Sabtu, 1 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Ek ellehh... 150,000 ja punnn....

Posted: 01 Oct 2011 11:00 AM PDT


ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti

Aidila Razak
ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.

Kejayaan UMNO mengkafankan bangsa...

Posted: 01 Oct 2011 10:38 AM PDT

Hasil perjuangan memartabatkan bangsa Melayu selama lebih dari 54 tahun oleh Umno... kahkahkah... Dah tu jangan dok heran la bila Umno pun tak suka orang lain nak tegakkan Islam...

Guan Eng layan TV3 macam anjing buruk kepala

Posted: 01 Oct 2011 07:26 AM PDT

Wartawan TV3 Kena Halau? Padan Muka!

PULAU PINANG 29 Sept. - Selepas akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times, stesen televisyen TV3 menerima nasib sama hari ini apabila dihalang daripada membuat liputan sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Tindakan berkenaan dibuat sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP itu ditanya seorang wartawan mengenai tindakannya memburuk-burukkan Johor semasa temu bual dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Menurut wartawan TV3, Selvam Arjunan, 27, Guan Eng secara tiba-tiba 'menghalaunya' keluar dari bilik sidang akhbar itu dengan alasan dia tidak sesuai berada di situ kerana kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut berhubung beberapa isu.

"Bila soalan itu ditanya wartawan Malaysiakini, Guan Eng terus berkata dia tidak akan jawab soalan itu selagi saya berada di situ. Bila saya tanya kenapa, dia menjawab tunggulah nanti, ada banyak isu membabitkan TV3 lalu saya diminta keluar.

"Saya benar-benar kecewa dengan tindakannya itu. Dia (Guan Eng) selalu meminta supaya diberi ruang untuk membalas setiap komen yang dibuat terhadapnya, tetapi bila diberi ini balasannya, dihalau begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Difahamkan, sidang akhbar yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu pada mulanya berjalan seperti biasa apabila Guan Eng mengulas mengenai isu bantuan untuk mangsa kebakaran dan persoalan yang diutarakan pemimpin MCA mengenai tender terbuka.

Bagaimanapun, sebaik sahaja soalan mengenai isu memburukkan Johor ditimbulkan, Guan Eng terus menghalau wartawan terlibat dari sidang akhbar itu pada kira-kira pukul 1.15 petang.

Lagi bukti Malaysia memang pelik...

Posted: 01 Oct 2011 05:30 AM PDT

MEMFITNAH ORANG MATI- MALAYSIA BOLEH ?
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dengan pertuduhan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Sepertimana yang semua tahu Mahkamah telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM 15,000-00 . Pihak pendakwa pula pada asalnya menawarkan jaminan sebanyak RM 50,000-00. Saya membantah tawaran pendakwa tersebut yang saya sifatkan sebagai tidak masuk akal kerana tujuan jaminan hanya sekadar untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah .

Saya hujahkan jaminan RM 50,000-00 adalah terlalu tinggi dan boleh dikira bersifat menghukum tertuduh sedangkan prinsip undang-undang jenayah adalah seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Saya juga hujahkan Mohd Sabu bukanlah "flight risk" ( orang yang berisiko akan melarikan diri ) kerana terbukti meskipun beliau dihentam habis-habisan selama lebih kurang 17 hari tanpa henti oleh Utusan dan pihak-pihak lain beliau tidak melarikan diri. Saudara Aminuddin Zulkifli yang turut membantu saya juga berhujah bahawa Mohd Sabu juga telah berkerjsama dengan pihak polis apabila diminta hadir ke Balai Polis sehari sebelum beliau didakwa.

Isu sama ada Mohd Sabu benar-benar memfitnah polis-polis di Bukit Kepong masih awal untuk ditentukan . Namun apa yang menarik untuk dilihat nanti adalah bagaimana sistem kehakiman negara ini akan mendepani isu tuduhan memfitnah polis-polis di Bukit Kepong pada tahun 1950 tersebut..

Pihak pendakwa yang berketuakan Peguam Negara yang penuh kontroversi, Tan Sri Ghani Patail memilih untuk mendakwa Mohd Sabu kerana dikatakan memfitnah polis-polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Kini semua orang tahu isu Bukit Kepong juga tidak dapat lari dari seorang individu yang bernama Mat Indera .

Dalam perbahasan yang kita boleh baca di media-media massa dan juga alam siber timbul polemik adakah benar polis-polis di Bukit Kepong tersebut benar-benar wira sebenar atau mereka juga boleh didakwa sebagai petualang bangsa kerana berkhidmat dengan penjajah British ? Timbul juga polemik yang sama iaitu sama ada Mat Indera yang diburu dan digantung oleh Penjajah British adalah seorang wira atau seorang petualang kerana melawan British ?

Dalam keadaan polemik yang timbul dan masih belum selesai itu memang susah untuk akal kita menerima bagaimanakah dan kenapakah hanya orang yang dikatakan memfitnah polis-polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka sahaja didakwa di Mahkamah sedangkan mereka yang mendakwa Mat Indera seorang yang berfahaman Komunis yang dikatakan kejam dan ganas ( seperti dakwaan Menteri Besar Johor ke atas Mat Indera ) tidak pula didakwa oleh Ghani Patail ? Inilah risko yang Najib dan Kerajaan BN tanggung apabila mereka membawa isu pentafsiran sejarah ke dalam dewan Mahkamah .

Ramai yang mungkin pernah menonton filem Titanic. Di dalam filem tersebut digambarkan First Officer William McMaster Murdoch ( tokoh bangsawan yang kaya raya ) yang berkahwin dengan wanita biasa yang dilakonkan oleh Kate Winslet adalah orang yang kejam dan telah menembak para penumpang kapal Titanic yang karam itu . Apa yang berlaku selepas kematian William McMaster Murdoch didapati bahawa bukan sahaja tiada kejadian tembakan berlaku pada malam kapal Titanic karam malahan William McMaster Murdoch adalah hero sebenar di dalam tragedi tersebut kerana beliaulah yang telah memberikan jaket keselamatannya kepada penumpang dan akhirnya beliau sendiri yang mati bersama-sama kapal Titanic yang karam. Bagaimanapun Pengarah dan Penerbit filem Titanic , James Cameron bernasib baik kerana tidak tinggal di Malaysia . Jika tidak, tidak mustahil beliau juga mungkin akan didakwa seperti Mohd Sabu.

Sebagai peguam yang mengetuai pasukan pembela Mohd Sabu ini saya masih tertanya-tanya di dalam hati bagaimanakah orang yang sudah meninggal dunia boleh difitnah ? Saya juga tertanya bagaimakah mereka akan dipanggil menjadi saksi-saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah bahawa mereka difitnah ? Seram sejuk setiap kali saya memikirkan hal tersebut .

Pengetahuan undang-undang saya yang terhad terhadap undang-undang fitnah mengajar saya bahawa di bawah sistem "common-law" peraturan yang terpakai di dalam kes fitnah adalah "reputasi seseseorang itu adalah bersifat rapuh ( perishable ) sepertimana rapuhnya seseorang manusia itu . Peraturan atau prinsip tersebut dinyatakan di dalam doktrin yang dinyatakan dalam bahasa Latin " actio personalis moritur cum persona (" hak peribadi seseorang di dalam kes fitnah mati sebaik matinya seseorang itu )

Seorang hakim Inggeris iaitu Sir James Stephen telah seawal tahun 1887 menyatakan "The dead have no rights and can suffer no wrongs." ( orang yang mati tidak ada hak dan tidak akan menederita sebarang salah laku ke atas dirinya ).

Bagi mereka yang menekuni sejarah hidup orang-orang ternama di dunia ini seperti Elvis Presley, Queen Victoria , Abraham Lincoln dan Winston Churchill misalnya mereka pasti akan menemui tuduhan-tuduhan yang berbaur fitnah ke atas tokoh-tokoh ternama tersebut.

Sebagai contoh Elvis Presley dituduh seorang yang mempunyai keinginan seks ke atas kanak-kanak ( pedophile ). Queen Victoria pula dituduh seorang lesbian. Abraham Lincoln pula dituduh sebagai seorang penzina gay ( gay adulterer ) dan Winston Churchill pula didakwa konspirator pembunuh.

Kesemua tuduhan tersebut yang diterbitkan beberapa tahun kebelakangan ini adalah secara jelas fitnah per se ( maksudnya fitnah yang terlalu serius sehingga tidak perlu dibuktikan mereka telah menanggung kerugian akibat fitnah tersebut ). Bagaimanapun tuduhan-tuduhan tersebut juga berkongsi elemen yang sama iaitu kenyataan-kenyataan tersebut dibuat selepas tokoh-tokoh ternama tersebut meninggal dunia. Oleh yang demikian pihak penerbit yang menerbitkan kata-kata atau tuduhan-tuduhan tersebut tidak dibawa ke Mahkamah kerana mereka dilindungi oleh satu peraturan yang telah lama bertahan " kamu tidak boleh memfitnah orang mati".

Tidak dinafikan ramai dari kita dibesarkan dengan ajaran jangan bercakap perkara tidak baik ke atas orang yang sudah mati namun undang-undang yang masih terpakai sehingga kini adalah undang-undang yang tidak menyalahkan orang yang berbuat demikian ( memfitnah orang yang mati ). Adakah undang-undang di Malaysia menyimpang dari prinsip undang-undang yang saya sebut tadi sama-sama lah kita tunggu dan lihat !!!

Patut la Namewee senang2 dapat jumpa Najib...

Posted: 01 Oct 2011 03:30 AM PDT


'Saya difahamkan Namewee penyokong kuat 1Malaysia'


Abdul Rahim Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee "bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya".

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menggalakkan Namewee terus memberi pandangan menyokong gagasan 1Malaysia.

"Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger.

"Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencerminkan sokongan kita kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib juga berharap pihak lain terus menyokong gagasan tersebut.

Najib bagaimanapun enggan mengulas hasil karya Namewee - terkenal dengan lagu 'Negarakuku" - yang dikatakan mempunyai unsur yang tidak elok.

"Saya tidak mahu memberi komen, sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainannya.

"Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya," katanya.

Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Sementara itu, mengulas mengenai video klip 'Undilah'yang dihasilkan pemuzik Pete Teo, Najib berkata, terpulang kepada stesen TV sama ada mahu menyiarkannya atau tidak.

Video tersebut menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun video tersebut ditarik balik dari disiarkan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan arahan penarikan video itu disebabkan masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

Menarik betoi cerita nih...

Posted: 01 Oct 2011 03:10 AM PDT

Kisah Kawan Baikku Memeluk Islam.

Oleh: zharifjenn

Gambar Hiasan: Agama islam itu milik semua bangsa

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu'alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

Gambar Hiasan: Jumlah penganut Islam di China melebihi jumlah Islam di Malaysia

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah. Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham. Diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan bukan muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal. sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Ek ellehh... 150,000 ja punn...

Posted: 30 Sep 2011 11:38 PM PDT

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti

Aidila Razak
ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.

Noraniza Idris sah isteri Bilal Singapura

Posted: 30 Sep 2011 11:00 PM PDT

Penyanyi Tradisonal Noraniza Idris hari ini sah bergelar isteri kepada seorang bilal Masjid di sekitar Singapura bernama Jeffri Hudi.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Dengan penerimaan wang hantaran sebanyak RM15,000, majlis akad nikah tersebut turut disaksikan ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Majlis persandingan dijangka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

Skandal Scorpene lagiiii.... hihi....

Posted: 30 Sep 2011 09:00 PM PDT

Skandal Scorpene: Lodin Wok dan rakan korporat Najib mungkin dipetik

Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.

Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.

Razak Baginda dan Perimekar

Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.

Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan 'komisen – imbuhan' tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.

"Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Starpada Julai 2010.

Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada 'ketua penyamun', parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.

Masalah besar

Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?

RM570 million bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.

"Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah," ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung."

Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes

Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.

Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada tahun 2010 yang lalu.

Apakah 'peralihan korporat' terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai 'wang pelincir'? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?

Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.

BHIC ambil-alih Perimekar?

Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.

Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.

Semua 'kebetulan-kebetulan' tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)

Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.

"Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009. Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat 'anggaran paras rendah' untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.

Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

- Malaysia Chronicle

Patut pun Najib sayang sangat Namewee... haha...

Posted: 30 Sep 2011 07:00 PM PDT

'Saya difahamkan Namewee penyokong kuat 1Malaysia'


Abdul Rahim Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee "bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya".

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menggalakkan Namewee terus memberi pandangan menyokong gagasan 1Malaysia.

"Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger.

"Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencerminkan sokongan kita kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib juga berharap pihak lain terus menyokong gagasan tersebut.

Najib bagaimanapun enggan mengulas hasil karya Namewee - terkenal dengan lagu 'Negarakuku" - yang dikatakan mempunyai unsur yang tidak elok.

"Saya tidak mahu memberi komen, sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainannya.

"Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya," katanya.

Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Sementara itu, mengulas mengenai video klip 'Undilah'yang dihasilkan pemuzik Pete Teo, Najib berkata, terpulang kepada stesen TV sama ada mahu menyiarkannya atau tidak.

Video tersebut menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun video tersebut ditarik balik dari disiarkan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan arahan penarikan video itu disebabkan masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

Najib merapu apa nih, dah 54 tahun perintah pun nak tunggu PAS jugak...

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hudud: Putrajaya mahu lihat kesungguhan PAS, kata Najib

Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata niat melaksanakan hudud itu sudah lama dicanang oleh PAS di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Najib membatalkan surat kerajaan pusat, yang dikeluarkan pada 1994 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, menghalang negeri itu melaksanakan hukum hudud.

Malah, minggu lalu Najib juga menegaskan pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.

"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung," kata Najib(gambar, kiri) petang ini.

Najib, Presiden Umno, mengulas demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib menafikan bahawa beliau ada menyebut soal menghapuskan kuota Bumiputera dalam perniagaan seperti didakwa beberapa blog dan portal berita baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak didengari dengan jelas, beliau menegaskan apa yang disebut hanyalah peringatan kepada peniaga Bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

"Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain, tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya.

Dalam pada itu, Najib mengalu-alukan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf di atas kenyataannya memburuk-burukkan negeri Johor baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan Lim telah mengakui kesalahannya yang terlajak kata selain akur kerana bukti rakaman percakapannya itu telah diperolehi.

"Kita sudah ada recording (rakaman) dan perkara ini amat sukarlah bagi dia nak menafikan, kalau dia boleh nafikan dia takkan minta maaf," katanya.

Najib berkata banyak telah mendesak Lim supaya memohon maaf termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Maknanya dia telah terimalah kesilapan dalam hal ini," katanya.- TMI

Utusan bersalah... kahkahkah...

Posted: 30 Sep 2011 03:30 PM PDT

Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakanUtusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia danMingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Tiada ulasan: