Sabtu, 15 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Bangsa Umno dilarang baca, mampuih hidup balik pun hampa tak paham...

Posted: 15 Oct 2011 10:25 AM PDT

Siapa kita?

Blog Picture2U

Sultan Brunei dengan hukum Hudud. Anda siapa?

Kalau nak berlagak buat dunia sendiri, buatlah udara sendiri..

Pompuan pun dah berani hamput dia, buat malu betoi... kahkahkah...

Posted: 15 Oct 2011 07:30 AM PDT

Ketua Wanita gesa Dr Koh tak bertanding dalam PRU

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu di persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini, bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada PRU berkenaan serta membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus 'hidup' selepas PRU akan datang.

Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada PRU akan datang.

"Kita nak dia ubah sedikit stail kepimpinan. Beliau perlu berani buat keputusan tepat dan jangan teragak-agak. Bila teragak-agak, persepsi rakyat dan ahli terhadap beliau ialah seolah-olah beliau adalah seorang pemimpin yang lemah.

"Kami mahu beliau berani membuat keputusan, tetapi ini tidak bermakna kami mahu beliau meletak jawatan," katanya.

Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada PRU akan datang.

"Saya tak ada masalah bertanding atau tidak, atau dipancung, tak ada masalah. Tapi yang penting saya mesti bertanggungjawab supaya parti tidak dipandang rendah oleh orang ramai," katanya.

Ahli parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.

"Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Tan yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mengingatkan anggota Wanita agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dan semua calonnya.

"Kita dah setuju bersama BN, BN adalah keluarga besar kita. Saya tak nak ada yang belot dan tak setia pada parti. Tak kira siapa (calon BN) yang bertanding, kita mesti undi," katanya.

Sementara itu, dalam persidangan Majlis Anggota Seumur Hidup (LMC) Gerakan hari ini, beberapa anggota menasihatkan Koh yang mempengerusikan mesyuarat selepas Pengerusinya Tun Dr Lim Keng Yaik tidak dapat hadir kerana jangkitan pneumonia, agar lebih tegas dalam memimpin parti.

Mereka berkata Koh yang memegang jawatan itu sejak April 2007, terlalu berlembut dan ini boleh menghalang parti daripada melangkah ke hadapan.

Ditemui selepas mesyuarat tertutup itu, Sow Siew Yong yang menyertai Gerakan sejak 1976, berkata semua perwakilan menghormati Koh, namun beberapa orang mengambil peluang menyuarakan kritikan mereka.

"Itu sajalah, ada yang kritik dia lembut sikit dalam membuat keputusan, jadi banyak yang bangun suruh dia berubah sikit," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun kata Sow, tidak ada seorangpun yang meminta Koh melepaskan jawatan presiden.

Dr Chee See Choke yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkata antara cadangan yang dibangkitkan LMC ialah agar Koh bertindak berani dalam perkataan dan tindakannya.

"Ya, tidak ada yang minta beliau berundur tapi mereka mahu beliau lebih tegas, mahu lebih banyak tindakan diambil," katanya yang menyertai Gerakan pada 1980.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata semua anggota parti harus merapatkan barisan dan bersatu di belakang Koh.

"Beliau dipilih secara demokrasi. Suka atau tidak beliau masih presiden kita dan semua harus berdiri di belakang beliau.

"Saya fikir adalah suatu yang tidak betul untuk meminta presiden meletak jawatan tanpa alasan kerana kepimpinan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya untuk Koh. Tentu buruk jika Koh berjalan dan berarak sendirian tanpa siapa di belakangnya.

"Bukan ini yang kita mahu dalam Gerakan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran persidangan sayap itu.

- Bernama

Sahih mahasiswa ni dah terlebih ajaq... haha...

Posted: 15 Oct 2011 06:30 AM PDT

Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu," katanya.

Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.

Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.

Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini," ujarnya.

Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.

"Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.

Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.

Menurutnya, "Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa" begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.

Bab mentekedarah memang laju puak-puak nih...

Posted: 15 Oct 2011 05:30 AM PDT

BN anjur Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi Daging di kerusi Anwar

BUKIT MERTAJAM, 15 Okt – Lebih 3,000 orang menghadiri Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi Daging yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Permatang Pauh di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata program yang bermula sejak semalam itu berjalan lancar dan sangat meriah.

"Semalam saya difahamkan hampir 1,000 orang hadir menyaksikan persembahan Wayang Kulit Seri Asun yang diadakan di padang sekolah," katanya ketika merasmikan program itu di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata program kenduri itu mampu menjadi platform semangat bekerjasama masyarakat dan menjadi perantaraan untuk memulihara kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum.

"Program itu juga akan memberi ruang kepada pemimpin untuk mendekati masyarakat bagi mengenal pasti masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh komuniti serta masyarakat setempat," katanya dipetik Bernama Online.

Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi Daging itu merupakan sebahagian program yang telah diatur di bawah Program Merakyatkan Seni (PMS) anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Najib main nombor pulak dahh...

Posted: 15 Oct 2011 04:32 AM PDT

Nik Aziz dok berbisik apa pulak dahh... haha...

Posted: 14 Oct 2011 08:55 PM PDT

Makin senak bini Rosmah, makin semak laki Najib... kahkahkah...

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mustahil Anwar Meliwat

PULAU PINANG 13 OKT : Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin.

Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.

Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar.

"Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang. 0120

"Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh."

Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008.

Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini.

Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor.

Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah.

Sembang pun kena tapis-tapis gak...

Posted: 14 Oct 2011 03:30 PM PDT

Kesan cakap tak bertapis

Sewaktu orang tua kita muda-muda dahulu, terdapat majlis kecil dan tidak formal harian yang dinamakan sembang kedai kopi. Sekumpulan orang kampung, biasanya kakitangan kerajaan yang sudah pencen, ataupun pekerja di ladang atau sawah yang sudah habis bekerja, bersembang kosong di kedai kopi.

Perkara yang disembangkan itu bisa sekali hal-hal yang menjadi masalah Pak Menteri. Sumber maklumat mereka yang bersembang adalah berita akhbar yang terletak di kedai kopi.

Berita-berita sensasi di akhbar tidak kira berita skim bantuan baja padi kepada petani, isu pelajar lembam, perang di Vietnam mahupun cerita album baru penyanyi pop yeh-yeh, Jefridin menjadi topik perbincangan.

Biasanya akan ada seorang pembaca berita yang menyampaikan apa yang ditatapnya. Ceritanya akan disampuk oleh teman-teman yang duduk semeja. Biasanya ramai yang akan mengiakan apa yang disampaikan oleh si penyampai berita. Suasana yang riuh rendah itu akan menarik mereka daripada meja-meja lain untuk duduk sama mendengar dan bersembang.

Sembang-sembang juga berlaku di surau-surau selepas Maghrib hingga waktu Isyak, di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis tahlil atau sembang-sembang di tepi sungai sambil membasuh kain atau di halaman sambil menyidai baju bagi orang perempuan. Pendek kata, inilah cara berkomunikasi dalam isu-isu sosial bagi orang dahulu.

Semakin kita maju, sembang kedai kopi sudah bertambah tempat ke coffee house. Cuma, sembang di coffee house biasanya terfokus kepada dua perkara utama sama ada politik atau bisnes kerana ia adalah salah satu bentuk bersosial yang wajib bagi golongan kian mendapat tempat di dalam masyarakat ketika itu, iaitu golongan politikus mahupun usahawan.

Namun, pada hari ini, dengan adanya alam siber, sembang di kedai kopi telah dibawa ke dalam ruangan-ruangan forum, blog, laman sosial seperti facebook dan twitter. Melihat kepada banyaknya laman sembang di alam siber ini, ia sah menunjukkan kita pada hari ini memang suka bersembang.

Bezanya, kalau dahulu topik yang dibincangkan lebih banyak perkara-perkara yang serius berkaitan agama, bangsa, negara, kampung, atau maruah, tetapi pada hari ini, agenda sembang-sembangnya sudah tiada sempadan ~ tiada sempadan topik sembang, tiada sempadan benar atau fitnah, dan tiada sempadan usia mereka yang berbicara.

Adakah perkara ini sihat? Pada dasarnya ia sihat kerana memberi peluang dan ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengeluarkan pendapat. Masyarakat dikatakan semakin terbuka dan matang. Bagaimanapun, bila kita menelusuri dan meneliti sembang-sembang yang dipaparkan, kita akan dapati ramai di kalangan kita sebenarnya bukan semakin terbuka, malah semakin jumud fikiran. Bukannya semakin matang, sebaliknya makin kebudak-budakan.

Apabila peluang sudah terbuka bagi semua orang memperdengarkan suaranya kepada dunia, masing-masing akan menzahirkan pandangan dan perasaan tanpa mengira sama ada suaranya mengenai perkara benar atau salah, berfaedah atau mendatangkan mudarat.

Jika dahulu, sembang kedai kopi yang ditokok tambah hanya dihadiri oleh pendengar yang terhad, kini berpuluh, beratus, malah beribu orang boleh menatap serta memberi respons terhadap apa yang diperkatakan. Baguslah, kalau topik yang diutarakan itu bermanfaat.

Sebaliknya, kalau topik pembuka bicaranya hanyalah melepas perasaan dengan menjerit 'ooh' atau 'ahh' apa ke halnya? Ianya tentu tidak berfaedah dan malangnya ia mengheret orang lain untuk bersama-sama bercakap perkara yang tidak berguna itu.

Lebih malang lagi, bila ada di kalangan kita menganggap dunia tanpa sempadan alam siber ini seolah-olah juga dunia yang tanpa dosa. Tidak hairanlah kalau seseorang yang tertib dan berakhlak di alam nyata tiba-tiba menggunakan bahasa yang celopar, biadab dan seperti kurang ajarannya.

Meskipun sembang di kedai kopi itu bebas, ia tidak menjejaskan apa-apa. Sebaliknya, sembang di alam siber menggalakkan anarki bahasa, anarki fikiran yang telah mencetuskan anarki tindakan yang boleh meruntuhkan tamadun bangsa. Ia bagus seandainya tamadun yang diruntuhkan itu digantikan dengan tamadun baru yang lebih baik. Namun, tamadun sesuatu bangsa yang runtuh itu biasanya tidak bisa dibina kembali.

Mana ada sesebuah tamadun bangsa yang runtuh boleh terbina semula kecuali replika arkitekturnya sahaja?

Riwayat Bukhari dan Muslim: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." Barangkali, berkata baik atau diam itu mempunyai implikasi yang besar dan penting bukan sahaja untuk menjaga diri, malah terangkum untuk menjaga tamadun bangsa. Wallahualam.

Tiada ulasan: