Sabtu, 1 Oktober 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Setiap saat gua lewat adalah sakit padanya.

Posted: 01 Oct 2011 03:43 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna


"Gua takda helmet ni bro.."

"Tanya Poji."

"Ji.. mu ado topi?"

"Takdo."

"Takper.. lu kan gedebe. HUSM dekat jer tuh."

Dari rumah Poji, gua n Jeming naik EX5 ke HUSM. Cari di mana kedudukan balai kecemasan. Sampai traffic light, belok kiri. Masuk HUSM.

"Lu terus Ka.. terus."

"Masuk alik parking tu Ka."

"Ait?"

"Tu bukan?"

"Ho..ho.. nu.. Alik nu."

Gua keluar balik dari parking area menuju ke ambulans banyak2 tu.

"Maaf be.. tupe tanyo deh. Kecemase sini ko?" Jeming tanya Pak Guard di situ.

"Ho.. ado gapo tu?"

"Gini be.. bla bla bla.."

"Nu... kalu mu hantar sano dulu. Register baru sini. Kalu male lah. Kalu sie, register sana jah."

Masuk gear 1, pergi semula tempat tadi. Parking. Tanya petugas kaunter di situ.

"Gini be.. bla bla bla... bla bla bla."

"Ho.. sini la. Bawa wad 1 tingkat atas. Tangga boleh, lif boleh. Serah di situ, kemudian register."

"Register kad pengenalan saya ke, isteri?"

"Isteri. Buku merah tu tinggal pada isteri."

"Terima kasih deh."

Gua dengan Jeming naik tingkat 1. Guna lif. keluar lif, kiri atau kanan?

"Tu.. tulis wad bersalin."

Gua masuk dan tanya.

"Maaf. Nak bertanya la. Isteri saya mengandung dah 9 bulan lebih. Ni kira rehearsal la. Latihan. Nanti senang."

"Ooo.. anak sulung la ni. Ok. Serah isteri di sini. Dengan buku merah jambu. Kemudian suami pergi daftar di bawah."

"Kalau malam?"

"Kalau lepas waktu pejabat, daftar di wad kecemasan."

"Ok.. terima kasih deh."

Settle. Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan gua dan isteri nanti. Setiap saat gua lewat dan tercari2, adalah sakit kepada isteri gua.



Hot! : Blogger UMNO bersumpah mahu bunuh Namewee?

Posted: 30 Sep 2011 09:59 PM PDT

Panas! Hot! Ini adalah sumpah keramat blogger UMNO dan juga blogger Hasan Ali / Nash dan Hadi Awang. Mahaguru58.

Sumber : http://mahaguru58.blogspot.com/2011/09/najib-tun-razak-jika-nak-kalah-pru13.html





Saya tidak bersumpah kosong brader. Sudah lama saya bersabar!


Jumpalah Namewee dan saksikan lah nanti perubahan prinsip perjuangan membela agama, bangsa dan negara pada diri blogger ini dan ramai yang lain lagi!


Dan ini pula adalah video Najib Razak menyokong Namewee sebelah Muhyidin di atas platform Majlis Tertinggi UMNO.



Apa pelajaran / kesimpulan yang boleh kita, rakyat Malaysia pelajari?

Mahaguru58 akan berubah perjuangan? Kerana Namewee? Seorang mamak yang berjuang kerana mahu mendapatkan status Melayu akan meninggalkan pemberi status?

Saudara.... selain dari komunis, satu perkara lagi yang 10 cakap, 11 tipu ialah komamak. ini pula video komamak kantoi menipu.



Hahaha.. layan henpon Jean Francois yang pink kaler lagi baik. Niamakahai punya komamak.



Dalam banyak2 setan Melayu yang direjam, seltan Johor paling celaka.

Posted: 30 Sep 2011 06:21 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Mula2 gua nak story lu orang 2 cerita. Cerita pertama member sekerja gua. Pak Guard X. Gaji kami guna Bank BSN. Sebab ATM Bank Islam terdekat, maka, dia mengeluarkan duit menggunakan ATM Bank Islam. Tapi Pak Guard X ni keluar duit sikit2. RM10, pastu esok RM10. Lebih kurang macam tu la.

"Abe X... rugi la keluar sikit2 macam ni. Guna ATM lain, dia charge RM1 sekali keluar duit. Kalau 3 kali, dah rugi RM3."

"Biar la.. kawe tak halal duit kawe tu ko dio. Dah kayo nok kayo lagi."

Gua tepuk dahi dalam hati.

Cerita kedua ialah gua keluar minum dengan Pak Guar Y. Di Kubang Kerian. Bila balik menghala ke Pengkalan Chepa, sangkut di traffic light depan HUSM. Di situ ada skrin besar yang menayangkan iklan.

"Tokleh pakai TV ni."

"Apsal plak?"

"Ulang cerita tulo." (Ulang cerita sama).

Gua tepuk dahi dalam hati. Dah nama iklan. Iklan yang dibayar sahaja la ditayangkan.

[2]

Apa yang gua nak sampaikan, itu adalah satu dunia yang wujud. Dunia sektor pekerjaan seperti Pak Guard. X dan Y adalah pengundi BN yang setia. Satu jenis kualiti intelek tertentu. Depan TV3, untuk tajuk isu Lim Guan Eng - Johor, mereka marah LGE. Gua pula berkata begini :

"Kalau ada media, cacing boleh jadi naga. Naga boleh jadi cacaing. 20 tahun BN burukkan Kelantan, sama ada depan rakyat, atau depan pelabur asing, ada lu orang sebagai rakyat Kelantan kisah? Ada sultan Kelantan diheret sama?"

Sebenarnya, LGE cuma bandingkan indeks jenayah Johor dengan Pulau Pinang. Kalau BN bandingkan indeks HIV Kelantan apa cerita pula? Tu pun sebab Hospital Tumpat menjadi pendaftaran pesakit HIV di Malaysia.

[3]

Kemudian gua tengok cerita Hawai Five O. Tiba2 siaran tergendala bila mesin kilang beras sebelah on. Muncul suara dalam TV.

Baka Johor dayus. Jgn kata air, udara dan pulau... Namawe pun xleh settle. Khak ptuih. Dlm byk2 seltan Melayu, setan Johor paling celaka. Yang direjam. 2-3 penggal nanti corak pemerintahan Malaysia berubah. Lu langgar jer setan tu macam lu langgar Hadi.

Namewee pun tak bleh settle? Kah3... dasar baka dayus.



Najib Razak sokong Namewee melalui Majlis Tertinggi UMNO, beb.





Terhot minggu ini : PASTI di Taipan, Senawang.

Posted: 30 Sep 2011 05:55 PM PDT

No telefon Cikgu Siriyaton : 013 3734077




Ulasan lewat Mat Indera dari rakan Johor.

Posted: 30 Sep 2011 05:34 PM PDT

Oleh : Lelaki Ini

Assalamu'alaikum.

Sori bro. Lambat tunai janji. Ramadhan & Syawal tahun ni gua sibuk sket. Isu Mat Indra dah basi ke? Wakaka.. Gua baru nak respon. Anyway ni pandangan dan pemerhatian gua. Lu rasa ok lu publish la.

Pencerobohan US di Afghanistan / Iraq = Penjajahan British di Tanah Melayu.

2001, US menceroboh Afghanistan. US membekalkan senjata, logistik dan bantuan tentera bersekutu kepada Ahmad Shah Massoud dan Pakatan Utara ( kumpulan penentang kerajaan Taliban yang berpangkalan di Mazar e-Sharif ), dengan syarat Pakatan Utara mesti menjadi barisan hadapan ( frontline ) ketika menyerang pejuang Taliban.

Pakatan Utara membunuh saudara seagama dan sebangsa sendiri. Taliban pula memerangi anjing US demi mempertahankan tanah air. Shah Massoud terbunuh. Presiden boneka Afghanistan lantikan US, Hamid Karzai mengiktiraf Massoud sebagai wira negara hingga memberi cuti umum pada setiap 9 September.

Apa pendirian kerajaan Malaysia ketika itu? Kerajaan Malaysia memuji Massoud, menyokong pengkhianat Pakatan Utara dan mengutuk kerajaan Taliban. Pendirian ini tidak sukar ditelah. Situasi Afghanistan sama seperti Tanah Melayu sebelum 1957. Penceroboh US adalah penjajah British. Hamid Karzai, Shah Massoud dan Pakatan Utara adalah UMNO. Taliban / rakyat Afghanistan yang mempertahankan tanah air adalah gerakan rakyat PKMM, PKM, AWAS, API dan lain-lain.

Anggota keselamatan rakyat tempatan di Afghanistan dan Iraq.

Semasa tempoh penjajahan US ke atas Afghanistan dan Iraq, mereka membuat pengambilan ( rekrut ) anggota polis dan tentera dari kalangan rakyat tempatan. Anggota keselamatan rakyat tempatan ini berkhidmat untuk kerajaan US. Mereka diberi latihan, senjata dan elaun. Mereka ditugaskan di kawasan dan dalam operasi yang berisiko tinggi, seperti menjaga proses pilihanraya, mengawal lokasi aktiviti yang melibatkan Presiden boneka dan mengiringi konvoi logistik.

Selain daripada ingin mengurangkan risiko kematian dan kecederaan di kalangan tentera US, langkah ini juga bertujuan untuk membuatkan pihak pejuang berfikir dua kali sebelum menyerang kepentingan US, sekaligus memberikan imej negatif kepada pihak pejuang sekiranya serangan dilakukan, terutamanya jika melibatkan kematian anggota keselamatan tempatan.

Namun, Taliban dan pejuang Iraq telah beberapa kali menyerang pusat latihan tentera / polis, pos-pos kawalan dan konvoi tentera, yang melibatkan kematian dari kalangan anggota keselamatan rakyat tempatan. Tidak timbul soal bangsa Arab lawan Arab. Bangsa Pashtun lawan Pashtun. Tapi antara pengkhianat dan pejuang tanah air.

UMNO taksub pada jenama.

Jika benar UMNO membenci PKM kerana ideologinya, di mana salahnya rakyat Tanah Melayu menggunakan platform ( jenama ) ini untuk melawan penjajah British ( setelah platform lain diharamkan kecuali UMNO )?

Adakah kerana fahaman 'radikal', peranan Taliban dalam usaha memerdekakan Afghanistan dinafikan?

Adakah kerana fahaman Syiah, peranan Muqtada Al-Sadr dan Tentera Mahdi dalam usaha memerdekakan Iraq dinafikan?

Rakyat Mesir menentang kezaliman Hosni Mubarak tidak mengira agama, fahaman dan jenama. Muslim, Kristian, Buddha, komunis, atheis.

Rakyat Libya menentang kezaliman Muammar Gaddafi tidak mengira agama, fahaman dan jenama. Muslim, Kristian, Buddha, komunis, atheis.

Bukan setakat anggota HAMAS dan Fatah, malah paderi dan penganut Kristian di Palestin turut bersatu berusaha memerdekakan bumi Palestin. Malah rahib-rahib Yahudi di UK dan US turut memprotes bumi haram Israel dan kekejaman tentera Zionis.

Di kalangan para pejuang semua ni, ada ke kategori Haluan Kanan dan Haluan Kiri? Tapi Malaysia special beb. Pejuang kemerdekaan pun ada kategori. Kategori pejuang kemerdekaan hanya wujud di Malaysia!

Lu masuk UMNO lu haluan kanan. Walau lu tak berjuang dan hanya makan tido berak kat rumah, asal lu register UMNO, lu adalah pejuang!

Lu masuk PKMM, PKM, AWAS, API yang diharamkan British lu haluan kiri. Walau lu berjuang tak makan tak minum tak tido, tinggal anak bini, bermandi peluh dan darah, lu tetap gerakan haram. Lu bukan pejuang. Lu pengkhianat sebab lawan polis British berbangsa Melayu!

UMNO dan BN memang taksub pada jenama beb. Bagi mereka, biar makan rasuah, biar togak arak, biar bunuh rakyat Memali, biar tindas rakyat miskin, biar layan video seks, biar pisahkan anak bini dengan suami pakai ISA, takpe… asalkan pakai batch UMNO. Jenama UMNO. Jenama lain pegi mampos!

Sentimen Bukit Kepong.

Setelah memainkan elemen jenama / kategori, UMNO memainkan elemen sentimen. Sangat mudah. Polis-polis British di Bukit Kepong tu semuanya Melayu. Kalau Cina atau India, janganlah UMNO nak kisah, Jins Samsuddin pun tak kuasa nak buat filem.

Filem Bukit Kepong, elemen sentimen jauh lebih ditekankan pengarah dari elemen sejarah. Tak caye? Tayangkan filem ni kepada 10 orang Melayu. Tamat, cek tekanan darah dan bebola mata masing-masing. Berapa kerat yang mula mengkaji sejarah selepas filem ini? Selebihnya melayan emosi membenci Cina. Realiti.

( Kenapa Syamsul Yusuf dan SKOP Production sibuk nak buat semula filem Bukit Kepong? Kenapa tidak kisah Dato Maharajalela, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Salleh atau Rentap? Jika pengarah muda itu berniat nak paparkan sejarah yang lebih lengkap, menyeluruh dan terbuka dalam filem barunya tu, gua ucap tahniah dan selamat berjaya. Tapi kalau lu nak ikut jejak langkah Suhaimi Baba melalui filem Hati Malaya 1957, gua faham sangat matlamat lu. Kalau jadi, ajak sekali Ketua Pemuda PAS Pusat jadi pelakon tambahan. Dia memang minat industri hiburan ni ).

Hasilnya, beratus-ratus bekas tentera tiba-tiba muncul menghentam Md Sabu. Cabar nak jumpa. Tunjuk kaki kudung. Story pertempuran dengan komunis sana sini tahun 1960 an, 1970 an. Hello uncle. Md Sabu story sebelum merdeka. Kes Bukit Kepong 1950. Selepas merdeka dan British berambus balik, siapa pemimpin PAS yang sokong gerakan militari komunis di hutan? Cer cite…

Itu la hakikatnya golongan saluran 1 ni. Tahap intelek faham-faham sendiri la. Sumber info terhad. Kiblat Media Prima. Senang sangat kena main. Cuit sentimen sikit je. Ramai-ramai mengamuk. Isu sebenar tak tau dan tak nak amik tau. Goreng sikit, ramai-ramai pulang wang 'judi' RM100 kerajaan Penang. Alahai saluran 1. UMNO masih mampu merangkak sebab lu orang masih hidup. Kalau tak, dah lama UMNO tersembam ke lubang kubur.

UMNO konsisten dengan sifat BANGSATnya. Dulu, kini dan selamanya.

Najib kata komunis China sekarang adalah Komunis Alaf Baru. Tak sama dengan PKM dulu. So, hubungan diplomatik. Menantu ada salasilah komunis pun takpe. Maka, iktiraflah juga komunis Korea Utara! Kenapa tidak wahai Najib?

Kesimpulannya mudah. Sejak dulu hingga kini, Kerajaan UMNO dan BN memang istiqomah berkiblatkan US, bertuankan Zionis Israel. Maka acuan, pemikiran, arahan dan tindakan semuanya dari sana. Tak payah la nak cop Singapore tu Israel Asia. Beza Malaysia dan Singapore pun hanya pada agama dan bangsa pemerintah je. Acuan dan pemikiran tetap sama. Tuannya tetap sama. APCO tetap jadi sahabat sejati.

Maka kayu ukur US dan Zionis Israel lah yang menjadi penentu pendirian dan sokongan kerajaan Malaysia. Sokong Fatah tapi tolak kerajaan sah HAMAS. Sokong pengkhianat Pakatan Utara dan tolak kerajaan Taliban. Sokong komunis China tapi tolak komunis Korea Utara. Istilah 'pendirian Malaysia' hanyalah kosmetik yang melindungi sikap sebenar yang bertuankan US dan Zionis.

Kesan ke atas rakyat Johor.

Md Sabu dan rombongan PAS Johor pernah dihalau masa nak jumpa waris anggota polis Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar di Taman Skudai Kanan, JB. Gua kenal sangat dengan ketua penghalau rombongan PAS tu. Ketua UMNO Cawangan. Malah penduduk Taman Skudai Kanan yang dahulunya penghuni setinggan Kampung Skudai Kanan, memang majoriti penyokong UMNO. Fixed deposit untuk Parlimen Pulai. Tak heran lah.

Gua dan rakan ada melakukan culaan di beberapa kawasan bandar dan setinggan dalam kawasan Parlimen Johor Bahru, Pulai dan Tebrau. Peralihan sokongan berikutan isu ini tidak begitu ketara. Rata-rata penyokong UMNO dari saluran 1 hingga 5 tetap menyokong UMNO dan memaki Md Sabu. Penyokong PAS tetap bersama PAS.

Pengundi atas pagar yang ditemui, hanya 7% yang memberi reaksi negatif pada PAS, tapi belum pasti memberi undi kepada BN. Atas pagar selebihnya lebih mengambilberat soal kebajikan, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Bagi mereka perang mulut seperti ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Menang atau kalah, sejarah tetap begitu. Yang pergi tetap pergi.

Itu kawasan bandar. Bukit Kepong terletak di Muar. Antara kawasan yang terkena tsunami PRU12. Kawasan berdekatan, DUN Sungai Abong dan DUN Maharani dimenangi PAS. Parlimen Bakri dimenangi DAP. Gua yakin undi Cina Muar akan kekal bersama Pakatan dalam PRU13, selepas memberikan undi mereka pada PRU12, insya Allah. Undi Melayu? Adakah Melayu Muar lebih pentingkan nasib dan kebajikan generasi mendatang atau lebih utamakan sentimen Bukit Kepong dalam PRU13? Susah nak cakap. Kena buat culaan tu.

Pada gua, isu ni sama seperti isu lain. Isu wang 'judi' warga emas, isu rampas warong mamak, isu kepala lembu, isu gereja dan lain-lain. Setiap isu ada golongan sasaran yang terjejas. Kali ni ialah golongan pesara polis / tentera yang tak faham isu. Ada atau tiada isu Mat Indra, golongan ini tetap berkiblatkan RTM dan Media Prima. Tetap terhad sumber maklumatnya.

Sementara bagi golongan muda warga internet, mereka tetap luas sumber maklumatnya. Tetap mendapat pendedahan meluas dari pelbagai pihak dan sumber. Semakin banyak isu, semakin banyak pembongkaran, pendedahan dan pencerahan. Semakin kuat kefahaman mereka terhadap sesuatu isu. Tiada paksaan. Tiada sekatan. Tiada had. Bergantung pada tahap intelek masing-masing untuk memahami dan menafsir sesuatu.

Wallahua'lam.



Tiada ulasan: