Addin |
- Hitler Hanya Miliki Satu Testis
- Kisah Wajah Bercahaya Nabi Muhammad S.A.W
- Penduduk Kg. Baru Mohon Campurtangan Agong, Sultan
Hitler Hanya Miliki Satu Testis Posted: 02 Oct 2011 06:00 AM PDT Laporan Kesihatan tentara Jerman membenarkan bahawa Hitler hanya mempunyai satu buah zakar pada testisnya. Hal ini sama dengan lagu yang populer dinyanyikan orang-orang Inggris pada saat perang dunia ke II untuk mengejek Hitler. 'Hitler hanya punya sebuah bola'. Hal ini berdasarkan pengakuan veteran perang Johan Jambor pada tahun 1960an, seperti ditulis The Sun. Jambor menjelaskan bagaimana ia menolong Hitler saat perang dunia I dan menjelaskan Hitler kehilangan testikelnya. Fakta ini akhirnya menjadi jelas 23 tahun setelah kematian Jambor. Jambor meninggal pada tahun 1985 dalam usia 94 tahun. Namun sebelum meninggal dia sempat bercerita pada seorang pendeta Franciszek Pawlar. Blassius Hanczuch, rakan Jambor menceritakan kisah tersebut sesuai dengan perkataan sang pendeta. "Pada tahun 1916 mereka bertempur di Somme," jelas Hanczuch seperti ditulis www.ananova.com, . Pada saat itu Jambor dan rakan-rakannya menyelamatkan pasukan yang tercedera. Jambor mengingat Hitler kerana Hitler saat itu sangat bising, berteriak-teriak minta diselamatkan. "Tolong...tolong," jerit Hitler. Pada saat itu Johan melihat perut Hitler terluka, dan 'bolanya' hilang satu. Begitu diselamatkan doktor, Hitler langsung bertanya, "Apakah aku masih boleh punya anak,?" Setelah ditolong dan akhirnya berkuasa, Hitler tidak tahu terima kasih. Ia malah membuat Jambor menderita kerana mengetahui rahsianya. Beberapa orang terkenal lainnya yang terlahir dengan satu testis antara lain, Lance Armstrong, Tom Green, Mark Latham, Frank Church, Napoleon Bonaparte, Arnold Schwarzenegger, Hans Lippershey dan John Kruk./bk | ||
Kisah Wajah Bercahaya Nabi Muhammad S.A.W Posted: 01 Oct 2011 11:00 PM PDT
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang. Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh. "Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu," kata Aisyah. Kemudian, dia menyambung, "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Nabi Muhammad menjawab, "Orang yang bakhil." Aisyah bertanya lagi, "Siapakah orang yang bakhil?" "Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut," jawab Nabi Muhammad./malaysiasensasi.net | ||
Penduduk Kg. Baru Mohon Campurtangan Agong, Sultan Posted: 01 Oct 2011 06:00 PM PDT Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) akan memohon campurtangan daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bagi mempertahankan satu-satunya tanah warisan Melayu di Kuala Lumpur.Penasihat undang-undang SPKB, Zulhazmi Shariff berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) mendapat bantahan dan tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah. Penduduk juga katanya mempersoalkan ketelusan borang kaji selidik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan sebanyak 93.8 peratus pemilik bersetuju dengan rang undang undang berkenaan. Menurut Zulhazmi lagi, mengikut maklumat yang diterima dari Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS), hanya 30 peratus borang kaji selidik yang dikembalikan. "Kita nak tahu dengan jelas berapa ramai yang bersetuju. Dedahkan borang dan kaji selidik. Kalau perkara ini tetap diteruskan juga, kami akan mengadap Agong dan Sultan selangor untuk meminta campurtangan,". "Jadi kalau 30 peratus bermakna baru 1200 pemilik. Adakah itu satu asas yang kukuh untuk meneruskan RUU PPKB 2010? Itu bukan suara majoriti," tegasnya. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru direkodkan melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. "Kami ada rekod bantahan yang ditandatangan oleh penduduk yang membantah, cuma kami takkan kemukakan kerana bimbang ia akan dimanipulasi," katanya pada Keadilandaily. Sebelum ini, Pengerusi SPKB, Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi memaklumkan bantahan keras daripada penduduk berhubung kaedah penyerahan hak milik tanah kepada kerajaan untuk pembangunan, tanpa jaminan bila ia akan dikembalikan semula kepada pemilik. Ini termasuk penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan perbadanan tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan MAS dan keanggotaan perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampung Baru. SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat kosmetik dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik. RUUPKB dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua dalam sidang Parlimen yang bermula Oktober ini./kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan