Isnin, 3 Oktober 2011

shalehudin

shalehudin


Nak tergelak betoi kat Mat Sabu nii... haha...

Posted: 03 Oct 2011 11:00 AM PDT

Apa ni Najib, mana satu yang betoi nih.... haha...

Posted: 03 Oct 2011 08:02 AM PDT


Menarik betoi papan iklan nih... haha...

Posted: 03 Oct 2011 06:05 AM PDT


Umno tok sah baca la... hampa memang jenih tak paham...

Posted: 03 Oct 2011 03:43 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)
SHAH ALAM: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.

"Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.

"Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam)," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda.

Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan.

"Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sahih Umno kudung kepala punyerrr... kahkahkah...

Posted: 03 Oct 2011 02:30 AM PDT

Jemputan ke program lawan kerajaan... kahkahkah...

Posted: 03 Oct 2011 01:30 AM PDT

FORUM MAHASISWA DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang merupakan sebuah koalasi beberapa gerakan mahasiswa diperingkat nasional dengan Forum Mahasiswa Untuk Negara
sukacitanya akan menganjurkan Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti ketetapan berikut :

Tajuk Forum : SISTEM POLITIK MALAYSIA : TRANSFORMASI vs REFORMASI

Tarikh : 4 Oktober 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Ahli Panel :
1) Sdr. Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
2) Sdr. Muhammad Safwan Anang Talib; YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
3) Sdr. Ahmad Fahmi Samsuddin; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Moderator : Sdr. Adam Adli; Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI.

Forum yang memfokuskan kepada sistem politik negara ini akan mengupas kepada beberapa subjek-subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang pada masa akan datang dan diharapkan supaya ia mampu memberi pendedahan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa kepada struktur pembinaan negara yang utuh yang dapat menjamin kepada 'Good Governance' itu sendiri.

Selain itu, forum yang bertemakan 'Mahasiswa Untuk Negara' ini juga akan mengupas beberapa intipati Deklarasi Mahasiswa Malaysia yang telah dilancarkan dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 pada minggu lalu terutamanya dalam konteks Politik iaitu 'Political Reform' yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa.

Oleh yang demikian, saya mewakili gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan untuk hadir ke Forum Mahasiswa Untuk Negara seperti butiran yang telah dinyatakan di atas.

Forum anjuran SMM ini juga mendapat sokongan daripada :

1) Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
3) Student & Youth Democratic Movement (DEMA)
4) Pro Mahasiswa Nasional (Pro M)
5) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
7) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
8) Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
9) Sister In Movement (SIM)
10) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
11) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
12) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Untuk maklumat lanjut tentang forum, boleh ikut twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di @MahasiswaMsia

Sekian, terima kasih.
Solidariti Untuk Negara,

UMNO: United Munafiqin National Organisation... kahkahkah...

Posted: 03 Oct 2011 12:30 AM PDT

Tidak Boleh Kenakan Hudud Ke Atas Orang Bukan Islam

Hudud kini bergema lagi. Ini tidak lain kerana PRU13 sudah hampir dan ini adalah antara usaha keji pihak UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. UMNO sangat yakin dengan menimbulkan isu hudud ini akan menyebabkan orang bukan Islam tidak akan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. DAP pula tetap menentang perlaksanaan hudud kerana bimbang sokongan masyarakat Cina akan beralih kepada MCA dan Gerakan.

Persoalanya, apakah UMNO tidak mempunyai isu lain untuk mencari pengaruh semula? Kita lihat semua isu yang dimainkan oleh UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat hanya berkisar kepada video lucah, isu komunis dan kini isu hudud pula. Kepada parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan DAP, kamu semua sepatutnya tidak perlu meloncat dan mencampuri urusan umat Islam ini. Kerana hudud adalah urusan antara umat Islam dengan tuhan mereka yakni Allah. Parti bukan Islam tidak perlu bimbang jika hudud dilaksanakan kerana ianya tidak melibatkan orang bukan Islam. Tidak ada paksaan dalam Islam untuk membolehkan orang bukan Islam mengikuti apa yang diperintah oleh Islam.

Seperti solat orang Islam, puasa di bulan Ramadhan, pergi haji dan sebagainya. Tidak ada pun dalam kitab Quran yang menyuruh atau memaksa orang bukan Islam supaya melakukanya seperti orang Islam.

Begitu juga dengan hudud, qazaf dan lain-lain syariat Islam. Hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sebagai mematuhi perintah Allah dan Rasul. Walaubagaimanapun jika ada orang bukan Islam memilih untuk dijatuhkan hukuman ke atas mereka yang buat kesalahan mengikut syariat Allah seperti hudud, Islam tidak pula melarang atau menolaknya.

Tidak ada paksaan dalam Islam supaya orang bukan Islam mengikut undang-undang atau hukuman mengikut syariat Allah termasuk hudud, tetapi sekiranya mereka menganut Islam, maka mereka wajib mematuhi syariat Allah dan dihukum mengikut apa yang terkandung dalam Quran termasuk hudud.

Kita amat pelik melihat kejahilan umat Islam sekarang yang membawa isu bahawa hudud yang dibawa oleh PAS mengecualikan orang bukan Islam dari di hudud. Memang dikecualikan, kerana dalam Quran tidak memerintah kita untuk menghukum mereka seperti yang dikenakan ke atas orang Islam.

Jika kita memaksa mereka untuk di kenakan hukum hudud juga, bermakna kita telah mencemarkan ajaran Islam dan ingkar dengan arahan Allah dan Rasul. Cubalah mengaji dan faham akan ajaran Islam. Jangan asyik dengan " hidup Melayu" dan '1Malaysia" saja yang tidak ada faedahnya walau satu sen pun samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Begitu juga dengan hukuman bunuh terhadap orang Islam yang murtad. Bukankah Nabi ada bersabda "jika ada diantara kamu yang meninggalkan agamanya (murtad), maka bunuhlah dia". Jadi jika ada orang bukan Islam yang meninggalkan agama mereka dan masuk Islam, kita tidak pula boleh membunuh mereka, kerana perintah Nabi hanya tertumpu kepada orang Islam yang meninggalkan agama Islam (murtad) saja yang mesti dijatuhkan hukuman bunuh.

Bagi orang bukan Islam yang berzina dengan orang Islam. Yang Islam tetap dijatuhkan dibawah hukum hudud, manakala pasanganya yang bukan Islam hendaklah dijatuhkan mengikut undang-undang sivil kecuali mereka itu meminta dijatuhkan hukuman hudud juga, maka bolehlah di kenakan hudud atas zina yang mereka lakukan itu. Undang-undang sivil pula yang ada kaitan antara orang bukan Islam dan orang Islam seperti zina tadi, bolehlah dikuatkuasa atau dipinda supaya lebih berat hukumanya terhadap orang bukan Islam, ini sebagai mengelak atau mencegah orang bukan Islam supaya tidak berani melakukan zina dengan orang Islam.

Kita lihat sahaja perlaksanaan syariat Islam di Arab Saudi termasuk Hudud. Bagaimana kita boleh bandingkan kadar jenayah yang berlaku di Amerika setiap satu minit bersamaan satu atau 2 tahun berlaku di Arab Saudi. Ini membuktikan dengan adanya hudud, kadar jenayah dapat dikurangkan semaksima yang boleh kerana hudud lebih kepada mencegah dan mendidik, maka rakyat berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu jenayah itu. Inilah kelebihanya syariat Allah. Jenayah mungkin tidak dapat dihapuskan seratus peratus kerana sifat manusia itu suka kepada kemungkaran dan maksiat apatahlagi jika adanya puak UMNO seperti di negara kita ini.

Jadi persoalanya tidak timbul MCA, Gerakan atau DAP ingin menentang hudud dan umat Islam juga tidak perlu panik dan risau dengan penentangan mereka ini kerana mereka itu tidak faham dan mereka orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul. Yang kita pelik dan terkejut ialah apabila UMNO sendiri yang menentang syariat Allah malahan sanggup pula mempersenda dan menghina syariat Allah itu.

Oleh itu Majlis Fatwa atau ulamak-ulamak yang diketahui ilmunya wajiblah mengeluarkan fatwa " apakah menyokong dan menjadi ahli UMNO itu hukumnya haram samada jatuh fasik, munafik atau syirik ke tidak"? Tidak mungkin terkecuali salah satu dari hukum ini (fasik, munafik atau syirik). Walaupun ada sesetengah ustaz mengatakan syirik hukumnya menyokong UMNO berasaskan keadaan UMNO yang sejak dulu, kini dan selamanya asyik menentang syariat Allah dan menjadi sebati dengan segala kemungkaran dan kezaliman, maka perlu satu fatwa yang jelas dikeluarkan untuk menyelamatkan aqidah dan akhlak umat Islam dari terus sesat hingga ke akhirat kelak.

Sekarang terlalu ramai memberi komen bahawa "hudud belum sesuai". Jadi bila masa yang sesuainya? Tiga puluh tahun dulu pemimpin UMNO dan NGO yang sehati dan sejiwa dengan UMNO pun bagi alasan begitu juga! Sekarang pun sama, dan tiga puluh tahun yang akan datang jika UMNO masih berkuasa, alasan yang sama juga akan diberinya! Alasan kerana rakyat belum faham, bila nak bagi mereka fahamnya? Gunakan TV dan akhbar milik UMNO itu untuk memberikan kefahaman pada rakyat, jangan asyik dengan isu video lucah, fitnah, 1Malaysia, komunis saja disiarkan.

Masalahnya orang yang menjadi pemimpin negara dan negeri sendiri pun tak faham Islam, selalu buat benda yang Islam larang dan haramkan, tetapi berlagak nak bercakap tentang hudud. Yang sebenarnya, mereka inilah golongan "munafiq moden" yang Allah tonjolkan di zaman ini tetapi mereka tidak sedar semua ini. Kerana dalam hati penuh dengan kekotoran, darah yang mengalir banyak dari memakan dan meminum sumber haram, maka Allah hijab hati mereka dari menerima kebenaran dan keadilan syariat Allah itu.

Yang mereka tahu hanyalah untuk menipu, menindas, merompak harta rakyat, bagaimana nak halang tazkirah disampaikan dalam rumah Allah, minum arak, zina dan ambil musuh Islam sebagai teman dan penasihat. Bagaimanakah hidayah Allah nak masuk ke dalam hati mereka jika mereka sendiri yang mencari jalan untuk jauh dari hidayah Allah? Maka sesatlah mereka dan sesat jugalah orang yang mengikut dan menyokong mereka selamanya sebagaimana sesatnya juga ulamak, ustaz dan tok guru yang mencari makan bersama mereka demi kerana dunia semata.

Kepada umat Islam yang sedar dan insaf, tidak susah sebenarnya untuk melihat kezaliman, penipuan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjajah, oleh komunis dan oleh Yahudi. Lihat sajalah kepada UMNO, semuanya ada di situ. Kita kena sedar bahawa UMNO ditubuhkan oleh penjajah British malahan nama UMNO itu pun di ilhamkan oleh penjajah. Ini kerana penjajah ketika itu sudah tidak mampu menghadapi serangan komunis dan pejuang-pejuang (kemerdekaan) Melayu ketika itu.

Oleh kerana penjajah tidak mahu dan tidak rela Tanah Melayu terlepas ke tangan ulama-ulama dan pejuang Melayu maka penjajah tubuhkan UMNO sebagai mewarisi visi penjajahan dan ideologi mereka. Itu sebabnya walaupun didakwa UMNO parti orang Melayu tetapi namanya adalah dari bahasa Inggeris (penjajah) UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION atau sekarang layak dinamakan sebagai UNITED MUNAFIQIN NATIONAL ORGANISATION. Wallahualam.

Jaminan Najib tentang Hudud: Nak paksi pada realiti...

Posted: 02 Oct 2011 11:00 PM PDT

Najib naik mamai, 60 tahun PAS orang tak ramai... kahkahkah...

Posted: 02 Oct 2011 09:00 PM PDT


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Pak Karamu

Bala, nak jadi Polis kat negara orang...

Posted: 02 Oct 2011 08:00 PM PDT

Ada orang kata dia ni bangsa Umno...

Posted: 02 Oct 2011 07:00 PM PDT

Yang betoi tetap kena kata betoi tak kira tang mana hampa dok dan cari makan.... Sedap dan bermenafaat untuk dikongsi bersama...

Tunggu bewak tak dak lidah la kalau harap Umno mintak maaf... kahkahkah...

Posted: 02 Oct 2011 06:00 PM PDT

Bila Umno Hendak Minta Maaf Kepada Raja - Raja Melayu

Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang.

Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan.

Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?.

Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?

Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.

Aku sokong blogger Umno ni, Tsu Koon memang gila... kahkahkah...

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tsu Koon ... Menteri pemalas, tak ada bijik, tapi gila publisiti

Tsu Koon yang kuat berhelah, kerja tidak tapi gila publisiti

Lihatlah gambar atas dari blog Rocky Bru sini. Gambar atas telah dimodifikasikan dengan warna-warna kuning dan diletakkan gambar Koh Tsu Koon sekali.

Padahal, dia tidak ada menonggang basikal bersama Perdana Menteri seperti gambar sebenar berikut:

 
Itulah Koh Tsu Koon.

Cara dia untuk menaikkan kembali politik Gerakan hanya dengan mementingkan publisiti untuk dirinya. HIngga orang mengata dia hanya seorang Menteri pengiring dan asyik syok sendiri diambil gambar bersama di mana Perdana Menteri berada.

Tak sedar ke BN hilang Pulau Pinang kerana dia. Dahlah tu, tiada usaha dan gerak kerja dari Gerakan yang diussahakannya untuk menawan Pulau Pinang kmbali.

Apa bila diajak jumpa dan rancang sesuatu untuk Pulau Pinang, dia hanya kata "biarkan DAP honeymoon." Tiada usaha darinya untuk menyerang atau mengkritik DAP.

Mintak appointment sampai setahun tak diberi. Tapi masih mahu jadi Ketua Perhubungan BN Pulau Pinang. Bukankah lebih baik, tugas itu diberi kepada MCa atau setidaknya UMNO yang lebih berusaha.

BUkan saja, Tsu Koon tidak kerja, malah gerakan pun tidak satu hati dalam BN lagi, Pemuda gerakan mahu keluar BN. Kalau gitu, silah. Sedarlah bahawa sokongan untuk Gerakan tak sampai 5%.

Mungkin Tsu Koon sedar. Itu pasal dia hanya mementingkan diinya sahaja. Ura-ura kata dia nak mintak kerusi selamat untuk dia bertnding. Antaranya adalah SImpang Renggam.

Unspinners britau satu saja pada Tsu Koon, "Pundek la ... Menteri tak ada bijik." - The Unspinners

Rais Yatim jadi macam tikuih tengok besi... haha...

Posted: 02 Oct 2011 03:30 PM PDT

Makcik HAjjah SItt Al-Wuzara Ada Di Sweden????

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Pak Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar. SK

Tiada ulasan: