Anak Sungai Derhaka |
- Jabatan Agama Islam Negeri Kedah digesa siasat Ahmad Bashah.
- Lagi pemimpin UMNO khianati negara?
- Bajet 2012 : Najib dibidas Wall Street Journal pula..
- Nama Rosmah mengharum di Bangladesh.. kenapa tiada dalam Utusan?
- Pasar RM9Juta, baru dirasmikan dua minggu dah rosak..
- Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?
- Najib kata Ekonomi Negara Meningkat... tapi...
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah digesa siasat Ahmad Bashah. Posted: 12 Oct 2011 07:25 AM PDT Nak memenangi hati pengundi bukan Islam punya pasal.. habis semua dia redah.. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) supaya mengambil tindakan terhadap seorang ADUN yang melakukan perbuatan yang dianggap boleh mencemar kesucian aqidah serta menjatuhkan maruah umat Islam. Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang ditujukan kepada Pengarah JHEAINK yang dihantar oleh rombongan NGO tersebut di Bangunan Wan Mat Saman pagi ini. Mengikut catatan memorandum tersebut, pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata iaitu Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyertai perarakan 'Menghantar Pulang Tokong Sayur' yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha. "Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka tindakan ADUN Bakar Bata itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan beliau telah menjatuhkan maruah umat Islam. "Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah "Redho akan kekufuran boleh membawa kufur". "Memandangkan Dato' Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik," ujar Encik Mohd Azam Awang selaku ketua kepada pihak yang menyerahkan memorandum tersebut. Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak pihak JHEAINK yang mentadbir hal ehwal Islam supaya mengambil sesuatu tindakan terhadap ADUN Bakar Bata tersebut berdasarkan peruntukan yang ada. Kumpulan tersebut juga turut menyerahkan satu salinan video sebagai bahan bukti (sila lihat di SINI) UtaraNews |
Lagi pemimpin UMNO khianati negara? Posted: 12 Oct 2011 01:51 AM PDT SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini. Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi. Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian. Kepung resort Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini. Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan. Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang. "Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya. "Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort. Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut. Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Sumber dalaman Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu. "Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini. "Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui. "Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini. "Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya. Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok - Harakahdaily Baca juga 7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC |
Bajet 2012 : Najib dibidas Wall Street Journal pula.. Posted: 11 Oct 2011 11:48 PM PDT Najib berkata kerajaan menggunakan pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet 2012 itu. "Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd... Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu lalu. Kenyataan dari Wall Street Journal dibawah menjadikan Budget 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib itu nampak macam hasil kerja Pak Pandir.. WSJ: Ekonomi Malaysia tak akan tumbuh dengan hanya 'buah tangan' KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pemberian 'buah tangan', yang diumumkan dalam jumlah yang banyak menerusi Bajet 2012, oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak minggu lalu tidak akan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Wall Street Journal (WSJ). Sebaliknya laporan akhbar itu berkata pentadbiran Najib perlu memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan menyeluruh untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang diharapkan. WSJ juga mengkritik Najib kerana gagal mengadakan tindakan pelaksanaan ke atas janji-janji mahu memperbaiki kelonggaran dalam dasar-dasar ekonomi dan perundangan yang memihak kepada Bumiputera. "Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengumumkan satu bajet yang penuh dengan pemberian untuk mendapatkan undi pada pilihan raya umum akan datang, dijangka dalam tempoh enam bulan lagi. Dalam proses ini, beliau menghancurkan harapan pembaharuan ekonomi yang diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan," kata WSJ. "Kombinasi pemberian sementara dan pemotongan cukai pada satu sebelah dan perbelanjaan kebajikan di satu sebelah yang lain tidak membantu daya saing Malaysia," katanya lagi. Laporan itu merujuk kepada pemberian tunai dalam jumlah yang besar kepada 1.3 juta kakitangan awam dan pengecualian cukai dan yuran kepada pemandu-pemandu teksi dan juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah. WSJ berkata Najib telah meliberalisasikan pelaburan asing dalam 17 subsektor, yang mewajibkan warga asing menjadi rakan kongsi dengan usahawan Melayu sebelum boleh mengadakan bisnes di negara ini. Bagaimanapun ia menekankan, pendekatan pembaharuan itu tidak akan membawa impak kerana hanya beberapa pekerja yang diambil adalah orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini dan merupakan kumpulan sasaran tindakan afirmatif. "Kerajaan perlu mengadakan pembaharuan yang besar dalam industri-industri seperti pengeluaran di mana peraturan memberikan dominasi kepada orang Melayu," katanya lagi. "Najib ada bercakap mengenai (usaha) mengadakan perubahan-perubahan radikal ketika membentangkan Model Baru Ekonomi tahun lalu, tetapi terus mengecewakan pengundi tanpa tindakan pelaksanaan susulan," kata akhbar itu. The Malaysian Insider |
Nama Rosmah mengharum di Bangladesh.. kenapa tiada dalam Utusan? Posted: 11 Oct 2011 09:50 PM PDT Tercari-cari juga aku akan berita ini didalam Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan, sepatutnya Lidah Rasmi UMNO tersebut meletakkannya sebagai tajuk utama tapi tidak.. Buletin Utama TV3 juga tak menyiarkan berita ini.. pasal apa agaknya?? tak berbanggakah diaorang dengan pengiktirafan terhadap Rosmah ini?? Universiti Bangladesh Namakan 10 Zamalah Bersempena Nama Rosmah PUTRAJAYA: Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor. Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW. Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya. Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkanbeliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negaralain. "Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurang berkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain. "Ini benar-benar memperkayakan potensi masa depan mereka sebagai seorang pemimpin di negara atau masyarakat mereka sendiri. Bagi saya, saya percaya, langkah untuk ke hadapan adalah menerusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Kamal di Seri Perdana di sini. Julai lepas, AUW mempelawa Rosmah menjadi seorang daripada penaung universitiitu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada beliau oleh Canselor AUW, CherieBlair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair. Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bertindak sebagai ketua penaung AUW.Beliau disertai, antara lain, oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat DrCondoleezza Rice dan ahli politik Itali Emma Bonino. Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada AUW kerana meletak kepercayaankepada beliau untuk menjadi salah seorang penaungnya dan berharap akan berupayamenyumbang bagi menambah baik masa depan kaum wanita. Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Kamal berkata zamalah itu akanditawarkan kepada pelajar yang layak berumur bawah umur 21 tahun, dari seluruhAsia, termasuk Malaysia. "Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan. Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya. Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan. Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu. Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia. Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu,www.asian-university.org.- BERNAMA |
Pasar RM9Juta, baru dirasmikan dua minggu dah rosak.. Posted: 11 Oct 2011 09:46 PM PDT MARANG - Cantik di bahagian luar tetapi rupa-rupanya pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Itu gambaran keadaan Pasar Baru Kedai Buloh di sini, yang baru sahaja beroperasi selepas dirasmikan September lepas. Beberapa peniaga ketika ditemui Sinar Harian mendakwa, terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk. Selain itu, atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran. Seorang peniaga yang ditemui, Mohd Salahuddin Yusof, 31, berkata, kemudahan air juga tidak disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga. "Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya. Sewajarnya kekurangan ini diatasi segera untuk memberikan keselesaan peniaga dan pengunjung," katanya. Peniaga buah-buahan, Mohd Yusof, 53, pula berkata, pendapatan peniaga kini semakin merosot berbanding ketika menjalankan perniagaan di pasar lama Kedai Buloh yang terletak berdekatan bangunan baru berkenaan. Menurutnya, kemerosotan pendapatan peniaga itu mungkin boleh diatasi jika setiap masalah bangunan pasar dibangkitkan peniaga dapat diselesaikan pihak pengurusan bangunan. Sebelum ini, Pasar Baru Kedai Buloh yang membabitkan belanja lebih RM9 juta itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian bangunan itu berkata, pembinaan pasar baru itu adalah contoh jelas keprihatinan kerajaan terhadap golongan peniaga. Beliau berucap di hadapan lebih 9,000 penduduk yang hadir memeriahkan majlis itu berkata, daerah Marang kini terus maju dan pembangunan untuk masyarakat di kawasan itu tidak pernah dipinggirkan. "Beberapa premis kedai di bandar Marang juga sedang rancak dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat," katanya. Difahamkan Pasar Baru Kedai Buloh berkenaan dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan, 128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot kedai pelbagai barangan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedai Buloh, Mohd Nor Omar, 70, berkata, permasalahan peniaga di pasar baru itu telah dikemukakan, tetapi sehingga kini masih menunggu tindakan lanjut pihak bertanggungjawab di pasar itu. Katanya, pihaknya telah memanjangkan aduan kepada pihak terbabit setelah sering menerima rungutan peniaga dan berharap aduan dibuat mendapat perhatian segera demi menjaga imej kerajaan di mata rakyat. Sinar Harian akan mendapatkan komen pengurusan pasar berkenaan iaitu pihak Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam masa terdekat. Sinar Harian |
Benarkah yuran sekolah 2012 percuma? Posted: 11 Oct 2011 08:28 PM PDT Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan. "Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu. Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti. "Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya. Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa. Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma. Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah. Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100. "Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang," ujarnya lagi. Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa. Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma. Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma. Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia. Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja. "Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang," ujarnya. Harakahdaily |
Najib kata Ekonomi Negara Meningkat... tapi... Posted: 11 Oct 2011 08:02 PM PDT Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini. Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009. Itu kenyataan Najib, kenyataan yang cuba untuk memperbodohkan Rakyat Malaysia.. cuba korang baca apa laporan dari RHB Research Institute ini.. RHB: Risiko kemelesetan tinggi, pertumbuhan Malaysia 2012 dijangka 'perlahan' KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6 peratus berbanding paras 4.3 peratus dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam, kata RHB Research Institute. Anggaran pertumbuhan unit RHB yang dikeluarkan semalam jauh lebih rendah berbanding anggaran lima hingga enam peratus diramalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 dengan dana RM232 bilion Jumaat lalu. Unit itu juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah tidak boleh menerima satu lagi kejutan meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari penularan yang boleh menjejaskan terus keyakinan. Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor bisnes akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu, meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6 peratus pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7 peratus tahun ini, kata laporan itu lagi. Dalam pada itu, eksport dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 1.1 peratus berbanding 3.4 peratus tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik. Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1 peratus pada tahun depan berbanding anggaran 5.8 peratus pada 2011. Bagaimanapun RHB berkata bahawa perbelanjaan pengguna dijangka kekal pada kadar mudah pulih yang munasabah dan bertumbuh sekitar 5.3 peratus pada 2012 berbanding enam peratus tahun ini ekoran simpanan yang tinggi, peningkatan penggunaan dan kenaikan gaji. Kebanyakan unit penyelidikan telah menurunkan anggaran pertumbuhan tahun depan masing-masing bagi Malaysia meskipun Najib yakin menerusi cadangan bajetnya, yang pengkritik berkata ia disediakan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan