmad yang simpati dengan nasib guru-guru di Sabah yang dikekang pergerakan mereka dalam perjuangan dan jihad membela agama dan tanah air.

Dalam pada itu, penduduk kampung Lamak Bukit, Silam memaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintenden Samsuddin Mat telah datang menyiasat surau PPRT berkenaan dan menyoal siasat penduduk siapa yang membuat rakaman Videoklip berkenaan.

"Dia tidak siasat Haji Wahab Nonong yang memang jelas PATI yang mendapat kad pengenalan projek tetapi menjadi Sultan di tanah adat milik Nina Binti Gayah," kata salah seorang ahli keluarga yang meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang diserang dan dicederakan Haji Wahab Nonong.

Pengadu tidak tahu apa tujuan Ketua Polis Daerah datang ke surau berkenaan kerana sehingga kini sudah lima kali polis datang mengambil gambar surau tetapi tidak menderma walau satu senpun, sehinggalah Timbalan Pengerusi LDP, Chong Su Vun menghulurkan derma kepada Tabung Surau.

Usaha untuk menghubungi Hairol tidak berjaya kerana dua-dua talian telefon bimbit beliau tidak aktif. Berikut salinan surat amaran dan aduan yang dihantar Abdul Munaf kepada Hairol dan disalinkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah dan semua pihak berkaitan./sabahkini

Sila baca di sini.


Sindiket Mykad, 5 Soalan Untuk KDN

Posted: 15 Oct 2011 02:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan segera beberapa keraguan yang timbul terhadap sedikit yang disyaki memberikan MyKad kepada warga asing. Mereka merujuk kepada penemuan 6 buah bas pada 11 Oktober lalu yang membawa warga asing dari Johor ke Putrajaya dan kemudiannya ke sebuah resort yang disyaki untuk diberi MyKad. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussin perlu memberi penjelasan kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok.
Lebih meragukan, kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan. "Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? "Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara," soalnya.

Turut menimbulkan tanda tanya kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort. "Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju? "Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing," soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Kesan 7 buah bas

Menurut Suhaizan, pada 11 Oktober lalu, Pemuda PAS berjaya mengesan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya. Difahamkan mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu. Kira-kira jam 1 pagi, kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat & Rawat (R &R) Pagoh.

Daripada cakap-cakap warga asing in,i tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara. Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya dan sampai di sana sekitar jam 6 pagi untuk solat Subuh di Masjid Putrajaya.

Mereka juga mendakwa seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka. Beberapa buah bas didakwa diarah oleh seorang Datuk yang tidak dikenali masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagaimanapun selepas menyedari perjalanan mereka diekori, secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke sebuah resort berhampiran. Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.

27,293 PR dapat MyKad

Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011.

Bagi Suhaizan, ianya satu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup dan mereka terpaksa bersaing dengan warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini.

"Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilianraya ke-13," katanya./mc


Minah Ni Menyamar Jadi Pegawai Khas PM..

Posted: 14 Oct 2011 10:00 PM PDT

Tidak siapa menyangka, Pegawai Khas Perdana Menteri, Nurhidayah Binti Abdullah @ Helen Lim, adalah seorang penyamar yang hebat kerana Jabatan Perdana Menteri mengesahkan tidak ada Pegawai Khas yang ditugaskan ke Sabah dan Sarawak. Kehebatan Nurhidayah memperdaya mangsa yang terdiri daripada tokoh politik, peniaga dan Ahli Parlimen Malaysia, terutamanya Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi; menunjukkan dakwaan pemerhati politik bahawa hubungan antara Perdana Menteri dengan Wakil Rakyat semakin jauh kerana dipisahkan Facebook dan Twitter.

Menurut siasatan Sabahkini.net, Nurhidayah bijak memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri yang dihantar untuk membantu dan memantau tadbir urus Wakil Rakyat. Malangnya tidak ada seorang Ahli Parlimen yang berani menghubungi Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara untuk mempastikan kesahihan Pegawai Khas berkenaan sehingga ramai di antara mereka tertipu dengan penyamaran Nurhidayah, yang suka memarahi kakitangan awam yang gagal memberikan perkhidmatan kaunter yang memuaskan.

Antara Jabatan yang menjadi mangsa 'Pemerdayaan Nurhidayah' ialah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Air dan Jabatan Pendaftaran Negara di Lahad Datu; yang dimaki hamun sesuka hati atas kesilapan kecil dan mencampuri urusan pentadbiran.

Namun tidak ada sesiapa mengesyaki Nurhidayah menyamar kerana berjaya menjual nama Perdana Menteri dan Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor dan berselindung di sebalik imuniti dan aura Wakil Rakyat bagi mengaburi mata semua pihak. Nurhidayah telah menjadi 'Ikon' rakyat di Parlimen Silam kerana telah berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat seperti bekalan air; bekalan elektrik; masalah kad pengenalan dan sijil lahir; dan pelbagai isu rungutan rakyat.

Baca lagi di sini.

Addin :

Yang aku pelik..kenapa tak dilaporkan pada polis??



Lagi Rakyat Malaysia Di Culik Di Filipina

Posted: 14 Oct 2011 06:00 PM PDT

Krew Sabahkini.net di Tawi-Tawi (11 Okt 2011) telah memaklumkan bahawa seorang lagi warga Malaysia berbangsa Cina telah diculik di Sitangkai dua hari lalu. Peniaga Cina berkenaan yang namanya belum diketahui berusia 40-an dipercayai tiba ke Zamboanga sebelum meneruskan perjalanan ke Sitangkai. Seorang Kapten Barangay (Ketua Kampung) yang meminta namanya dirahsiakan, mengesahkan satu kumpulan seramai lima orang telah menculik peniaga berkenaan, namun pihaknya masih menjalankan siasatan./sabahkini


Tiada ulasan: