Sabtu, 15 Oktober 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Jom Layan Video Kuliah Dhuha ustaz Azhar Di Majlis PAS Ganti Umno Pagi Tadi

Posted: 15 Oct 2011 07:43 AM PDT










Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi .

Posted: 15 Oct 2011 07:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.

"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,

"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.

Katanya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1400 tahun lalu, merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan Darul Naim berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Menurutnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mernjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah, menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik dariapad agama.

"Oleh kerana nabi Muhammad (telah) meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran, al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu,

"Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah,"soal beliau.

Justeru, kata beliau, kerajaan yang memngambil bukan Ilsam sebagai dasar, yang mengambil dasar kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW. -BO


Keluarga Sarbaini Desak Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan

Posted: 15 Oct 2011 07:30 AM PDT

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati April lalu menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengendalikan inkuiri berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor terbabit.

Tuntutan itu disuarakan peguam yang mewakili keluarga, N Surendran meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati kabinet dan seterusnya Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menubuhkan RCI tersebut.

Surendran menegaskan tindakan itu bukan bertujuan untuk menentang sesiapa tetapi demi menuntut keadilan di atas kematiannya.

Beliau mendakwa tiada ketelusan dalam inkues yang dijalankan kerana keterangan bahawa Sarbaini menerima rasuah adalah tidak berasas sama sekali dan hanya dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini seperti mana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

"Koroner yang menjalankan inkues membelakangkan undang-undang sedia ada apabila menerima keterangan yang tidak berasas bahawa Sarbaini menerima rasuah.

"Memandangkan Sarbaini tidak dapat menjawab tuduhan rasuah itu, bagaimana boleh bergantung dengan kenyataan tersebut?

Keterangan ini dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini maka inkues telah terjejas kerana ia bukan bertujuan untuk mencari keadilan.

"Maka tiada cara lain untuk dapatkan keadilan yang telus melainkan dengan menubuhkan RCI," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu termasuk ibu Sarbaini, Aishah Abd Raof, adik ipar arwah Makhtar Mansor, wakil keluarga Beng Hock dan seorang lagi wakil peguam keluarga terbabit Fadiah Nadwa Fikri.

Surendran turut mempertikaikan pelantikan Datuk Shafie Abdullah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedangkan semua sedia maklum bahawa agensi terbabit mempunyai peguamnya sendiri.

"SPRM awal-awal lagi tidak berminat dengan kes ini. Mereka hanya berminat untuk membela diri sendiri. Sepatutnya mereka berusaha untuk mencari kebenaran.

"SPRM dibiayai oleh pembayar cukai. Agensi terbabit menggunakan RM150,000 hanya untuk membayar peguam Umno untuk membela mereka. SPRM kena jelaskan mengapa wang RM150,000 itu digunakan untuk membayar Shafie Abdullah?," soalnya.

Sarbaini 56, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -FMT

GB sudah ulas beberapa kali kes kematian Allahyarham Sarbani. Diantaranya:


Persoalan kini, relevankah inkues? Mengapa tidak terus tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja?


Ini kerana rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa. Pergi balik pergi balik mahkamah yang kita perolehi, keputusan yang tidak ada keputusan.


1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.


2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes "keputusan terbuka" dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.


3) Inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.


Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues.


Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis & pegawai SPRM sendiri.


Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatutnya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab.


Di dalam inkues kematian Sarbaini ini, apa yang nyata koroner TIDAK lansung mengarahkan siasatan mengapa CCTV tiba-tiba tidak berfungsi selama 22 jam dan rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan. Itu kecacatan paling besar di dalam inkues kematian Ahmad Sarbaini.


Ia adalah penting tetapi koroner mengabaikannya. GB sudah juga ulas hal ini. Petikan:


GB melihat isu ini sama seperti isu kematian Teoh Beng Hock - bahawa - Ahmad Sarbani adalah mangsa kepada pegawai-pgawai SPRM yang salahguna kuasa, angkuh dan sentiasa berdusta apabila memberi keterangan.

Kita masih tertanya-tanya: Siapa padamkan rakaman CCTV sewaktu Ahmad Sarbani disoalsiasat? Itu perlu diberikan penekanan di peringkat awal siasatan.

MUSTAHIL samasekali CCTV terhenti atau tidak berfunsi di dalam keadaan itu sedangkan CCTV dapat merakam ketibaan Ahmad Sarbani di pejabat SPRM dengan menaiki motorsikal sebelumnya. Ini bererti pihak orang dalam SPRM atau PDRM yang menyiasat TELAH menghapuskan rakaman CCTV berkenaan.



JUSTERU ITU, rakyat berpersepsi bahawa Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan. Tiada alasan lain lagi selepas ini. Jika sebelum ini pihak kerajaan menyatakan bahawa inkues perlu diadakan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Siasatan, maka kini keputusan koroner itu amat tidak memuaskan kerana seperti menutup kepincangan di dalam SPRM seperti yang berlaku di dalam kes Teoh Beng Hock. Justeru itu Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan untuk membongkar misteri sebenar kematian ALlahyarham Ahmad Sarbaini.

GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH

Posted: 14 Oct 2011 05:03 PM PDT



SUBHANALLAH
LAMBAIAN KAABAH
MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR
KEPADA YANG MENGERJAKAN RUKUN ISLAM KE 5 INI

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

al-azim

Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas terbongkar !!

Posted: 14 Oct 2011 04:54 PM PDT

DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.

DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.



CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

"Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.

Abdullah Sani berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa itu untuk membuang air besar."Selepas berada terlalu lama dalam tandas, dia akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan sebelum berbaring di atas katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakan itu menceritakan apa yang berlaku dan diberitahu dia melahirkan seorang bayi di dalam tandas," katanya.

Dia kemudian bergegas ke tandas dan menemui bayi itu yang kesejukan dalam tangki air pam tandas.

"Selepas menemui bayi itu, saya dapati ada sedikit kecederaan pada mukanya dan badan kebiruan akibat kesejukan sebelum membawanya ke Hospital Kemaman untuk rawatan," katanya.

Tiada ulasan: